Tag Archives: TITAN

ACHEY Menemui RM10,000 Ketika Sesat

Merangkul kemenangannya yang ketiga, Achey sekali lagi dinobatkan juara mingguan dalam Konsert Kelapan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang, malam semalam. Konsert yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam malam kelmarin, Titan, Bocik, Sumbu, dan Chilok telah menghidupkan zaman persekolahan kita sempena tema minggu kelapan ini, sekolah, kolej, dan IPT.

DEX_1843

Konsert Kelapan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) turut menampilkan Noh Salleh bersama Fauziah Ahmad Daud selaku juri jemputan dan Pengasas Vida Beauty, YBhg. Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman, selaku juri tetap. Peserta telah dinilai oleh para juri yang mewakili 50% markah keseluruhan, manakala lagi 50% markah adalah berdasarkan undian melalui SMS oleh penonton.

DEX_1662

Minggu yang bertemakan sekolah, kolej dan IPT ini, Achey mempersembahkan sebuah sketsa mengenai dua orang pengakap yang sedang berkhemah di hutan. Atu muncul dalam keadaan panik kerana sesat dalam hutan itu, Achey pula seorang pengakap yang handal dalam ilmu ‘survival’ yang akhirnya turut panik kerana tidak pandai menghidupkan api menggunakan kayu. Adegan lucu berlaku antara mereka sewaktu bertengkar tentang cara untuk terus hidup dalam hutan itu.

Menurut Achey, selaku juara mingguan malam semalam, “Cabaran terbesar yang saya hadapi minggu ini adalah mendapat artis jemputan yang perlu bergandingan dengan saya. Hal ini kerana, pada asalnya saya akan bergandingan dengan Dato AC Mizal, tetapi atas beberapa hal yang tidak dapat dielakkan, saya menggantikannya dengan Atu Zero pada saat akhir. Alhamdulillah kerana sememangnya Atu dan saya mempunyai keserasian, kami berjaya menghidupkan watak sebagai dua orang pengakap yang terperangkap di hutan.”

DEX_1893

Berikut adalah senarai artis jemputan yang telah berganding dengan peserta malam semalam.

KUMPULAN ARTIS JEMPUTAN
ACHEY Atu Zero
BOCIK Yus Jambu
TITAN Khir Rahman
SUMBU Anas Ridhwan
CHILOK Sharif Zero

Penonton QPBBB boleh mengundi peserta kegemaran mereka dengan menaip BBB untuk satu undian atau BBB5 untuk lima undian diikuti <JARAK> <NAMA PESERTA> dan hantar ke 33399. Setiap satu undian akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50.

DEX_1776

QPBBB dihoskan oleh AG Hot FM dan Yana Samsudin dan juga Fizie Hot FM selaku pengacara di belakang tabir. QPBBB turut dimeriahkan lagi oleh penaja utama iaitu Pamoga Qu Puteh. Berlainan dengan program realiti lain, QPBBB menawarkan RM10,000 untuk dimenangi setiap minggu . Hadiah wang tunai RM10,000 ini juga menjadi pembakar semangat mereka untuk terus berentap hingga ke Super QPBBB bagi merebut hadiah utama berjumlah RM50,000!

Penonton juga boleh menilai persembahan para peserta melalui skala dalam talian di www.tv3.com.my/qpbbb. Selain itu, para penonton dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ‘Teka-Teki Kelakar’ dengan memuat naik sebarang teka-teki lucu dalam bentuk teks bergambar di laman sosial Instagram beserta #QuBintang di ruang kapsyen. Pemenang mingguan akan diumumkan semasa konsert mingguan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang dan diberi hadiah eksklusif TV3.

DEX_1756

Penglibatan tambahan penonton bermula minggu kelapan, adalah pertandingan Youtube yang dianjurkan oleh penaja utama Qu Puteh Bintang Bersama Bintang dan Pengasas Vida Beauty, YBhg. Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman, Dato’ Seri Vida. Pertandingan yang berlangsung sehingga Konsert Akhir QPBBB, kelima-lima peserta QPBBB hendaklah membuat sketsa promosi produk Vida Beauty selama 3 minit untuk dimuatnaik ke Youtube. Penonton setia QPBBB dialu-alukan untuk menonton sketsa tersebut di www.youtube.com/tv3 kerana sketsa peserta yang mendapat penoton paling ramai, akan memenangi wang tunai sehingga RM6,000 dari pihak penganjur pertandingan ini.

Selain itu, penglibatan tambahan lagi untuk para penonton setia kami. Sepasang tiket penerbangan Air Asia diletakkan sebagai rebutan bermula 1 Jun 2015. Sebuah pertandingan Cabaran Dubsmash QPBBB dianjurkan untuk para penonton yang masih tidak kering gusi berjenaka. Cara-cara penyertaan adalah seperti berikut:

  1. Memuatnaik video dubsmash anda di akaun instagram anda!
  2. Meletakkan hashtag #QuBintang dan tag @tv3malaysia
  3. Akaun Instagram anda haruslah ditetapkan sebagai umum!
  4. Pemenang pertandingan akan diumumkan pada 14 Jun dalam Super Qu Puteh Bintang Bersama Bintang.

Ikuti Konsert Mingguan QPBBB pada setiap hari Ahad pada jam 9.00 hingga 10.30 malam. Ikuti juga perkembangan persiapan mereka dalam Spy Qu Puteh Bintang Bersama Bintang pada setiap hari Ahad, jam 6.00 petang. Penonton juga boleh menonton siaran ulangan setiap Jumaat jam 10.00 pagi di TV3 dan portal video tonton.com.my (www.tonton.com.my).

Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2014 Jam Tangan TITAN

The Titan Garden of Eden_Fall Winter Collection 2014 is the perfect gift for Christmas or when ushering the New Year

Dedaunan kering berwarna coklat di tanah menandakan permulaan musim luruh manakala kedinginan angin dalam udara pula menjadi petanda kepada kedatangan musim sejuk. Di setiap transisi musim, hadir perayaan penuh makna – ia merupakan momen untuk bergembira, memberi hadiah dan satu keraian.

Titan memegang semangat Joy of Gifting sepanjang musim perayaan ini bersama seleksi jam tangan baharu. Musim memberi hadiah ini pasti bermakna dengan pilihan daripada jam tangan terbaik Titan. Berteraskan rekaan bergaya dan ciri premium koleksi musim luruh/sejuk 2014, setiap detik ada jam tangan yang tersendiri. Anda boleh memadankan jam tangan ini mengikut majlis dan mood sendiri. Sama ada ia dijadikan aksesori pada parti Malam Krismas atau diberikan sebagai hadiah sempurna sempena Krismas mahupun Tahun Baru – Titan semestinya menepati setiap sambutan yang anda raikan.

Standing 3rd from left Anand Mishra Director of Chronosoft and Mr H G Raghunath CEO of Watches & Accessories Titan Company Limited

Turut berkongsi pandangan, Encik H G Raghunath – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Watches & Accessories, Titan Company Ltd berkata: “Pelanggan kami di Malaysia amat menghargai dan menyokong kami sehingga ia mampu menjadi salah satu pendahulu dalam jenama jam tangan di negara ini. Kami sangat teruja untuk melancarkan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2014 Titan ini. Tidak dinafikan, ia satu detik bermakna buat kami kerana mampu menyediakan seleksi jam tangan premium kepada pelanggan setia kami pada waktu begini. Titan sentiasa percaya kepada konsep Joy of Gifting dan merangkumkan koleksi jam tangan mempesona sempena musim perayaan ini adalah waktu terbaik bagi kami mengadaptasi konsep ini. Titan sentiasa bersama anda pada setiap detik keraian anda!”

Dua koleksi istimewa perayaan pada musim ini ialah – Titan ‘Garden of Eden’ untuk wanita dan Titan HTSE buat lelaki. Setiap jam tangan memiliki ciri berbeza dengan rekaan inovatif. Barisan jam tangan sofistikated ini ditetapkan pada harga antara RM425 hingga RM1,295. Ia boleh didapati di semua 150 cawangan di Malaysia. Bergaya pada hari Krismas atau kira detik Tahun Baharu bersama-sama jam tangan elegan Titan ini. Anda boleh menyesuaikan jam tangan anda bersama gaya kasual segak ketika sarapan tengah hari (brunch), pakaian ke parti atau dengan dres istimewa di dalam almari anda.