Tag Archives: Ptti

PTTI RASMIKAN CAWANGAN KETIGA DI SHAH ALAM, SASAR 12,000 PELAJAR SPM

SHAH ALAM, 23 Ogos 2025 – Pusat Tuisyen terkenal negara, PTTI, terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pendidikan moden dengan merasmikan cawangan ketiga di Shah Alam. Pembukaan ini menjadi strategi utama memperluaskan akses pembelajaran berkualiti kepada lebih ramai calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

PTTI menyasarkan 500 pelajar SPM di Shah Alam untuk menyertai sesi pembelajaran di pusat baharu ini, manakala secara keseluruhan menetapkan sasaran 12,000 pelajar di seluruh negara melalui gabungan kelas fizikal dan platform pembelajaran digital.

PTTI Rasmikan Cawangan Ketiga Shah Alam 2025

Sejak ditubuhkan, PTTI berjaya melahirkan ribuan pelajar cemerlang, termasuk ratusan pelajar dengan keputusan straight A. Kejayaan ini didorong oleh modul berfokus peperiksaan, bimbingan berterusan serta program motivasi yang meningkatkan keyakinan pelajar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman (Cikgu Fana), pembukaan ini adalah komitmen untuk mendekati pelajar dan ibu bapa.

PTTI Rasmikan Cawangan Ketiga Shah Alam 2025

“Kami mahu setiap anak bangsa merasai pengalaman pembelajaran menyeronokkan tetapi tetap berkesan. Angka 500 pelajar di Shah Alam dan 12,000 di seluruh negara adalah amanah besar yang akan kami laksanakan sebaik mungkin,” jelasnya.

PTTI Rasmikan Cawangan Ketiga Shah Alam 2025

Majlis pelancaran turut menampilkan Duta PTTI, MK K-Clique dan Iman Troye yang berkongsi inspirasi bersama pelajar. MK menegaskan kepentingan ilmu sebagai kunci masa depan, manakala Iman Troye menekankan peranan PTTI dalam menjadikan pembelajaran lebih mudah difahami.

Sebagai kesinambungan misi membantu pelajar, PTTI akan menganjurkan Seminar Shortcut Last Minute SPM 2025 secara percuma dalam talian pada 27–30 Ogos ini. Pendaftaran boleh dibuat di laman rasmi PTTI.

Dengan pembukaan rasmi di Shah Alam, PTTI Shah Alam 2025 terus melakar sejarah sebagai pusat tuisyen moden yang memberi impak besar dalam pembangunan generasi pelajar Malaysia.

FORMULA RAHSIA SKOR A+ PTTI PERKASA PELAJAR BELURAN HADAPI SPM 2025

BELURAN, 13 Ogos 2025PTTI Group Sdn. Bhd., pusat tuisyen yang terkenal dengan kejayaan melahirkan pelajar cemerlang, terus membuktikan komitmen melalui Formula Rahsia Skor A+ PTTI. Program Jelajah SPM ini berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, PPD Beluran dan Kelab Nuri Bank Rakyat.

Formula Rahsia Skor A+ PTTI Beluran 2025
Dari kiri : Muhammad Faizul Abd Hamid (Timbalan Naib Presiden Komunikasi Strategik), Race Monsopiad (Timbalan Naib Presiden Kanan Pemasaran), Muhammad Asyraf Khalid (Pengarah Usaha Sama), Muhd Habibunajjar Sazali (Ketua Pegawai Operasi), Siti Farhana Abu Osman (Ketua Pegawai Eksekutif), Yang Berhormat Syed Saddiq (Wakil Rakyat Muar), KH Razali Zaman (Pengurus Bank Rakyat Cawangan Likas mewakili Kelab Nuri Bank Rakyat) dan Sylvia Miting Pakoi (Pegawai SIC+ PPD Kudat dan wakil PPD Beluran)

Seramai 500 calon SPM daripada lima sekolah sekitar Beluran iaitu SMK Beluran II, SMK Balaban Jaya, SMK Pamol, SMK Simpangan dan SMK Terusan Sugut hadir menerima pendedahan intensif subjek Matematik dan Sejarah. Modul pengajaran menekankan teknik mudah faham dan strategi menjawab yang telah terbukti membantu pelajar mencapai keputusan cemerlang.


PTTI KUATKAN TEKNIK AKADEMIK & LITERASI KEWANGAN

Selain pengukuhan akademik, program ini turut memberi penekanan kepada literasi kewangan anjuran Kelab Nuri Bank Rakyat. Slot ini menyahut inisiatif kerajaan serta Bank Negara Malaysia dalam memperkasakan generasi muda dengan pengetahuan pengurusan wang secara bijak.

Formula Rahsia Skor A+ PTTI Beluran 2025

Sebagai nilai tambah, setiap peserta menerima akaun Kelab Nuri Bank Rakyat tajaan PTTI serta modul pembelajaran percuma untuk persediaan peperiksaan.


SOKONGAN KERAJAAN & BANK RAKYAT

Menurut Dr. Muhammad Faizul, Timbalan Naib Presiden Komunikasi Strategik PTTI, formula yang dibawa ini telah membantu ribuan pelajar di seluruh negara mencapai gred A.

“Kami mahu calon SPM Beluran melangkah yakin ke dewan peperiksaan dengan ilmu dan teknik yang tepat,” jelasnya.

Formula Rahsia Skor A+ PTTI Beluran 2025

Dr. Nancy, Pegawai Pendidikan Daerah Beluran turut menekankan impak positif program ini terhadap akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.

Manakala Puan Azilla Nasarudin, Timbalan Presiden Deposit Bank Rakyat, menegaskan pembukaan akaun Kelab Nuri memberi permulaan baik untuk tabiat menabung sejak awal.


PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA

Formula Rahsia Skor A+ PTTI Beluran 2025

Dengan reputasi sebagai pusat tuisyen yang konsisten melahirkan pelajar cemerlang, PTTI membuktikan bahawa pendidikan berkualiti tidak terbatas pada lokasi, malah mampu diakses oleh semua demi masa depan generasi muda yang lebih gemilang.

PTTI Cipta Rekod Pelajar Straight A Paling Ramai dalam Malaysia Book of Records (MBOR)

Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar mendapat semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Ketua Pegawai Operasi PTTI Group Sdn. Bhd, Muhd Habibunajjar Sazali berkata, seramai 123 pelajar berjaya mendapat semua A pada SPM lalu, termasuk seorang pelajarnya yang mendapat 11 A+.

“Ini adalah satu pengiktirafan besar daripada pihak MBOR kepada PTTI yang sudah bertapak di negara ini sejak 2015.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBOR kerana mengiktiraf pencapaian kami. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan sebanyak mungkin pelajar kami mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun ini,” katanya selepas majlis menerima sijil pengiktirafan daripada MBOR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Sijil itu diserahkan oleh dua wakil MBOR, Siti Hajar Johor dan Jeska Seah dalam satu majlis ringkas.

Berkongsi lanjut, Habibunajjar berkata, pihaknya meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 1,000 pelajar daripada keseluruhan lebih 10,000 pelajarnya untuk mendapat keputusan semua A dalam SPM tahun ini.

“Kami sedia maklum mengenai keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dalam proses untuk mengembalikan takwin SPM seperti sebelum pandemik Covid-19.

“Kami kini sedang menyusun semula program tuisyen PTTI bagi menyesuaikan dengan pelaksaan peperiksaan berkenaan,” katanya

Wacana Halatuju Sistem Pendidikan Dalam Talian di Malaysia bersama Tun Dr Mahathir

Perubahan teknologi yang berlaku secara pesat memberi kesan kepada kehidupan manusia.

Tidak terkecuali antara bidang yang turut mendapat manfaat melalui kemajuan ini adalah sistem pendidikan dunia. Sebagai sebuah negara yang mempunyai akses terhadap segala inovasi yang diperkenalkan, ternyata Malaysia juga tidak terkecuali bersaing dalam menghasilkan lebih ramai pelajar yang dilengkapi dengan ilmu terbaik.

Namun sejauh mana, penggunaan teknologi ini digunakan sepenuhnya oleh pelajar dan tenaga pengajar di negara ini.

Justeru, Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI mengadakan wacana berjudul Halatuju Sistem Pendidikan Dalam Talian di Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bersempena meraikan kecemerlangan 335 pelajar pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021, baru-baru ini.

Berkongsi jawapan dalam sesi wacana yang dikendalikan moderator Muhd Habibunajjar Sazali itu, Tun Mahathir yakin dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang selain penggunaan teknologi secara berkesan, guru juga adalah faktor penting dalam memastikan cara penyampaian yang lebih berkesan.

Bersetuju dengan kenyataan teknologi sebagai keperluan dalam sistem pendidikan kini,namun menurut negarawan ini juga tidak semua boleh diaplikasikan secara mendada kepada pelajar memandangkan perlu ada saringan dalam membentuk karakter yang sesuai.

“Kita tahu, teknologi bergerak laju dan hampir setiap hari ada penemuan baharu. Menjadi keperluan melengkapkan pelajar dengan kemahiran ini namun kita juga perlu pastikan pengetahuan yang diberikan perlu sesuai dengan karakter.

“Kerana kita tidak mahu kemahiran yang ada ini disalah gunakan,”katanya.

Melihat kemajuan yang diraih negara luar melalui sistem pendidikan yang menggunakan teknologi terkini. Malaysia juga tidak ketinggalan berada pada landasan yang sama, namun dalam mengoptimumkan kelebihan yang ada, bekas Perdana Menteri itu yakin perlu ada pembahagian kerja antara tenaga pengajar yang lebih efisien.

“Kita perlu akur bukan semua guru terbaik dalam negara dan kesannya ke atas pelajar jika guru-guru ini tidak dilengkapi dengan ilmu. Apa yang boleh kita buat adalah melalui bantuan teknologi yang akan membantu guru-guru terbaik ini menyampaikan bahan pengajaran secara meluas sekali gus membolehkan pelajar-pelajar ini mendapat peluang belajar dengan guru yang sama.

“Namun dalam masa yang sama perlu ada seliaan guru kelas secara fizikal yang akan membantu. Jadi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya ke atas guru kerana tidak semua guru mempunyai teknik pengajaran yang baik dan ini akan memberi impak kepada pelajar,”jelasnya lagi.

Berkongsi mengenai ketegasanya dalam memastikan setiap anak-anak di negara ini
mendapatkan pendidikan ketika di era pemerintahannya nyata membawa kepada perubahan Malaysia kini.
Tambahnya antara yang menjadi fokus utamanya juga bagaimana pendidikan juga tidak boleh
disalurkan melalui cara yang sama memandangkan tahap penerimaan murid berbeza mengikut kemampuan.

Sementara itu, berkongsi pesanannya kepada semua pelajar di negara ini, Tun Dr Mahathir
Mohamad, berharap agar ibu bapa dan guru menjadi pendorong utama kepada pelajar-
pelajar ini untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang demi masa depan.

Menjadi amalan yang baik juga, jelasnya setiap pelajar ini harus mengulangkaji setiap
pelajaran itu secara berulang kali dalam memastikan ilmu itu dapat difahami dengan lebih baik.
Pada majlis sama, Tun Dr Mahathir turut melancarkan inisiatif Malaysia Bangkit Belajar yang memfokuskan kepada pelajar tingkatan tiga hingga lima untuk mendapatkan pembelajaran
secara percuma melalui pembelajaran dalam talian yang dikendalikan oleh PTTI.

Inisiatif ini juga sebagai antara cara menyokong rakyat di negara ini terutamanya pelajar yang
datang dari keluarga berstatus B40, yang mana PTTI menyediakan pelbagai kemudahan
penyampaian ilmu secara percuma melalui aplikasi PTTI Better Result.

Pembelajaran percuma ini boleh diikuti di laman web www.ptti.my

PTTI beri penghargaan 335 pelajar cemerlang SPM 2021

Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus konsisten dalam misi memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar untuk kualiti pendidikan negara yang lebih baik.

Malah selepas enam tahun, PTTI terus sinonim dengan calon SPM yang menjadikan Pusat ilmiah ini sebagai alternatif terbaik dalam mendapatkan keputusan cemerlang demi masa depan.

Melihat keberkesanan inovasi yang diperkenalkan PTTI dalam membantu pelajar di seluruh negara, selain tenaga pengajar, ibu bapa juga turut meletakkan kepercayaan ke atas usaha

PTTI dalam membantu calon-calon SPM ini berhadapan dengan peperiksaan utama negara itu.

Untuk rekod, seramai 96 pelajar SPM PTTI memperoleh semua A berbanding 34 pelajar pada 2020 dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 188 peratus. Sementara itu, seramai 383 pelajar mendapat 7A ke atas (2021) berbanding 158 pelajar (2020) dan peningkatan sebanyak 143 peratus. Selain itu, 522 pelajar memperoleh 5A ke atas pada 2021 berbanding 366 pelajar pada 2020 dengan jumlah peningkatan 43 peratus.

Menghargai sokongan berterusan yang diberikan, PTTI turut meraikan kecemerlangan 335 pelajar pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021.

Dalam majlis yang sama, pelajar dan tetamu juga turut berpeluang menyertai Wacana Halatuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian Negara yang menampilkan ahli panel, negarawan terulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sesi wacana itu dikendalikan oleh moderator, Muhd Habibunajjar Sazali.Melalui sesi ini, hadirin berpeluang mendapatkan pelbagai informasi mengenai sistem pendidikan negara sekaligus pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai usaha dalam mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini.

Melihat ini sebagai ruang untuk menghargai komitmen pelajar pelajar ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana,anugerah yang disampaikan ini juga bukan sekadar kepada pelajar yang mendapat keputusan yang baik tetapi turut menghargai usaha keras setiap daripada mereka.

“Antara kriteria pelajar cemerlang yang dipilih adalah berdasarkan 3 kategori. Kategoripertama, pelajar yang mencapai semua subjek A dalam peperiksaan SPM.

“Kategori kedua, pelajar yang mencapai 7 Subjek A dalam peperiksaan SPM. Kategori ketiga,Pelajar yang mencapai subjek gred G dalam peperiksaan percubaan SPM dan berjaya meningkatkan subjek kepada gred A dalam Peperiksaan SPM. Kami menilai bukan sekadar di atas kertas keputusan tetapi kecemerlangan juga harus dinilai melalui usaha yang ditunjukkan
pelajar-pelajar ini.

“Selain itu, semua pelajar yang dipilih untuk menerima penghargaan ini juga datang dari
pelbagai latar belakang, yang memberi makna pendidikan itu sendiri tiada diskriminasi selain
di PTTI kami sentiasa optimis pendidikan yang berkualiti milik semua,” katanya.

Meletakkan pemahaman melalui teknik yang sesuai sebagai asas kepada setiap pengajaran di
PTTI, sehingga kini pusat ini tidak pernah kering idea dalam memperkenalkan pelbagai kaedah
berbeza dalam penyampaian ilmu. Melihat pembaharuan yang diperkenalkan perlu seiring
dengan keperluan pelajar ini adalah rahsia PTTI terus relevan.

“Seiring dengan peredaran zaman tenaga pengajar PTTI juga turut dilengkapi dengan
pengetahuan dalam penggunaan teknologi pendidikan. Sebagai pusat pendidikan, menjadi
tugas kami sebagai guru khususnya lebih peka dengan kehendak pelajar.

“Fokus kami adalah untuk memastikan penyampaian ilmu ini dilakukan secara efektif selain mahu membawa sistem pendidikan negara ini ke tahap yang lebih tinggi seperti di negara
Jepun, Korea dan China,” katanya.

Sementara itu dalam meneruskan impian membantu lebih ramai pelajar di luar sana, PTTI
kini muncul dengan program Malaysia Bangkit Belajar. Melihat ini sebagai antara cara menyokong rakyat di negara ini terutamanya pelajar yang datang dari keluarga berstatus B40,
PTTI menyediakan pelbagai kemudahan penyampaian ilmu secara percuma melalui aplikasi PTTI Better Result.

“Inisiatif ini akan dilancarkan di mana pelajar tingkatan satu hingga lima akan mendapat
bimbingan belajar dan tuisyen secara percuma bermula 24 hingga 30 Julai ini melalui aplikasi
PTTI Better Result. Selain itu kami turut menyediakan 10,000 Buku Strategi Skor A SPM
Percuma untuk membantu tingkatkan kemampuan dan kuasa tindakan pelajar berdasarkan tips praktikal sebenar dari pelajar cemerlang PTTI.

“Kami turut berbesar hati dengan pembabitan dua selebriti terkenal yang turut menyokong
PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique yang akan membantu mempromosikan Program
Malaysia Bangkit Belajar sekaligus mencapai impak yang lebih baik,” katanya.