Tag Archives: Shane Filan

Westlife Berjaya Pukau Dan Imbau Kenangan 16,000 Penonton

Kumpulan Westlife berjaya memukau 16,000 penonton menerusi dua malam Konsert The Wild Dreams Tour Live In Kuala Lumpur yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.Kali terakhir kumpulan dari Ireland ini menjayakan konsert di Malaysia pada 2019.

Kumpulan yang dianggotai oleh Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan dan Mark Feehily kembali lagi ke sini untuk menghibur peminat mereka.Ternyata kehadiran Westlife dinanti oleh peminat dan biarpun usia mereka sudah meningkat namun kehebatan setiap anggota baik vokal ataupun persembahan masih bertenaga dan mempesona.Westlife membuka tirai persembahan dengan lagu ‘Starlight’ yang dipetik daripada album terkini mereka.

Kumpulan tersebut berjaya membuatkan penonton turut menyanyi bersama apabila mereka mendendangkan rangkaian lagu-lagu hit seperti ‘Uptown Girl’, ‘My Love’, ‘Swear It Again’, ‘Seasons In The Sun’ dan ‘World Of Our Own’ serta medley lagu kumpulan ABBA. Ternyata lagu-lagu itu membuatkan penonton turut menyanyi dan menari bersama Westlife.

Kumpulan yang ditubuhkan pada 1998 itu bukan saja berjaya membuai perasaan penonton dengan persembahan yang memukau, malah berjaya membawa penonton yang membesar dengan lagu-lagu dendangan mereka mengimbau nostalgia.Konsert The Wild Dreams Tour Live In Kuala Lumpur diakhiri dengan lagu ‘You Raise Me Up’.Westlife The Wild Dreams Tour Live In Kuala Lumpur dianjurkan oleh Trumpet International.

Namewee sertai Shane Filan dan Fazura sempena Elmina Lakeside Concert

Buat julung kalinya konsert di tasik iaitu ‘Elmina Lakeside Concert’ bakal berlangsung pada 19 Januari 2019 di Elmina Central Park, terletak di kawasan Bandar Elmina (City of Elmina) yang memenangi anugerah bandar di Shah Alam. Konsert yang diadakan secara percuma kepada orang ramai itu dibawa secara eksklusif oleh Sime Darby Property dan dianjurkan oleh Universal Music Malaysia.

Sewaktu majlis sidang akhbar yang diadakan pada November lalu, diumumkan bahawa penyanyi Shane Filan, vokalis utama kumpulan Westlife dan penyanyi serta pelakon jelita Malaysia, Fazura akan menghibur para penonton. Untuk memeriahkan konsert tersebut, seorang lagi bintang sensasi tanah air akan turut serta iaitu pembikin filem dan pemuzik terkenal Namewee.

Namewee yang popular dalam media sosial itu dikenali kerana berjaya membuat beberapa kolaborasi lagu dengan artis daripada beberapa buah negara. Beliau amat dikenali kerana sering tampil dengan gaya yang tidak konvensional dari segi muzik dan filem yang dihasilkan sehinggakan Namewee tercalon dan menerima beberapa anugerah di tanah air dan peringkat antarabangsa.

Penyanyi terkenal antarabangsa, Shane Filan yang sebelum ini popular melalui kumpulan pop Westlife. Beliau yang meneruskan perjalanan muziknya sebagai penyanyi solo selepas kumpulan itu dibubarkan dijangka akan mempersembahkan koleksi lagu hit Westlife dan lagu terbarunya.

Fazura memulakan karier sebagai pelakon dan personaliti TV telah menceburi bidang nyanyian dan melancarkan album pertama pada tahun 2017 yang menerima anugerah emas.

Konsert percuma yang terbuka kepada semua itu sempena meraikan penduduk di Bandar Elmina dan kempen jenama Bandaraya Elmina yang mempromosikan kesihatan dan gaya hidup luar biasa dalam pembangunan penting sepanjang Koridor Guthrie.

Acara akan bermula jam 5.30 petang dengan pelbagai permainan dan aktiviti untuk keluarga seperti belon udara panas, Cinema 12D, perlumbaan go-cart, acara memanjat dinding, permainan laser dan trak makanan. Konsert dijadualkan bermula pada jam 8 malam. UNIVERSAL MUSIC SDN. BHD. (51112-M) G.01 Ground Floor, Wisma Academy, 4A Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor D.E., Malaysia Tel: (60) 3 7958 7433 Fax: (60) 3 7954 6198

Konsert ini juga sebagai pembukaan kepada 36 ekar pertama daripada 300 ekar Elmina Central Park yang dipilih sebagai lokasi konsert. Kawasan ini juga merupakan lokasi bagi pembinaan Taman Permainan Inklusif (Inclusive Playground) pertama Malaysia yang dijangka siap pada separuh pertama 2019. Setelah siap dibina, ia akan membolehkan kanak-kanak termasuk yang kurang upaya bermain bersama sambil mencipta peluang interaksi antara generasi dan keluarga selain meluaskan perpaduan sosial dalam komuniti yang luas.

Selain memaparkan Elmina Central Park yang seluas 300 ekar, Bandar Elmina mempunyai trek berbasikal dan joging sepanjang 90km iaitu satu daripada trek terpanjang di negara ini. Bandar Elmina dirancnag dan dibangunkan sejajar dengan Kajian Kualiti Mercer, satu piawaian pengiktirafan antarabangsa yang mengukur keselamatan, pendidikan, kebersihan, penjagaan kesihatan, budaya, persekitaran, rekreasi, kestabilan politik dan ekonomi serta pengangkutan awam.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, sila ikuti @SimeDarbyProperty di Facebook atau Instagram. Muat turun App Mobile Property Sime Darby melalui App Store atau Google Play untuk perkembangan terkini Sime Darby Property.

‘Elmina Lakeside Concert’ dibawakan secara eksklusif kepada anda oleh Sime Darby Property dan dianjurkan Universal Music Malaysia dengan kerjasama MIX dan MY sebagai rakan media rasmi. Cari kami dengan menaip ‘Elmina Central Park, Shah Alam’ di Waze atau Google Maps. Tiket PERCUMA ke konsert boleh ditebus di www.simedarbyproperty.com/elmina-concert (tertakluk kepada terma dan syarat).