Tag Archives: Rizky Febian

MALAM 3 SUARA KUALA LUMPUR 2025: RIZKY FEBIAN, FABIO ASHER & ANGGI MARITO

Kuala Lumpur, 9 September 2025 – Konsert Malam 3 Suara bakal menggegarkan Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 14 Disember 2025. Persembahan eksklusif ini akan menampilkan tiga bintang Indonesia – Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito – dalam sebuah persembahan lebih dua jam yang dijangka menarik ribuan peminat.

Malam 3 Suara Kuala Lumpur 2025 dengan Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito.

Konsep Persembahan Ikonik

Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah perjalanan muzik penuh emosi. Rizky Febian hadir dengan pesona pentas penuh warna, Fabio Asher dikenali dengan balada menyentuh jiwa, manakala Anggi Marito membawa kelembutan dengan vokal penuh ketulusan.

Malam 3 Suara Kuala Lumpur 2025 dengan Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito.

Gabungan tiga suara ini bakal membawa penonton menyelami kisah cinta, kerinduan dan harapan. Lebih 20 lagu akan dipersembahkan termasuk segmen solo, duet dan kolaborasi khas yang hanya boleh disaksikan pada malam tersebut.


Info Tiket Malam 3 Suara 2025

Konsert ini akan berlangsung pada 14 Disember 2025 (Ahad), jam 8 malam di Idea Live Arena, Kuala Lumpur. Tiket mula dijual pada 12 September 2025 menerusi laman rasmi Ticket2U.

Malam 3 Suara Kuala Lumpur 2025 dengan Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito.

Kategori tiket yang ditawarkan:

  • Ground Floor: RM448 (Malam Rawan), RM388 (Hingga Tua Bersama), RM298 (Rumah Singgah), RM228 (Cara Mencintaimu), RM188 (Tak Segampang Itu)
  • Upper Floor: RM338 (Kesempurnaan Cinta), RM288 (Bertahan Terluka), RM268 (Tanpa Rasa Bersalah), RM318 (Makna Cinta)

Artis Ternama Indonesia

Malam 3 Suara Kuala Lumpur 2025 dengan Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito.

Rizky Febian merupakan ikon generasi baharu muzik pop Indonesia dengan jutaan pendengar bulanan di Spotify. Fabio Asher pula popular dengan lagu Bertahan Terluka dan Rumah Singgah.

Malam 3 Suara Kuala Lumpur 2025 dengan Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito.

Sementara itu, Anggi Marito mula mencuri perhatian dengan vokal bertenaga melalui Tak Segampang Itu dan Cara Mencintaimu. Kehadiran tiga artis ini diyakini memberi warna tersendiri kepada konsert Malam 3 Suara yang dinanti-nantikan

Sang ‘Crooner’ Dari Seberang Hiburkan Peminat di Kuala Lumpur Dalam Sebuah Konsert Penuh Warna

Malam Kuala Lumpur penuh warna apabila dihiburkan oleh sang ‘crooner’ bersuara romantis dari seberang, Rizky Febian dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu peminatnya di Malaysia, ‘AN ALBUM LIVE CONCERT: BERONA DAY RIZKY FEBIAN’ pada 3 November lalu, bermula jam 8:30 malam bertempat di Megastar Arena KL @ Sg. Wang Plaza, anjuran syarikat penganjur konsert yang tidak asing lagi, Hitman Solutions.

“Saya masih tidak boleh ‘move on’ terhadap konsert lalu dan mahu menghiburkan lagi peminat di Malaysia kerana sokongan mereka yang tidak berbelah bagi, dan buktinya pada malam Berona Day ini, penuh ‘rona’ melalui lagu-lagu yang saya sampaikan buat semua penonton,” kongsi pemilik nama sebenar, Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 25 tahun.

Konsert yang berkonsepkan album ini merupakan siri jelajah rangka mempromosikan album kedua Rizky berjudul ‘Berona’ yang dilancarkan pada 21 Julai tahun ini.

Album yang mengandungi 10 buah lagu baharu ini adalah hasil kolaborasi 3 pemuzik Indonesia, Gangga, Teddy Adhitya dan Basboi.

Lebih 4000 penonton dihiburkan selama hampir 2 jam dengan 18 buah lagu kesemuanya, diantaranya Berona, Luka, Kesempurnaan Cinta, Indah Pada Waktunya, Ego, Seperti Kisah, Selaras Kata, Ragu, Terpesona, Membisu serta lagu-lagu hits Rizky yang terdahulu.

Selaku pengarah muzik bagi konsertnya sendiri, penonton berpeluang merasai sendiri warna nyanyian yang berbeza dan lebih dewasa yang disampaikan Rizky.

Katanya, “Dari segi susunan muzik, saya sendiri yang menentukan ‘warnanya’ sesuai dengan usia saya yang semakin meningkat dengan diiringi barisan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

“Terima kasih buat semua yang hadir pada malam ini kerana menjadikan konsert Berona Day sebuah momen berharga bagi saya yang akan saya simpan sampai bila-bila, kepada pihak penganjur, Hitman Solutions, terima kasih kerana menjadikan impian saya untuk kembali ke Malaysia menjadi realiti.

En. Rohit Rampal, selaku Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions berkata, “Konsert Berona Day ini tidak mungkin berlaku jika bukan permintaan yang tinggi terhadap Rizky yang mempunyai pengaruh media sosial kuat dikalangan penggemar muzik tempatan.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih ramai artis-artis muda yang berkebolehan seperti Rizky, baik artist tempatan mahupun antarabangsa yang dapat mewarnai industri hiburan tanah air kita.”

Merujuk kepada rancangannya yang akan datang, En Rohit berkata, “Hitman Solutions melihat untuk menganjur lebih kurang 21 konsert untuk artis tempatan dan antarabangsa pada tahun 2024. Terdapat banyak permintaan dari peminat-peminat serta keinginan artis antarabangsa untuk menyenaraikan Malaysia dalam senarai konsert jelajah dunia mereka.”

Terima kasih kepada semua yang hadir dan termasuk para penaja – Era FM & Gegar.my (Radio Rasmi), RFAS MUSIC (Rekod Music Rasmi), Sunway Putra Hotel (Hotel Rasmi), Batik Air (Syarikat Penerbangan Rasmi) dan disokong oleh Tourism Malaysia.