Tag Archives: Stevie

Dua Persembahan Tambahan Untuk Hi-5 House Hits 2014

Hi4-poster20x30

Kumpulan muzik kanak-kanak paling laris, Hi-5 diakui sangat popular di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Sejak tarikh persembahan. Hi-5 House Hits 2014 Live in Malaysia diumumkan penghujung September lalu, sambutan yang diterima daripada peminat tempatan sangat menggalakkan dan mencetuskan fenomena.

Bagi memenuhi permintaan mereka yang ingin mendapatkan tiket persembahan kumpulan berkenaan, penganjurnya, Hi-5 Operations telah menambah dua lagi persembahan iaitu pada jam 11 pagi, 11 Disember dan 6 petang untuk persembahan 14 Disember dan menjadikannya 11 persembahan untuk tontonan khalayak. Ini merupakan sebuah berita yang sangat menggembirakan dan melegakan buat kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka apabila mempunyai peluang keemasan untuk merasai sendiri pengalaman dihiburkan dengan persembahan unik dan muzikal yang penuh ekstravaganza.

Bersempena dengan pengumuman dua tarikh ini, peminat Hi-5 di Malaysia yang masih belum mendapatkan tiket bolehlah merebut peluang itu untuk mendapatkan tiket dua persembahan itu. 100 pembeli pertama untuk mana-mana kategori dua persembahan yang diumumkan itu bakal menikmati diskaun sebanyak 10 peratus daripada harga asal.

Jualan tiket dikendalikan oleh tiket agensi, Ticketpro dan kesemua tiket untuk dua persembahan tambahan itu boleh didapati menerusi laman web berkenaan serta lokasi persembahan berkenaan iaitu The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) mulai jam 10 pagi, hari Jumaat, 31 Oktober 2014. Hi-5 House Hits 2014 dibawakan bersama oleh UOB Bank dan Hi-5 Learning House, penaja bersama Yakult, Stesen TV Rasmi Disney Junior, Stesen Radio Rasmi Mix FM dan Lite FM, klpac sebagai lokasi rasmi serta Pengurus Acara, The Wonderland+. Hi-5 House Hits 2014 Live in Malaysia bermula pada hari Rabu, 10 Disember 2014 di The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) dan berlangsung sehingga hari Ahad, 14 Disember 2014.

Tiket semakin laris dan jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri persembahan lima warga Australia ini iaitu Stevie, Ainsley, Mary, Dayen dan anggota baru mereka, Tanika yang akan menyarung sepatu tarian mereka sekali gus menyinar di atas pentas dengan persembahan yang sangat berkesan di hati peminat mereka. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ticketpro.com.my atau hubungi talian hotline +603 4047 9000 (klpac) or +603 7880 7999 (Ticketpro).

Maklumat Tiket: Nama Acara : Hi-5 House Hits 2014 Tarikh : 10-14 Disember 2014 (Rabu hingga Ahad) Tempat : klpac, Pentas Satu Masa :10 Disember – 6pm 11 Disember – 11am (Slot Baharu), 2.30pm, 6pm 12 Disember – 2.30pm, 6pm 13 Disember -11am, 2.30pm 14 Disember – 11am, 2.30pm, 6pm (Slot Baharu) Tiket : Kategori 1 – RM 283 (Mosh Pitt) Kategori 2 – RM 203 (tempat duduk bernombor) Kategori 3 – RM 113 (tempat duduk bernombor) Talian Hotine : +603 4047 9000 (klpac) atau +603 7880 7999 (Ticketpro)
* Harga di atas termasuk RM3 untuk yuran pengendalian oleh ejen jualan tiket, Ticket Pro.

Pelancaran Jualan Tiket ‘HI-5 HOUSE HITS 2014 LIVE IN MALAYSIA’

 Hi4-poster20x30

Hi-5 kembali ke Malaysia dengan sebuah persembahan terbaru yang lebih mempesona dan memukau. Hi-5 House Hits 2014 ini akan berlangsung pada 10 hingga 14 Disember depan di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac) dengan sembilan buah persembahan keseluruhannya. Kumpulan muzik kanak-kanak ini dijamin mampu memberi persembahan berbentuk nyanyian dan tarian yang dapat dinikmati kanak-kanak bersama ibu bapa mereka.

Selepas konsert yang laris bagai pisang goreng panas tahun lalu, mereka kembali tahun ini dengan rangkaian lagu popular klasik seperti “L.O.V.E”, “Ready or Not” dan “Give 5” termasuk lagu baru yang mudah menangkap telinga. Kumpulan yang berasal dari Australia ini dianggotai oleh Stevie, Ainsley, Mary, Dayen dan ahli baru, Tanika dan kesemua mereka akan menyarung sepatu tarian mereka sekali gus menyinar di atas pentas.

Untuk kali ini, penonton berpeluang untuk berhibur dengan sepuasnya dengan gerak tari yang mudah ditiru, lagu yang mudah dihafal serta pesta permainan yang dapat merapatkan lagi diri mereka bersama peminat serta pengalaman peribadi yang lebih hebat berbanding dari melihat mereka di kaca TV.

Jangan dilupa dua boneka rakan baik mereka, Chats dan Jup Jup yang akan turut serta dalam persembahan berkenaan. Chats juga akan memberi kejutan kepada penonton sehingga sering menjadi bintang dalam rancangan hiburan itu manakala penampilan Jup Jup dalam Hi-5 House Hits 2014 turut memberi keseronokan kepada setiap keluarga yang menyaksikannya.

Operasi Hi-5 mengalu-alukan semua kanak-kanak dan juga ibu bapa untuk sama-sama menyertai keseronokan persembahan Hi-5 House Hits 2014. Untuk meredakan perasaan teruja itu, penganjur dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran pembelian awal tiket akan dilakukan pada 27 dan 28 September (Sabtu & Ahad) di Rock Corner, The Gardens (Aras 3) dari jam 12pm hingga 6pm. Kepada semua pemegang kad kredit UOB Bank, anda layak menikmati potongan harga sebanyak 15% semasa pelancaran pembelian awal tiket. 300 pembeli tiket awal untuk beberapa kategori akan berpeluang menerima barangan Hi-5, poster dan pelbagai lagi. Seterusnya, semua pembeli tiket pada dua hari berkenaan berpeluang memenangi pas untuk bertemu anggota kumpulan Hi-5.

Print

Semua pemegang kad kredit UOB Bank masih layak menikmati potongan harga sebanyak 15% untuk semua tiket categori dari 29 September hingga 20 Oktober melalui semua saluran Ticketpro. Bagaimanapun ia terhad kepada 2,000 orang yang membeli menggunakan kad kredit berkenaan sahaja. Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ticketpro.com.my atau hubungi talian hotline +603 4047 9000 (klpac) or +603 7880 7999 (Ticketpro). Tunggu apa lagi? Jumpa anda di sana!

Hi-5 House Hits 2014 dibawakan bersama oleh UOB Bank dan Hi-5 House of Learning, penaja bersama Yakult, Stesen TV Rasmi Disney Junior, Stesen Radio Rasmi Mix FM dan Lite FM, klpac sebagai lokasi rasmi serta Pengurus Acara The WonderLand+.

Maklumat Tiket: Nama Acara : Hi-5 House Hits 2014 Tarikh : 10-14 Disember 2014 (Rabu hingga Ahad) Tempat : klpac, Pentas Satu Masa : 10 Disember – 6pm 11 & 12 Disember – 2:30pm, 6pm 13 & 14 Disember – 11am, 2:30pm Tiket : Kategori 1 – RM 283 (Moss Pitt) Kategori 2 – RM 203 (tempat duduk bernombor) Kategori 3 – RM 113 (tempat duduk bernombor)

Talian Hotine : +603 4047 9000 (klpac) atau +603 7880 7999 (Ticketpro)

* Harga di atas termasuk RM3 untuk yuran pengendalian oleh ejen jualan tiket, Ticket Pro.