Tag Archives: Tune Talk

Tune Talk dan Para Atlet Luar Biasa: Komitmen Sepanjang Hayat #KamiLuarBiasa

Pada tahun 2014, Tune Talk, secara rasminya telah melancarkan gerakan untuk menyokong arena sukan Paralimpik negara. Kejohanan Para Asian di Incheon pada tahun tersebut merupakan kali pertama Tune Talk mengorak langkah, menampilkan kesemua atlet luar biasa dan mempamerkan pencapaian mereka yang menakjubkan kepada semua rakyat Malaysia. Dengan menggunakan langkah-langkah avant-garde, Tune Talk telah memastikan semua maklumat dan bahan-bahan berkaitan atlet luar biasa menjadi viral dan orang ramai mula mengenali mereka dan mengtahui pencapaian luar biasa mereka.

Pencapaian atlet-atlet luar biasa semakin meningkat seiring dengan peningkatan kepercayaan masyarakat kepada mereka. Ini membuktikan bahawa kita perlu lebih ramai rakyat Malaysia untuk yakin dan percaya kepada apa yang diperjuangkan oleh para atlet luar biasa ini dan inilah matlamat utama Tune Talk. 2016 merupakan tahun yang bersejarah bagi Malaysia kerana akhirnya kita berjaya mendapat pingat Emas daripada temasya sukan yang paling masyur di peringkat global. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Paralimpik Malaysia kerana pencapaian cemerlang mereka di Temasya Sukan Paralimpik Rio 2016, di mana mereka telah berjaya menggondol 3 pingat Emas, 1 pingat Gangsa dan memenangi hati rakyat Malaysia.

Ridzuan Puzi
Ridzuan Puzi

“Saya antara yang bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri di stadium peristiwa bersejarah, apabila Ridzuan Puzi, memenangi perlumbaan beliau, menghadiahkan pingat Emas pertama negara. Saya pasti, kesemua rakyat Malaysia, menangis ketika mendengar lagu Negaraku dimainkan buat pertama kalinya di dalam stadium Olympic. Setiap rakyat Malaysia, di Rio ataupun di tanahair menyokong atlet-atlet luar biasa ini ketika larian Emas Ridzuan, lontaran gergasi dari Ziyad Zolkelfi, lompatan Emas Latif Romly, pencapaian luar biasa Radiah dan semua para atlet yang berjuang dengan sepenuh hati mereka. Masyarakat akhirnya telah sedar bahawa kita sebagai rakyat Malaysia mampu untuk menghasilkan kumpulan atlet luar biasa yang boleh memartabatkan negara. Sekarang kita perlu fokus untuk membina pasukan yang terbaik sebagai persiapan Malaysia yang akan menjadi tuan rumah Sukan Para Asean tahun hadapan dan juga pasukan yang paling luar biasa untuk Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” ujar Jason Lo,  CEO Tune Talk.

Latif Romly
Latif Romly

“Tahniah kepada kesemua yang terlibat dalam kejayaan ini. Sebagai tanda penghargaan, Tune Talk akan menghadiahkan ketiga-tiga pemenang pingat Emas negara, Ridzuan Puzi, Ziyad Zolkefli, Latif Romly dan jurulatih mereka pengkhidmatan Tune Talk percuma seumur hidup. Siti Noor Radiah, pemenang pingat Gangsa akan menerima perkhidmatan Tune Talk percuma selama 3 tahun dan 17 atlet dan para jurulatih luar biasa dalam kontinjen Malaysia ke Rio akan menerima perkhidmatan percuma selama setahun!” tambahnya lagi.

pic-3
Ziyad Zolkefli

Ini adalah merupakan sebahagian daripada komitmen jangka panjang Tune Talk kepada atlet-atlet luar biasa ini. Terdapat pelbagai perancangan dan inovasi yang akan dijalankan dalam masa yang terdekat bagi menyokong arena sukan Paralimpik negara. Kita memerlukan sokongan dan kepercayan daripada lebih ramai rakyat Malaysia dan Tune Talk, melalui MISIM akan mula mengorak langkah yang lebih drastik agar dapat mengenal pasti individu-individu luar biasa yang akan mengharumkan nama negara di masa hadapan. Ini adalah perjuangan kita bersama jadi ayuh kita sama-sama melakukannya!

ISTIMEWA SYAWAL INI : #SyawalSW4G

Syawal merupakan bulan untuk menerapkan rasa kasih, kesatuan dan juga nilai-nilai positif sesama kita. Selaras dengan ini, Tune Talk telah mengambil inisiatif untuk melancarkan lagu Hari Raya terbaru sempena musim perayaan ini bagi memeriahkan dan menceriakan suasana disamping menerapkan nilai-nilai murni. Lagu Hari Raya terbaru yang bertajuk #SyawalSW4G ini adalah bertepatan dengan misi Tune Talk untuk menjadikan tahun 2015 sebagai tahun inovasi dan muzik juga adalah antara elemen terbesar syarikat ini. 

Lagu #SyawalSW4G ini akan dinyanyikan oleh Oh Chentaku (OCK), kumpulan genre rock yang telah berjaya meraih sokongan hebat dari kalangan para remaja. Di samping itu, lagu ini juga akan menampilkan De Fam, penyanyi kumpulan wanita di bawah pengurusan Tune Studios, yang telah baru-baru ini menakluki industri muzik tanah air dan muzik mereka giat dimainkan di corong-corong radio. Gandingan dua kumpulan ini dengan lirik dan rentak contemporari akan membawakan elemen baru untuk sambutan Aidilfitri pada tahun ini dan mungkin pada tahun-tahun yang akan datang.

Lagu istimewa ini juga merupakan elemen penting dalam kempen yang Tune Talk sedang jalankan sepanjang bulan Ramadhan dengan misi untuk menggalakkan semua membina keyakinan diri positif supaya tindakan ini akan dijadikan inspirasi oleh orang-orang sekeliling. Kami ingin menerapkan perubahan yang baik dari segi penampilan dan juga sikap semua semua setelah mendengar dendangan lagu ini. Kami berharap #SyawalSW4G akan mengubah definisi Syawal urban kepada sesuatu yang lebih baik! Untuk maklumat lanjut mengenai kempen yang sedang dijalankan sila ke halaman Facebook Tune Talk : https://www.facebook.com/tunetalk ataupun www.tunetalk.com  

 

MIMMA 3 is back with the addition of two new categories

Pic 2

Electric, eclectic and eccentric. These 3 words shall define the path of those involved in the invasion this year. The Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) is back and once again sending shock waves to rattle the regional MMA scene. Following the highly successful run last year, it has been established that MIMMA is the biggest amateur mixed martial arts fighting championship in Asia if not the world. The coverage received globally was tremendously enormous with 90 million impressions made on Facebook and 500000 hits on mimmalive.tunetalk.com during the Grand Finals capturing eyeballs from 101 countries.

The invasion started strongly in season 1, everyone was blown away by season 2 and now season 3 is set to rewrite history all over again. This year, MIMMA will again invade major cities throughout Malaysia to unearth more raw MMA talents. Among these talents, the most eligible ones will challenge the currents champions for the MIMMA Championship belts with over RM150000 in cash prizes to be won.

The Malaysian Invasion Mixed Martial Arts Fighting Championship is the brainchild of Tune Talk CEO Jason Lo with the Minister of Youth & Sports, Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin with the objective of developing the MMA scene in Malaysia by focusing on the grassroots level in order to create a stronger base for the sport locally with the hope of one day producing a world champion.

Jason Lo stated, “We are proud to be part of this journey of building the MMA scene in Malaysia with efforts from all quarters, from many fighters, trainers, gyms and fans. From all the franchises, we stand today more united than ever. More than any slogan can suggest or illustrate. The MMA scene in Malaysia over the past few years has bloomed from where it was relatively unknown, unfounded and uncool. Now we have local tournaments from every corner of our nation. And a burgeoning amateur scene empowered by the understanding and beliefs that amateurs have an advantage, are better informed than ever and can make the right decisions for their careers.”

“The overwhelming support from the Kementrian Belia Dan Sukan and the setting up of the Malaysian Mixed Martial Arts Association (MASMMAA) is part of all our collective efforts to create the best environment to sustain MMA careers and breed world champions. This is the legacy all of us will leave behind. Like a footprint in time, forever will this be known as the moment we got our current, our power and when we were right there during the ‘Electrifying Age of Malaysian MMA!” he added.

The invasion will once again have a nationwide tryouts where we will visit 5 states; Johor, Penang, Sabah, Sarawak, and Selangor. All episodes of MIMMA 3 will be aired on RTM TV1 in order to reach out to all Malaysians wherever they are. This year, the initial registration process will be done online. Fighters who are interested to join the invasion can fill in their details on www.malaysianinvasion.com

Pic 1

Other than that, 2015 will see the introduction of 2 new categories to further expand the immensity of the invasion. In season 2, a good number of female fighters came to the tryouts and generally female fights will draw huge fan turnouts. It seems apt to introduce a female category for season 3 as the country is in dire need of female MMA fighters. The MMA scene will not be complete without female fighters to continue the legacy of our very own Malaysian MMA Princess Ann Osman, who is also one of Tune Talk’s warrior. Other than that, a foreign pride category will also be introduced for amateur foreigners interested to fight in MIMMA. Details as listed below:

 Female Catchweight Division (Above 48kg to below 56.7kg)

 Foreign Pride Catchweight Division (Above 61.2kg to below 70.3kg)

To top it all off, Tune Talk has also taken another bold step in ensuring a greater exposure for MMA in the region. Known for doing things unconventionally, the company will organize ‘Mixed Martial A’RRRR!: Terror on the High Seas’ which will be the first fighting event held on a cruise ship in international waters. The 4 days 3 nights (Penang – Phuket – Krabi – Penang) mixed martial arts cruise crossover will start from the 31st of May till 3rd of June 2015.

The invasion is not only about fighters; it is also about building and strengthening the MMA community. There is something about high-spirited individuals in the community who see life through a different lens. Their energy electrifies the sport and with the invasion, it will not go to waste. MIMMA 3 will be so electrifying; the regional MMA scene will light up brighter than ever.

 

 

Avenged Sevenfold Ke Malaysia Lagi

IMG_0608

Grup dengan genre hard rock iaitu Avenged Sevenfold telah membuat pengumuman tentang kemunculan mereka di Asia Tenggara dalam jelajah konsert mereka yang bermula pada Januari 2015. Kumpulan yang dianggotai oleh Matt Shadows, Zacky Vengeance, Synyster Gates, Johnny Christ dan Arin Illejay ini yang juga dikenali sebagai A7X pernah muncul sebelum ini pada sekitar tahun 2012 di Korea, Hong Kong, Taipei, Jakarta, Bangkok, Kuala Lumpur dan Singapura.

Kumpulan berasal dari California, Amerika Syarikat akan muncul di Malaysia selepas memberi pengenalan kali pertama pada tahun 2012 dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Kejayaan melakar sejarah peribadi A7X beraksi di hadapan 15 ribu penonton ketika itu menjadi keyakinan mereka untuk kembali menawan Asia. ‘Afterlife’, ‘Bat Country’ dan ‘Nightmare’ adalah antara lagu-lagu yang berjaya memikat pendengar A7X.

IMG_7824

Kali ini bertempat di Sunway Lagoon Surf Pool, A7X akan bertemu para peminatnya pada 23 Januari ini pada pukul 9 malam. Kehadiran mereka kali ini adalah bersempena dengan siri jelajah Hail To The King juga merupakan judul album terbaru A7X.

Jelajah Avenged Sevenfold di Kuala Lumpur dibawakan khas oleh pihak MR Event dengan kerjasama PR Worldwide.  Tiket mula dijual pada 3 November lalu dan boleh di beli di www.ticketpro.com.my atau di seluruh cawangan ticketpro.  Peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM208 dan RM298.

Selain Kuala Lumpur, A7X bakal mengadakan persembahan di Jakarta, Hongkong, Taipei, Bangkok, Singapura dan Honolulu. Sehingga kini Avenged Sevenfold telah melancarkan enam buah album studio termasuk Hail To The King”yang telah dikeluarkan pada tahun 2013.