KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2025 – Legenda power metal antarabangsa, Helloween, bakal menggegarkan ibu kota menerusi konsert mega Helloween Live Kuala Lumpur 2025 sempena sambutan ulang tahun ke-40 mereka. Konsert penuh sejarah ini dijadualkan berlangsung pada 8 Disember 2025 di lokasi eksklusif Zepp Kuala Lumpur, anjuran Rockstage Entertainment.
Konsert ini adalah sebahagian daripada “Helloween 40 Years Anniversary Tour” yang sedang menjelajah dunia dan menerima sambutan hangat di Eropah, Amerika Latin, serta beberapa negara Asia. Kini, giliran peminat di Malaysia pula meraikan warisan metal dunia dalam satu malam yang pasti meninggalkan memori abadi.
Helloween, yang ditubuhkan pada tahun 1984 di Hamburg, Jerman, dikenali sebagai antara perintis genre power metal dengan lagu-lagu ikonik seperti I Want Out, Eagle Fly Free, Forever and One, Power dan banyak lagi. Album seperti Keeper of the Seven Keys Part I & II telah menaikkan nama mereka ke pentas global.
Barisan pemuzik legenda termasuk Michael Kiske, Kai Hansen, dan Andi Deris bakal menyatukan semula tenaga klasik dan moden dalam satu persembahan yang menyentuh emosi peminat setia mereka. Konsert ini bukan sekadar pertunjukan — ia adalah satu penghormatan kepada empat dekad muzik metal yang terus hidup dalam jiwa penggemar muzik keras di seluruh dunia.
Zepp KL, sebuah venue bertaraf antarabangsa di tengah ibu kota, akan menjadi gelanggang rasmi konsert ini. Dilengkapi sistem bunyi canggih dan pencahayaan imersif, Helloween menjanjikan pengalaman audio visual luar biasa.
Tiket konsert boleh didapati di laman rasmi www.myticketempire.com dengan pelbagai pilihan bayaran fleksibel termasuk Atome, PayLater oleh Grab, dan SpayLater oleh Shopee. Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal memandangkan permintaan tinggi dijangka berlaku.
Ikuti laman sosial Rockstage Entertainment untuk pengumuman dan maklumat terkini mengenai Helloween Live Kuala Lumpur 2025.
SIJANGKANG, 30 JUN 2025 – Dunia muzik rock tanah air bakal digegarkan menerusi konsert JERAT BURAGAS yang menghimpunkan dua nama besar — Giegiel dan Dr. Kronik — dalam satu pentas berprestij pada 6 September 2025, bertempat di Warisan Hall Studio, Sijangkang.
Dianjurkan oleh Rockstage Entertainment dengan kerjasama Ticket Empire, Mentari Merah dan Warisan Hall Studio, konsert ini menjanjikan pengalaman muzik rock tempatan yang tidak akan dilupakan. Dengan tiket berharga hanya RM90 untuk kategori berdiri (Cat 1), peminat boleh mendapatkannya di platform rasmi www.myticketempire.com.
Konsert Jerat Buragas membawa format ‘battle showcase’ yang mempertemukan dua kuasa muzik underground: Giegiel, yang dikenali dengan gaya grunge dan heavy rock, serta Dr. Kronik, yang sarat dengan elemen rap rock dan eksperimental. Gabungan genre berbeza ini dijangka mencetuskan impak besar dalam kalangan peminat muzik alternatif.
Susun atur konsert juga memberi keutamaan kepada peminat dengan zon berdiri Cat 1 yang rapat dengan pentas, membolehkan mereka merasai kehangatan persembahan secara langsung. Bahagian teknikal dan FOH (Front of House) juga disusun strategik bagi memastikan sistem bunyi kekal mantap dan jelas.
Lebih menarik, penganjur turut menyasarkan generasi baharu peminat muzik, khususnya dari komuniti indie dan metal underground, sekaligus menyuntik semangat baharu ke dalam landskap muzik Malaysia.
INFO RINGKAS:
Nama Acara: Jerat Buragas – Dr. Kronik vs Giegiel
Tarikh: 6 September 2025
Lokasi: Warisan Hall Studio, Sijangkang
Harga Tiket: RM90 (Cat 1 – Standing)
Laman Tiket: www.myticketempire.com
Acara ini turut dijangka menerima liputan luas daripada media hiburan dan menjadi pentas terbaik buat band-band ‘cult’ seperti Giegiel dan Dr. Kronik menonjolkan karya serta legasi mereka.
Kreator, lagenda thrash metal dari Jerman disahkan akan melakukan konsert mereka di Malaysia selepas lebih hampir 19 tahun tidak menjejakkan kaki ke negara ini.
Mengangkat judul “Kreator Strongest of The Strong Live In Malaysia’, yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada 25 Januari 2024. Ianya adalah hasil usaha Rockstage Entertainment dengan kerjasama Lampuneon. Persembahan ini merupakan sebahagian daripada tour bagi mempromosikan album baharu mereka ‘Hate Über Alles’.
Talib Othman selaku Pengarah Rockstage Entertainment menjelaskan bahawa ini adalah usaha sulungnya dalam menganjurkan persembahan artis daripada luar negara, dimana sebelum ini beliau aktif menganjurkan persembahan artis-artis tempatan sahaja.
“Ini merupakan kerjasama pertama yang melibatkan Rockstage Entertainment dan Lampuneon, saya berharap agar ianya ‘membuahkan’ hasil yang boleh membanggakan kedua-dua pihak. Meskipun amat sukar untuk mendapatkan Kreator, saya harap peminat dapat memberikan ‘komitmen’ mereka pula”, ujarnya.
“Saya tahu mungkin ramai di kalangan penggemar muzik ekstrim di luar sana yang tidak menyangka Kreator akan singgah ke Malaysia dalam rangka promosi album terbaharu mereka. Apatah lagi ‘kebarangkalian’ untuk mendapatkan kepercayaan dan kelulusan daripada pihak ‘berkenaan’
‘Sifirnya mudah jika kita uruskan dengan saluran yang betul, InshaAllah semuanya akan mudah. Saya harap peminat di luar sana hadir untuk memberikan sokongan. Setelah 19 tahun kini Kreator kembali beraksi di Malaysia”, tambahnya.
Sementara itu Samsul Kamal, wakil LampuNeon menyifatkan bahawa kesudian Kreator untuk beraksi di Kuala Lumpur adalah satu keajaiban memandangkan mereka punya pengalaman yang ‘kurang enak’ sebelum ini.
“Peminat muzik berat di Malaysia sewajarnya mengambil peluang ini, kita tidak tahu bila lagi Kreator akan mengadakan persembahan di sini. Bukan senang nak tengok antara ‘pioneer’ thrash dunia”, ujarnya
“InshaAllah, kami sedaya upaya memberikan ‘keselesaan’ buat peminat yang hadir apatah lagi ianya di buat di lokasi yang cukup strategik di samping pelbagai fasiliti yang lengkap untuk keselesaan semua”, tambahnya.
Peminat Malaysia amat bertuah kerana Rockstage Entertainment dan Lampuneon mengambil peluang membawakan mereka ke negara ini. Sudah tentu mereka akan membawa para peminat melungsuri nostalgia bersama lagu-lagu lama dan baru secara total dalam konsert tersebut yang amat dinanti-nantikan. Kreator bukan asing bagi peminat di negara ini termasuk di beberapa negara Asia Tenggara lain.
Untuk info, Kreator terlebih dahulu menggunakan nama Tormentor, namun mereka menukarnya.
Sepanjang kewujudan mereka ramai pemuzik yang telah mengisi kekosongan kumpulan ini sebagai anggota tetap. Kini Kreator dibarisi vokalis dan juga pemain gitar Miland ‘Mille’ Petrozza, pemain dram Jürgen ‘Ventor’ Reil, pemain gitar Sami Yli-Sirniö dan pemain bass Frédéric Leclercq.
Sehingga kini Kreator telah mengeluarkan 15 album studio, dua album mini atau EP, dua album live dan tiga album kompilasi setakat ini yang semuanya telah berjaya terjual di seluruh dunia melebihi dua juta unit sekali gus menjadikan mereka kumpulan thrash metal Jerman terlaris sepanjang masa.
Selepas beberapa dekad, kumpulan thrash veteran ini telah menemukan cara untuk terus mengekalkan status mereka di hadapan termasuk menyesuaikan diri dengan peminat masa kini tanpa perlu tersasar daripada akar umbi muzik mereka. Legasi mereka diteruskan dengan penghasilan album baharu, melakukan tour di seluruh dunia termasuk dalam konsert besar dan bertemu peminat setia mereka di mana-mana.
Kreator meraikan empat dekad dominasi thrash pada tahun 2022 dengan album studio ke-15 mereka ‘Hate Über Alles’ sebelum melakukan siri jelajah besar-besaran ke seluruh dunia, mengukuhkan lagi Kreator sebagai satu ‘kuasa’ utama yang berdaya tahan dalam sejarah metal.
Ini merupakan sebagai sebahagian daripada jelajah tour ke seluruh dunia yang mempromosikan ‘Hate Über Alles’. Terdapat empat kategori tiket yang akan dijual sama ada dibeli secara online atau di pintu masuk pada hari konsert berlangsung. Harga bagi tiket yang dibeli secara online untuk kategoeri VIP Box berharga RM750. Tiket VIP Box hanya dijual secara online atau dalam talian sahaja.
Sementara tiket yang dibeli secara online untuk kategori CAT 1 iaitu free standing (RM330), kategori CAT 2 iaitu premium seats (RM380) manakala kategori CAT 3 iaitu normal seats (RM350). Bagi tiket yang dibeli di pintu masuk pada hari konsert berlangsung, kategori CAT 1 iaitu free standing (RM380), kategori CAT 2 iaitu premium seats (RM430) manakala kategori CAT 3 iaitu normal seats (RM400).
Tiket-tiket boleh dibeli secara online dengan melayari www.myticketempire.com Jualan tiket akan dibuka dalam masa terdekat dan peminat Kreator boleh membeli tiket dengan menggunakan perkhidmatan ATOME dengan melakukan pembayaran tiga kali. Justeru peminat metal jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonton lagenda thrash dunia beraksi di Malaysia!
Kumpulan ‘otai’ metal rock XPDC yang terkenal dengan julukan “raja funfair ” akan kembali menggegarkan pentas selepas sekian lama tidak beraksi di hadapan para peminat setianya. Kali ini XPDC yang dibarisi oleh Mael , Jeff Giegel , Zuar dan Amy akan beraksi di konsert “Rockstage II” yang bakal berlangsung di Stadium MABA ( Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia), Kuala Lumpur pada 7 Oktober ini.
Konsert “Rockstage II” ini diadakan khas untuk para peminat kumpulan XPDC dan FTG yang tidak putus-putus menyokong pembabitan mereka selama lebih 20 tahun di persada seni tempatan. Pastinya XPDC bakal menjanjikan persembahan yang terbaik buat peminat mereka.
Selain XPDC, kumpulan yang bernuansakan genre thrash metal tempatan iaitu FTG juga turut di gandingkan bersama. 2 jenama yang cukup dikenali di kalangan pemuzik serta pencinta muzik underground tempatan. Kewibawaan, kredibiliti, karisma serta energi dalam muzik genre yang di naungi sudah tidak perlu dipertikaikan lagi.
Kejayaan demi kejayaan mereka telah lakarkan, kini setelah lebih 25 tahun berada di dalam industri muzik Malaysia FTG sekali lagi telah diberi penghormatan untuk beraksi bersama-sama dengan kumpulan yang cukup ramai bilangan peminat setianya. Pastinya penyatuan semula line-up asal FTG iaitu Tajul, Jac, Nizam dan Mie bakal memberi impak yang besar buat peminat pada hari persembahan itu nanti.
Kumpulan yang bernuansakan rock 80an, Metalzonn akan membuka tirai Konsert “Rockstage II” anjuran Rockstage Entertainment.
“Penganjuran Rockstage II ini adalah berlanjutan daripada konsert Rockstage pertama yang telah di adakan pada 4 februari yang lalu dimana ketika itu kami tampilkan kumpulan MAY, SOFEA/SYJ dan Amuk”, ujar Talib selaku penganjur ketika ditemui.
“Lantaran sambutan yang menggalakkan di kalangan peminat ketika konsert pertama maka kami selaku penganjur sekali lagi memberi ruang dan peluang kepada peminat kumpulan FTG dan XPDC khususnya”
“Sungguhpun ianya berlainan konsep namun saya pasti setiap kumpulan mempunyai kelebihan mereka sendiri. Apa yang boleh saya janjikan buat peminat kedua-dua kumpulan ini adalah dari segi konsep serta sistem bunyi yang pasti memberi impak serta ianya akan tinggalkan nostalgia sewaktu anda menyaksikan persembahan mereka nanti”, tambah Talib lagi.
“jualan tiket hingga kini cukup memberangsangkan malah ada juga peminat daripada Sabah, Sarawak dan Brunai sudah membuat tempahan tiket semata-mata untuk menyaksikan kehebatan kumpulan pujaan mereka”
Konsert “Rockstage II” bakal bermula pada jam 8 malam. Peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM75.00 dengan menghubungi 012-2937976 / 019-2407994 / 03-78314276 dan di kaunter jualan Stadium MABA pada hari konsert.