Tag Archives: Tonton

S LINE CETUS FENOMENA DI TONTON: THRILLER KOREA EKSKLUSIF SERENTAK DENGAN KOREA

KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2025 – Platform penstriman nombor satu negara, Tonton, kembali mencuri perhatian apabila menayangkan secara eksklusif drama Korea terbaru, S LINE, sebuah thriller fantasi misteri yang kini menjadi bualan hangat di seluruh Asia. Drama ini mula ditayangkan serentak dengan Korea Selatan bermula 11 Julai 2025, menjadikan Tonton sebagai platform rasmi pertama di Malaysia yang menayangkan kandungan premium tersebut.

S LINE dibintangi pelakon popular Lee Soo-hyuk, Lee Da-hee dan Arin, dan merupakan adaptasi daripada webtoon terkenal hasil karya Kkomabi, yang juga dikenali melalui siri A Killer Paradox. Jalan ceritanya berpusat kepada satu fenomena aneh iaitu kemunculan garisan merah ‘S LINE’ di atas kepala individu yang pernah menjalinkan hubungan intim — tetapi hanya segelintir orang mampu melihatnya.

Drama ini membawa penonton menyusuri dunia fantasi gelap penuh skandal dan ketegangan, apabila Han Ji-wook (lakonan Lee Soo-hyuk), seorang detektif karismatik, berusaha menyiasat kebenaran di sebalik fenomena tersebut. Turut membantu ialah Kyu-jin (Lee Da-hee), seorang guru yang turut memiliki keupayaan melihat garis itu, dan Shin Hyun-heup (Arin), pelajar remaja yang terkesan seumur hidup dengan kemunculan garisan ini.

Lebih membingungkan, fenomena ini dikaitkan dengan satu siri pembunuhan berantai yang menggemparkan bandar. Ketiga-tiga watak utama terjerumus dalam dunia penuh rahsia, pengkhianatan dan persoalan moral — sehingga memaksa mereka memilih antara kebenaran dan keselamatan diri.

S LINE bukan sahaja tampil dengan naratif unik dan sinematografi memukau, malah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila tersenarai dalam Festival Siri Antarabangsa Cannes ke-8, serta memenangi Anugerah Muzik Terbaik menerusi komposer Lee Jun Oh.

Setakat ini, S LINE mencatat jumlah tontonan luar biasa dan kini trending dalam carta kandungan paling tinggi di Tonton. Siri enam episod berdurasi 50 minit ini ditayangkan secara berkala: dua episod pada 11 Julai, diikuti dua lagi pada 18 Julai, dan dua episod terakhir pada 25 Julai 2025.

Untuk mengikuti fenomena S LINE Tonton, strim sekarang di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton. Jangan lepaskan peluang menyaksikan siri thriller Korea paling berani tahun ini!

tonton Melangkah lebih XTRA

Disenaraikan sebagai  perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia dengan lebih 7.4 juta pengguna, tonton mengorak langkah ekstra dengan menganjurkan acara Parti #RatedXtra di Zouk, Kuala Lumpur.

Lebih dari 300 barisan bintang ternama, kenamaan, pengamal media dan selebriti media sosial hadir ke acara hari ini. Sesuai dengan tema ‘Alter Ego’, para tetamu hadir dalam penggayaan fesyen terbaik menyerikan acara gilang-gemilang ini.Acara telah dimeriahkan dengan persembahan memukau termasuk beberapa pengumuman istimewa oleh Ben Jern Loh, Pengurus Besar, tonton. Dihoskan oleh Hafiz Hatim (penyampai radio Fly FM) dan Zooey (hos Pop Bytes).

Parti #RatedXtra turut menampilkan wajah tonton iaitu Ayda Jebat, Redza Rosli dan ThomasJack (penyanyi sensasi YouTube Malaysia); selain barisan pelakon utama drama bersiri popular Titian Cinta iaitu Farah Nabilah dan Daler Yusuf serta JinnyBoy dan Reuben, sensasi YouTube popular Malaysia. Turut hadir, wakil dari The Ming Thing.

Pelanggan VIP kini menikmati potongan diskaun 50% untuk SEUMUR HIDUP menerusi langganan pakej Superhero di aplikasi tonton sebelum promosi berakhir pada 31 Disember 2017. Pelanggan boleh melanggan menerusi aplikasi tonton di laman web tonton.com.my.

Pengalaman tontonan di rumah anda

Bagi menjadikan pengalaman tontonan lebih menarik dan capaian meluas di skrin besar, tonton kini boleh diakses di platform SMART TV (model terkini LG, Samsung dan Panasonic) dan modem OTT Android (untuk kesemua TV yang menyokong sistem Android termasuk SMART TV yang menyokong sistem operasi Android TV) bermula Januari 2018.

Tontonan Sosial

tonton adalah perkhidmatan penstriman video OTT ulung di rantau ini yang bakal memperkenalkan teknologi Camment pada suku pertama tahun 2018. Pengenalan teknologi Camment di tonton membolehkan interaksi sembang sosial sehingga ke 6 pengguna pada satu-satu masa selain ciri pengesan suara di dalam sistem memacu capaian terhadap pemasaran bisnes pintar.

Teknologi yang menyokong pemasaran sosial pintar, membolehkan jenama bekerjasama dengan platform untuk pengiklanan kandungan yang relevan berdasarkan interaksi yang dibuat antara pengguna menerusi fungsi pengesan suara.

GOASEAN SERTAI RUANGAN OVER-THE-TOP (OTT) BERSAMA RAKAN KONGSI STRATEGIK, TONTON & DIMSUM

Hari ini, GOASEAN, pengeluar kandungan kreatif untuk mempromosikan sektor pelancongan ASEAN di Asia Tenggara yang pertama di dunia mengumumkan kerjasama baharu bersama tonton – portal dan aplikasi penstriman video nombor 1 di Malaysia, yang dimiliki oleh Media Prima Berhad (Media Prima) dan dimsum – perkhidmatan video-on-demand (VOD) secara langganan terbaru di Malaysia yang dikendalikan oleh SMG Entertainment Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Star Online Sdn Bhd, ahli Kumpulan Media Star). Kerjasama ini adalah sebahagian daripada pelan GOASEAN untuk meluaskan capaiannya dalam mempromosikan Asia Tenggara, seiring dengan kempen ASEAN@50 yang meraikan ulang tahun ke-50 ASEAN (Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara).

Pengeluar kandungan yang telah meraih pelbagai anugerah antarabangsa juga menawarkan 60 jam kandungan asal mereka yang mengetengahkan lokasi-lokasi menakjubkan merentasi 10 negara-negara Asia Tenggara. Semua kandungan asal GOASEAN, termasuklah The Eco Traveller yang memenangi anugerah di Amerika Syarikat akan dipaparkan dengan sarikata dalam Bahasa Mandarin di platform dimsum. Kandungan GOASEAN boleh mula diakses di tonton dan dimsum bermula April 2017.

Menurut Encik Zefny Idris, Naib Presiden Penjenamaan GOASEAN: “Dengan lebih tujuh belas rancangan yang dihasilkan oleh GOASEAN, kami merancang untuk memacu ke peringkat lebih tinggi bagi tahun 2017 – seiring dengan pelan tahun kedua GOASEAN untuk menyertai lebih banyak platform di mana lebih ramai penonton dapat menikmati kandungan yang kami sediakan. Sebagai penerbit dan pembekal kandungan, pihak kami sentiasa peka dengan cara penonton mengakses media dan menawarkan kandungan yang menepati citarasa pengguna. Sejajar dengan objektif GOASEAN untuk menyediakan ruang bagi mempamerkan kepelbagaian budaya, pemandangan dan suara Asia Tenggara, kami berharap untuk mengembangkan capaian penonton melalui rakan kongsi strategik, tonton dan dimsum bagi mempromosikan destinasi pelancongan Asia Tenggara.”

Kerjasama dengan tonton yang terjalin pada 7 Mac 2017 merupakan penanda aras penting bagi GOASEAN kerana tonton telah mencapai lebih daripada 6.6 juta pengguna, dengan penambahan 18,000 ahli baharu setiap minggu. tonton menawarkan pelbagai kandungan melebihi 26,000 jam termasuk kandungan tempatan dan sindiket, siaran langsung eksklusif serta saluran premium yang boleh diakses pada bila-bila masa di mana sahaja. Oleh itu, penambahan segmen pelancongan berkualiti tinggi yang boleh diakses pada bila-bila masa di mana sahaja bakal mengukuhkan lagi nilai platform tersebut.

Cik Airin Zainul, Pengarah tonton & Perlesenan dan Pembarangan berkata: “Setelah 11 bulan memasuki ruangan OTT sebagai perkhidmatan berdasarkan langganan, kami teruja untuk bekerjasama dengan GOASEAN bagi meluaskan lagi capaian mereka kepada para penonton melalui rancangan travelog. Kerjasama ini membuktikan bahawa pengguna tonton VIP boleh menonton rancangan terbaik pada bila-bila masa di mana sahaja.”

Tambahan pula, kerjasama bersama dimsum memastikan GOASEAN mencapai tontonan yang lebih luas kepada pengguna yang inginkan kandungan pelancongan yang menarik dan berkualiti tinggi beserta sarikata dalam Bahasa Mandarin. Di samping itu, dimsum bermatlamat untuk menyediakan kandungan terbaik Asia dengan hak siaran serentak dan eksklusif daripada China, Taiwan, Singapura, Thailand dan Jepun. Justeru, kerjasama tersebut bakal memperkayakan lagi penawaran kandungan dan mengukuhkan kelebihan daya saing perkhidmatan OTT baharu tersebut.

“Kami teruja dapat bekerjasama dengan GOASEAN bagi meneruskan tawaran kandungan kami. Pada masa akan datang, kami percaya kerjasama ini akan meningkatkan lagi segmen pelancongan dan dokumentari dimsum,” kata Cik Lam Swee Kim, Ketua Pegawai Pemasaran dimsum.

Fred Wang, Pengerusi Asia Content Business Summit (ACBS) yang menyaksikan pengumuman kerjasama tersebut berkata, “Saya percaya kerjasama di antara tiga syarikat ini adalah penting dan ianya bakal memacu peluang perniagaan baharu ke dalam pasaran Asia Tenggara dan memperkasakan industri kandungan.”