Tag Archives: Syamel AF

Konsert Wings And Superfriends – Belenggu Irama

Konsert Wings And Superfriends – Belenggu Irama bakal mengegarkan Istana Budaya pada 6 hingga 9 April 2017 selama 2 jam setiap malam dan merupakan sebuah konsert berkonsep memperjuangkan nasib para insan seni tanahair.Konsert ini dianjurkan oleh Awie Entertainment Sdn Bhd.

Konsert ini bakal menampilkan gandingan artis-artis hebat seperti Dato’ M Nasir, Dato’ Siti Nurhaliza, Datu Ramli Sarip, Dato’ Nash, Dato’ Hattan, Ito, Syamel AF, Maya Karin, Beto Kusyairy, Liza Hanim, Haiza, Sahara Yaacob, Billa AF, Ucop Vokal Bukan Sekadar Rupa, Kudeen 3 Juara dan Aniq Ceria Pop Star.Para pemuzik yang turut terlibat adalah seperti Edrie Hashim, Yan Lefthanded, Kudin Headwind, Sham Guitarist, Lola, Pae, Rodi Kristal, Hamzah Percussion, Fly dan Adi.

Tujuan konsert ini adalah bagi mendidik masyarakat untuk menghibur sambil menderma.Ia juga untuk mengumpulkan persatuan-persatuan seperti Karyawan,Seniman, Yayasan Artis 1Malaysia, MACP dan RIM di Malaysia untuk membentangkan permasalahan di dalam persada seni terutamanya dari segi kebajikan anak-anak seni yang tidak pernah berubah.Ikon konsert ini ialah pemain drum ternama, Yazid dari Kumpulan Search.

Harga tiket bermula daripada RM80, RM150, RM200, RM250, RM300 dan RM350 boleh dibeli melalui secara Online di website www.airasiaredtix.com atau pun di Kaunter Pembelian Tiket di Istana Budaya mulai 1 Mac 2017. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Awie Entertainment di talian 019-2932436 (Ejat) atau 019-2975260 (Sam).Juga boleh lawati Facebook Sayap-Sayap Wings atau www.sayap2wings.com.

Kredit photo – Lensa Ayid

Rumah Terbuka JoHaRa Disambut Meriah

Seperti tahun-tahun lalu, JoHaRa Pagi ERA tidak pernah jemu untuk menceriakan pagi anda! Isnin lepas, mereka telah menganjurkan siaran luar Rumah Terbuka JoHaRa sama seperti tahun โ€“tahun lalu.

Dr.Fazley bersama JoHaRa

Pada hari tersebut, JoHaRa telah meraikan 40 tetamu istimewa dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama-sama mereka. Rumah Terbuka JoHaRa yang dianjurkan secara sederhana ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturahim bersama para artis, tetamu istimewa dan juga pihak media dalam meraikan Aidilfitri.

Wanie Kayrie dan Syamel AF

Bertempat di Suka Sucre Cafe, acara turut dimeriahkan lagi dengan barisan artis tempatan yang semestinya akan menceriakan suasana , antaranya Siti Nurdiana, Forteen, Syamel AF, Sufi AF , Wani Kyrie, Achey, dan ramai lagi!

Anak-anak yatim yang diraikan sempena Rumah Terbuka JoHaRa

Menurut Pengurusan Kanan Kandungan ERA fm, Nazri Noran,

โ€œSetiap tahun stesen kami cuba mencari kelainan dengan mengadakan aktiviti yang rapat di jiwa pendengar. Syawal tahun ini, kami memilih untuk menganjurkan Rumah Terbuka JoHaRa bersama anak-anak istimewa yang seharusnya kita raikan. Harapan kami, agar acara sebegini dapat diteruskan supaya ikatan silaturahim keluarga ERA fm bersama para artis, masyarakat setempat menjadi lebih rapat. โ€œ

Pengemudi JoHaRa, Johan, Haniff dan Ray pastinya membuatkan tetamu yang hadir tidak kering gusi menyaksikan telatah mereka yang lucu!