Tag Archives: tv9 malaysia

DAPUR TEMPUR Separuh Akhir Semakin Sengit!

Api pertempuran semakin membara di Dapur Tempur! Program realiti masakan keluarga yang mengandungi 8 episod ini bakal mengakhiri pencarian jaguh memasak mereka tidak lama lagi di pusingan separuh akhir. Mampukah para peserta memberi resepi masakan yang terbaik sekaligus memenangi hati juri?

Setiap episod mingguan menampilkan dua cabaran yang menguji kemahiran memasak para peserta dan akan dinilai dari segi professional oleh juri tetap Cef Adu Amran dan Sheila Rusly serta juri jemputan mingguan. Menurut Puan Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, “Pencarian untuk pasangan pemenang yang berkualiti bermula dengan figura penting yang arif  dalam dunia masakan. Chef Adu dan Sheila Rusly memainkan peranan yang sangat mustahak untuk memberi komen dan hala tuju yang sebenar kepada setiap peserta supaya mereka sentiasa berada di tahap yang tertinggi sepanjang program Dapur Tempur. Setiap nasihat atau teguran apa  yang disampaikan oleh juri adalah peringatan dan ilmu yang penting untuk mengingatkan peserta supaya kekal fokus dan tidak melakukan kesilapan yang berulang. Ini adalah rancangan realiti dan tentunya akan ada saat-saat dramatik dan emosional bagin bukan sahaja peserta, bahkan penonton memberi tumpuan kepada setiap senario yang diketengahkan dalam program ini.  Setiap pasangan yang dipilih  menyertai program realiti ini adalah yang benar-benar mempunyai pengalaman memasak, berpengetahuan dan mahir  menggunakan setiap bahan masakan. Bagi pihak TV9, kami ingin peluang ini digunakan oleh peserta sebaiknya untuk mereka menonjolkan bakat mereka dalam bidang masakan. Ini juga merupakan antara momen terbaik untuk mereka merapatkan lagi silaturahim sesama mereka sebagai ahli keluarga kerana ada di antara mereka merupakan suami isteri, ibu dan anak, biras, pak cik dan anak saudara serta adik beradik.”

Para peserta perlu menunjukkan komitmen yang tinggi kerana setiap pasangan peserta yang dipilih sememangnya terdiri daripada mereka yang sering memasak untuk hidangan seisi keluarga. Kesemua empat pasangan yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir ini perlu berhadapan dengan cabaran yang lebih hebat. Bukan senang untuk membuat pemilihan kerana masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Mereka perlu bersedia dari segi mental dan fizikal ketika berhadapan dengan pesaing lain terutamanya teguran daripada juri tetap dan juri jemputan pada minggu itu.

Berikut adalah cabaran-cabaran yang telah dilalui oleh peserta dari minggu pertama sehingga minggu keenam:

EPISOD CABARAN 1 CABARAN 2
1 Hidangan #SantaiPetangNONA Resipi Turun Temurun (Ikan @ Ayam)
2 Pemanis Mulut Berasaskan Kelapa Resipi Turun Temurun (Sotong @ Udang)
3 Masakan Negeri Berasaskan Daging Menu Berasaskan Ubi
4 Menu Berasaskan Telur Hidangan #PedasBerapiNONA
5 Menu Berasaskan Doh Menu Berasaskan Itik
6 Variasi Mi (Vegetarian) Menu Ala Barat (Ayam & Daging)

 

Setelah menutup tirai minggu keenam pada hari Khamis yang lalu, medan pertempuran di Dapur Tempur menampilkan barisan peserta hebat yang layak ke pusingan separuh akhir yang terdiri daripada pasangan pak cik & anak saudara Pendekar Malaya (Mohd Haizal Ismail, 47 & Irfan Hariz S Miswandi, 20), pasangan suami isteri Masam Manis (Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli, 38 & Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, 31), pasangan kakak & adik Seketul Rasa (Idziatul Shima Samarudin, 42 & Muhammad Hanis Samarudin, 32), serta pasangan ibu & anak Sudap Sudip (Halifah Jaafar, 59 & Muhammad Arif Haron, 37).

Pemenang program Dapur Tempur yang dibawakan oleh Panasonic dan NONA akan membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara pula berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic. Tempat ketiga membawa pulang mesin pembuat roti Panasonic manakala tempat keempat membawa pulang pemerah jus perlahan Panasonic. Bagi pemenang mingguan pula, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA dan pemenang cabaran NONA membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.

Adakah cabaran yang disediakan pada minggu separuh akhir lebih hangat dan lebih mencabar? Dapatkah para jaguh memasak membuktikan kemahiran mereka dihadapan barisan juri yang juga merupakan para jaguh di dapur? Jangan terlepas untuk menonton Dapur Tempur Separuh Akhir yang akan bersua pada hari Khamis, 15 Disember, jam 8.30 malam di TV9 dan strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my serta YouTube TV9 Malaysia. Gunakan #dapurtempur dan filter berkonsepkan game Dapur Tempur di Instagram untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9.

TV9 Raih Lebih 2.5 Juta Penonton Siaran Langsung Kelayakan PIALA ASIA 2023

Skuad Harimau Malaya bangkit menunjukkan taringnya ketika berdepan Bangladesh dengan keputusan 4-1, hasil jaringan Safawi Rasid, Dion Cools, Syafiq Ahmad dan Darren Lok, sekaligus membawa Malaysia ke pentas Piala Asia 2023 secara merit selepas 42 tahun. Kejayaan pasukan Malaysia ini turut diraikan di saluran TV9 dengan meraih lebih 2.5 juta penonton menyaksikan perlawanan mendebarkan ini. Sementara itu, lebih daripada 335,000 penonton telah menyaksikan secara strim langsung dalam definisi tinggi HD menerusi platform digital tonton. (sumber Nielsen TV Audience Measurement).

Tahniah kepada seluruh skuad Malaysia, dari barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Kim Pan-Gon, para pemain, dari penjaga gawang hingga penyerang, penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil,rakyat Malaysia yang mengikuti setiap Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023. Liputan perlawanan antara Malaysia lawan Bangladesh di TV9 malam tadi menampilkan Asrul Nizam Kadir selaku pengacara, Hanif Miswan selaku pengulas serta tetamu jemputan, Syed Adney Syed Hussein Nizam Kadir yang juga merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia.

Nantikan perlawanan bola sepak terkini dalam dan luar negara dari masa ke semasa di TV9. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial.

‘Nasuha’ Cinta Si Gadis Buta

Nasuha 3

Drama Satu Hari lakonan Remy Ishak dan Sara Ali telah pun berakhir pada 28 Januari lalu. Cinta Sabrina dan Isfahan akhirnya bersatu. Sarajevo menjadi saksi cinta mereka dan kini slot Ratu bakal dihiasi dengan drama menyayat hati Nasuha bermula 10 Februari ini. Drama Nasuha ini diarahkan oleh Suhaimi Lua dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn. Bhd.

Nasuha 4Drama Nasuha mengisahkan mengenai gadis manis, Nasuha lakonan Tasha Shilla dibesarkan dalam sebuah keluarga yang daif. Dia dibesarkan oleh kedua ibu-bapa, Salima (Amyza Aznan) dan Nasrun (Azhan Rani). Nasrun merupakan seorang nelayan tetapi membuat keputusan untuk bekerja di darat dengan menjual sayur-sayuran di pasar kerana tidak mahu berjauhan dengan isteri dan anaknya. Nasuha bersahabat baik dengan Zahid lakonan Shah Iskandar. Mereka sangat rapat dan Zahid juga sering membela Nasuha jika dia diejek oleh kanak-kanak yang lain. Zahid juga sanggup mencuri untuk menggembirakan hati Nasuha. Malangnya perbuatan Zahid telah diketahui oleh ayahnya Imran (Roy Azman) lalu bertindak memukul Zahid dan kerana itu juga Nasuha telah dilanggar ketika ingin memulangkan pensel warna yang dicuri Zahid. Nasuha mengalami kecederaan serius di bahagian mata dan membuatkannya tidak lagi dapat melihat.

TV9_NASUHA_POSTER_2Pada mulanya, Nasuha yang masih kecil tidak dapat menerima keadaanya yang buta. Nasrun seringkali mengingatkan Nasuha, bahawa ini adalah ujian dan takdir yang harus dia terima. Malang sekali lagi menimpa, apabila Nasrun telah hilang dilaut dan mayatnya tidak dijumpai. Persahabatan Zahid dan Nasuha masih kekal erat. Semakin dewasa, Zahid mula mencintai Nasuha. Namun, takdir sekali lagi menduga Nasuha, apabila Zahid pula hilang di laut ketika mahu menyelamatkan Nasuha yang tergelincir daripada bot dinaiki mereka. Nasuha bersedih dengan kehilangan Zahid kerana dalam diam dia juga rupanya mencintai Zahid.

nasuha 2Setahun kemudian, muncul pula Irfan (Fattah Amin), anak orang kaya di kawasan perkampungan Nasuha. Irfan tertarik melihat Nasuha tanpa dia ketahui Nasuha sebenarnya buta. Setelah mengetahui kekurangan Nasuha itu, Irfan merasa simpati dan mula jatuh cinta pada Nasuha dan telah menimbulkan kemarahan Marina (Miera Liyana), tunang kepada Irfan. Marina yang sememangnya mahu memiliki Irfan membuat rencana untuk membunuh Nasuha dengan bantuan Zack tanpa diketahui Zack sebenarnya adalah Zahid. Adakah Zack atau Zahid akan membunuh seorang yang paling disayangi dalam hidupnya? Ikuti perjalanan penuh cabaran Nasuha menerusi slot Ratu, pada setiap hari Selasa dan Rabu, jam 8.30 malam di TV9. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial TV9 iaitu facebook/TV9DiHatiku, twitter dan instagram tv9Malaysia.