Tag Archives: Renjana Idea

AFGAN KEMBALI DENGAN ‘RETROSPEKTIF SHOWCASE’ DI ZEPP KL 2025


Kuala Lumpur, 6 Oktober 2025 – Penyanyi tersohor Indonesia, Afgan, akan menghiburkan peminat Malaysia menerusi Afgan Retrospektif Showcase pada 5 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur

Showcase ini bertepatan dengan pelancaran album baharu Retrospektif, yang mencerminkan perjalanan hidup dan kerjaya Afgan beberapa tahun kebelakangan ini. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

MAKNA ‘RETROSPEKTIF’ & ARAH MUZIK

Afgan menyifatkan “retrospektif” sebagai momen melihat kembali masa lalu untuk terus berkembang sebagai insan yang lebih baik. 

Album ini juga album penuh bahasa Indonesia pertama beliau selepas tujuh tahun, menandakan “comeback” ke Indonesian Pop yang membesarkan namanya. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

“MALAYSIA RUMAH KEDUA” & PEMILIHAN LOKASI

Afgan menegaskan Malaysia sangat istimewa dengan sokongan peminat yang luar biasa, justeru memilih Kuala Lumpur untuk berkongsi perjalanan baharunya ini. 

Zepp Kuala Lumpur dipilih bagi mencipta suasana kasual dan intim, seiring muzik album yang lebih organik dan “raw”. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

APA YANG BOLEH DIJANGKA DI SHOWCASE

Peminat akan menikmati perdana langsung lagu-lagu baharu Retrospektif dengan susunan asal, di samping rangkaian lagu popular Afgan. 

Afgan berjanji memberi persembahan terbaik agar setiap lagu meninggalkan memori bermakna buat peminat Malaysia. 

TIKET & PENGANJUR

Showcase ini dianjurkan oleh Renjana Idea, yang menyifatkannya sebagai refleksi perjalanan seni Afgan untuk peminat setia. 

Afgan Retrospektif Showcase Zepp KL 2025 – Persembahan Afgan di Malaysia

Jualan tiket bermula 1 Oktober di laman GoLive Asia, dengan harga: RM1,398 (VIP Box), RM798 (Premium Seat), RM698 (Normal Seat), RM398 (VIP Standing), RM358 (General Standing)

Untuk maklumat lanjut, ikuti saluran rasmi Renjana Idea

NADIN AMIZAH BAWA ‘MALAM MENDENGAR’ DARI JAKARTA KE KUALA LUMPUR

Penyanyi dan penulis lagu berbakat dari Indonesia, Nadin Amizah, bakal mengadakan persembahan eksklusif, ‘Malam Mendengar Nadin Amizah dari Jakarta ke Kuala Lumpur’, bagi memenuhi permintaan tinggi peminatnya di Malaysia.

Persembahan istimewa ini akan berlangsung pada 16 Mei 2025, jam 8 malam, di Zepp Kuala Lumpur. Setelah kejayaan besar acara ‘Malam Mendengar’ di Jakarta, kini Nadin membawa konsep unik ini ke pentas Malaysia, menjadikannya satu acara yang wajib dihadiri oleh para peminatnya.

Menurut Nadin, ‘Malam Mendengar’ bukan sekadar konsert biasa, tetapi sebuah pengalaman mendalam yang membolehkannya berhubung lebih dekat dengan peminat melalui muzik dan lirik yang penuh emosi serta makna.

“Saya sangat gembira dan terharu, tetapi pada masa yang sama berasa gementar untuk memenuhi ekspektasi peminat di Malaysia. Saya mahu memastikan pengalaman ini menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan,” kata Nadin.

Lebih istimewa, persembahan kali ini bakal menampilkan susunan muzik yang lebih segar dengan gubahan muzik orkestra buat pertama kalinya. Ini memberi sentuhan baru kepada lagu-lagu yang telah menjadi kegemaran ramai dan memperlihatkan evolusi Nadin sebagai seorang artis.

“Saya berharap peminat di Malaysia dapat meluangkan waktu untuk menyaksikan persembahan ini dan menjadi saksi kepada perkembangan saya sebagai pemuzik sejak kali pertama berkunjung ke Malaysia,” tambahnya.

Penganjur dari Renjana Idea, Siti Azlina, turut berkongsi keterujaan dalam membawa ‘Malam Mendengar’ ke Malaysia.

“Ini bukan sekadar konsert, tetapi satu perjalanan emosi dan pengalaman muzik yang mendalam. Kami percaya susunan muzik baharu ini akan memberikan sesuatu yang lebih istimewa kepada penonton serta membolehkan mereka melihat sisi berbeza Nadin Amizah,” katanya.

Nadin Amizah sememangnya bukan nama asing di Malaysia. Lagu-lagunya yang puitis dan penuh emosi sering menjadi siulan peminat muzik indie dan alternatif. ‘Malam Mendengar Nadin Amizah dari Jakarta ke Kuala Lumpur’ kali ini bukan sahaja membawa nostalgia tetapi juga memberikan dimensi baharu kepada karya-karyanya yang semakin matang.

Tiket untuk persembahan ini telah mula dijual sejak 12 Februari 2025 dan boleh didapati di www.golive-asia.com. Harga tiket adalah seperti berikut:

  • Tawa – RM658
  • Sorak Sorai – RM258
  • Sorai – RM238
  • Kekal – RM248
  • Bunga Tidur – RM178
  • Tambahan RM298 untuk sesi Meet & Greet

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam istimewa ini dan menyaksikan keunikan persembahan Nadin Amizah secara langsung di Kuala Lumpur!

Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur, Yura Yunita Berbagi Intuisi

Pelaku seni dengan nama Yura Yunita selalu mengingatkan khalayak tentang betapa antusias dan hebatnya impak setiap karya yang dihasilkan.

Lihat sahaja impak dari single pertama, Intuisi yang telah membuat dia penghargaan Pencipta Lagu Terbaik di penghargaan Anugerah Musik Indonesia pada tahun 2017 dan menjadi Penyanyi Solo Wanita Terbaik di penghargaan yang sama tahun 2018. Yura juga memenangi anugerah Artis Solo Wanita Pop Terbaik di Anugerah AMI 2022.

Setelah itu pemilik nama sebenar Yunita Rachman ini pantas membina reputasi kariernya dalam bidang seni.Merakit, album yang dilahirkan pada tahun 2018 terus mengukuhkan namanya.Dua tahun perlu ‘berpuasa’ menyapa peminat lewat persembahan pentas, suasana dunia yang kembali berputar seperti biasa memberi peluang buat Yura kembali berkarya.Kali ini, penyanyi dan penulis lagu bahasa Sunda ini mahu lebih dekat dengan penggemarnya di Malaysia.Maka sebuah persembahan dengan nama unik iaitu Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan bertemu peminat pada 2 Februari 2023 di Zepp KL.Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur dibawakan oleh Renjana Idea.

Produksi ini tidak gentar membawakan Yura bertemu peminat di Malaysia pada malam 2 Februari depan kerana percaya magis yang ada pada wanita hebat kelahiran Bandung ini pasti akan menghipnotis peminat untuk berbondong datang merayakan Pertunjukan Tutur Batin.Seperti uniknya nama Pertunjukan Tutur Batin, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar mengatakan sangat berbesar hati membawa Yura ke Malaysia kerana mahu berkongsi bahagia.

“Karya karya Yura mempunyai statement yang kuat dan selalu berbicara tentang semangat mahupun inspirasi dalam kehidupan.

“Ia banyak menyentuh tentang kelebihan dan kekurangan manusia sehingga mengajak kita semua perlu kuat percaya diri.

“Lagu lagunya seperti Dunia Tipu-Tipu, Cinta dan Rahasia, Tutur Batin antara bukti betapa karya Yura sangat memberi inspirasi kepada kita semua. Dan kerana itulah Renjana Idea mahu semangat ini dikongsikan dalam Pertunjukan Tutur Batin,” ujar Aliya Arisya Anuar.

Bagi Yura sendiri, pinangan dari Renjana Idea telah lama dinantikan.

Rakan duet mendiang Glenn Fredly dari lagu Cinta dan Rahasia ini senang untuk menebarkan harum karyanya di Malaysia, sementelah dirinya juga mempunyai kelompok peminat yang sering mahu melihat dirinya beraksi di tanah air.

“Lamaran ini tidak harus dilepaskan. Sejak dari album pertama sehingga Merakit dan kini Tutur Batin, ada banyak momen yang ingin saya kongsikan bersama peminat menerusi karya karya yang terhasil.

“Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi ruang intimasi saya dan peminat berbagi rasa dan meraikan kehidupan yang penuh liku tetapi tidak pernah patah semangat juang,” ujar Yura.

Yura Yunita cukup terkenal sebagai salah seorang pelaku seni yang kerap  mengangkat lagu tradisional Sunda lalu disandingkan bersama genre fusion dengan pop moden. Antara karyanya adalah Bandung.

Single pertama yang dihasilkannya adalah Balada Sirkus pada 2014 selepas menyertai pertandingan realiti The Voice dan sempat menjadi anak didik mendiang Glenn Fredly.

Antara lagu hit lainnya adalah Intuisi, Pekat dan Berawal Dari Tatap.

Oleh itu untuk menyaksikan persembahan Yura Yunita pada 2 Februari 2023 di Zepp KL kelak, sila semak butiran dan harga tiket seperti di bawah.

TUTUR BATIN (standing)                       – RM180

YURA (normal seat)                                – RM250

MERAKIT (Premium seat)                       – RM280

VIP BOX MEET & GREET (max 8 pax)  – RM4,640

Untuk sebarang tempahan tiket sila layari goliveasia.com.

Tandakan tanggal 2 Februari 2023 untuk sama larut dalam Pertujukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur.