Tag Archives: Shah Jaszle

Nazrief Nazri Bercinta Dengan Emma Maembong?

Jangan simpan perasaan benci terhadap orang kerana lambat-laun boleh membibitkan perasaan sayang dan cinta. Siapa pula sangka, masakan juga boleh menjadi senjata untuk memikat hati seseorang! Itulah yang terjadi dalam drama bersiri terbaharu Nasi Minyak Kuah Cinta lakonan Nazrief Nazri dan Emma Maembong menerusi slot Dahlia selepas drama Bibik-Bibikku.

Drama yang mengandungi 20 episod ini bakal menemui penonton pada setiap Jumaat hingga Ahad, bermula 9 Oktober 2016 pada jam 6.58 petang. Turut membintangi drama yang penuh dengan unsur lucu dan romantis ini ialah Aishah Ilias, Shah Jaszle, Anas Ridzuan dan Idzham Ismail.

Drama ini mengisahkan tentang Izka (Nazrief Nazri), seorang wartawan di sebuah stesen televisyen, secara tidak sengaja telah bertemu dengan Mia (Emma Maembong) di dalam sebuah bas ketika ingin bercuti pulang ke kampung. Mia baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang komunikasi massa.

nasi-minyak-kuah-cinta-4

Ketika di dalam bas, Izka dan Mia mendapati nombor tempat duduk mereka sama. Oleh kerana kedua-duanya mempunyai tahap ego yang tinggi, maka tercetuslah pertengkaran antara mereka. Akhirnya, mereka berdua terpaksa menaiki bas yang berlainan setelah dihalau keluar oleh pemandu bas tersebut. Kedua-dua terpaksa mengambil bas di waktu petang. Mia menyalahkan Izka kerana tidak sempat menghantar ibu dan bapanya ke lapangan terbang untuk mengerjakan umrah.

‘Drama’ antara mereka berdua berlanjutan apabila Mia mula menjalani latihan praktikal di stesen televisyen yang sama dengan Izka. Ini memberi peluang kepada Izka untuk membalas dendam terhadap Mia. Izka kurang bertuah dalam percintaan dan telah dua kali putus cinta. Mungkin disebabkan itu Izka agak dingin dengan perempuan dan menyerah soal jodoh kepada ibunya Azizah.

nasi-minyak-kuah-cinta-5

Satu hari, Izka menghantar kereta antik kesayangannya ke bengkel. Suraya (Aishah Ilias) yang merupakan seorang pengasas produk kecantikan, turut menghantar keretanya di bengkel yang sama. Suraya perli kereta Izka yang buruk itu. Izka tidak mengendahkan kata-kata Suraya. Tanpa disangka, Suraya bertemu semula dengan Izka kerana dia ditugaskan untuk membuat liputan produk kecantikan milik Suraya. Ini membuatkan Suraya berasa serba salah dan terus berubah perangai menjadi baik dan bermulut manis.

Di kampung, Azizah telah mengaturkan pertunangan Izka dengan gadis bernama Zulaikha. Pada masa yang sama, ibu dan bapa Mia juga telah mengaturkan jodoh untuk Mia dengan jejaka pilihan mereka bernama Putra. Sekali lagi ibu Izka menyuruh Izka pulang ke kampung untuk bertemu dengan Zulaikha.

Namun, Izka terpaksa pulang sehari selepas tarikh yang ditetapkan ibunya kerana Mia pun bercuti pada hari yang sama. Zulaikha ada meninggalkan nasi minyak dan kuah kari ayam yang dimasaknya untuk Izka. Selepas merasai masakan Zulaikha, Izka mula rasa terpikat lalu dia pun meminta ibunya untuk meminang Zulaikha.

nasi-minyak-kuah-cinta-7

Apa yang tidak diketahui oleh Mia dan Izka adalah mereka sebenarnya merupakan tunang masing-masing. Mia mesra dipanggil ‘Zulaikha’ oleh keluarganya kerana dia kuat menangis waktu kecil dahulu dan nama itu diberi oleh neneknya sebagai ‘pengubat’.

Pada masa yang sama, Mia bertanya tentang Putra kepada ibunya. Dia hanya pernah berbual dengan Putra melalui telefon sahaja. Sudah semestinya perasaan ingin tahu itu semakin kuat. Apakah perasaan Mia dan Putra selepas mendapat tahu bahawa mereka telah bertunang dengan musuh ketat mereka sendiri? Adakah perasaan benci itu akan bertukar menjadi cinta?

nasi-minyak-kuah-cinta-6

Jangan lupa untuk menonton Nasi Minyak Kuah Cinta, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.58 petang di slot Dahlia, TV3. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Kisah cinta ‘Lara Aishah’ diadaptasi daripada siri telenovela Mexico popular ‘La Loba’

Setelah melakar kejayaan yang membanggakan menerusi penerbitan drama bersiri Memori Cinta Suraya (MCS), pihak Astro menerusi saluran Astro Prima dengan kerjasama produksi Global Station Sdn Bhd dan TV Azteca, Mexico dengan berbesar hati ingin mengajak para penonton untuk menyelami kisah cinta penuh iktibar, pergolakan keluarga, dendam dan pengorbanan yang terbina daripada wang ringgit dan kuasa menerusi drama bersiri Lara Aishah.

Drama bersiri 100 episod yang meruntun jiwa arahan Riza Baharudin ini telah diadaptasi daripada siri telenovela Mexico popular berjudul La Loba dan bakal menemui para penonton pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 29 Ogos 2016 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan siaran serentak di saluran Maya HD (135).

All Cast

Kisah Lara Aishah menampilkan lakonan mantap barisan pelakon hebat tanah air selaku teraju utama seperti Fasha Sandha yang memegang watak sebagai Aishah, Nazim Othman sebagai Iskandar, Dian P Ramlee sebagai Cik Puan Marina, Dato’ Eizlan Yusof sebagai Dato’ Nazri dan Jasmin Hamid sebagai Zurin. Turut menjayakan drama ini termasuklah Shah Jaszle (Zack), Janet Khoo (Sharon), Sasqia Dahuri (Felisha), Zamarul Hisham (Hisham), Watie Elite (Dalila), Maria Farida (Dahlia), Dato’ Shah Reza (Farouq), Ainul Aisyah (Aimi), Dayana Roza (Wani), Liza Abdullah (Rohana), Afzan A Rahman (Azlan), Fadil Dani (Muiz), Mia Nasir (Anita), Mandy Chong (Carmen), Anne Abdullah (Wati), Dr Katalina (Adila) dan Aedy Ashraf (John).

Sebagai kelainan, kami juga turut menyediakan perkhidmatan sari kata dalam Bahasa Inggeris untuk memudahkan para penonton yang mungkin tidak begitu fasih berbahasa Melayu untuk memahami drama ini dengan lebih mendalam.

Tambah menarik lagi, sebuah lagu istimewa berjudul Dirgahayu dendangan istimewa penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir turut diangkat menjadi lagu runut bunyi untuk drama bersiri ini.

Main Cast

Drama bersiri Lara Aishah mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah (lakonan Fasha Sandha) yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan dari dirobohkan oleh sebuah korporasi hanya untuk jatuh cinta dengan pewaris korporasi tersebut, dan kisah Zurin (lakonan Jasmin Hamid), seorang ibu yang dipenjarakan selama 27 tahun dan ingin mencari anak kandungnya yang telah diculik semasa kecil.

Zurin telah dituduh dan dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya hasil konspirasi Cik Puan Marina (lakonan Dian P Ramlee), bekas ibu mertuanya sendiri yang marahkan anaknya Dato’ Nazri (lakonan Dato’ Eizlan Yusof) kerana telah berkahwin dengan wanita daripada keluarga miskin. Setelah 27 tahun Zurin bakal dilepaskan, dia mendapat tahu bahawa anaknya sebenarnya masih hidup. Bermulalah hidup Zurin mencari anak kandungnya dan membalas dendam kepada keluarga Dato’ Nazri atas dosa mereka.

Aishah ialah seorang gadis yang yang baik dan dibesarkan oleh Muiz (Fadil Dani), di persekitaran yang serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sifat panas baran. Pada suatu hari berita tentang tanah pasar yang bakal diambil semula oleh pemilik telah membuatkan Aishah bertekak lidah dengan Dato’ Nazri, anak kepada pemilik tanah tersebut.

With Director

Pertembungan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar (lakonan Nazim Othman), waris keluarga Dato’ Nazri yang menipu Aishah, menyatakan yang dia hanya merupakan seorang mekanik yang miskin lalu membawa kepada hubungan romantik Aishah dan Iskandar. Dalam masa yang sama, Cik Puan Marina ingin Iskandar berkahwin dengan Felisha (lakonan Sasqia Dahuri) dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran Zack (lakonan Shah Jaszle) yang merupakan bekas kekasih Aishah juga merumitkan lagi keadaan.

Apakah kesudahan kisah Aishah dan Iskandar? Sama-sama kita saksikan.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama bersiri Lara Aishah yang akan ditayangkan menerusi saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 29 Ogos 2016. Selamat menonton!