Buat pertama kalinya Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 yg merupakan pesta lelong buku bahasa melayu terbesar di malaysia bakal di anjurkan dari 21 hingga 30 okt 2016 bertempat di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3. Sinergi Ilmu Resources Sdn.Bhd dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya merupakan rakan kerjasama bagi Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016.
Pesta lelong buku ini menampilkan 50 penerbit terkenal tanah air spt PTS publications , Telaga Biru , Must Read , Ana Muslim , Dubook Press , Institut terjemahan buku malaysia , penerbit jakim dan ramai lagi yg akan menawarkan harga runtuh serendah rm 2 dan rm 5 bagi sebuah buku dan rm 1 utk majalah.Sebanyak 100 buah booth jualan ditawarkan dan pelbagai aktiviti-aktiviti serta pelbagai acara menarik seperti busking , ceramah , diskusi buku , pertandingan selfie , pertandingan mewarna dan juga sessi bersama artis terkenal seperti yatt hamzah dan heliza helmi.
Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 juga disasarkan kepada golongan wanita dan mereka-mereka yang mahu berjimat dalam membeli buku. Lebih 50,000 judul buku pelbagai genre bakal dilelong di Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 ini. Lokasi penganjuran yang memiliki kemudahan kawasan letak kereta yang luas, lokasi yang dikenali ramai, kedai makan dan berhampiran dengan Maybank yang dilengkapi dengan mesin ATM yang mencukupi.
Untuk maklumat lanjut pengunjung boleh melayari laman facebook (Pesta Lelong Buku Putrajaya), tweeter dan insta @pestalelongbuku atau sinergiilmu utk mendptkn maklumat lanjut atau menghubungi 0193258285 atau 0193258289. Hastag rasmi untuk Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 adalah #pestalelongbuku dan #dahtakdealasandah .
The Livescape Grouptoday announced the addition of The Darkness, Oh Chentaku, and Deja Voodoo Spells feat. Bumblefoot and the 11 Piece Book of Spells Orchestra to the Rockaway Malaysia MotoGP Weekend; a two day event held at Sepang International Circuit on October 29 & 30. The Rockaway Malaysia MotoGP Weekend is the first of two Rockaway festivals set to take place this year.
Oh Chentaku, a Malaysian band formed in 2007 gained mainstream recognition and won the hearts of many as the ‘indie darlings’ after joining the hit reality TV program “Versus” in 2013. Oh Chentaku will be sharing the stage with legendary rockers Scorpions, local legends Wings and Muzza’s Mayhem on Day 1 of the Rockaway Malaysia MotoGP Weekend on October 29.
Day 2 of the Rockaway Malaysia MotoGP Weekend on October 30 will see the addition of British hard rock, glam metal band, The Darkness, bringing a quirky vibe and a different sound to the lineup. Malaysia 3-piece band, Deja Voodoo Spells will be making an appearance on the Rockaway stage again since 2011 this time featuring guitar virtuoso, Ron ‘Bumblefoot’ Thal and the 11 Piece Book of Spells Orchestra. Ron ‘Bumblefoot’ Thal was one of the two lead guitarist for Guns N’ Roses and is an award winning multi-instrumentalist, vocalist, songwriter and producer. These talented musicians will share the stage with the likes of Wolfmother, and regional acts such as WTNSS, Daarchlea, and Artefacts.
Mandarin Oriental, Tokyo has launched a Premium Kimono Stay luxury room package valid until October 2017. As well as other indulgences, guests will receive a made-to-order kimono created by Chiso, a 460-year-old shop that specializes in kyoyuzen dyeing.
Inspiration for this package comes from this year’s Tokyo Kimono Week, an annual festival held in Nihonbashi district, the birthplace of traditional Edo culture. Mandarin Oriental will have its own Kimono Week from 23 October – 15 November 2016. During this time, the hotel will host activities themed on the iconic Japanese garment, including a Kimono Cake, a special afternoon tea, an Instagram photo contest and an exhibition.
The Premium Kimono Stay accommodation package is priced at JPY3.8 million, and includes:
A two-night luxurious stay in an Oriental Suite for two people
A made-to-order kimono created by Chiso, a 460-year-old shop that specializes in kyoyuzen dyeing, and which comes with an authentic belt and accessories for one person
Kimono consultation on first night. Dressing, styling, and photo shoot on second night
Photo Album (to be delivered after departure)
A facial treatment for one, with luxurious French skin-care brand, Biologique Recherche
A manicure and pedicure treatment for one, by luxury hand and foot care specialist, Margaret Dabbs, London
Daily breakfast at K’shiki or Oriental Lounge for two people
One dinner at Sushi Sora for two people
One dinner at Tapas Molecular Bar for two people
The Premium Kimono Stay accommodation package is valid from 23 October 2016 – 23 October 2017. Price excludes tax and service charges. Bookings may be made until 31 July 2017. For reservations and inquiries, please call: 0120-806-825 or email: motyo-reservations@mohg.com.
SonaOne, penyanyi rap dan pemenang anugerah berbakat besar dari Malaysia yang juga artis grafiti, penulis lagu dan penerbit, tiba di Hong Kong baru-baru ini untuk menjalani penggambaran The Ultimate BROcation, sebuah siri realiti televisyen terbaharu yang dihasilkan oleh saluran TV aksi hiburan KIX HD (Saluran Astro 729). The Ultimate BROcation akan memaparkan aksi lucu dan keriuhan SonaOne dan tiga selebriti lelaki Asia lain sepanjang pengembaraan mereka di Hong Kong sebagai destinasi percutian yang menyeronokkan bagi kaum lelaki.
Terkenal dengan lagu hitnya, No More yang telah memenangi kategori ‘Lagu Terbaik’ dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 2014 dan lagu Apa Khabar yang mendapat tempat pertama dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 sebulan selepas itu, SonaOne akan menyuntik rentak tersendiri ke dalam ritma pengembaraan di Hong Kong bersama rakan-rakan baharunya: penyanyi, penari dan pelakon Filipina-Amerika, Billy Crawford; hos TV dan radio terkenal di Thailand, DJ PK; dan chef handalan dan pemilik restoran dari Singapura, Bjorn Shen.
The Ultimate BROcation merupakan siri realiti lima episod yang mengikuti pengembaraan empat selebriti lelaki di Hong Kong dalam percutian yang menjadi idaman setiap lelaki. Rancangan ini akan dipenuhi dengan parti, aktiviti menyeronokkan, hidangan lazat, gadis cantik, gajet hebat dan hubungan persahabatan empat sekawan. Keempat-empat selebriti ini bermula sebagai orang asing, tetapi mereka bakal menjadi sahabat baik setelah mengikuti percutian “brocation” bersama. Turut menyertai mereka adalah pelakon kung-fu terkenal dari Hong Kong, Philip Ng, yang bakal membuat penampilan istimewa. Bintang drama TV A Fist Within Four Walls dan filem aksi epik Once Upon A Time In Shanghai ini akan memperkenalkan bandarnya dan turut menjadi penasihat mereka sepanjang percutian ini.
“Saya suka mengembara dan menerokai tempat baharu untuk mencari pengalaman dan mendapatkan sumber inspirasi. Saya teruja untuk melihat sendiri keunikan Hong Kong dan saya tahu ianya pasti menghiburkan. Mungkin pengalaman berjumpa orang baharu dan melawat tempat-tempat menarik di sini dapat memberi saya inspirasi untuk projek seterusnya,” kata SonaOne. “Saya juga teruja untuk bercuti bersama rakan-rakan baharu saya; pastinya kami semua dapat mempelajari banyak perkara daripada satu sama lain – saya ingin mengetahui tentang makanan daripada Bjorn atau belajar bahasa Thai dengan PK!”
SonaOne, atau nama sebenarnya Mikael Adam Lozach, berketurunan Melayu-Perancis. Keluarganya kerap berpindah sewaktu zaman mudanya dan pernah menetap di Sepanyol, Jepun dan Perancis sebelum akhirnya kembali ke Malaysia, dan pengalaman-pengalaman inilah yang telah memberi banyak inspirasi kepadanya. Minat yang tinggi dalam kerjayanya serta perwatakannya yang ceria dan suka mengembara membuatkan sesiapa sahaja senang berkawan dengan SonaOne.
The Ultimate BROcation diterbitkan oleh syarikat induk KIX HD, Celestial Tiger Entertainment – pengendali saluran-saluran pan-Asia yang menumpukan kepada hiburan Asia – dan Endemol Shine Group, penerbit global yang menghasilkan siri yang memenangi anugerah, MasterChef Asia dan Big Brother. Rancangan ini disokong oleh Hong Kong Tourism Board, dengan penaja Cathay Pacific dan Harbour Grand Hong Kong. The Ultimate BROcation akan ditayangkan buat pertama kali secara eksklusif di KIX HD (Saluran Astro 729).
Sejak kejayaan menerusi penampilannya dalam drama popular Doctors, yang baru berakhir baru-baru ini, pelakon segak bergaya Kim Rae Won akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada Isnin, 10 Oktober 2016, 7.15 petang di Centre Court, Pavilion KL untuk bertemu peminat-peminatnya. Sesi bertemu peminat ini adalah anjuran saluran hiburan nombor satu Korea, ONE.
Virginia Lim, Naib Presiden Kanan & Ketua, Kandungan, Terbitan & Pemasaran, Sony Pictures Television Networks, Asia berkata, “Doctors adalah salah satu drama bersiri rating paling tinggi dalam kalangan saluran-saluran berbahasa Korea di Malaysia dan Singapura[1]. Kami amat teruja, sekali lagi dapat memberikan penonton kami dengan pengalaman yang holistik, melanjutkan pengalaman menonton program di saluran sehingga bersemuka dengan bintang kegemaran mereka.”
Disegani kerana skil lakonannya yang mengkagumkan serta penampilan yang penuh berkarisma di skrin, pelakon berusia 35 tahun itu telah terlibat dalam banyak produksi dan pernah merangkul pelbagai anugerah sejak kemunculan pertamanya pada 1997. Dan di sepanjang karier dua dekad lamanya itu, Kim Rae Won banyak memegang watak hero romantis dan memainkan karakter wira yang berani dan cekal hati. Antara penampilan beliau yang paling diingati termasuk drama romantis Love Story in Harvard; drama berkisah perundangan Punch; dan, pastinya baru-baru ini, Doctors, iaitu drama popular yang turut dibintangi Park Shin Hye.
Pada sesi bertemu peminat nanti, orang ramai bukan sahaja berkesempatan untuk bersemuka secara dekat dengan pelakon tampan ini, malahan boleh menyertai pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan, disediakan khas oleh ONE untuk para peminat dan pelanggannya.
Butiran untuk ‘A Date with Kim Rae Won’ adalah seperti berikut:
Hari/ Tarikh: Isnin, 10 Oktober 2016
Masa: 7.15pm
Tempat: Centre Court, Pavilion KL, Kuala Lumpur, Malaysia
Kemasukan: Percuma dan Terbuka kepada Umum
Untuk maklumat lanjut mengenai ‘A Date with Kim Rae Won’, sila layari www.ONEtvasia.com/KimRaeWon, atau ikuti www.facebook.com/ONEtvasia untuk perkembangan lanjut. Sertai perbualan sosial media dengan menggunakan hashtag rasmi #ONEKimRaeWon.
Sinopsis mengenai Doctors
Ekoran zaman kanak-kanaknya yang traumatik, Hye Jung (Park Shin Hye) telah membesar menjadi seorang samseng yang tidak mempercayai sesiapa. Apabila dia dihantar untuk tinggal bersama neneknya, dia telah berkenalan dengan Hong Ji Hong, seorang bekas pakar bedah saraf yang bertukar kerjaya sebagai guru. Ji Hong kemudiannya mengambil Hye Jung sebagai anak didiknya. Namun, di bawah bimbingan Ji Hong, adakah Hye Jung mampu melupakan masa silamnya untuk membina kerjayanya sebagai pakar bedah saraf?
ONE didapati di Malaysia melalui saluran Astro 393.
Pada tahun 2014, Tune Talk, secara rasminya telah melancarkan gerakan untuk menyokong arena sukan Paralimpik negara. Kejohanan Para Asian di Incheon pada tahun tersebut merupakan kali pertama Tune Talk mengorak langkah, menampilkan kesemua atlet luar biasa dan mempamerkan pencapaian mereka yang menakjubkan kepada semua rakyat Malaysia. Dengan menggunakan langkah-langkah avant-garde, Tune Talk telah memastikan semua maklumat dan bahan-bahan berkaitan atlet luar biasa menjadi viral dan orang ramai mula mengenali mereka dan mengtahui pencapaian luar biasa mereka.
Pencapaian atlet-atlet luar biasa semakin meningkat seiring dengan peningkatan kepercayaan masyarakat kepada mereka. Ini membuktikan bahawa kita perlu lebih ramai rakyat Malaysia untuk yakin dan percaya kepada apa yang diperjuangkan oleh para atlet luar biasa ini dan inilah matlamat utama Tune Talk. 2016 merupakan tahun yang bersejarah bagi Malaysia kerana akhirnya kita berjaya mendapat pingat Emas daripada temasya sukan yang paling masyur di peringkat global. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Paralimpik Malaysia kerana pencapaian cemerlang mereka di Temasya Sukan Paralimpik Rio 2016, di mana mereka telah berjaya menggondol 3 pingat Emas, 1 pingat Gangsa dan memenangi hati rakyat Malaysia.
Ridzuan Puzi
“Saya antara yang bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri di stadium peristiwa bersejarah, apabila Ridzuan Puzi, memenangi perlumbaan beliau, menghadiahkan pingat Emas pertama negara. Saya pasti, kesemua rakyat Malaysia, menangis ketika mendengar lagu Negaraku dimainkan buat pertama kalinya di dalam stadium Olympic. Setiap rakyat Malaysia, di Rio ataupun di tanahair menyokong atlet-atlet luar biasa ini ketika larian Emas Ridzuan, lontaran gergasi dari Ziyad Zolkelfi, lompatan Emas Latif Romly, pencapaian luar biasa Radiah dan semua para atlet yang berjuang dengan sepenuh hati mereka. Masyarakat akhirnya telah sedar bahawa kita sebagai rakyat Malaysia mampu untuk menghasilkan kumpulan atlet luar biasa yang boleh memartabatkan negara. Sekarang kita perlu fokus untuk membina pasukan yang terbaik sebagai persiapan Malaysia yang akan menjadi tuan rumah Sukan Para Asean tahun hadapan dan juga pasukan yang paling luar biasa untuk Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” ujar Jason Lo, CEO Tune Talk.
Latif Romly
“Tahniah kepada kesemua yang terlibat dalam kejayaan ini. Sebagai tanda penghargaan, Tune Talk akan menghadiahkan ketiga-tiga pemenang pingat Emas negara, Ridzuan Puzi, Ziyad Zolkefli, Latif Romly dan jurulatih mereka pengkhidmatan Tune Talk percuma seumur hidup. Siti Noor Radiah, pemenang pingat Gangsa akan menerima perkhidmatan Tune Talk percuma selama 3 tahun dan 17 atlet dan para jurulatih luar biasa dalam kontinjen Malaysia ke Rio akan menerima perkhidmatan percuma selama setahun!” tambahnya lagi.
Ziyad Zolkefli
Ini adalah merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang Tune Talk kepada atlet-atlet luar biasa ini. Terdapat pelbagai perancangan dan inovasi yang akan dijalankan dalam masa yang terdekat bagi menyokong arena sukan Paralimpik negara. Kita memerlukan sokongan dan kepercayan daripada lebih ramai rakyat Malaysia dan Tune Talk, melalui MISIM akan mula mengorak langkah yang lebih drastik agar dapat mengenal pasti individu-individu luar biasa yang akan mengharumkan nama negara di masa hadapan. Ini adalah perjuangan kita bersama jadi ayuh kita sama-sama melakukannya!
Nasi Kandar Pelita Jalan Ampang telah mula beroperasi di lokasi baru pada 15 September 2016 yang lepas. Bersempena pembukaan lokasi baru, pihak Nasi Kandar Pelita telah mengadakan kenduri rakyat dan dianggarkan sekitar 3000 orang telah hadir untuk menyerikan dan meramaikan majlis tersebut.
Cawangan Nasi Kandar Pelita Jalan Ampang merupakan cawangan yang terbesar di Malaysia setakat ini. Pada Julai 2016 yang lalu, usia Nasi Kandar Pelita sudah genap 22 tahun. Kini Nasi Kandar Pelita telah mempunyai 28 cawangan di seluruh Malaysia dan sebuah di Chennai India.
Untuk makluman semua, Nasi Kandar Pelita telah mendapat pengesahan status halal bagi 314 item atau bahan makanan yang dijual di semua cawangan. Pihak Nasi Kandar Pelita juga bercadang untuk menawarkan franchise kepada pihak yang berminat dan mempunyai kelayakan serta komitmen yang tinggi.
Rahsia Nasi Kandar Pelita yang mana mereka mampu bertahan selama 22 tahun adalah kehalalan makanan, kebersihan premis dan pekerja serta layanan yang mesra kepada pelanggan serta cepat.
Episod kesepuluh Da’i Pendakwah Nusantara menyaksikan Da’i Hazman (Mohd Hazman Yani bin Ahmad, 29 tahun), pelajar Ijazah Sarjana Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia yang berasal dari Alor Setar, Kedah meninggalkan pentas Da’i manakala Da’i Nasrul, Da’i Niezal, Da’i Saiful dan Da’i Syed pula mara ke peringkat separuh akhir yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini (2 Oktober 2016).
Da’i Hazman, peserta Da’i Pendakwah Nusantara yang tidak mudah putus asa dan sentiasa mencabar diri sendiri untuk meningkatkan kebolehannya sebagai seorang pendakwah harus dijadikan inspirasi kepada generasi muda untuk berubah ke hidup yang lebih baik. Semangat tinggi Da’i Hazman yang menanggung kesakitan tulang belakang yang disebabkan oleh slipped disc tetap komited untuk memberikan yang terbaik di hadapan penonton.
Da’i Hazman
Bertemakan “Dosa Besar” pada episod kesepuluh, Da’i Hazman, Da’i Irfan, Da’i Nasrul, Da’i Niezal, Da’i Saiful, dan Da’i Syed dikehendaki menggabungkan elemen lakonan atau drama semasa menyampaikan tazkirah yang diperuntukkan masa selama 4 minit. Selain itu, 30 markah bonus diberikan untuk penilaian kreativiti yang ditunjukkkan oleh para peserta.
Episod tersebut juga menampilkan tetamu Nusantara dari Indonesia iaitu Ustazah Lulu Susanti, seorang pendakwah bebas yang menggunakan puppet semasa menyampaikan tazkirah untuk memberikan komen dan penilaian kepada para peserta di samping murabbi, Ustaz Zul Ramli dan Dr. Robiah K. Hamzah.
Da’i Niezal memilih ‘Ghiba’ sebagai topik tazkirah dan berjaya membawa tajuk tersebut sehingga penonton faham. Persembahan Da’i Niezal yang tidak pernah mengecewakan telah mendapat pujian daripada Dato’ Ustaz Dr Izhar. Ustazah Lulu Susanti juga memuji penggambaran yang diberikan oleh Da’i Niezal sangat bagus dan berkesan. Da’i Hazman pula berjaya menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Hanyalah Satu’ dengan isi yang padat dan jelas. Penggunaan props juga telah memperkayakan corak persembahan Da’i Hazman.
dai syed,dai niezal,dai nasrul dan dai saiful mara ke peringkat separuh akhir
Ketika berkongsi pendapat beliau tentang kesemua peserta Da’i, Ustazah Lulu Susanti memuji kematangan para peserta yang mampu menjadi pelapis pendakwah di Malaysia. “Tampan, Terampil (keterampilan) dan Taqwa (beriman) merupakan 3T iaitu kualiti yang dipamerkan oleh para peserta dan mereka sangat bijak menggunakan fakta dalam penyampaian tazkirah,” tambah Ustazah Lulu Susanti.
Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 dicergaskan oleh Almas Beauty & Health… Penghulu Segala Produk, bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam.
Fokus kepada golongan muda yang berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah, Da’i Pendakwah Nusantara yang mempunyai 12 episod menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000, sebuah trofi dan pakej umrah untuk 2 orang sekaligus merangkul gelaran juara musim keempat ini.
Tetamu Nusantara Ustazah Lulu Susanti
Panel juri awam pada malam tersebut terdiri daripada pengasas Almas Beauty & Health, pengasas Almas Beauty & Health, Datin Hajah Maziah Haji Mohamed, Farid (penyampai radio Kool FM), Haziq (penyampai radio Hot FM), Chef Jamil, Budiey (Sensasi Selebriti), Edaman (Band Qanda), Fiza Sabjahan (hos Wanita Hari Ini), Ainan Tasneem, Chef Sarah (hos Hero Oven), dan Da’i Syuhada.
Senarai topik yang telah dipersembahkan oleh 5 peserta Da’i ialah:
Nama peserta
Topik
Da’i Hazman (Mohd Hazman Yani bin Ahmad)
Alor Setar, Kedah
29 Tahun
Ijazah Sarjana Undang – undang Universiti Kebangsaan Malaysia
HANYALAH SATU
(SYIRIK – MENYEKUTUKAN ALLAH)
“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga”.
(Surah Al Maidah: 72)
Da’i Niezal (Mohd Sufwan Niezal bin Sabri)
Terengganu
19 Tahun
Diploma Dakwah & Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang
GHIBAH
Jauhkanlah ghibah, jangan mengumpat saudara-saudaramu, nescaya Allah akan memperbaiki amal perbuatanmu dan mengampuni dosa – dosamu.
Da’i Syed (Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail)
Arau, Perlis
21 Tahun
Diploma Dirasat Islamiyyah, Kolej Maahad Buuth Al Islamiyah Kaherah, Mesir
PERANGI RIBA’
“Kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya…”
(Surah Al Baqarah, ayat 279)
Da’i Nasrul (Muhammad Nasrul Nizam bin Zamry)
Pasir Mas, Kelantan
20 Tahun
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Kebangsaan (agama) Falahiah
TANGGANG MODEN
Anak yang derhaka kepada ibu bapanya tidak akan mendapat redha Allah s.w.t.kerana keredhaan-Nya adalah bergantung kepada redha kedua ibu bapa.
Da’i Saiful (Mohamad Saiful bin Marzuki)
Permatang Pauh, Pulau Pinang
18 Tahun
Sijil Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah kebangsaan Agama Al Irshad, Pulau Pinang
HARTA ANAK YATIM
Sesiapa sahaja yang berani memakan harta anak yatim akan mendapat dosa yang amat besar dan di hari kiamat kelak akan mendapat siksaan yang pedih.
Musim baharu ini menampilkan Datuk Rosyam Nor sebagai hos, Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail sebagai hos bersama dan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid (ketua mentor) yang akan memantau secara keseluruhan prestasi para peserta sambil dibantu oleh dua orang Murabbi (mentor) iaitu Ustaz Zul Ramli Mohamad Razali dan Dr. Robiah K. Hamzah.
Pada setiap minggu, para peserta perlu menyampaikan tazkirah mengikut topik yang telah ditetapkan secara berhikmah dengan gaya tersendiri dan penampilan menarik. Persembahan mereka dinilai oleh dua juri tetap profesional iaitu Dato’ Ustaz Dr Izhar Ariff dan juga Ustaz Zarifi. Pemarkahan peserta terbahagi kepada 70% (juri profesional), 20% (murabbi – Ustaz Zul Ramli & Dr. Robiah K. Hamzah) dan 10% daripada juri awam. Minggu ini, 30 markah bonus diperuntukkan kepada juri tetap untuk penilaian kreativiti para peserta.
Sidang produksi Da’i Pendakwah Nusantara diketuai oleh Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail selaku penerbit eksekutif dan Shukri Ibrahim sebagai penerbit. Saksikan Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-4 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 10.30 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 10 pagi) dan rancangan Jurnal Da’i yang memaparkan aktiviti kelas bersama Murabbi (mentor) dan Mursyid, persediaan peserta serta emosi dan personaliti peserta pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 7.58 malam. Da’i Pendakwah Nusantara dimeriahkan lagi dengan rakan ukhwah iaitu stesen radio Kool FM dan portal video tonton.
Leading smartphone and smart gadget distributor, Satu Gadget officially introduced Meizu latest M series smartphone, Meizu M3s and Meizu M3 note to the Malaysia market.The Meizu M Series offers a range of choice and technologies for consumers who are in search for powerful gaming and outstanding camera performance along with longer battery life yet offered with a fair price tag.
Meizu M3s
MEIZU M3s is the metal variant of the company’s latest affordable offering MEIZU M3. It keeps most features of its predecessor while offering metallic body and fingerprint recognition functionality. The body dimensions of Meizu M3s measure at 141.9×69.9×8.3mm, and it weighs 138 grams. Meizu M3s comes with a 5 inch 2.5D HD display and powered by Mediatek MT6750 Octa-Core processor (four Cortex-A53 cores clocked at 1.5GHz, and four Cortex-A53 cores clocked at 1GHz A53) along with Mali T860 GPU that provide a stunning gameplay performance.
Meizu M3s offer in two memory options which consist of a 2GB RAM +16GB storage variant and another model with 3GB RAM + 32GB storage.The device adopts a 13MP rear camera with dual-tone LED flash, PDAF, f/2.2 aperture. The front-facing camera uses a 5MP sensor with f/2.0 aperture for selfie. It has a hybrid SIM slot that can either support dual SIM or one SIM plus one microSD card. Meizu M3s will pack with a 3,020mAh capacity battery and it will support mTouch 2.1 front facing fingerprint sensor.In terms of software and connectivity, Meizu M3s smartphone runs on Android 5.1 Lollipopbased Flyme OS 5.1, and supports a hybrid dual-SIM card slot.The connectivity options include 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n (2.4GHz/5GHz), Bluetooth 4.0, and GPS / GLONASS support.It is now available in gray and gold color options.
Meizu M3 note
The Meizu M3 note is a remarkable product, built using quality components. Its 6000 Series Aluminum alloy design coupled with an anodic oxidation process makes the Meizu M3 note feel incredible to the touch.With a matchless combination of a 2.5D front panel and a metal unibody design, the Meizu M3 note offers a simplified and delicate visual perception while being smooth to use. A brand new internal structure following the concept of symmetrical aesthetics makes the unibody not only unique, but also lighter and more elegant.
Under the hood, there is a Helio P10 processor (1.8GHz quad-core Cortex-A53, and 1GHz quad-core Cortex-A53) that has the best EER (energy efficiency ratio) among all Mediatek processors. By balancing tasks, the processor automatically coordinates the CPU and GPU to lower energy consumption to a whole new level. Meanwhile, the Mali-T860 64-bit GPU enhances image rendering and multimedia display. For the display, Meizu M3 Note comes with a 5.5-inch full-HD (1080×1920 pixels) LTPS display with a pixel density of 403ppi.
The Meizu M3 note is 0.5mm thinner than the previous generation, while packing a whopping 4,100mAh size battery, which is 32% bigger than the previous one. During multitasking situations, the M3 note can last an outstanding 12 hours, under normal use it can last for two days. The handset also supports expandable storage via its hybrid SIM slot.
The Meizu M3 note has a 13-megapixel rear camera features Corning Gorilla 3 lens protective glass and uses the TrueBright ISP engine to ensure exquisite photos and videos.With advanced PDAF auto-focus technology, you can capture even more details. The twotone flash will illuminate even the darkest subjects, allowing for great shots at night.There is a 5-megapixel front-facing camera with an f/2.0 aperture on board as well.
In addition, the smartphone packs accelerometer, gyroscope, ambient light, and magnetometer sensors. It weighs in at 163 grams, measures 153.6×75.5×8.2mm.For connectivity, Meizu m3 note supports dual 4G SIMs which means both the SIMs can support 4G network simultaneously. Apart from 4G support, the Meizu m3 note offers Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Bluetooth 4.0 with BLE, and GPS/ A-GPS connectivity options.
Both Meizu M3 note and M3s will be available on 4th October 2016 at Satu Gadget. For those want to pre-order now, you may be entitled for the “Early Bird Giftpack” worth RM99 from Satu Gadget. The 16GB model of Meizu M3s will be sold at the price of RM 599, while the 32GB variant will cost RM 749. For Meizu M3 note, the retail price for the local market is RM 849.
Kindly be noted that Meizu Malaysia is now under Dynamics Distribution Sdn Bhd as their main distributor.
Here’s a treat for K-pop fans in Malaysia! You fell in love with her as the only female resident cast on the popular Korean variety show, the Running Man. Now, here’s your chance to meet Song Ji Hyo in person at the grand opening of 11,880 Sq Foot SHOOPEN Malaysia’s flagship store at Fahrenheit88 on 1 October 2016!
SHOOPEN is one of Korea’s largest footwear fashion brand bring fast and affordable shoe fashion to its followers. The brand offers a wide variety of high quality footwear from slip-ons to exclusive leather shoes for men, women and kids. With two floors full of the latest footwear fashion from Korea, the SHOOPEN’s first store in S.E Asia at Fahrenheit88 is a true haven for shoe fans. Since its soft opening, the store has been thronged by shoppers looking for the latest in footwear fashion at affordable price
How to win the passes? Simple! SHOOPEN Malaysia is organising a Spend and Win contest from 16 September 2016 – 25 September 2016 where customers purchasing RM200 and above get to enter the contest. Five lucky winners, announced on 26 September 2016 will win Meet & Greet passes for themselves and a plus one.
As a Grand Opening Special customer can also enjoy a 1 Day ‘cheat day’ where they can triple their entry by purchasing SHOOPEN footwear and/or accessories worth RM200 and stand a chance to win two air tickets to Korea! Six consolation prize winners get to walk away with a Limited Edition Customized SHOOPEN Giant Shoe Box. This contest runs from 1-31 October 2016.
Keep a real close eye out for more updates on SHOOPEN Malaysia Facebook and @shoopenmalaysia Instagram. Do not miss out the chance to win amazing prizes and of course to meet the bubbly Song Ji Hyo!
*All contests are subject to terms and conditions.
Portal video nombor satu Malaysia, tonton, yang kini mempunyai lebih dari 5.9 juta pengguna meneruskan satu lagi usahasama bersama rangkaian membeli-belah inovatif, CJ WOW Shop untuk memberi sesuatu yang istimewa kepada rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada tarikh 16hb. September 2016.
Seramai seribu ahli pertama yang melanggan pakej tonton VIP dari 16 hingga 30 September 2016 bakal membawa pulang sekeping baucar membeli-belah bernilai RM30 dari CJ WOW Shop. Seribu pelanggan bertuah ini akan mendapat informasi selanjutnya melalui emel yang akan diedarkan pada minggu pertama bulan Oktober hadapan.
Mengulas mengenai usaha kerjasama itu, Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh berkata, “Ini merupakan keistimewaan yang diterima oleh ahli tonton VIP. Ini adalah janji kami untuk sentiasa memberikan layanan VIP kepada setiap pelanggan. Tidak terhenti setakat itu, pelanggan tonton VIP akan mendapat lebih banyak keistimewaan seperti pas eksklusif ke konsert dan majlis anugerah antaranya Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Skrin, selain diskaun istimewa ketika berkunjung ke Karnival Jom Heboh.”
Antara keistimewaan lain yang diterima sebagai ahli tonton VIP adalah akses penuh ke arkib tonton yang mempunyai lebih dari 23,000 jam drama, filem serta rancangan hiburan tempatan. Selain itu, mereka turut berpeluang untuk menyaksikan kesemua episod drama terbaru di tonton beberapa bulan lebih awal dari siaran televisyen. Lebih hebat lagi, ahli tonton VIP juga boleh memuat turun rancangan kegemaran mereka di telefon pintar menerusi aplikasi terbaru tonton untuk peranti iOS dan Android bagi menyaksikannya walaupun tanpa data internet.
Manakala baucar membeli-belah CJ WOW Shop yang diterima oleh pelanggan tonton VIP pula boleh digunakan untuk pembelian aneka produk daripada pelbagai kategori termasuk fesyen, kecantikan, digital, kediaman dan kehidupan. Semestinya faedah-faedah ini amat menarik perhatian dan memenuhi kehendak ahli tonton VIP.
Pelbagai rancangan eksklusif turut menghiasi tonton sempena Hari Malaysia ini. Antaranya ialah It’s A Date, program berbentuk biografi yang mengikuti perjalanan kehidupan anak seni seperti Mia Ahmad, Fattah Amin, Keith Foo dan Soo Wincci. Program berbentuk hiburan, Crazee Stupid Stuff pula menyaksikan hos, Sharifah Amani melakukan pelbagai perkara yang berada di luar jangkauan fikiran. Kesemuanya hanya boleh disaksikan di tonton.
Keunikan Malaysia turut ditonjolkan di tonton menerusi rancangan yang memaparkan keindahan tanah air kita dari segi budaya hinggalah ke hidangan istimewa. Antaranya Hoods, Best In The World, Jalan Jalan Cari Makan, Homecoming dan Let’s Cycle.
Jangan lepaskan peluang untuk nikmati kesitimewaan sebagai ahli tonton VIP di Hari Malaysia ini. Untuk maklumat lanjut mengenai tonton VIP dan CJ WOW Shop, sila layari tonton.com.my dan www.cjwowshop.com.my.
Sejak umur 3 tahun, Didi Astillah sudah memulakan perjalanan seni beliau. Anak kelahiran Sandakan, Sabah, ini kini berusia 19 tahun. Kerjaya Didi bermula dengan sebuah album bertajuk “Adik-Adik Mutiara” bersama kakaknya Bella Astillah dan mereka juga pernah memiliki 10 buah album sejak itu.
Dengan namanya yang kian meningkat naik sejak menyertai program realiti TV, ‘Idola Kecil’ musim pertama anjuran TV9 dan ‘Kamilah Bintang’ terbitan Astro, Didi Astillah kini bersedia untuk melangkah lebih jauh bersama syarikat rakaman Paranormal yang mempunyai artis-artis besar di bawah naungan mereka seperti Elizabeth Tan dan juga Aisyah Aziz.
Didi kini tampil lebih segar dan matang bergabung bersama Ikhwan ataupun nama pentas beliau, Nawhki, di dalam single terbaru mereka, “Percaya”.Nawhki merupakan seorang radio announcer yang sudah lama berkhidmat di stesen radio Hot.fm selama 10 tahun. Beliau juga sudah lama di dalam industri perfileman sebagai seorang pelakon untuk drama-drama dari TV3, TV9 dan juga Astro.Tetapi minat sebenar anak kelahiran Kuala Lumpur ini adalah cinta beliau terhadap seni suara. Beliau pernah berganding bersama RJ, Daly Ahli Fiqr/Filsuf dan juga kumpulan Dynda.
Kini, tahun 2016 merupakan detik permulaan baru buat Nawhki yang akan berkolaborasi bersama Didi di dalam lagu “Percaya” yang bercorakkan Pop Bossa. Lagu ini dikarang oleh Jamiel Said dan Aiyad Sakti dan lirik oleh Jamiel Said dan Nawhki. Jamiel Said juga merupakan Executive Producer untuk lagu “Percaya” dan beliau memilih Nawhki dan Didi untuk menyanyikan lagu ini kerana yakin dan percaya dengan aura, kebolehan dan juga profesionlisme mereka berdua untuk menjayakan “Percaya”.
Lagu “Percaya” ini adalah kisah seseorang yang pernah terluka dalam percintaan tetapi rasa sayang itu masih ada. Masalahnya, dia masih ragu untuk memberi peluang kedua terhadap cinta yang lama kerana takut akan dilukai lagi.
Muzik video “Percaya” diarahkan oleh seorang pengarah muda tempatan iaitu Hazmil yang pernah membuat video shoot untuk Altimet dan DJ Fuzz. Video “Percaya” ini berkonsepkan santai di pantai Cherating bersama sebuah van kombi vintage dan mengambil masa 2 hari untuk selesai. Meskipun lagu ini memaparkan sebuah cinta yang gagal, namun aura MTV ini berteraskan emosi dan mood yang ‘playful’. Ia menunjukkan bahawa kita tidak perlu terlalu serius terhadap cinta yang gagal dan harus bersikap positif dan santai untuk maju ke hadapan.
‘Percaya’ nyanyian Nawhki feat Didi Astillah merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.