Tag Archives: Rocketfuel Indie Space Station

Paduan Dinamis CHAZYNASH & DANI KURAMA Menerusi ‘JIKA AKU PERGI’

Instafamous asal utara yang terkenal dengan video-video viralnya di media sosial, Chazynash, berkolaboratif secara muzikal dengan penyanyi-penulis lagu muda berbakat besar, Dani Kurama, dalam sebuah single balada pop berjudul ‘Jika Aku Pergi’ hasil idea mereka berdua, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Indie Space Station.

“Mungkin ramai di luar sana lebih mengenali saya sebagai personaliti media sosial dengan video-video viral yang saya hasilkan bersama isteri, namun minat menyanyi itu sebenarnya telah lama wujud.

“Sebelum ini, saya ada menghasilkan beberapa buah lagu namun kebanyakannya berbentuk parodi. Sehinggalah saya bertemu Dani Kurama, dan kini saya yakin masanya sesuai untuk muncul dengan sesuatu yang lebih ‘serius’ menerusi platform yang disediakan oleh Rocketfuel Indie Space Station,” kata Chazy.

Bagi Dani Kurama yang sudah lama berkecimpung dalam bidang muzik sejak dibangku sekolah lagi, jiwa seni itu sentiasa ada di mana beliau sering menghasilkan lagu-lagu secara suka-suka di laman YouTube, dan pernah mendapat kritikan dari warganet yang pernah mempertikaikan bakatnya, sehinggalah single-nya sebelum ini mendapat sambutan luar jangkaan dan terus menjadi viral di laman media sosial. Menurut Dani:

“Muzik sememangnya sudah sebati dalam diri saya dan saya tak peduli dengan apa orang kata kerana yang penting niat saya ikhlas dalam menghasilkan sesuatu. Setiap karya yang saya ciptakan dekat di hati kerana ada kaitan dengan kisah peribadi.

“Single Jika Aku Pergi menceritakan tentang sepasang kekasih yang bercinta namun kecundang di tengah jalan kerana teman wanitanya tiba-tiba berubah hati dan beralih ke lelaki lain yang jauh lebih kaya dan berjaya dalam hidup. Namun, bekas teman lelakinya itu tetap mencintai dan merinduinya walaupun telah berpisah, dan hanya mampu berdoa dan mengharapkan yang terbaik dari jauh.

Single Jika Aku Pergi yang berdurasi selama 4:18 minit ini dimulai dengan tempo yang perlahan namun bertenaga dan kemudiannya beralih rancak dengan bunyian ‘trap’ moden yang menghiasi keseluruhan lagu tersebut.

“Saya dan Dani pernah menghasilkan sebuah single sebelum ini namun kurang mendapat sambutan, dan dengan adanya platform yang disediakan oleh Rocketfuel Indie Space Station ini, semoga ia dapat melonjakkan lagi nama kami berdua di persada industri muzik tempatan.

“Oleh kerana kami berdua pernah bekerjasama sebelum ini, proses rakaman berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah dan saya senang berkolaborasi dengan Dani. Beliau seorang yang sangat berbakat, punyai idea yang kreatif dan dedikasi yang ditunjukkan wajar dijadikan contoh,” jelas Chazy.

Selain bertindak sebagai penyanyi bersama, Chazy juga turut mencurahkan idea kreatifnya dengan mengarahkan video muzik (MV) single Jika Aku Pergi kerana pengalamannya dalam menghasilkan video-video sebelum ini.

“Jalan cerita MV ini adalah sebuah kisah cinta yang klise di mana sepasang kekasih yang bercinta kemudiannya berpisah secara tiba-tiba, dan muncul pula orang ketiga yang memisahkan mereka, maka terjadilah konflik di antara mereka. Si teman lelaki pasrah dengan perpisahan tersebut dan terpaksa melangkah berat namun masih menyimpan rasa sayang terhadap bekas teman wanitanya,” terang Dani.

Encik Jipie, selaku Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment berkata, “Chazynash dan Dani Kurama adalah dua anak muda berbakat dan berpotensi dalam industri muzik. Meski masih baru, mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi dengan idea-idea segar sesuai dengan selera jiwa anak muda masa kini.

“Semoga single Jika Aku Pergi gabungan mereka berdua mendapat tempat di hati penggemar muzik.

Akhiri Chazy: “Kami berharap agar orang ramai dapat menerima muzik yang kami bawakan dan terus memberikan sokongan terhadap single Jika Aku Pergi supaya menjadi hit dan terus viral di laman-laman media sosial.

Lagu Jika Aku Pergi boleh dimuat turun di iTunes Store bermula 27 November 2021 ini dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di YouTube Rocketfuel Network pada tarikh yang sama.

 

Rocketfuel Entertainment Perkenal Perkhidmatan Terbaharunya ‘Indie Space Station’ Buat Semua Label & Pengkarya Indie

Rocketfuel Entertainment sekali lagi meneroka angkasa lepas dengan memperkenalkan perkhidmatan terbaharunya iaitu Rocketfuel Indie Space Station yang akan memberi fokus khusus terhadap label dan artis indie di seluruh negara. Rocketfuel Indie Space Station akan bertindak sebagai pihak pengurusan yang dilantik oleh label atau artis indie di bawah label muzik Rocketfuel Records yang bakal beroperasi serentak dengan tiga komponen utama roketnya iaitu Rocketfuel Talent, Rocketfuel Multi-channel Network dan Rocketfuel Live.

Terang Encik Feros Sayna, selaku Ketua Rocketfuel Entertainment yang baharu, “Rocketfuel Indie Space Station kini mempelawa mana-mana label dan artis indie yang memerlukan khidmat dari segi pelancaran lagu di platform digital, TV dan radio. Sebagai tambahan, Rocketfuel Indie Space Station juga menawarkan khidmat penerbitan dan perlesenan. “Pelbagai kejayaan yang membanggakan telah kami raih sekaligus meletakkan jenama Rocketfuel Entertainment setaraf dengan label-label unggul di Malaysia dan sekitar rantau Asia Tenggara.

“Dikesempatan ini juga saya ingin memperkenalkan Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment yang baru iaitu saudara Jipie yang akan dipertanggungjawabkan mengelolakan Rocketfuel Indie Space Station. Encik Jipie adalah vokalis dan ketua band Pesawat yang merupakan sebuah kumpulan tempatan yang terkenal dan berpengaruh. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang selok-
belok industri muzik di Malaysia.Pelantikan beliau sebagai Ketua Label dan Penerbitan yang baharu dapat melonjakkan lagi jenama Rocketfuel Entertainment ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut Encik Jipie, “Saya amat berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Encik Feros dalam menggalas tanggungjawab yang besar ini. Perancangan masa hadapan saya adalah untuk menaikkan nama Rocketfuel Entertainment sebagai salah satu agensi bakat yang berpengaruh dan disegani di Malaysia dan rantau ini.”

Sehubungan dengan itu, Rocketfuel Entertainment juga turut memperbaharui dan menambahbaik laman sesawang rasminya baharu-bahru ini dengan perantara yang lebih menarik sejajar dengan identiti jenama Rocketfuel Entertainment yang moden ditambah dengan
elemen bersahaja. Laman sesawang terbaharu itu juga akan menampilkan pelbagai perantara berguna yang memudahkan bakal rakan niaga dan pengguna membuat semakan tentang perkhidmatan baharu yang ditawarkan. Selain itu, laman sesawang tersebut turut mempamerkan dan memberikan maklumat tentang keluaran terbaharu serta projek-projek akan datang daripada Rocketfuel Entertainment agar kesemua yang terlibat sentiasa memperoleh perkembangan yang terkini.

OAG merupakan artis pertama di bawah Rocketfuel Indie Space Station

Sebagai tambahan, laman sesawang terbaharu Rocketfuel Entertainment akan memaparkan setiap talent secara individu daripada rangkaian keluarga besarnya supaya mudah bagi bakal pelanggan merangka apakah tindakan selanjutnya dalam mewakili jenama mereka. Team Rockerfuel Entertainment akan terus memastikan isi kandungannya dikemaskini dari semasa ke semasa dengan berita-berita terkini bersama talent terbaharunya. Jangan lupa untuk melayari laman sesawang rasmi yang terbaharu di www.rocketfuelent.com .