Tag Archives: Raisa

RAISA AMBIVERT TOUR 2026: KONSERT ‘HEALING’ & EMOSI DUA SISI DI ZEPP KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur bakal menjadi destinasi ‘healing’ muzik pada Februari 2026 apabila bintang pop tersohor Indonesia, Raisa, kembali menemui peminat di Malaysia menerusi Raisa Ambivert Tour. Konsert yang amat dinanti-nantikan ini dijadualkan berlangsung pada 13 Februari 2026 di Zepp Kuala Lumpur, bermula jam 8.30 malam.

Raisa Ambivert Tour 2026 di Zepp Kuala Lumpur

Konsert ini dianjurkan oleh Sembang Kari Entertainment bersama MHT Live My, dengan Juni Concert sebagai rakan penganjur. Mengangkat tema “Ambivert”, persembahan ini bakal menampilkan dua sisi emosi Raisa — daripada momen intim dan tenang sehinggalah ke sisi pop yang ceria, dinamik dan penuh tenaga.

KONSEP AMBIVERT: DUA SISI EMOSI, SATU PENGALAMAN PERIBADI

Menurut Mohd Fuad bin Simim, Pengarah Sembang Kari Entertainment, membawa semula Raisa ke Kuala Lumpur adalah satu penghormatan besar buat pihak penganjur.

Raisa Ambivert Tour 2026 di Zepp Kuala Lumpur

“Bagi kami di Sembang Kari Entertainment, membawa semula Raisa ke Kuala Lumpur adalah satu penghormatan kerana beliau mempunyai hubungan emosi yang sangat kuat dengan peminat di sini. Menerusi konsep ‘Ambivert’ ini, kami ingin memberi ruang kepada peminat untuk melihat sisi Raisa yang lebih jujur — ada ketikanya suasana menjadi sangat dekat dan ‘healing’, dan ada ketikanya pula penuh dengan keriangan pop yang dinamik. Kami mahu setiap penonton pulang dengan rasa puas selepas melalui sebuah kembara perasaan yang diceritakan menerusi vokal hebat beliau,” katanya.

Konsert ini dirangka sebagai satu perjalanan emosi lengkap, dengan susunan muzik eksklusif, visual sinematik serta penceritaan yang dekat di hati peminat.

PENGALAMAN AUDIO-VISUAL BERTARAF TINGGI

Sementara itu, wakil penganjur bersama MHT Live My, Adi Acong, menyifatkan Ambivert Tour sebagai sebuah persembahan yang menawarkan pengalaman audio-visual istimewa.

Raisa Ambivert Tour 2026 di Zepp Kuala Lumpur

“Kami di MHT Live My berasa amat bangga dapat bekerjasama dalam merealisasikan Raisa Ambivert Tour di Malaysia. Raisa merupakan seorang pencerita yang hebat menerusi lagu-lagunya, dan melalui tema unik ini, peminat akan disajikan dengan pengalaman audio-visual yang sangat istimewa di Zepp Kuala Lumpur. Kami komited untuk memastikan setiap aspek produksi berada pada tahap tertinggi demi memberikan memori yang tidak akan dilupakan,” ujarnya.

RAISA: KUALA LUMPUR SENTIASA DI HATI

Raisa sendiri turut menyatakan rasa terujanya untuk kembali beraksi di pentas Kuala Lumpur dan bertemu peminat setianya di Malaysia.

Raisa Ambivert Tour 2026 di Zepp Kuala Lumpur

“Kuala Lumpur sentiasa mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati saya kerana sokongan peminat di sini yang luar biasa dan sentiasa memberikan tenaga positif. Menerusi Ambivert Tour, saya ingin membawa penonton menyelami dua sisi berbeza dalam diri saya — ada masanya sangat intim dan tenang, dan ada masanya penuh dengan keriangan. Saya telah menyediakan susunan muzik yang istimewa dan tidak sabar untuk mencipta kenangan baharu bersama anda semua,” kata Raisa.

ARTIS JEMPUTAN: BARSENA BESTANDHI

Konsert ini turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa Barsena Bestandhi sebagai artis jemputan, yang bakal menambah warna muzik soulful serta melengkapkan perjalanan emosi Ambivert Tour.

MAKLUMAT TIKET RAISA AMBIVERT TOUR 2026

Raisa Ambivert Tour 2026 di Zepp Kuala Lumpur

Pelbagai kategori tiket ditawarkan bagi memenuhi keperluan peminat:

  • VIP BOX – RM999
    (Kotak eksklusif, sesi Meet & Greet & barangan rasmi)
  • CAT 3 – RM599 (Tempat duduk bernombor premium)
  • CAT 4 – RM499 (Tempat duduk bernombor)
  • CAT 1 – RM269 (Berdiri – barisan hadapan)
  • CAT 2 – RM239 (Berdiri bebas)

Nota: Harga tiket tidak termasuk caj pemprosesan.
Kemudahan ansuran tersedia melalui SPayLater, Grab PayLater dan Atome.

Pemegang tiket VIP BOX turut akan menerima beg tote, lanyard VIP, poster eksklusif, snek serta peluang menyertai sesi ramah mesra (Meet & Greet) bersama Raisa.

Tiket boleh didapati menerusi laman web rasmi RAISAMBIVERT.COM.

Raisa Bakal Memikat Hati Peminat di Kuala Lumpur dengan Konsert ‘Teristimewa’

Penggemar muzik di Malaysia bakal dihiburkan dengan persembahan penyanyi tersohor dari Indonesia, Raisa, dalam konsert bertajuk ‘RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’. Konsert yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung pada 3 November 2024 di Megastar Arena, Kuala Lumpur, bermula jam 8:00 malam.

Kharisma Music, syarikat penganjur konsert terkemuka, telah mengumumkan berita gembira ini dalam satu sidang media eksklusif yang diadakan pada 16 Oktober 2024. En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Kharisma Music, menyatakan kegembiraan mereka atas kehadiran Raisa di Kuala Lumpur. Beliau menekankan bahawa konsert ini bukan sekadar persembahan muzik yang hebat, tetapi juga peluang istimewa untuk peminat merasai keindahan muzik Raisa secara langsung.

Raisa sendiri turut berkongsi kegembiraan dan semangatnya untuk konsert ini. Menurut beliau, konsert kali ini benar-benar ‘teristimewa’ dan berbeza daripada persembahan-persembahan beliau sebelum ini di Kuala Lumpur. Raisa telah terlibat secara langsung dalam segala persiapan bersama pasukannya, menjanjikan satu pengalaman yang unik buat peminatnya.

Penyanyi jelita ini telah mula mencuri perhatian sejak single pertamanya, ‘Serba Salah’, dilancarkan pada tahun 2011. Sejak itu, Raisa telah meraih pelbagai anugerah, termasuk ‘Artis Baru Terbaik’ di Anugerah Musik Indonesia ke-15. Dengan bakat vokal yang mengagumkan, Raisa terus memikat hati jutaan peminat di seluruh rantau Asia.

Dalam konsert ‘Teristimewa’ ini, Raisa akan mempersembahkan lebih daripada 20 buah lagu, termasuk hit-hit popular seperti ‘Kali Kedua’, ‘Jatuh Hati’ dan ‘Mantan Terindah’. Penonton akan dihiburkan dengan persembahan yang berlangsung lebih dari 2 jam, diiringi oleh pemuzik-pemuzik profesional yang dibawa khas dari Indonesia. Selain itu, konsert ini akan menampilkan reka bentuk pentas yang menarik serta kesan audio visual yang memukau, menjanjikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Bagi pemegang tiket VVIP dan VIP, mereka berpeluang untuk berinteraksi dengan Raisa dalam sesi ‘meet & greet’ eksklusif. Ini pastinya satu peluang keemasan bagi peminat tegar Raisa untuk bertemu idola mereka secara lebih dekat.

Kharisma Music turut merakamkan penghargaan kepada para penaja yang telah menyokong penganjuran konsert ini. Syarikat penerbangan Garuda Indonesia telah menaja penerbangan, manakala Alha Alfa, Intan Gelombang dan Futurace turut menyumbang sebagai rakan penaja. ERA pula bertindak sebagai rakan radio rasmi, dan Gempak.com sebagai rakan media rasmi.

Tiket-tiket untuk konsert ‘RAISA – TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ telah mula dijual sejak 9 September 2024 di laman web ticket2u.com.my/raisa. Memandangkan sambutan yang menggalakkan, tiket-tiket tersebut kini hanya berbaki sedikit sahaja. Para peminat Raisa dan pencinta muzik dinasihatkan untuk segera membeli tiket sebelum kehabisan stok.

Konsert ini merupakan sebahagian daripada jelajah muzik Raisa yang telah lama dinanti-nantikan. Dengan persembahan yang dijanjikan ‘teristimewa’, ia pasti akan mencipta kenangan indah yang tidak terlupakan buat semua yang hadir. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bakat luar biasa Raisa dalam persembahan langsung yang mengujakan ini!

‘RAISA: LIVE IN MALAYSIA’

Hitman Solutions, penganjur acara terkemuka di Malaysia, bakal menpersembahkan satu lagi konsert mempesonakan. ‘Raisa: Live In Malaysia‘ berjanji untuk menyampaikan malam ajaib yang menampilkan Raisa, bintang pop dan R&B Indonesia pada 20 November 2022, 8:30 malam di Zepp Kuala Lumpur.

“Sambutan luar jangka dan memberangsangkan yang diterima pada konsert Jubin Nautiyal: Live In Malaysia baru-baru ini telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai keinginan yang besar untuk dihiburkan oleh artis antarabangsa. Kami berbangga, bersyukur, dan teruja menampilkan Raisa, bintang top di Indonesia, untuk membuat persembahan buat pertama kali di Malaysia untuk semua peminatnya,” kata Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions.

Hitman Solutions telah ditubuhkan sekitar 15 tahun lalu dan merupakan salah satu anak syarikat Hitman Group. Hitman Solutions bertanggungjawab menganjurkan konsert berskala besar dengan membawakan aksi muzikal bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga superstar antarabangsa seperti Jubin Nautiyal, (G)-Idle, Shah Rukh Khan, Arijit Singh, Shreya Ghosal dan ramai lagi. Di bawah Hitman Group, terdapat juga Hitman Media, anak syarikat yang memberi tumpuan kepada pemasaran digital.

“Nama Raisa terkenal dalam industri muzik Indonesia, dan karya-karyanya telah mendapat perhatian yang ketara di negara kita. Pencapaian ini kerana beliau bukanlah penyanyi biasa. Suaranya yang merdu adalah ikonik dan mewakili gelombang baru balada, lagu pop dan jazz, serta muzik melankolik lain yang serupa,” jelas Encik Rohit.

Raisa menjadi terkenal dengan single pertamanya, berjudul ‘Serba Salah’, daripada album sulungnya ‘Raisa’, pada 2011. Pada tahun berikutnya, dia memenangi anugerah ‘Artis Baru Terbaik’ di Anugerah Musik Indonesia (AMI) ke-15 dan ‘Artis Wanita Baharu Terbaik’ di Anugerah Planet Muzik. Sebagai seorang artist yang berbakat, Raisa terus menggilap kebolehannya dan telah memenangi beberapa anugerah muzik serta hati jutaan orang.

“Pembeli tiket boleh mengharapkan kira-kira 20 lagu hit Raisa dalam ekstravaganza dua jam, diiringi oleh pemuzik profesional dan produksi audiovisual kami yang terkenal. Kami mempunyai jangkaan yang besar untuk konsert ini dan berharap semua orang merebut peluang ini,” tambah Rohit.

Sebagai tindak balas kepada inisiatif kerajaan Malaysia untuk menggalakkan penciptaan acara fizikal, Hitman Solutions bersungguh-sungguh dalam menganjurkan konsert-konsert yang epik. Mereka berharap dapat merangsang perkembangan industri hiburan serta pelancongan Malaysia dan membuat pemulihan sepenuhnya daripada kesan buruk pandemik Covid-19.

Kategori tiket  VVIP, CAT 3 dan CAT 4 habis dijual pada hari pertama, manakala CAT 1 (RM250 – Free Standing) dan CAT 2 (RM200 – Free Standing) sedang dijual dengan pantas. Bagi mereka yang belum mendapat tiket untuk menonton Raisa: Live in Malaysia, anda boleh membeli tiket di www.hitmanlive.com

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung konsert tersebut, sila hubungi Encik Keeran D (Hitman Solutions) at 012-887 0669.

SoulFest Asia 2015

SoulFest Asia 2015 | Festival muzik santai terunggul ini telah diperkenalkan pada tahun lalu di Australia dan New Zealand di Sydney, Melbourne, Brisbane dan Auckland. Diterajui oleh Aloe Blacc, Common, Mos Def dan D’Angelo, tidak hairanlah kemunculan pertamanya telah disambut oleh berpuluh ribu penggemar muzik yang berkumpul bagi meraikan minat mereka terhadap soul dan hip-hop.

Print

Soulfest adalah sebuah festival muzik butik dan dikhususkan untuk peminat muzik groove yang sudah bosan dengan festival luar yang panas lagi merimaskan dan ingin menikmati muzik dalam suasana yang serba selesa. Suasana dan persekitaran Soulfest menepati irama bersemangat yang dikaitkan dengan muzik Soul, R&B dan Hip-Hop serta penggemar audio yang ingin bersantai sambil beristirehat. Gabungan sajian soul sejati bersama ahli muzik yang inginkan suasana yang menyeronokkan adalah kombinasi terulung bagi penggemar muzik.

Mary J Blige
Mary J Blige

“Kami sangat teruja kerana dapat membawa pemuzik hip-hop, soul dan jazz terkenal ke Malaysia. Kami telah bekerja keras untuk mencipta line-up yang seimbang dan yang terdiri bukan sahaja daripada prestasi lagenda malah juga beberapa artis muzik yang baru dan paling hangat. Kami sedia maklum bahawa terdapat pengikut genre ini yang sedang berkembang di Malaysia dan bersama rakan-rakan kami di Soulfest International Private Limited (Australia), kami memahami keinginan anda dan berharap anda juga teruja seperti kami”, kata Adib Khalid dari Soulnation Asia.

De La Soul
De La Soul

Edisi pertama Soulfest Asia akan dianjurkan di dalam bangunan berhawa dingin sepenuhnya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mines (MICC) pada 17 Oktober 2015. Tanpa mengira keadaan cuaca, festival ini dijadualkan bermula pada jam 3ptg dan akan berterusan sehingga larut malam. Tiket akan mula dijual pada hari Isnin 17hb Ogos 2015 dengan harga bermula dari RM198 melalui www.airaisaredtix.com dan www.eventopia.co. Gadis-gadis yang ingin bersuka ria bersama boleh membeli 4 tiket dengan harga 3 tiket di bawah Pakej Khas Soul Sisters!

Jhene Aiko
Jhene Aiko

Kemunculan pertama Soulfest Asia melibatkan tiga dewan di mana Ratu Hip-Hop dan muzik soul, Mary J. Blige, akan memberi persembahan, dan calon Grammy Jhene Aiko, serta artis Hip-Hop kegemaran ramai Talib Kweli and De La Soul, bersama Joe Flizzow dan keluarga Kartel, penyanyi soul Najwa dan kolektif hip-hop Raising The Bar secara langsung di pentas. Menepati gelaran beserta nama Asia, Soulfest Asia turut membariskan superstar serantau seperti rapper Singapura kegemaran ramai, Shigga Shay. Ramai lagi artis antarabangsa, serantau dan tempatan yang akan diumumkan dalam minggu-minggu yang akan datang!

Pic 6 (2)

Sebagai sokongan terhadap industri muzik tempatan Malaysia, Soulfest Asia bersama dengan Tune Studios akan melancarkan pencarian untuk artis tempatan berbakat, salah seorangnya akan berpeluang untuk memberi persembahan di atas pentas Soulfest Asia!

Joe Flizzow
Joe Flizzow

Selain daripada muzik lunak dan suasana yang bagus, Soulfest Asia juga akan menyediakan satu rangkaian masakan meluas merangkumi pelbagai sajian termasuk Soulfood asli dan warung makan yang diwujudkan dan akan dikelolakan oleh Kumpulan BIG.

Talib Kweli
Talib Kweli

Barisan artis Soulfest Asia adalah satu acara eksklusif di peringkat dunia. Soulfest Asia 2015 dianjurkan oleh Soulfest International Private Limited (Australia) dan Soul Nation Asia Sdn. Bhd. dan disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia.

De Fam
De Fam

Untuk maklumat lanjut atau maklumat terkini mengenai festival ini, sila log masuk ke: www.Soulfestasia.com atau layari www.facebook.com/soulfestasia atau www.twitter.com/Soulfestasia

Print