Tag Archives: Sony Music

SUPERLAWAK FC 2014 Jelajah Satu Malaysia

VP5D1850

Perjalanan SUPERLAWAK FC bermula pada tahun 2013 di mana mereka telah mengadakan beberapa sesi jelajah bolasepak  di seluruh negara.  Sambutan yang di terima dari para peminat SUPERLAWAK FC amat luarbiasa sekali.

Lebih dari 100,000 peminat SUPERLAWAK FC telah datang untuk menyaksikan beberapa pertandingan bolasepak persahabatan di antara SUPERLAWAK FC  dengan  Pahang  FC, Astro Arena FC,  The Band FC, Veteran MPKU Kulai dan  UiTM Lecturers.

Sejajar dengan itu, Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Rumah Artis Management telah mengambil inisiatif untuk untuk menganjurkan Siri Jelajah Malaysia Superlawak FC 2014.

VP5D1740

Enam buah negeri telah dikenalpasti untuk siri jelajah tersebut bermula dari 27hb September 2014 sehingga 26hb Oktober 2014.

Kali ini SUPERLAWAK FC bakal beraksi menentang bekas pemain bolasepak negeri-negeri yang terpilih dan juga selebriti tempatan.  Dijangka lebih dari 50,000 peminat akan datang menyaksikan perlawanan tersebut di setiap lokasi yang diadakan.

SUPERLAWAK FC amat bertuah kerana mendapat sokongan dari Sinar FM sebagai radio rasmi dan Berita Harian sebagai surat khabar rasmi siri jelajah ini.

VP5D1700

SUPERLAWAK FC juga amat bertuah kerana Admiral, jenama sukan ternama telah bersetuju untuk menjadi pakaian sukan rasmi untuk SUPERLAWAK FC.

Tiket masuk yang dikenakan hanya RM 10.00 seorang sahaja.  Amat berbaloi harga tiket ini kerana anda bakal memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan menerusi sesi cabutan bertuah.

Acara akan dimulakan dari jam 4.00 petang dan berakhir 12.00 tengah malam. Penonton tidak akan merasa bosan kerana mereka bakal dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis Sony Music dan juga berpeluang untuk beramah mesra dengan mereka.

Selain daripada itu, terdapat pelbagai gerai jualan yang di sediakan di mana terdapat pelbagai jenis barangan yang menarik yang boleh di beli dengan harga yang berpatutan.

VP5D1748

SIRI JELAJAH MALAYSIA SUPERLAWAK FC 2014 

Tarikh                                     Tempat                                                           Negeri 

27hb September 2014            Stadium Hang Jebat                                       Melaka

28hb September 2014            Stadium Pasir Gudang                                   Johor

11hb Oktober 2014                 Stadium Likas                                     Sabah

18hb Oktober 2014                 Stadium Darul Aman , Alor Setar                   Kedah

19hb Oktober 2014                 Stadium Perak , Ipoh                                      Perak

26hb Oktober 2014                 Stadium Negeri, Kuching                                Sarawak

VP5D1755

SENARAI PEMAIN SUPERLAWAK FC 2014

  1. Dato’ AC Mizal
  2. Jep Sepahtu
  3. Shuib Sepahtu
  4. Rahim Sepahtu
  5. Fad Bocey
  6. Achey Bocey
  7. Ajak Shiro
  8. Johan Era Radio
  9. Emal School of Lawak
  10. Jali School Of Lawak
  11. Along Cham
  12. Atu Raja Lawak
  13. Akim AF
  14. Zainal Abidin Hassan ( Bekas Pemain Pahang)

A GREAT BIG WORLD Live in Malaysia 7 Ogos 2014

Show Pic

Penyatuan makna muzik iaitu sebanyak mana nota, melodi dan irama boleh lakukan. Apabila ia mengenai chords yang tepat, sebuah album boleh mengubah perasaan, penampilan dan juga kehidupan. Penyanyi pop dan penulis lagu dari New York, A Great Big World yang dianggotai Ian Axel dan Chad Vaccarino menghayati ikatan berharga yang terjalin antara artis dan pendengar. Ini adalah kuasa yang membolehkan A Great Big World menyentuh jiwa penggemar mereka.

Sehubungan itu, The WonderLand+ dengan gembiranya mengumumkan penganjuran konsert sulung A Great Big World Live in Malaysia pada 7 Ogos 2014 bertempat di KL Live jam 8.30 malam. Jualan potongan harga untuk pembeli paling awal akan bermula Isnin ini, 30 Jun menerusi TicketPro. Harga tiket dijual mengikut beberapa kategori seperti Belian Awal (mulai 30 Jun hingga 30 Julai 2014), RM198 Great Zone [Lower Level (Centre)], RM158 Big Zone [Lower Level] dan RM68 World Zone [Upper Level], manakala harga jualan biasa RM248 Great Zone [Lower Level (Centre)], RM198 Big Zone [Lower Level] dan RM98 World Zone[Upper Level].

A Great Big World Live In Malaysia 2014 Seating Plan

Dua penulis lagu, Vaccarino dan Axel pertama kali bertemu di bilik latihan kolej mereka di Universiti New York. Selepas melalui pelbagai peristiwa pahit getir, mereka akhirnya menubuhkan A Great Big World sekali gus menghasilkan sebuah album EP yang mengandungi enam buah lagu. Pembikinan album itu dibiayai oleh Kickstarter. Tanpa disangka, lagu nyanyian mereka “This Is The New Year” menjadi viral sehingga diberi peluang muncul dalam drama bersiri muzikal ‘Glee’ serta merakamkan album.

Pada penghujung 2013, ramai peminat yang mendengar single terbaru mereka berjudul “Say Something” memberi reaksi positif terhadap lagu itu. Selepas muncul dalam satu segmen program ‘Fox’s So you Think You Can Dance’, lagu itu semakin diminati dan mencecah jualan angka platinum. Petikan piano yang menggetarkan jiwa serta vokal memukau Axel itu berjaya menyentuh hati peminat seluruh dunia termasuk penyanyi hebat, Christina Aguilera.

“Kami menerima emel daripada Christina Aguilera yang seakan sebuah puisi dia bercerita mengenai lagu itu, “imbas Axel. “Dia kemudiannya memberitahu kami dia berminat untuk bekerja dengan kami dan kata-katanya itu membuatkan kami seakan tidak percaya dan teruja. Seminggu selepas itu, kami berada di Los Angeles dan merakamkan lagu bersamanya. Segala-galanya berlaku selepas itu, “ujar Vaccarino. ‘Situasi ini seperti sudah lama hidup walaupun baru beberapa bulan saja.”

A Great Big World pernah mengadakan persembahan bersama Christina Aguilera dalam program ‘The Voice’ dan lagu itu dengan pantas mendaki carta apabila berada di kedudukan nombor satu di iTunes. Fenomena yang sama berlaku apabila mereka mempamerkan persembahan hebat sewaktu malam kemuncak di ‘The American Music Award’s yang menyaksikan mereka mendapat tepukan gemuruh. A Great Big World juga turut membuat penonton ‘The Victoria’s Secret Fashion Show’ terpana selain mereka yang menonton persembahan kumpulan itu sempena malam tahun baru yang juga dijayakan Maroon 5.

Album A Great Big World turut memuatkan lagu hebat seperti “Rockstar”, “I Really Want It”, “Already Home” di mana melodinya mengandungi petikan piano yang beralun serta chorus yang menaikan semangat, ceria dan memberi inspirasi. Ia juga sarat dengan mesej positif seperti yang dirumuskan Vaccarino “Tiada sebarang jurang pemisah sesama manusia. Kita semua adakah sebahagian daripada integrasi dunia yang luas ini.”

Tidak syak lagi, band baru paling berjaya 2014 ini ada banyak yang ingin dikongsi pada 7 Ogos depan. Album sulung mereka “Is There Anybody Out There” terbitan Sony Music telah pun berada di pasaran. Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari www.ticketpro.com.my atau hubungi +603 78807999. Untuk maklumat terkini mengenai persembahan mengikuti laman Facebook The WonderLand+ iaitu www.facebook.com/TheWonderLandPlus

Yovie & Nuno Lancarkan Album “Still The One”

IMG_6171-1

Baru-baru ini salah satu band terkenal di Indonesia iaitu Yovie & Nuno telah melancarkan album terbaru mereka “Still The One” di KFC Tugu Tani.Yovie & Nuno kini tampil dengan vokalis terbaru iaitu Windura selain Yovie Widianto,Diat dan Dikta.

Pemilihan Windura dilakukan melalui audition #GalauCariVokalis yang telah diadakan tidak lama dulu.Album terbaru mereka ini masih lagi mengekalkan irama muzik pop moden dan lagu Sakit Hati menjadi taruhan sebagai single pertama.

IMG_6147-1

“Setelah 4 tahun tidak melahirkan album terbaru, kami ingin memberikan sesuatu yang berlainan serta terbaik untuk para peminat.Ia satu jangka masa yang agak lama buat para peminat.Kami bekerjasama dengan Music Factory dan KFC Indonesia supaya para peminat dapat membeli album ini dengan senang,” jelas Yovie.

Album ini mengandungi 11 buah lagu dengan lagu Sakit Hati menjadi single pertama.Tiga orang finalis didalam pencarian #GalauCariVokalis turut berkolaborasi didalam album ini.Mereka adalah Airlingga untuk lagu Malam Mingguku, Intan Ayu untuk lagu Kamu Bukan Kekasihku dan Bayu Satrio untuk lagu Lebih Baik Aku.

IMG_6192-1

Album “Still The One” ini sudah boleh didapati di KFC seluruh Indonesia. Ia merupakan kerjasama antara Sony Music iaitu label untuk Yovie & Nuno, Music Factory dan KFC Indonesia.