Tag Archives: Qazem Nor

DRAMA BOSS..MAMA KIRIM SALAM taruhan TV ALHIJRAH

Buat julung kalinya TV AlHijrah memecah tradisi penyiaran dunia Islam apabila stesen berkonsepkan gaya hidup Islam ini berjaya menerbitkan sendiri sebuah drama yang memberi penekanan kepada susun atur plot, tatacara serta adab pembikinan drama yang bersesuaian dengan imej TV Islam.

Drama berjudul BOSS… MAMA KIRIM SALAM telah memulakan siarannya 6 Februari 2020 yang lalu. Drama istimewa ini akan meneruskan tayangan pada setiap Khamis dan Jumaat, jam 6.30 petang selama 36 episod siaran. Marahon episod lepas drama ini boleh disaksikan pada setiap Ahad jam 5 petang.

Drama BOSS… MAMA KIRIM SALAM adalah hasil arahan sutradara berpengalaman yang juga merupakan kakitangan TV AlHijrah iaitu Wan Hussin Wan Ismail (FDAM) serta mendapat suntikan Raja Azidah Raja Jaafar selaku penulis skrip.

Berlatarbelakangkan penceritaan serta karektar di balik tabir stesen TV Islam, TV AlHijrah bereksperimentasi dengan drama terbitan dalaman yang mendidik, memberi tauladan serta patuh syariah tanpa mengetepikan faktor budaya popular drama masa kini.Drama ini mengandingkan pelakon-pelakon hebat tanah air iaitu Qazem Nor dan Siti Fazurina Mohd Famir sambil dibantu oleh pelakon baru yang sedang menempa nama di dalam industri iaitu Carolina Binur dan Zee Khan Hussein. Tambah istimewa, hampir 20 peratus kakitangan TV AlHijrah turut diberi peluang untuk sama-sama menjayakan naskah ini selaku pelakon pembantu.

Menurut Wan Hussin Wan Ismail, “drama BOSS…MAMA KIRIM SALAM ini sangat unik kerana selain merupakan drama pertama di Malaysia yang berkisar tentang dunia penyiaran Islam, drama ini juga menggunakan seratus peratus tenaga kepakaran warga kerja TV AlHijrah iaitu bermula dari pengarah sehinggalah kepada pengurus produksi, jurukamera, tenaga pasca penerbitan jurusolek, penata cahaya, penata bunyi dan lain-lain,” kata beliau.

SINOPSIS

Drama BOSS.. MAMA KIRIM SALAM mengisahkan tentang Azra, seorang gadis lepasan ijazah Sarjana Muda Komunikasi yang menyumbang bakti dalam bidang penyiaran di TV AlHijrah. Banyak halangan dan rintangan yang dihadapi oleh Azra di dalam dunia pekerjaan namun begitu, sedikit pun tidak mematahkan semangat beliau untuk mencapai cita – cita yang diimpikan iaitu bergelar penerbit rancangan yang terkenal.

 Encik Baihaqi yang bertindak selaku penyelia Azra merupakan antara insan penting yang sering membantu Azra mencapai cita-citanya. Dalam diam, perwatakkan Encik Baihaqi telah menarik perhatian Azra. Walaupun bergelar duda anak satu namun, paras rupa yang dikurniakan tidak menampakkan usia sebenar.

Pada masa yang sama, ibu Azra iaitu Puan Kayla, seorang ibu tunggal merupakan seorang klien tetap di TV AlHijrah yang sering menggunakan platform promosi stesen itu bagi memasarkan dan mempromosikan produk kecantikannya.

Kerana acapkali bertemu dengan Encik Baihaqi di TV AlHijrah, bibit- bibit kasih sayang timbul namun Puan Kayla tidak mempunyai kekuatan untuk menyatakan rasa cintanya kepada Encik Baihaqi kerana bagi dirinya, apa yang penting adalah melihat kebahagiaan Azra.

Konflik timbul apabila Laila, rakan sekerja Azra juga memendam perasaan terhadap Encik Baihaqi namun cintanya tidak berbalas. Sakit hati dengan penolakan Encik Baihaqi, Laila bertindak nekad dengan menyebarkan cerita yang tidak sahih kepada kakitangan syarikat.

Siapakah wanita yang akhirnya menjadi suri hati Encik Baihaqi? Mampukah Puan Kayla berkorban hati dan perasaannya demi kebahagian anak kesayangannya Azra? Jadi jangan lupa sakskikan kesudahan drama BOSS..MAMA KIRIM SALAM, setiap Khamis dan Jumaat, jam 6.30 petang hanya di TV AlHijrah.

Festival Gegar Gempak Raya 2019

Festival Gegar Gempak Raya 2019 bakal dibuka kepada umum dan beroperasi selama 72 jam tanpa henti mulai awal pagi Jumaat , (00:01pagi 24/05/2019 dan dijangka berakhir pada tengah malam Ahad, (26/05/2019) . Festival edisi sulung ini juga bakal mencipta rekod tersendiri didalam ‘Malaysia Book of Record’ dalam usaha untuk memecahkan rekod sedia ada bagi ‘Largest Food-truck Gathering’ dimana sebanyak 150 pengusaha trak makanan akan dikumpulkan. Fiesta trak makanan ini akan berkampung di MAEPS selama 3 hari dan bakal beroperasi dari jam 4 petang sehingga 5 pagi.

Festival Gegar Gempak Raya 2019 yang julung kali dianjurkan oleh Aisy Azka Event Mangement Services bagi memenuhi  permintaan pengunjung yang ingin mencari keperluan untuk sambutan lebaran kelak.Sementara itu konsep yang dibawakan sempena festival ini merupakan konsep beramal sambil berniaga serta mesra ibadah disamping memberi manafaat kepada pengunjung dan peniaga. Pihak penganjur juga tidak lupa untuk menyediakan kemudahan untuk orang ramai menunaikan solat terawikh secara berjemaah sebelum kembali dengan aktiviti beli-belah persiapan lebaran.

Antara kelainan yang bakal diadakan bagi menarik minat pengunjung adalah seperti aktiviti  ‘Kongsi Kebahagiaan’ – program rewang memasak bubur lambuk, menganyam ketupat dan memasak rendang. Selain itu turut diadakan nanti berbuka puasa ‘piknik’  dan acara Jom Sahur  yang dibawakan khas bersama VIP dan penaja makanan; Arabic Kitchen. Selain itu turut diadakan nanti sesi  jualan kilat yang bakal diadakan setiap 4 jam serta program pentas yang bakal di acarakan oleh hos terkenal Vivieanna Abdullah yang juga lebih mesra dengan panggilan Kak Vie.

Seramai 45 selebriti tempatan akan turut serta dalam festival kali ini. Setiap selebriti akan diberikan tapak (booth) yang ditempatkan di setiap barisan bersama usahawan yang lain bagi mempromosikan produk-produk jualan mereka. Antara selebriti yang bakal bersama di sepanjang festival berlansung seperti Achey Bocey, Alif Satar, Angah Raja Lawak, Ariff Aziz, Arja Lee, Ashraf Muslim, Ayu Damit, Badrul Muhayat, Black Hanifah, Danny X-Factor, Deja Moss, Elyana, Erni Zakrie, Ezzaty Abdullah, Herieyanto Hassan, Hazan Scan, Izzue Islam, Kapten Mohd Nor, Maria Tunku Sabri, Maznah Zulkifli, Nabil Ahmad, Nina Fazurina, Nina Iskandar, Nizam Rahman, Noraniza Idris, Putra Amaris, Qazem Nor,Rashid Jaafar, Reyhana, Riezman Khuzaimi, Roslan Syah, Rozita Che Wan, S. Mariam, Shafiqcute, Sharnaaz Ahmad, Siti Fairus, Syamel, Syed Ali, Zain Saidin, Zaiton Sameon, Zazly Baginda, Zoey Rahman, Faye Khusyairi dan Risteena.

Sehingga majlis pelancaran ini, sebanyak 90 peratus dari jumlah keseluruhan tapak jualan telah berjaya dijual. Usahawan yang masih tercari-cari tapak untuk berniaga adalah dipelawa dengan harga tawaran diantara RM2700 hingga RM3500.

CELEBRITY

1. ZAIN SAIDIN
2. ROZITA CHE WAN
3. RASHID JAAFAR
4. KAPTEN MOHD NOR
5. HAZAN SCAN
6. SHARNAAZ AHMAD
7. NINA FAZURINA
8. SYED ALI
9. ZAZLY BAGINDA
10. HARIEYANTO HASSAN
11. MAZNAH ZULKIFLI
12. QAZEM NOR
13. SITI FAIRUS
14. S.MARIAM
15. NINA ISKANDAR
16. AYU DAMIT
17. REYHANA
18. DEJA MOSS
20. IZZUE ISLAM
21. ASHRAF MUSLIM
22. RIEZMAN KHUZAIMI
23. ERNIE ZAKRIE
24. SYAMEL
25. NORANIZA IDRIS
26. SHAFIQCUTE
27. ZULIN AZIZ
28. NABIL
29. ALIF SATAR
30. MARIA TUNKU SABRI
31. EZZATY ABDULLAH
32. PUTRA AMARIS
33. ELYANA
34. BADRUL MUHAYAT
35. ARIFF AZIZ
36. ACHEY
37. ZAITON SAMEON
38. NIZAM RAHMAN
39.ARJA LEE
40. DANNY X-FACTOR
41. BLACK HANIFAH
42. ZOEY RAHMAN
43. ROSLAN SYAH

Untuk sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut, sila hubungi:

Encik Anuar Mohd Azmi

Pengarah Urusan,

Aisy Azka Event Management Services

Tel: 03-80517500 / 014- 3208557