Tag Archives: tv3

Konflik Cinta Imran Dalam ‘Kasih Berbisik’

Kasih Berbisik (1)

Sambutan ulang tahun TV3 yang ke 30 diteruskan lagi dengan siaran drama eksklusif ‘Kasih Berbisik’. Lebih unik, drama bersiri 13 episod ini merupakan kerjasama antara TV3, Primeworks Studio dan Media Corp. (Singapura) yang menggandingkan pelakon – pelakon dari 3 negara iaitu Malaysia (Remy Ishak, Keith Foo, Tasha Shilla, Normah Damanhuri), Singapura (Nurul Aini, Nick Mikhail) dan Indonesia (Demmy Febriana) buat julung kalinya.

Berlatarkan kehijauan Malaysia, kota metropolitan Singapura, dan Bali yang eksotik, Kasih Berbisik yang diarahkan oleh Jamal Khan akan disiarkan bermula 1 Oktober 2014 menerusi TV3 dan Media Corp. Di TV3, siri drama ini disiarkan pada setiap hari Rabu pukul 9.00 malam manakala di Media Corp. pula disiarkan pada 9.30 malam.

Poster Kasih Berbisik

Kisahnya bermula di Bali, Indonesia apabila Imran (Remy Ishak), seorang arkitek mengikut kawan baiknya, Andi (Nick Mikhail) ke Bali untuk mencari idea baharu serta peluang kerjasama di sana. Andi, seorang juru gambar profesional tertarik dengan keindahan seni pulau itu termasuk wanita dan seni tariannya. Andi obses dengan kelembutan dan gemalai tari Sulastri (Demmy Febriana). Pertama kali melihat Sulastri, Imran juga terkesima dengan keindahan dan kehalusan seni tari yang dipersembahkan.

Ketika itu, Sulastri berhadapan dengan konflik cinta apabila kekasihnya, Dharma (Keith Foo) didakwa atas tuduhan jenayah rasuah dan bakal dipenjarakan. Dharma berasa kesal dan berjanji akan berubah sebaik dibebaskan. Dia juga bersumpah akan kembali mendapatkan cinta Sulastri.

Kasih Berbisik (5)

Imran dan Andi mula rapat dengan Sulastri. Cinta telah hadir antara Imran dan Sulastri. Sebenarnya Imran telah berkahwin dengan Nora (Nurul Aini) di Singapura. Mereka berdua bahagia walaupun tidak dikurniakan anak. Imran tidak mahu mengkhianati Nora tetapi dia tidak dapat melupakan Sulastri. Akhirnya, Imran berkahwin dengan Sulastri di Bali tanpa memberitahu Nora.

5 tahun telah berlalu. Imran menyimpan rapi rahsia daripada Nora dan Sulastri. Kehadiran Eka, puteri mereka semakin mengikat kasih sayang antara Imran dan Sulastri. Malangnya, kematian tragis Sulastri telah mencetuskan huru hara dalam hidup Imran. Imran tertekan dan membawa Eka pulang ke Singapura.

Kasih Berbisik (2)

Nora kecewa dengan penjelasan Imran dan tidak menyangka Imran akan mengkhianatinya. Nora mula menjauhkan diri dan berubah menjadi seorang yang panas baran. Imran pula menjadi murung selepas kematian Sulastri. Lebih merumitkan keadaan lagi apabila Imran terlibat dalam kemalangan dan mengalami trauma. Imran telah dibawa balik ke Perlis oleh ibunya, Mak Jah (Normah Damanhuri) untuk merawat. Nora hanya akur kerana dia juga mahu masa untuk bersendiri.

Di Perlis, sepupu Imran, Tina (Tasha Shilla) yang belajar dalam jurusan perubatan mengambil kesempatan ini untuk membuktikan cintanya kepada Imran. Bekas teman lelaki Sulastri, Dharma yang sudah dibebaskan, berdendam dengan Imran dan akan melakukan apa sahaja untuk memusnahkan hidupnya. Andi pula bertemu dengan Lily yang wajahnya persis Sulastri. Apakah misteri kematian Sulastri bakal terungkai? Apakah kesudahan bagi kemelut rumah tangga Imran dan Nora?

Kasih Berbisik (4)

Saksikan Kasih Berbisik pada setiap hari Rabu pukul 9.00 malam bermula 1 Oktober ini di TV3. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.

Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan drama ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Sinetron Terbaru TV3 ‘Sinar’

Sinar (1)

Sinetron: Sinar (120 episod), Mulai 13 Ogos 2014

Setiap hari Isnin hingga Khamis, 2.00 petang

Pelakon: Ririn Dwi Ariyanti, Chico Jericho, Irwansyah, Arie Dwi Andhika, Celine Evangelista, Fanny Ghassani, Revand Narya.

Sinar terpaksa berhenti sekolah demi pendidikan abangnya, Ferry dan adiknya, Shinta. Sinar mengabadikan hidupnya untuk menanggung keluarganya. Ibunya selalu mengharapkan Sinar akan mendapat jodoh pemuda yang kaya dan boleh membahagiakan anak perempuannya. Harapan Ayu terkabul apabila Sayid, seorang pemuda tampan yang berasal dari keluarga terkemuka dan kaya datang melamar Sinar. Namun kebahagiaan itu tidak lama kerana menerima bantahan daripada keluarga Sayid dan juga campur tangan daripada kakak ipar Sinar, Windy yang dendam dan membenci Sinar.

Muncul pula Galang yang jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sinar. Mereka berdua bercinta dan mahu berkahwin. Galang mula risau kerana keluarganya lebih miskin daripada Sinar. Windy mula merancang untuk menghancurkan hidup Sinar sekali lagi. Akhirnya Sinar dan Galang berkahwin walaupun Ayu tidak menyukai keluarga Galang yang miskin dan juga keluarga Galang yang bersikap materialistik. Hidup Sinar teruji lagi dengan kemunculan Celline, seorang pengusaha kaya yang jatuh cinta kepada Galang. Mampukah rumah tangga Sinar dan Galang bertahan?

‘Dosa Seorang Suami’

Dosa Seorang Suami (2)

Azalea: Dosa Seorang Suami (20 episod)

Setiap hari Isnin hingga Khamis, 4.00 petang

Pelakon: Rusdi Ramli, Amyza Aznan, Keena, Beego, Leez Rosli, Watie, Dazrin 

Mengisahkan tentang Rafiq seorang usahawan yang berjaya dan kaya raya. Dia hanya mampu melihat segala kerenah dan sikap sebenar ahli keluargaya setelah dia tidak lagi dapat bergerak kerana strok. Isterinya yang dikenali sebagai seorang dermawan dan aktif dalam kerja-kerja amal enggan menjaganya manakala anak-anaknya pula menjadikan kesibukan kerja sebagai alasan.

Rafiq menyesal kerana gagal membimbing keluarganya dengan ajaran Islam yang sebenar. Mujur Ustaz Amin muncul dalam hidupnya memberi sinar Islam sebenar untuk dia bertaubat dan memimpin keluarga ke jalan Allah. Muncul pula Shila yang menjaganya dengan penuh kasih sayang dan memperdengarkan ayat-ayat suci tatkala Rafiq sering dihantui dosa silam.

Namun dugaannya terus bertandang apabila Rashid, pemuda yang berjaya menawan hati anak Rafiq cuba menghancurkan syarikat yang dibina teguh itu. Rashid sebenarnya anak bekas rakan kongsi Rafiq yang mahu membalas dendam. Manakala Shila pula sebenarnya anak luar nikah Rafiq dengan Maya yang pernah ditinggalkan dulu. Apakah yang akan terjadi kepada Rashid dan keluarganya?

‘Sana Ay Ikaw Na Nga’ Slot Telenovela Terbaru Di TV3

Poster Sana Ay Ikaw Na Nga

Telenovela: Sana Ay Ikaw Na Nga (It Might Be You), 52 episod

Setiap hari Isnin hingga Khamis, 3.00 petang

Pelakon: Mikael Daez, Andrea Torres, Gabby Eigenmann

‘Sana Ay Ikaw Na Nga’ mengisahkan Carlos Miguel Altamonte seorang yang kaya dan kacak telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang menawan tetapi miskin, Cecilia Fulgencio. Carlos bakal berkahwin dengan Olga Villavicer yang berasal dari keluarga berada dan sama padan dengannya walaupun Carlos tidak mencintainya langsung.

Carlos telah memberontak dan berjuang demi cinta sejatinya. Cecilia mula diterima oleh keluarga Carlos dan kebahagiaan sedang menanti mereka berdua. Olga rasa terhina dengan tindakan Carlos, jadi dia telah merancang sesuatu untuk merosakkan segala-galanya.

Kemalangan yang dirancang oleh Olga telah menyebabkan Olga dan Cecilia cedera parah. Wajah Olga musnah malah Carlos telah salah anggap Olga sebagai Cecilia. Manakala Cecilia yang telah diselamatkan oleh Libay dan Carding pula hilang ingatan. Carlos menemani Olga ke luar negara untuk rawatan pembedahan plastik.

Demi memiliki cinta Carlos, Olga telah membuat keputusan untuk terus menyamar sebagai Cecilia. Selepas ingatan Cecilia pulih, dia perlu berhadapan dengan pelbagai dugaan untuk kembali ke pangkuan Carlos.

Amyra Rosli Bercinta Dengan Shahz Jaszle?

Kristal Maya

Menyusuli Ramadan Jangan Pergi, slot Samarinda akan menayangkan siri drama terbaharunya, ‘KRISTAL MAYA’ pada setiap hari Rabu dan Khamis pukul 10.00 malam mulai 13 Ogos 2014. Drama bersiri 15 episod ini menampilkan gandingan pelakon popular tanah air seperti Amyra Rosli, Shahz Jaszle, Rahim Jailani, Elly Mazlein, Ika Nabella, Dilla Ahmad, Zarina Zainuddin, Shaharuddin Thamby, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Amar Baharin, Hefny Saad dan Shakila Khoriri. 

Maya (Amyra Rosli) lulus dalam sesi temuduga di syarikat penerbitan Kristal yang dijalankan oleh Pengarah Syarikat tersebut sendiri iaitu Dato’ Efendi (Rahim Jailani) dan dibantu oleh Mona (Elly Mazlein), adik ipar Dato’ Efendi selaku Ketua Bahagian Penerbitan ‘Kristal’

Maya telah diterima berkerja sebagai Penolong Pengarah Kreatif. Pada hari pertama berkerja di ‘Kristal’, Maya rasa tertekan kerana Ezam (Shahz Jaszle), Pengarah Kreatif Kristal ialah seorang yang dingin dan sangat tegas.

Poster Kristal Maya

Maya tinggal bersama ibunya Aziah (Dilla Ahmad) dan adik lelakinya, Muadz (Ryzal Jaafar). Aziah ialah suri rumah sepenuh masa setelah kematian suaminya manakala Muadz masih menuntut di salah sebuah kolej swasta dan belajar di kolej yang sama dengan anak bongsu Dato’ Effendi, Shahrizan (Hefny Saad).

Syukri, (Amar Baharin) anak lelaki sulung Dato’ Efendi telah jatuh cinta pandang pertama dengan Maya ketika bersua secara tidak sengaja dengannya di pejabat. Syukri yang terkenal dengan perangai kasanovanya menggunakan kedudukannya selaku Penerbit Eksekutif Kristal untuk menggoda perempuan yang diminatinya.

Kristal Maya (2)

Sementara itu, Dato Efendi cuba membantu Maya menyesuaikan diri dengan persekitaran di ‘Kristal’. Beliau juga memberi amaran kepada Maya tentang anaknya Syukri yang suka mempermainkan hati wanita. Dia tidak mahu Maya menjadi salah seorang koleksi teman wanita Syukri.  Maya tidak memandang serius amaran tersebut kerana dia berpendapat dirinya seorang yang sukar untuk jatuh cinta dan dia hanya mahu membina kerjayanya buat masa ini.

Maya dapat merasakan sesuatu yang luar biasa pada perwatakan Ezam yang pendiam dan diingin. Ezam sebenarnya cuba menjauhkan diri dari Maya kerana dia menyimpan satu rahsia tentang dirinya yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Apabila mereka berdua menjadi semakin rapat, Maya semakin ingin mengetahui kisah sebenar Ezam. Ezam pula mula ragu-ragu dengan perasaannya terhadap Maya di antara profesionalisme dan bibit-bibit cinta di dalam hatinya.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Saksikan KRISTAL MAYA pada setiap hari Rabu dan Khamis pukul 10.00 malam di TV3. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

DA’I Musim Ke-2 Kini Bermula

DEX_2441Seiring perkembangan teknologi yang lebih moden dan mudah, cara untuk menyampaikan dakwah secara berkesan perlulah mempunyai kepelbagaian dan pendekatan yang lebih mendekati jiwa agar dapat menarik minat masyarakat mendalami ajaran Islam terutamanya golongan muda.  Penerimaan memberangsangkan yang diterima daripada para penonton bagi musim pertama penganjuran program realiti keagamaan TV3, Da’i, yang memartabatkan status pendakwah muda diteruskan lagi untuk musim kedua.

Setelah menjelajah ke lima buah universiti tempatan akhirnya lapan finalis telah terpilih untuk berjuang di medan pencarian pendakwah muda berkaliber dalam program realiti, Da’i musim ke-2 bermula 15 Ogos ini.  Da’i musim ke-2 yang bakal bersiaran sebanyak 10 episod akan memperlihatkan kebolehan lapan finalis iaitu Mohd Annas bin Khamis, Nik Ahmad Farhan Bin Nik Muhamad, Ahmad Izzhar Bin Ahmad Nazri, Nurul Dayana Binti Mohd Zahari, Nurul Amirah binti Mohd Azmi, Mohd Elyas Bin Yusoff, Wan Dazrin Bin Wan Din, Ammar Bin Ismail bagi merebut gelaran Pendakwah Milenia dan peluang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50, 000!.

VIP

Rancangan Da’i musim ke-2 ini ditaja oleh Roselle White selaku penaja utama dan dimeriahkan oleh penaja bersama iaitu Harwany. Hadir di majlis pelancaran rancangan realiti agama ini ialah Encik Izham Omar (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media MPB), Encik Azhar Md Yusoff (Pengarah Urusan Roselle White), Encik Teoh Chong Leng (Pengarah Jualan Harwany), Encik Harisyani Bin Haji Mohamad (Pakar Produk), Cik Sherina Nordin (Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9), Puan Dorothy Empam (Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Perkhidmatan Pelanggan), Shukri Ibrahim (Produser Da’i musim ke-2) dan Encik Mezlan Hamat (Pengetua Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan.

Majlis sidang media Da’i juga turut meraikan 30 kakitangan dan pelajar dari Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan.

Episod pengenalan pada 15 Ogos ini akan memaparkan suasana dan gelagat peserta yang hadir ke sesi uji bakat dan juga bootcamp yang diadakan selama 3 hari 2 malam di Port Dickson. Kebolehan setiap peserta untuk menarik minat masyarakat dalam menyampaikan dakwah pula akan dinilai oleh dua juri tetap yang digalas oleh Ustaz Sharhan Shafie dan Ustaz Harryanto Rizal Rokman serta seorang lagi juri jemputan yang mewakili 70% markah keseluruhan manakala 30% lagi ditentukan oleh juri awam.  Peserta akan turut mendapat bimbingan oleh Murabbi terkenal iaitu Ustaz Mohd Izhar dan Ustazah Asni Abu Mansor.  Berlainan bagi musim kedua ini, program ini akan dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan dibantu oleh Tajdid Hadhari dan Azam Al-Kankari iaitu pemenang tempat kedua dan ketiga bagi Da’i musim pertama.

DEX_2421

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9 “Sambutan menggalakkan telah diterima di setiap lokasi ujibakat pencarian Da’i musim ke-2 telah menunjukkan penganjuran program sebegini dilihat menepati sasaran untuk melahirkan golongan pendakwah muda yang memahami konsep dakwah secara moden yang boleh dipelbagaikan, relevan dan lebih mesra. Selain dapat melahirkan pendakwah muda yang mempunyai integriti tinggi dan berkebolehan, program ini dapat membentuk peribadi dan akhlak baik untuk golongan muda”.

Produk Roselle White, di bawah syarikat Al Faiz Industires Sdn Bhd Sementara itu, menurut Encik Azhar Md Yusoff, Pengarah Urusan Roselle White, “Penajaan ini menjadikan Al Faiz Industries Sdn Bhd, diatas nama produk Roselle White sebagai penaja utama bagi program pencarian pendakwah generasi muda ini. Penajaan bagi program berprestij ini merupakan inisiatif Roselle White bagi menggalakkan penganjuran program TV yang mampu memartabatkan program ilmiah serta membuka peluang kepada jenama Roselle White untuk lebih dikenali bukan sahaja sebagai salah satu produk halal yang terdapat di Malaysia malah seiring dengan matlamat untuk menaiktaraf produk berasaskan roselle. Disamping itu, misi Al Faiz ingin membawa penjenamaan syarikat tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi dalam pasaran dalam dan luar negara.

DEX_2318

Antara tugasan yang menanti mereka bagi musim kedua ini adalah mengimarahkan masjid, membimbing adik angkat di sekolah agama berasrama, sehari bersama saudara baru dan banyak lagi yang pastinya menguji keupayaan mereka untuk menjadi pendakwah yang disegani. Saksikan bagaimana lapan finalis pendakwah muda yang terpilih untuk mengharungi cabaran untuk bergelar Pendakwah Milenia setiap hari Jumaat, pada jam 9 malam.

Anda juga boleh menonton Da’i musim ke-2 melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Sila layari www.tv3.com.my/dai serta akaun Twitter rasmi Da’i iaitu @DaiTV3 dan    Facebook/DaiPendakwahMilenia. Anda juga boleh mengetahui informasi lanjut dan terkini mengenai Da’i musim ke-2 di Facebook & Twitter TV3Malaysia.

 

Barisan Telefilem & Filem Hebat Sepanjang Minggu Raya Pertama Di TV3

LogoAnugerahSyawal (2)

Hanya tinggal dua minggu lagi sebelum umat Islam menyambut bulan Syawal. Seperti tahun-tahun lepas, TV3 meneruskan tradisi untuk menyediakan pelbagai program menarik menerusi filem, telefilem, majalah & dokumentari, variasi, muzikal dan program kanak-kanak yang bertemakan ‘Anugerah Syawal’ sepanjang sambutan Hari Raya bermula 27 Julai 2014.

Istimewa buat tatapan penonton setia TV3, drama-drama eksklusif yang merupakan kesinambungan daripada drama bersiri popular akan menghiasi kaca TV sepanjang minggu raya pertama pada waktu perdana bermula 9.00 malam menerusi slot Fiesta Raya. Antaranya, Love You Mr. Arrogant Raya, Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya, Kampung Girl Raya dan Yes, Boss! Raya. Selain itu, TV3 turut menyiarkan telefilem baharu iaitu Spain Uools. Tidak ketinggalan juga filem blockbuster iaitu Balistik lakonan Dato’ Rosyam Nor yang merupakan tersebut merupakan siaran pertama menerusi TV3!

Poster Love You Mr Arrogant Raya

Fiesta Raya: Love You Mr Arrogant Raya

Menjelang Raya, 9.15 malam

Kebahagiaan rumah tangga Zara dan Irham bersama anak sulung mereka, Nazriel Iman yang baru berusia setahun kembali teruji. Konflik mula melanda hidup Zara dan Irham apabila Zara membuat keputusan untuk berkerja di pejabat lamanya. Irham dan Farizah (isteri Hardy) mula menerima gambar-gambar yang menunjukkan kecurangan antara Zara dan Hardy.

Pelakon: Azlee Khairi, Zara Zya, Idris Md Diah, Mustafa Kamal, Fadillah Mansor, Norish Karman, Azizul Azman.

Poster SSID Raya

 

Fiesta Raya: Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya

Hari Raya Pertama, 9.00 malam

Firash (Izzue Islam) dan Syafa (Tiz Zaqyah) telah dikurniakan sepasang anak kembar yang bernama Errand dan Rieya. Bagaimanakah Firash berhadapan dengan situasi baharu ini?

Pelakon: Izzue Islam, Tiz Zaqyah, Azlee Khairi, El Faezah Al Haq, Watie Saldi 

Kampung Girl Raya

Fiesta Raya: Kampung Girl Raya

Hari Raya Kedua, 9.00 malam

Ain sedang sarat mengandung dan mengidam makanan yang pelik-pelik di kampung. Asyraf cuba memenuhi permintaannya dalam mencari nangka dan daging unta walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah untuk mendapatkan makanan tersebut.

Pelakon: Akim Ahmad, Nad Zainal.

 Poster Yes Boss! Raya

Fiesta Raya: Yes Boss! Raya

Hari Raya Ketiga, 9.00 malam

Apakah yang akan berlaku apabila Aryana dan Irham bertukar perwatakan selepas mereka berkahwin? Aryana menjadi ‘bossy’ manakala Irham hanya mengikut kehendak Aryana. Aryana enggan berkerja dengan Irham dan lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa. Irham sering meluahkan masalah kepada pembantu peribadi baharunya, Nisya. Irham mula rapat dengan Nisha yang lemah lembut.

Pelakon: Fahrin Ahmad, Emma Maembong, Nur Risteena.

 

Fiesta Raya: Balistik

Hari Raya Keempat, 10.00 malam

Balistik menceritakan kisah Saga, seorang pembunuh upahan dan ahli kongsi gelap. Dengan keadaan hidup beliau yang berisiko tinggi telah memaksa Saga meninggalkan isterinya Salina dan anak mereka. Selepas enam tahun, semasa menjalankan misi, Saga kebetulan bertemu dengan Salina semula, tetapi dia kini isteri Inspektor Nizam, yang merupakan sahabat baik Saga ketika mereka berada di rumah anak yatim.

Tersepit di antara dua pilihan sama ada kawan baik ataupun tugasnya, Inspektor Nizam telah pun memutuskan untuk menangkap Saga, manakala Saga pula telah diperintahkan oleh ketua kongsi gelap untuk membunuh mana-mana pegawai penguatkuasa undang-undang yang menghalang kegiatan mereka.

Pelakon: Dato’ Rosyam Nor, Adi Putra, Rita Rudaini, Rykarl Iskandar, Jack Lim, Gan Mei Yan.

Spain-Uoolss

Fiesta Raya: Spain Uoolss

Hari Raya Kelima, 9.00 malam

Mak Cun telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 sebagai ibu tunggal terbaik di kampungnya. Dia bercadang untuk memberikan kejutan kepada anak perempuannya yang kini menetap di Sepanyol. Namun, Mak Cun berhadapan dengan masalah di Sepanyol kerana dia telah kehilangan alamat anaknya.

Pelakon: Nora Danish, Shaheizy Sam, Erma Fatima 

Pastikan anda menonton telefilem-telefilem tersebut pada minggu raya pertama di TV3. Layari laman web www.ramadanraya.com.my untuk mengikuti perkembangan terkini #SeindahRamadan dan #AnugerahSyawal.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

‘Temptation of Wife’ Slot Telenovela Terbaru Di TV3

POSTER Temptation of Wife

Terbaharu di slot Telenovela, drama siri Filipina terbitan GMA Worldwide Inc., ‘Temptation of Wife’ bakal menemui penonton TV3 bermula 10 April 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 3.00 petang. Drama bersiri yang diadaptasi daripada siri drama Korea popular ini diarahkan oleh Dominic Zapata menampilkan barisan pelakon popular Filipina seperti Marian Rivera (Angeline Santos-Salcedo/Chantal Gonzales), Dennis Trillo (Marcel Salcedo), Glaiza de Castro (Heidi Fernandez) dan Rafael Rosell (Nigel Armada).

‘Temptation of Wife’ menampilkan Primetime Queen, Marian Rivera sebagai Angeline yang bangkit membalas dendam terhadap suaminya, Marcel, dan kawan baiknya, Heidi, selepas dia disangka mati lemas angkara Heidi yang telah curang bersama Marcel. Lakonan hebat Marian Rivera menerusi drama bersiri ini telah diberikan pengiktirafan sebagai Pelakon Wanita Drama Terbaik (Best Drama Actress) di 27th PMPC Star Awards for TV 2013 pada 24 November 2013. Siri ini turut dinobat sebagai ‘Outstanding Adapted Drama Program’ di 5th Golden Screen TV Awards yang berlangsung pada 21 Mac 2014.

‘Temptation of Wife’ mengisahkan Angeline Santos dan Heidi Fernandez yang berkawan rapat sejak Heidi diletak bawah jagaan ibu bapa Angeline selepas ibu bapa Heidi meninggal dunia. Walaupun mereka sangat rapat seperti adik beradik, namun Heidi sentiasa berasa iri hati dengan Angeline.

Angeline terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang jururawat apabila dia mendapati dirinya mengandung kerana terlanjur dengan Marcel Salcedo. Heidi yang turut menyimpan perasaan terhadap Marcel cuba sedaya upaya untuk menggagalkan perkahwinan Angeline dan Marcel tetapi dia tidak berjaya. Jadi, Heidi telah membawa diri ke luar negara.

Selepas berkahwin dengan Marcel, Angeline dilayan seperti orang gaji oleh ibu mertuanya, Stella. Walaupun dirinya tidak disukai oleh ibu mertuanya, Angeline tetap bersabar dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan anak menantu yang baik. Malangnya, Angeline mengalami keguguran dan sukar untuk hamil semula.

Selepas 5 tahun, Angeline masih tidak mengandung untuk kali kedua. Marcel mula tertekan kerana dia inginkan zuriat. Hubungan mereka berdua mula dilanda masalah. Heidi pulang ke Filipina sebagai seorang wanita berkerjaya yang berjaya. Heidi yang masih berdendam dengan Angeline mula menggoda Marcel untuk menghancurkan hidup Angeline.

Angeline mula mengesyaki Marcel telah bercurang. Namun, Angeline tidak menyangka bahawa perempuan simpanan Marcel ialah Heidi yang dilayannya sebagai seorang adik. Marcel yang mahu memutuskan hubungannya dengan Heidi telah berubah fikirannya apabila Heidi memberitahunya dia telah mengandungkan anaknya. Malah, Marcel yang telah diperdayakan oleh Heidi tidak mempedulikan Angeline yang akhirnya mengandungkan anak kedua mereka.

Dalam satu pergelutan dengan Heidi, Angeline telah jatuh ke dalam laut dan disangka mati lemas. Mujur dia telah diselamatkan oleh Nigel. Demi membalas dendam terhadap Marcel dan Heidi, Angeline sanggup berpakat dengan Yolanda untuk menyamar sebagai anak perempuannya iaitu Chantal Gonzales yang menguruskan sebuah syarikat produk kecantikan.

Daripada seorang suri rumah biasa, Angeline kini dikenali sebagai Chantal Gonzales yang penuh pesona. Sebagai permulaan, Angeline telah menggoda Marcel yang kini berkahwin dengan Heidi. Secara perlahan-lahan, Yolanda dan Angeline mahu mengambil alih syarikat keluarga Salcedo.

Dalam masa yang sama, Nigel mula menyayangi Angeline dan sentiasa melindunginya daripada rancangan jahat Heidi dan Stella. Chantal yang telah hilang itu sebenarnya sangat obses dengan abang angkatnya, Nigel dan mahu berkahwin dengannya.

Saksikan kisah selanjutnya di ‘Temptation of Wife’ yang akan bersiaran selama 56 episod menerusi slot Telenovela TV3 mulai 10 April 2014. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang drama tersebut, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

“Janji Jaslina” Isi Slot Azalea

Janji Jaslina (6)

Terbaharu di slot Azalea, terimalah buah tangan daripada pengarah berbakat besar, Emi Suffian, iaitu “JANJI JASLINA” yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang bermula 31 Mac 2014. Drama bersiri 20 episod terbitan Orangetree Production dan nukilan skrip oleh Azmy Mohd Arif ini menampilkan barisan pelakon handalan tanahair seperti Eira Syazira (Jaslina), Norman Hakim (Johan), Almy Nadia (Rahayu), Nizen Ayob (Dr Arif), Ana Dahlia (Atira), Shaharudin Thamby (Pak Ayob), Fadilah Mansor (Mak Kiah), Mustafa Kamal (Dato Kamal’), Raja Emma (Datin Nora), Erry Putra (Fiq) dan adik Wafiy Irfan Ariffin (Iman).

“JANJI JASLINA” mengisahkan pasangan suami isteri, Jaslina dan Johan yang dianugerahkan 2 orang anak, Nina dan Iman. Jaslina berkahwin dengan Johan pada usia yang muda. Apabila Nina disahkan mengidap penyakit asma pada umur 10 tahun, Jaslina telah berhenti kerja bagi menjaga anaknya tetapi dimarahi oleh Johan. Tanpa diketahui oleh Jaslina, Johan masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya, Rahayu.

Janji Jaslina (1)

Rahayu sering bertandang ke rumah Johan. Jaslina tidak menyimpan prasangka buruk terhadap Rahayu. Tambahan pula, Rahayu pandai berlakon dan berpura-pura rapat dengan Nina. Suatu hari, Rahayu dengan sengaja tidak memberikan inhaler kepada Nina yang diserang asma. Tindakannya telah menyebabkan Nina gagal mendapat rawatan segera dan meninggal dunia.

Kematian Nina telah mengakibatkan Jaslina menghadapi tekanan emosi. Tambahan pula, Johan telah berkahwin dengan Rahayu dan tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan adil. Jaslina dibiarkan terkapai-kapai mencari kehidupan sendiri. Penderitaan Jaslina bertimpa-timpa apabila anaknya Iman disahkan mengidap penyakit leukemia. Wang yang diberikan oleh Johan tidak diserahkan oleh Rahayu kepada Jaslina telah menyebabkan Jaslina hidup dalam kesempitan. Johan tidak sedar akan niat sebenar Rahayu berkahwin dengannya.

Janji Jaslina (10)

Ketika menjalankan tugasnya di Sabah, Johan telah diculik dan Jaslina terus hilang punca sumber kewangan. Jaslina terpaksa keluar dari rumah setelah rumahnya dilelong oleh pihak bank. Jaslina terpaksa menumpang di rumah Pak Ayob dan Mak Kiah. Namun, Pak Ayob mengambil kesempatan atas wang yang didermakan oleh orang ramai untuk kos perubatan Iman. Malah, Pak Ayob juga cuba menggoda Jaslina dan ingin mengahwininya.

Akhirnya, Jaslina meninggalkan rumah Pak Ayob dan bertemu dengan Dr. Arif. Apakah bantuan yang diberikan oleh Dr. Arif ikhlas untuk membantu Jaslina? Kepulangan Johan secara tiba-tiba telah menimbulkan pelbagai persoalan sementara Rahayu juga menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya, Fiq. Apakah yang Johan bakal lakukan selepas rahsia Rahayu terbongkar? Siapakah jodoh sebenar Jaslina?

Janji Jaslina (7)

Jangan ketinggalan untuk menonton JANJI JASLINA yang disiarkan bermula 31 Mac 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 4.00 petang di TV3. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang drama tersebut, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Tonton “Terima Kasih Sayang” Bersama Yang Teristimewa

Terima Kasih Sayang

Saksikan program baru bertajuk “Terima Kasih, Sayang” di TV3 bersama yang tersayang, pada setiap Jumaat petang dan tunjukkan rasa kasih sayang serta penghargaan anda di atas kehadiran mereka dalam kehidupan anda.

Program realiti selama 8 episod ini akan ditayangkan dengan setiap episod akan memaparkan tentang kisah perjalanan hubungan seharian seseorang dan bagaimana kehadiran seorang wanita istimewa memberi impak dan pengaruh kepada kehidupan seharian, sama ada wanita itu adalah isteri, ibu mahu pun kakak.

Rancangan ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada kaum wanita – sama ada mereka adalah seorang isteri, ibu, saudara atau rakan yang banyak memberi sokongan moral ketika kita mengharungi situasi pahit atau manis dalam rutin seharian dan juga detik-detik bermakna dalam pengalaman hidup kita.

Tiga daripada episod “Terima Kasih, Sayang” mengetengahkan selebriti terkenal iaitu Sharifah Aleya dan adiknya, Sharifah Amani; pelakon Hisyam Hamid bersama isteri tersayang serta ibu kepada dua anak mereka; dan Fizo Omar bersama isterinya, seorang usahawan yang dinamik.

Program terbaru ini dibawakan kepada penonton hasil daripada kolaborasi minuman kecantikan terkemuka, InnerShine® bagi meraikan kekuatan dalaman serta keanggunan wanita, selaras dengan slogan kata terbaru produk tersebut, iaitu “Anda yang Teristimewa”.

Terima Kasih Sayang InnerShine Prune Essence plus Camu Camu packshot

“Terima Kasih, Sayang” akan disiarkan pada setiap Jumaat pada jam 6.00 petang di saluran TV3 bermula 28hb Mac 2014. Sekiranya anda tidak bersempatan untuk menonton episod pertama minggu lalu yang dibintangi oleh Hisyam Hamid dan isteri, anda bolehlah menyaksikannya melalui laman YouTube di http://www.youtube.com/user/innershineM.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan “Terima Kasih, Sayang”, dapatkan pek “Terima Kasih Sayang” InnerShine® yang dijual pada harga RM30.50 untuk pek 42ml x 6-botol dan RM57.90 untuk pek 42ml x 12-botol. Untuk lebih nilai, pilihlah pek 2 x 12 botol yang dijual pada hanya RM85.00.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Talian Prihatin Pelanggan BRAND’S di talian 1-300-228-300, atau dengan melayari laman web www.innershine.com.my atau InnerShine Club di Facebook.

Para penonton juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat daripada InnerShine® apabila mengambil bahagian dalam peraduan program Terima Kasih, Sayang. Kumpulkan 8 soalan mingguan yang akan tertera setiap minggu.Anda hanya perlu menjawab kesemua soalan dengan tepat serta berkongsi kisah peribadi  istimewa, anda akan berpeluang untuk memenangi gelang berjenama edisi terhad serta hamper produk daripada InnerShine®.

Slot Akasia TV3 – Jika Itu Takdirku

Jika Itu Takdirku

Drama bersiri yang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 berjaya mencipta fenomena dengan meraih kadar tontonan mencecah 3 juta penonton dan juga hangat diperkatakan di laman sosial sepanjang siaran. Selepas ‘Ariana Rose’ yang melabuhkan tirai pada 13 Februari ini, nantikan drama bersiri terbaru yang berjudul JIKA ITU TAKDIRKU lakonan Intan Ladyana, Shah Iskandar, Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Arash Mohd, Jasmin Hamid, Azwan Kombos bermula 17 Februari 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam.

Drama bersiri 24 episod terbitan MIG Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dengan nukilan skrip oleh panel MIG. JIKA ITU TAKDIRKU mengisahkan tentang Hakimi (Shah Iskandar) yang disahkan menghidap amnesia selepas kemalangan jalan raya pada enam tahun yang lepas. Hakimi sangat rapat dengan Dr. Hamza (Arash Mohd) yang merawatnya. Suatu hari, apabila Dr Hamza menjemput Hakimi makan malam di rumahnya, Hakimi tertarik dengan gambar anak Dr Hamza iaitu Umairah (Intan Ladyana) yang juga seorang doktor.

Walaupun Hakimi tidak mempunyai sebarang ingatan tentang Umairah, namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza dan isterinya, Puan Zainah menerima baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Umairah. Umairah tidak pasti jika Hakimi hanya mahu mempermainkannya atau mempunyai muslihat lain. Kisah silam itu juga telah menyebabkan Umairah menjadi seorang yang pendiam dan pintu hatinya sukar terbuka untuk mempercayai cinta lagi.

Akhirnya, Umairah bersetuju kerana dia masih menyayangi Hakimi dan mereka telah ditakdirkan bersama selepas musibah yang terjadi pada 7 tahun lepas. Umairah sering terganggu dengan kenangan pahit dan menjauhkan diri daripada Hakimi. Hakimi tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Umairah dan memberi ruang kepada Umairah untuk menyesuaikan diri dan mencintainya seperti pasangan suami isterinya.

Hakimi terserempak dengan Azri (Shukri Yahaya), seorang kawan lama yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu. Hakimi bertanya kepada Umairah. Umairah enggan memberikan sebarang jawapan sehingga Hakimi mula menggeledah barang-barang lama Umairah. Umairah bengang dengan tindakan Hakimi dan dia telah bertindak keluar dari rumah apabila Hakimi memaksanya menceritakan hal yang sebenar.

Hakimi merayu supaya Umairah memaafkannya dan memberikan peluang untuk menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah. Hakimi juga meminta bantuan Umairah supaya mengingatkan kisah silam mereka dan memulakan hidup baharu dengannya. Umairah terlalu takut untuk berterus terang kerana bimbang Hakimi akan berubah fikiran selepas mengetahui hal yang sebenar. Selepas melihat kesungguhan Hakimi, akhirnya Umairah mengalah dan bersetuju untuk memulakan hidup baharu bersama-sama Hakimi.

Selepas 2 bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung. Bekas teman wanita Hakimi, Qistina (Nina Iskandar) kembali menagih cinta dan berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai lagi dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai lama yang suka berpoya-poya. Masih ada peluang buat Hakimi dan Umairah?

Segalanya bakal terjawab dalam JIKA ITU TAKDIRKU yang akan disiarkan mulai 17 Februari 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam di TV3. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang drama tersebut, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.