Tag Archives: Sabri Yunus

Bulan Bintang Melancarkan Pertunjukan Fesyen “Sedekad Menyinar” Sempena Ulang Tahun Ke-10

Bulan Bintang telah menganjurkan pertunjukan fesyen bertema “Sedekad Menyinar” pada 2 Februari 2025 di KL Convention Center, Kuala Lumpur bagi meraikan ulang tahun ke-10 jenama fesyen tersebut. Pertunjukan ini menampilkan koleksi raya “ready-to-wear” (RTW) yang komprehensif untuk seisi keluarga.

Koleksi terbaru ini merangkumi baju melayu dengan tiga pilihan potongan – Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit – yang direka menggunakan kain yang lembut, ringan dan sejuk. Sebagai jenama yang mengutamakan inklusiviti, Bulan Bintang menawarkan saiz sehingga 8XL dengan pelbagai pilihan kurta. Untuk wanita dan kanak-kanak pula, koleksi pakaian raya sedondon ditawarkan dalam lebih 70 pilihan warna.

Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, menyatakan rasa syukur atas perkembangan pesat jenama tersebut selama sedekad dalam pasaran yang kompetitif. Beliau mengatakan bahawa kejayaan ini adalah hasil sokongan rakyat Malaysia dan komitmen syarikat dalam penambahbaikan kualiti serta khidmat pelanggan.

Pertunjukan fesyen ini diserikan dengan kehadiran barisan selebriti ternama seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Johan Ghazali dan Hannah Delisha. Turut hadir sebagai duta istimewa ialah Zahiril Adzim, Ain Edruce, Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Mimi Lana, Dato’ Ramli MS, Dato’ Jalaluddin Hassan, Joey Daud, Zamarul Hisham, Sabri Yunus dan Angeline Tan.

Pandangan Para Duta Jenam

Datuk Rosyam Nor, sebagai selebriti kelas A, memilih Bulan Bintang kerana tertarik dengan perkembangan jenama ini selama 10 tahun. “Bulan Bintang bukan sekadar terkenal seluruh Malaysia, tapi saya tertarik dengan usaha penambahbaikan selama 10 tahun ini. Tahun ini pula, Bulan Bintang memperkenalkan koleksi baharu yang lebih berkualiti, design modern dan klasik yang tidak menjejaskan nilai baju melayu,” kata beliau.

Shukri Yahaya, yang telah berkhidmat sebagai Duta Senior selama 5 tahun, memuji idea-idea kreatif dan asli Bulan Bintang. Beliau menekankan komitmen jenama dalam perkhidmatan pelanggan yang beroperasi 24/7.

Datuk Remy Ishak, yang kini memasuki tahun kedua sebagai duta, berkongsi bahawa beliau amat selektif dalam pemilihan jenama yang diwakilinya. “Sebelum saya setuju dengan Bulan Bintang, team mereka perlu hantar semua sample produk untuk saya teliti dahulu kualitinya dan saya nak tahu apa inisiatif mereka untuk memasarkan baju melayu ni,” jelas beliau.

Nadhir dan Mierul, dua personaliti yang dipilih menjadi duta jenama, berkongsi pandangan unik mereka tentang kerjasama dengan Bulan Bintang. Menurut mereka, pemilihan untuk menjadi duta Bulan Bintang adalah keputusan yang tepat kerana jenama ini sentiasa menghasilkan karya yang unik dan berbeza setiap tahun. “Beza Bulan Bintang dengan jenama lain adalah pada karya yang unik setiap tahun. Taklah mengulang benda sama je setiap tahun. Fabric yang digunakan pun bertukar setiap tahun, pilihan warna, cutting, inklusiviti sentiasa ditambah baik setiap tahun. Karya Bulan Bintang ni fresh, modern, nafas baru tapi masih original baju melayu, tak merepek,” jelas mereka.

Syafiq Kyle, yang dikenali sebagai muka ‘rare’ dalam arena duta jenama fesyen, menyatakan kekagumannya terhadap skala kerja Bulan Bintang dan komitmen mereka kepada pembeli. “Takdelah orang cakap ‘founder je yang kaya beli kereta’ kan? Bulan Bintang bagi berpuluh buah kereta pada pembeli! Sampai RM10 juta dibelanjakan untuk hadiah tahun ni,” tambah beliau.

Johan Ghazali, sebagai satu-satunya fighter dalam barisan duta, menjelaskan kepentingan baju melayu dalam kerjayanya sebagai wakil Malaysia di arena antarabangsa. “Setiap kali saya ada fight, saya mewakili negara saya, Malaysia. Secara tak langsung, saya akan mempromosikan negara dan budaya orang Malaysia di luar sana sampai ke US,” ujar beliau.

Hannah Delisha, yang mewakili Bulan Bintang Sisters, memuji evolusi koleksi raya tahun ini yang lebih segar dan kontemporari. “Design Bulan Bintang Sisters tahun ini dibuat untuk tak limitkan untuk dipakai pada hari raya je, sesuai untuk pelbagai majlis. Selain itu, design yang sama akan ada juga pilihan untuk ‘kids’ atau kanak-kanak dan warna yang ditawarkan semuanya ada padanan warna untuk baju melayu,” jelasnya.

Hadiah dan Promosi Istimewa

Sempena ulang tahun ke-10, Bulan Bintang menawarkan hadiah-hadiah bernilai RM10 juta melalui kolaborasi dengan pelbagai jenama terkemuka. Antaranya termasuk 1kg jongkong emas dari GB Gold, tiket penerbangan percuma setahun dari AirAsia, wang tunai RM150,000 dari Hausboom, pakej haji dan umrah dari Tabung Haji dan Kahf, serta 120,000 voucher dari Tealive.

Turut diumumkan adalah pemenang pertandingan Bulan Bintang Next Top Model yang menampilkan finalis dalam lingkungan umur 40 hingga 70 tahun dari kalangan orang awam. Pemenang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 melalui undian juri dan penonton yang hadir.

Koleksi Raya Sedekad Menyinar boleh didapati di 15 butik rasmi Bulan Bintang seluruh negara dan platform TikTok sebagai rakan kerjasama strategik. Penghantaran seluruh Malaysia diuruskan oleh Ninjavan selaku rakan logistik rasmi. Azzim mensasarkan jualan sebanyak 1.5 juta helai pakaian untuk kempen kali ini.

Filem Jejak Warriors Di Pawagam 27 Ogos 2015

Tajuk Filem: Jejak Warriors

Genre: Drama / Famili / Sukan

Pengarah: Saw Teong Hin

Syarikat Produksi: U2 Media Sdn. Bhd.

Pelakon:Mohd Aliff Firdaus, Pekin Ibrahim, Nadiya Nissa, Pemain The Red Warriors – Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Harun Salim Bachik, Amir Raja Lawak, Syuk, Radhi Khalid, Bell Ngasri, Sabri Yunus, Ogy Ahmad Daud.

Jejak Warriors Final Keyart

Tarikh pengeluaran: 27 Ogos 2015

Pengedar: Empire Film Solution Sdn. Bhd.

Klasifikasi: U

Facebook: https://www.facebook.com/pages/Jejak-Warriors/1614105485502657

Twitter: https://twitter.com/jejakwarriors

Instagram: https://instagram.com/jejakwarriors

Sinopsis:

Jejak Warrior sebuah kisah pengembaraan mengenai seorang remaja (Wan Raja) untuk berjumpa dengan pasukan bolasepak pujaan beliau iaitu The Red Warriors. 

Bapa Wan Raja adalah seorang penyokong nombor satu The Red Warriors sehinggalah satu kemalangan berlaku dan ini telah menukar kehidupan keluarganya untuk selamanya. Dengan kematian mengejut ibu Wan Raja, beliau menyedari cita-cita bapanya untuk mendapatkan tandatangan pemain The Red Warriors belum tercapai. Sewaktu perjalanan Wan Raja dari Johor Bahru ke Kota Bahru beliau telah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran namun untuk berputus asa bukan pilihan bagi beliau bagi mencapai cita-citanya.