Tag Archives: Ramli Sarip

RASA: Ibarat Cermin Suara Kematangan Hidup Datuk Ramli Sarip

Sebuah penghasilan album mengandungi pelbagai cerita yang terkandung dalam perjalanan muzik seseorang penghibur atau penyanyi yang mencipta lagunya sendiri dan bagaimana muziknya berkembang mengikut waktu dan keadaan yang dilalui dari suatu masa ke suatu masa. RASA adalah sebuah perjalanan muzik Datuk Ramli Sarip yang disampaikan dengan penyatuan rasadi antara paduan elemen muzik folk dan blues, rock dan pop bernuansakan alam Nusantara Melayu yang menjentik jiwa bersama bait-bait lirik penuh dengan metafora dan makna.

Dari perasaan dan pemikiran peribadi terhadap hal-hal yang mencangkupi kehidupan yang dilaluinya hari-hari, pengamatan terhadap keadaan yang berlaku di sekeliling mahu pun yang menyentuh masyarakat serta umat sejagat sehinggalah hubungan spiritual dengan Tuhan, RASA ibarat sebuah cermin suaranya terhadap kehidupan ini dalam fasa kematangan yang bersifat lebih matang lagi. Menyentuh tentang RASA, penghibur lagenda yang cukup ikonik dengan gelaran Papa Rock ini mengakui bahawa album baharunya itu memiliki segala resepi dan ramuan terbaik yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

Apabila dapat menerbitkan album penuh dengan 10 buah lagu, ia memberikan satu kepuasan berbeza. Mencipta hala tuju dan merekacipta konsep sangat menarik. Ia seperti mengimbau era penerbitan album bersama Sweet Charity. Setiap album ada warna, karakter dan semangatnya yang tersendiri.“Sebetulnya, saya bukanlah orang yang gemar menghasilkan single dan kebetulan saya memiliki
bahan-bahan lagu baharu yang cukup untuk merakamkan 10 lagu. Maka, terhasillah RASA,” katanya.

Pembikinan dan penerbitan album RASA yang memuatkan 10 lagu ini menjadi lebih unik apabila penerbitannya dimulakan di Kuala Lumpur tetapi disiapkan sepenuhnya di Singapura apabila pandemik Covid-19 mula menyerang dunia pada tahun 2020. Bersama band muzik band muzik pengiringnya Soul Journey iaitu Rozario Rasul (pengarah muzik dan keyboardist), Rizal Halim atau Ritz Metalasia (pemain gitar kedua), Din Safari (pemain bass), Tom Annuar (pemain dram) beserta Allahyarham Fauzi Samin atau Aji (pemain gitar pertama), Ramli sempat merakamkan tiga lagu iaitu Srikandi Zaman, Sentosa di Kubah Hayat dan Surat Cinta Kuala Lumpur.

Manakala di Singapura beliau menghabiskan tujuh lagu lagi bersama pemuzik terbaik Singapura seperti Addy Rasidi, Din Safari, Bani Hidir, Riduan Zalani, Al Hafiz Jumat dan Julian Lim. “Antara tahun 2018-2019, lagu pertama yang saya rakam di Kuala Lumpur adalah lagu Srikandi
Zaman yang mengisahkan empat orang wanita agung, di antaranya ialah Saidatina Khadijah Binti Khuwallid R.A. Lirik nukilan Pn Hartinah Ahmad. “Lagu kedua adalah lagu Sentosa Di Kubah Hayat yang mana liriknya ditulis Arifin Arif dan lagu ketiga Surat Cinta Kuala Lumpur yang juga lagu tema pelancaran untuk acara Kota Buku Dunia Kuala Lumpur 2020 (KLWBC2020) anjuran Unesco yang diisytiharkan pada 23 April 2020. Ketiga-tiga lagu ini saya rakamkan di Kuala Lumpur”.

Tatkala merancang untuk meneruskan pembikinan album ini, pandemik Covid-19 telah mula menyerang dunia, ia sekaligus menjejaskan usaha the living legend ini untuk menyiapkan RASA. Ketika itu, Ramli dalam perjalanan dari Bandung menuju ke Kuala Lumpur tetapi kemudian beliau terpaksa pulang ke Singapura apabila situasi wabak ini menjadi lebih teruk. “Setibanya saya di Singapura, saya terpaksa menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari dan saya akui ia adalah tempoh yang benar-benar menyukarkan saya kerana saya tidak dapat bergerak ke mana- mana dan hanya terperap di rumah.

“Tetapi, dari satu sisi, ia memberi kesempatan untuk saya mendapatkan lebih banyak ilham untuk menyiapkan album ini dan merakamkan tujuh buah lagi lagu dengan menggunakan khidmat pemuzik-pemuzik berkaliber di Singapura dan Malaysia,” katanya. Pembikinan yang mengambil masa dan dihasilkan dengan penuh teliti dan kesabaran di Singapura memuatkan lagu Kekasihku, Ayah dan Ibu, Ronggeng Rakyat, Cinta Di Sebalik Musim, Nyanyian Sejagat, Irama Kasih dan Orang Tua Bersidi Sakti. Ramli memilih untuk merakamkan semula Ayah dan Ibu kerana ia adalah sebuah lagu mencabar ciptaan dan nyanyian dicipta A Rahman yang telah dirakamkan sekitar 1940-an. “Pada tahun 1981 pula, Allahyarham Sudirman Haji Arshad membuat rakaman semula lagu ini bersama EMI. Lagu ini dipilih sebagai mengenang Ayah dan Ibu yang telah lama meninggalkan kami. Anda kena nilai sendiri versi saya.“Cinta Di Sebalik Musim adalah karya seorang komposer bernama T-Zi dan liriknya dihasilkan oleh S Amin Shahab. Awalnya, lagu ini tidak begitu menarik minat saya. Tetapi, nuansa Timur pada melodi lagu ini sangat menarik dan liriknya juga sangat puitis dan halus. Ia membuatkan saya tertarik dengan lagu ini.

“Tajuk awal lagu ini adalah Meranti Condong Timur, tetapi kemudian ia diganti kepada Cinta Di Sebalik Musim. Ia lebih sesuai dengan lagu ini,” katanya. Ramli mengakui menyiapkan album ini dalam waktu pandemik adalah suatu cabaran kerana melahirkan karya pada saat industri muzik dan hiburan tertekan dengan ketiadaan live show membuatkan dirinya gundah. Pada waktu yang sama, beliau perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan mereka mematuhi segala SOP yang ditetapkan. Momen paling menarik apabila Ramli dapat berkumpul bersama teman-teman pemuzik untuk menghasilkan lagu. Kita berkongsi idea, pengalaman dan rasa yang sama. Ia mencetuskan magis yang luar biasa. “Bila berkarya kita lupa tentang hal-hal yang lain. Kita kembali bersemangat untuk membuat yang terbaik dan ilham-ilham itu terus keluar mengalir dan kita membiarkan diri kita berada pada puncak waktu itu.

“Malah, semasa di studio rakaman, ada suatu pengalaman unik yang saya melalui saat melontarkan suara. Perasaan ketika menyanyi sangat tenang merindui damai yang kita kecapi sebelum pandemik berlaku. Ianya sangat seronok dan seolah-olah ada dorongan semangat baru yang kuat untuk terus berkarya. “Kerana itulah RASA kali ini mempunyai rasa dan jiwa yang berbeza. Harapan saya, album ini akan dapat membakar semangat nusantara dan sejagat untuk terus berkarya dalam apa juga suasana yang menghalang. “Citarasa baru ini memberi sinar dan warna baharu dalam dunia seni. Cintailah alam dan berkasih
sayanglah sesama ummah. Khusus untuk pencinta dan pejuang seni agar kita terus melahirkan karya baru,” katanya.

Untuk catatan sejarah, inilah album pertama yang dihasilkan sepenuhnya di Singapura selepas album Bukan Kerana Nama di bawah naungan Warner Music Singapore pada tahun 1986. Berikutnya, album Perjalanan Hidup contract beliau diambil alih oleh Warner Music Malaysia sehinggalah tahun 1994. Pada tahun 1997 selepas berakhirnya isu rambut di Malaysia beliau menerbitkan album Ramli Sarip ALIVE dan Syair Timur bersama Legend Music yang kemudian diambil alih oleh syarikat beliau sendiri iaitu Rasa Karya Sdn Bhd hinggalah kehari ini.

TERBITAN & EDARAN:

MALAYSIA: RASA KARYA SDN BHD (No: 1232068D) No 91 Jalan 7/132 Gasing Indah 59200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tel: +60377730677/+6013 2633938 Email: rasamusic91@gmail.com
SINGAPURA: RASA MUSIC SINGAPORE Apt 8 Selegie House #08-15 Selegie Road S180008 Tel: +65 88684363 Email: rasamusic91@gmail.com

PEMBELIAN CD:

MALAYSIA: PMP Entertainment (M) Sdn Bhd No 33 Jalan 1/119 Taman Bukit Hijau Cheras 50000 Kuala Lumpur Malaysia. Tel: +603 9131 8895
Achzam: +6019 2085928 Fauzan: +6012 6125165
SINGAPURA: Wardah Books Tel: +65 6297 1232 dan E’EXPRESS – hubungi Hadi +65 83387197

Konsert Kembara Kita

TERUJA bakal berkongsi pentas dengan penyanyi legenda rock, Datuk Ramli Sarip, ratu rock Malaysia, Ella Aminuddin mengakui berasa takut dan gementar berikutan itu adalah gandingan pertama kali mereka di pentas.

Konsert yang diberi nama Kembara Kita itu akan berlangsung pada 14 dan 15 Februari depan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Bermula dengan kembara muzik rock yang berbeza arah tuju dan haluan, akhirnya takdir menemukan lagenda rock tanah air, Datuk Ramli Sarip dengan Ella Aminuddin di persimpangan yang sama. Pada mulanya, Datuk Ramli Sarip diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai produser untuk album Ella setelah Ella mengambil keputusan bergerak secara solo selepas kejayaan bersama Ella & The Boys termasuklah penglibatan mereka dalam Battle of the Bands.

Kemudian, muncullah kolaborasi di antara Datuk Ramli Sarip dan Ella sebagai produser-penyanyi menerusi tiga album iaitu Pengemis Cinta (1989), Puteri Kota (awal 1990) dan Identiti (akhir 1990).

Pengemis Cinta menampilkan lagu hits seperti Pengemis Cinta dan Permata Biru, Puteri Kota (Tiada Tangis Lagi, Kembara Kita dan Puteri Kota), manakala Identiti pula (Kasih, Sepi Sekuntum Mawar Merah dan Cinta Selembut Sutera).

Sepertimana kapsul waktu, setiap kembara ada tempoh matangnya. Kini, ia sudah sampai waktunya untuk kedua-dua lagenda ini bergabung dan beraksi buat julung kalinya di atas pentas yang sama dalam konsert KEMBARA KITA.

KEMBARA KITA bukan sahaja menampilkan perjalanan muzik mereka, malah sebahagian daripada ‘soul’ dan kedewasaan mereka sebagai sumbangan terhadap industri muzik ini.

KEMBARA KITA bukanlah sekadar konsert biasa. Luar biasanya ia bakal menampilkan perjalanan muzik mereka secara peribadi, pengalaman yang dikutip selama ini, momen-momen magis yang pernah tercetus sebelum ini serta kembara mereka bersama yang sudah dilupai bahkan tak pernah diperkatakan sebelum ini.

Ia juga turut diiringi barisan pemuzik berpengalaman yang bakal mengiringi persembahan masing-masing dalam konsert selama dua jam setengah ini akan menampilkan ‘repertoire’ yang tidak pernah disaksikan di mana-mana persembahan sebelum ini.

Daripada segemen solo kepada segmen duet, Datuk Ramli Sarip dan Ella akan melakukan ‘kejutan’ tidak dijangka yang akan meninggalkan kepuasan buat peminat serta pengikut tegar mereka yang datang menyaksikan konsert KEMBARA KITA.

HARGA TIKET

RM510/RM460/RM360/RM310/RM260/RM210/RM160/RM110

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila layari

www.ilassotickets.com

atau

Hotline
+603 2170 6333

KONSERT AMAL DOA BUAT KEKASIH

Tidak ada siapa yang mahu kehilangan cinta. Namun kehilangan mengajar erti kesabaran dan ketabahan serta bagaimana meraih semangat untuk bangkit semula bagi meneruskan hari-hari yang mendatang.

Secara simbolik, inilah elemen utama yang cuba diangkat dalam Konsert Amal Doa Buat Kekasih yang bakal berlangsung di Persada Johor international Convention Centre pada 1 September 2018.

Konsert amal yang bakal dijayakan oleh Datuk Ramli Sarip bersama Dayang Nurfaizah dan Ayai Ilusi ini dianjurkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) dengan kerjasama Rasa Karya Music Sdn Bhd dan MG Network dengan tujuan meraih dana bagi membantu pesakit-pesakit kanser yang memerlukan bantuan kos rawatan dan perubatan.

Pada waktu yang sama ia juga diharap dapat menyuntik rasa prihatin dan kesedaran mengenai penyakit kanser di kalangan masyarakat dengan Iebih mendalam lagi bersesuaian dengan objektif penubuhan YKTLJ.

“Kita mensasarkan sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat dan individu bagi menjayakan konsert amal sambii berhibur. Kita juga akan menjemput pejuangpejuang kanser untuk sama-sama hadir menikmati konsert ini bersama dengan DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Alharhum Sultan ldris Shah, Permaisuri Johor merangkap Penaung YKTLJ”. Kata Y.B Dato’ Ismail Bin Karim, Ahli Lembaga Pengarah YKTLJ merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program.

Menurut Encik Mohd Anizam Bin Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif YKTLJ pula, untuk edisi yang julung kalinya diadakan ini pihak YKTLJ mensasarkan kutipan sebanyak RM3 juta daripada pakej penajaan penjuaian meja Platinum bernilai RM100 ribu, pakej Gold RM50 ribu, pakej Silver RM30 ribu dan Bronze RM10 ribu.

Mengangkat lagu Doa Buat Kekasih yang dinyanyikan serta dipopularkan Datuk Ramli Sarip sebagai pemilihan tajuk konsert amal ini, kehebatan lagu yang memiliki nuansa muzik pop penuh kemelayuan ini bukan hanya terletak kepada hook melodinya yang cukup santai, catchy, easy listening serta mudah dinyanyikan bersama, sebaliknya ia memiliki nukilan lirik yang cukup positif mengenai sebuah perpisahan cinta.

Tidak hairanlah mengapa ia berjaya mencetuskan fenomena cukup luar biasa di dalam senario industri muzik Malaysia dan seluruh gugusan kepulauan Melayu terutama Singapura, Brunei dan lndonesia.

“Setiap perpisahan itu tidak semestinya harus berakhir dengan kepahitan. Adakalanya kita harus reda dengan ketentuan dan mendoakan kekasih kita itu, biarpun hubungan telah pun berakhir. la sebuah lagu perpisahan yang positif serta matang,” kata Datuk Ramli Sarip sewaktu membuka rahsia mengenai lagu yang digubahnya serta liriknya ditulis Hartinah Ahmad itu.

“Lagu tersebut sudah mencecah usia 30 tahun. Idea untuk menghasilkan lagu Doa Buat Kekasih tercetus selepas popularnya lagu Up Where We Belong nyanyian Joe Cocker & Jennifer Warnes. Terfikir saya mengapa tidak saya hasilkan lagu duet. Kebetulan industri muzik kita memang ketandusan lagu-lagu berbentuk duet, lebihlebih Iagi pada era 80-an.

Namun, konsert ini nanti akan mengetengahkan segmen persembahan solo setiap penyanyi dengan mengangkat lagu hits masing-masing.

Konsert Amal Doa Buat Kekasih 2018 ini adalah sebahagian daripada rentetan perjalanan Konsert Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018 bakal berlangsung di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara termasuklah di lstana Budaya pada 6 Oktober dan Dewan Konsert Esplanade Singapura (17 Oktober 2018).

Konsert Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018 di Dewan Konsert Esplanade Singapura pada adalah hasil kerjasama bersama AlN Society (Social Services Organization for Cancer Patient).

Seperti lazimnya, Konsert Amal Doa Buat Kekasih 2018 yang dijayakan Datuk Ramli Sarip, Dayang Nurfaizah serta Ayai llusi ini turut mendapat khidmat iringan pemuzik profesional, Soul Journey yang dianggotai Aji Samin (gitaris 1), Rizal Halim (gitaris 2), Din Safari (bassist), Rozario Rasul (keyboardist), Tom Anuar (drummer) dan Paang Zaman (percussionist).

Tempahan meja dan tiket Konsert Amal Doa Buat Kekasih 2018 di Persada Johor Convention Centre boleh didapati menerusi pejabat YKTLJ ditalian 07 557 0404.

Layari tl’cf.oro/doabuatkekasih atau laman Facebook rasmi Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation dan lnstragram Laksamana Foundation @tljcf.

Manakala tiket-tiket Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour 2018 di lstana Budaya pada 6 Oktober telah pun mula dijual pada harga RM400, RM350 RM250 , RM200 . RM150 dan RM100. Belian atau tempahan tiket: www.ilassotickets.com. lnfo tiket: +603 31706333. Info Konsert: +603 77730677.

Datuk Ramli Sarip berbicara tentang misi KONSERT GALA PELARIAN

Konsert Gala Pelarian bakal diadakan pada 25 Ogos ini bertempat di Dewan Merdeka, PWTC bakal menampilkan Datuk Ramli Sarip, Ella serta Kumpulan Raihan.Ia konsert amal dalam mengumpul dana dalam meringankan derita Rohingya yang kini ramai menjadi pelarian akibat kekejaman dan kezaliman kerajaan Myanmar .

Walaupun ia adalah konsep makan malam , Datuk Ramli Sarip tidak melupakan peminat setia beliau dan menyediakan tiket tambahan yang berharga RM103 dibarisan atas tanpa makan malam , Buat peminat individu yang ingin turut serta makan malam disediakan juga tiket yang berharga antara RM200 , RM400 , RM600 dan RM800 untuk seorang .

Menurut Datuk Ramli Sarip, lagu-lagu yang bakal dipilih pada malam ini adalah lagu-lagu yang jarang atau tidak pernah dimainkan. Ia bukan hanya sekadar hiburan malah mempunyai mesej dan erti perjuangan.

“Setiap lagu ada jiwa , roh dan semangat , Jarang artis kita ada tema tertentu . Jika kita dengar seperti lagu ‘Ufuk Nurani’ yang ramai tak pernah dengar , lirik mengenai perjuangan purba , ayat purba . Jarang saya gunakan lirik tu . Ia bagaikan satu identiti , berat . Ia puisi nukilan oleh A Samad Said”

“Band mainkan peranan penting dalam konsert ini , susunan kebanyakkannya band tapi mereka kena monitor sikit dan saya sebagai Excutive Producer dan saya menekankan dalam persembahan . Saya pasti tidak ada masalah mengenai lagu , kerana 80% yang datang memang tahu muzik saya macamana”

 

“Persedian semua dah cukup , saya dah nampak character untuk show ini . Saya pun tak boleh expect sangat . Penonton yang power,mereka yang meletakkan anda dimana”

Konsert Gala Pelarian bakal diadakan pada 25 Ogos ini dengan Tiket-tiket boleh didapati secara online di www.ilassotickets.com dengan harga RM103 dibarisan atas tanpa makan malam , Buat peminat individu yang ingin turut serta makan malam disediakan juga tiket yang berharga antara RM200 , RM400 , RM600 dan RM800 untuk seorang .