Tag Archives: Universal Music Malaysia

‘Going Crazy Wild’ Bersama Kat

Kat Roshan mungkin nama yang agak baharu buat beberapa orang, tapi bagi mereka yang pernah mendengar karyanya di radio dan wadah digital lain, mungkin sudah tahu bahawa Kat merupakan seorang bintang vokal Malaysia yang bakal menyinar. Dilahirkan dengan nama Katrina Cheng Binti Roshan, penyanyi dan pencipta lagu muda ini merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur, berdarah kacukan Melayu-Cina dengan ayah yang berbangsa Melayu dan ibu yang berketurunan Cina.

Meminati muzik sejak kecil, bakatnya dikesan oleh guru biolanya yang mendapati Kat mempunyai pic suara yang sempurna. Memulakan pengajian piano seawal usia lima tahun di bawah didikan teman ibunya, Serena Yee, Kat kemudian mempelajari seni gitar berkat didikan guru matematiknya Stephen Kimber serta pengurusnya dalam pembangunan bakat serta kerjaya awalnya.

Seawal usia 15 tahun Kat telah diperkenalkan kepada tokoh muzik Ong Peng Chu, yang kemudian membimbingnya sejak 2018. Sejajar dengan kemajuan muziknya, bintang ini baru sahaja melancarkan karya terbaharunya yang berjudul ‘Going Crazy Wild’. Dicipta dan diterbitkan oleh penerbit tersohor dari Korea Selatan Jeong Wook ‘James’ Park, bersama Jun Il Kim serta Chan Hee Jung, lagu berentak tarian itu turut menampilkan pembabitan Kat sendiri sebagai penulis lirik bersama dengan bintang hiphop Korea Su Jin, yang memberikan persembahan rap luar biasa! Kim Su Jin merupakan artis di bawah naungan label MOT milik Park Jeong Wook dan terkenal dalam dunia hip hop Korea.

“Semasa bertemu Kat pada pertama kali, orangnya memang kelihatan jelas seperti seorang pencinta muzik. Namun, selepas sesi rakaman, saya mendapati dia mempunyai pic sempurna dan sangta serius tentang muzik. Saya dapat rasai cinta sejatinya terhadap seni ini. Selepas mendengar rakaman akhir dengan selingan alat muzik yang sempurna berserta alunan suara merdu Kat, saya dapati dia mempunyai potensi yang besar sebagai seorang artis.

Dari awal projek album ini sehingga sekarang, tanpa mengira genre muzik, kami sudah berkongsi banyak kisah tentang muzik dari seluruh dunia. Malah, ia membuat minat saya untuk berkembang di peringkat global dengan lebih meluas.

Saya harap dapat menggabungkan saripati K-pop dengan suara Kat dan terus bekerjasama dengannya yang bukan sahaja dikenali di Malaysia tapi juga di persada dunia,” jelas Su Jin. Park Jeong Wook turut mengakui kebolehan artisnya Su Jin untuk projek ini.

“Su Jin seorang artis yang unik. Sebagai seorang penyanyi rap dan vokalis asli yang menggabungkan muzik tradisional ‘Trot’ Korea dengan Rap, dia boleh dianggap sebagai seorang ‘Troper’ (gabungan trot dan rap) yang unik. Kemampuannya menggabungkan kedua-dua unsur gaya muzik itu dalam seninya pasti membuat persembahannya lebih menarik dan menakjubkan,” ujar Kat.

Going Crazy Wild kini boleh didiapati di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan Youtube Music, sementara video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

RAYA CUN Bersama ELIZABETH TAN

Nama penyanyi Elizabeth Tan tidak perlu diperkenalkan lagi dalam persada muzik tanah air. Keberuntungan Elizabeth atau mesra disapa Lizzy ini apabila kebanyakan lagu yang dihasilkan berjaya diterima baik.

Malah, keunikan vokal dimiliki itu turut membuatkan Lizzy menjadi antara penyanyi wanita yang memiliki pengikut dan peminat tersendiri hingga lagu yang dilancarkan menjadi siulan anak muda.

Terbaharu, bersempena sambutan Syawal tahun ini, Lizzy menghadiahkan peminatnya dengan lagu raya berjudul Raya Cun hasil ciptaan sepenuhnya oleh Diandra Arjunaidi, Mage dan Efry Arwis.

Menariknya, lagu Raya Cun ini adalah lagu raya pertama Lizzy sepanjang lebih lapan tahun menjadi penyanyi.

Lizzy berkata, lagu Raya Cun hasil kerjasama Universal Music Malaysia dengan Lion Music Group itu sangat mesra pendengar selain ia cukup dekat dengan kehidupan semua yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Lagu Raya Cun ni ringkas saja. Ia mengenai kecoh suasana kemeriahan di pagi raya. ‘Vibe’ lagu ni memang gembira dan kita ada memasukkan elemen penting hari raya yang mana saya berasa semua orang sudah tahu seperti baju raya, duit raya dan banyak lagi,” katanya.

Menurut Lizzy, tiada sebab untuk dia menolak untuk merakamkan lagu ini kerana menyifatkan ia lagu raya yang cukup menarik dan sesuai dengan karakter vokal dimiliki.

Meski berdepan cabaran dari segi masa, Lizzy berkata dia berusaha untuk memberikan yang terbaik sepanjang proses rakaman.

“Cabaran untuk lagu ini adalah masa. Sebenarnya agak ‘rushing’ sebab saya baharu saja menandatangani kontrak dengan Universal Music Malaysia dan Lion Music Group bulan lalu. Jadi, saya ada lebih kurang sebulan saja untuk rakamkan lagu ini dan buat video muzik sekali.

“Ketika proses rakaman pula, ia sangat ‘straightforward’. Kali kedua saya mendengar demo lagu ini, saya terus jatuh cinta dan cakap pada diri kena terima dan nyanyi. Selepas itu, terus tetapkan tarikh untuk masuk studio. Pada hari rakaman, semuanya berjalan lancar,” katanya.

Bercerita mengenai video muzik (MV) lagu Raya Cun itu, Lizzy akui ia sesuatu yang menyeronokkan ditambah pula dengan konsep MV itu yang ‘happening’.

“Konsep MV lagu Raya Cun ini mengenai suasana pada pagi raya. Semua orang teruja dan suasana pun sangat meriah. Pendek kata, semua orang bergembira meraikan hari raya bersama keluarga dan orang tercinta,” katanya.

Dalam masa sama, Lizzy memuji keseluruhan pasukan yang menghasilkan lagu dan pembikinan MV Raya Cun.

“Ini pertama kali saya bekerjasama dengan pasukan produksi ini. Saya agak kagum kerana semuanya berjaya menyiapkan tugasan ini mengikut masa ditetapkan. Saya senang nak bekerja dengan mereka dan yang paling penting mereka juga terbuka untuk terima idea serta cadangan daripada saya,” katanya.

Apa yang pasti, Lizzy berharap lagu Raya Cun itu diterima baik memandangkan ia adalah lagu raya pertama dihasilkan.

Lagu ni sangat istimewa buat saya sebab sebenarnya lapan tahun lepas saya ‘tular’ selepas menyanyikan dan merakamkan semula lagu raya. Disebabkan itu, komposer dan penyanyi Faizal Tahir terus menawarkan saya untuk merakamkan lagu Knock Knock.

“Kiranya, perjalanan kerjaya nyanyian saya bermula dengan saya ‘cover’ lagu raya. Sekarang akhirnya saya  ada lagu raya sendiri. Jadi, harapan saya untuk lagu adalah semua orang akan rasa gembira apabila mendengar lagu ni. Kalau suka, jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan dan keluarga,” katanya.

Raya Cun sudah dilancarkan secara rasmi sejak 7 April lalu di kesemua platform digital seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala video muzik sudah boleh ditonton di saluran Youtube Universal Music Malaysia.

UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA Dan HOTEL ROYAL KUALA LUMPUR Meraikan Ramadan Bersama Pelajar Tahfiz Darus Syabab

Bulan Ramadan kembali lagi dan beberapa tahun selepas pandemik COVID-19 berlalu, ini merupakan peluang terbaik untuk mengeratkan semula silaturrahim di samping menambahkan amalan yang mulia.

Sejajar dengan niat baik di bulan penuh keberkatan ini, pihak Universal Music Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam berkongsi sedikit rezeki sesama masyarakat.

Untuk itu, pihak Universal Music Malaysia tahun ini berbesar hati dapat mengadakan majlis berbuka puasa bersama para pelajar maahad tahfiz dari Pusat Tahfiz DARUS SYABAB di Hotel Royal Kuala Lumpur.

Majlis ini semestinya telah diserikan dengan kehadiran para artis naungan Universal Music Malaysia yang turut membuat persembahan.

Antaranya adalah kumpulan Insomnicaks, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin, Syafiq Abdilah, Nadia Rosli, Meer Nash, Da Unknown, Rief Daniel, serta kumpulan DOLLA.

Malam itu turut mencipta sejarah buat kumpulan Insomniacks yang pertama kalinya melancarkan lagu terbaharu mereka berjudul ‘Lagu Raya’ sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

Begitu juga dengan Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang pernah mencipta fenomena lewat lagu ‘Casablanca’ tidak ketinggalan melancarkan karya duet terbaharu mereka yang berjudul ‘Iktikaf’.

Tidak lupa juga dengan kemunculan single raya terbaru dari Elizabeth Tan dan juga Diana Danielle yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi khas buat para peminat dan bagi semua yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Di samping dihibur para artis dengan persembahan nyanyian sambil menikmati aneka juadah berbuka puasa yang lazat, para pelajar Maahad Tahfiz Darus Syabab turut menerima sumbangan duit raya daripada pihak pengurusan dan artis Universal Music Malaysia.

Turut memeriahkan malam tersebut adalah pihak pengurusan atasan Universal Music Malaysia yang terdiri daripada Cik Kim Lim, Pengarah Urusan, Universal Music Malaysia, Encik Hermond Cheng, Pengarah A&R, Pemasaran & Promosi, Universal Music Malaysia serta Ketua Def Jam Recordings Malaysia, Encik Ivan Koh Pengarah Kanan, Strategi Digital & Komersial, Universal Music Malaysia, Cik Patrina Wong, Pengarah Kewangan dan Operasi, Malaysia & Singapura serta Encik Brandon Chan ketua Perniagaan Baru.

Semoga acara seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara karyawan seni muzik dan masyarakat umum.

“Kehilangan”: Sudah Tiba Masanya Kesedaran Kesihatan Mental Menerusi Muzik Diketengahkan

Jerry Zakaria atau nama sebenar Mohd Zamhari bin Zakaria hari ini, melancarkan single terbaharunya yang bertajuk “Kehilangan”. Lagu yang dicipta oleh kompeser ternama negara, Azlan Abu Hasan dan lirik ditulis oleh Ucu (Luncai Emas Sdn. Bhd.) menceritakan tentang keperitan seseorang yang menghidap penyakit mental yang dipendam sendiri. Lagu ini turut meluahkan perasaan seseorang yang menghidap penyakit mental dalam caranya tersendiri.

Jerry Zakaria merupakan salah seorang peserta Semi Finalis rancangan reality televisyen Suara Viral Musim Pertama yang diterbitkan pada Jun 2020 menerusi saluran Astro Prima. Beliau sebelum ini pernah mempunyai pelbagai lagu menerusi kumpulan duo “Arjuna” berkata dalam satu sidang media pelancaran lagunya disini “Ini merupakan titik tolak pertamanya dalam mengetengahkan bakatnya sebagai seorang penyanyi solo dalam industri muzik tanah air.

“Ini merupakan single kedua saya selepas saya cuba menembusi industri hiburan tanah air buat pertama kali selepas lagu pertama yang pernah saya lancarkan dahulu iaitu “Jurang” ciptaan Komposer Omar K dan lirik gubahan Ikhwan Fatanna. Saya nekad untuk mencuba sesuatu yang baharu dan lebih mencabar dalam industry ini” ujarnya.

Jerry Zakaria turut mengakui lagu ini sangat menyentuh hatinya dan menjelaskan isi hatinya tentang apa yang dipendamnya. Beliau berkata “rata-rata rakyat Malaysia tidak mengambil serius akan kesedaran kesihatan mental yang berlegar dalam kalangan masyarakat, justeru, lagu ini diharap dapat membuka mata rakyat Malaysia, akan pentingnya kesihatan mental.”

Penyanyi yang berasal dari Terengganu ini turut mengakui bahawa mempunyai masalah Anxiety yang agak teruk bahkan secara jujurnya, beliau turut telah mengakui beliau telah melepasi fasa perubatan dan kini boleh berdiri dengan lebih berani untuk berhadapan masyarakat yang skeptikal akan penyakit ini.

“Saya memang dah lama mahu melancarkan lagu yang menyampaikan mesej sebegini. Jadi, saya percaya, lagu ini boleh mengetengahkan nama saya sebagai penyanyi dalam industry hiburan tanah air dan mampu mengangkat seni ini kerpersada antarabangsa. Saya harap ia akan diterima ramai dan menjadi sebuah lagu yang akan didengari ketika mana pendengar mungkin memerlukan sebuah lagu untuk melepaskan emosi mereka dan menangis. Selepas mendengar lagu ini, kita semua akan merasa lebih baik dan lega saja. Itulah yang saya harapkan daripada lagu ini,” mengakhiri kata.

Didalam Majlis Pelancaran dan Sesi Sidang Media ini juga beliau telah mendedangkan lagu baharu beliau secara “Live Acoustic” yang turut dibantu oleh Aantu Band yang merupakan Juara Suara Viral Musim Ke-2.

Pelancaran dan Sidang Media Single “Kehilangan” oleh penyanyi Jerry Zakaria ini diuruskan oleh Universal Music Malaysia bersama Puan Aina Itam dari Clever Brain Solutions dan ditaja bersama We1 Beverage, Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn Bhd, Real Raudha, serta FD Beauty & Health Sdn. Bhd. Pelancaran single ini telah diadakan di Indus Café, Putrajaya.

Single “Kehilangan” terbitan ‘Universal Music Malaysia’ kini boleh distrim di semua pelantar muzik digital ‘Universal Music Malaysia’. Video music rasmi “Kehilangan” juga boleh mula ditonton di saluran YouTube ‘Universal Music Malaysia’ pada 13hb Januari 2023 jam 6.30 petang.

Untuk lebih mengenali penyanyi baharu ini, anda boleh mengikuti media sosialnya menerusi akaun:

Facebook: Jerry Adi

Instagram: jayrie.zakaria_official

Tiktok: jayrie.zakaria_official

Cerita Sedih Keisya Levronka di Single Terbaru “Tak Ingin Usai”

Setelah hampir dua tahun tidak mengeluarkan karya, kali ini penyanyi muda dan berbakat Keisya Levronka kembali mengeluarkan single terbaru yang diberi judul “Tak Ingin Usai”. Lagu ini kembali dirilis di bawah Universal Music Indonesia.

FYI, lagu “Tak Ingin Usai” menjadi single keempat Keisya Levronka setelah ia mengeluarkan “Jadi Kekasihku Saja” (Julai, 2020), “Tergesa” (September, 2020), “Lagu Untuk Hari Ini” (November, 2020). Boleh dikatakan Keisya merupakan salah satu penyanyi muda yang produktif dalam menghasilkan karya.

Kembali dengan single “Tak Ingin Usai”, lagu ini menurut Keisya bercerita tentang hubungan percintaan yang memang tidak boleh dipaksa, sehingga harus berpisah, walaupun hal itu berat untuk dilakukan.

“Kalau dari pandangan saya, “Tak Ingin Usai” ini menceritakan tentang hubungan yang diselesaikan satu pihak kerana hal yang tidak boleh dipaksa, sehingga pihak lainnya gagal untuk meneruskan kehidupan, hancur, menangis, tapi berusaha menerima dan ikhlas. Namun begitu, tetap berharap suatu hari nanti bakal dipertemukan lagi,” ujar Keisya menceritakan tentang makna dari single “Tak Ingin Usai”.

Hal yang istimewa tentang single ini, Keisya berganding dengan seorang penyanyi sekaligus pencipta lagu berbakat yang sedang meningkat naik, Mario G Klau, dan juga Tohpati sebagai penerbitnya. Hasilnya, lagu yang bertemakan percintaan ini sangat menarik, dengan tema pop ballad yang sendu, namun sangat punching dengan isi pesan di liriknya.

Sementara, untuk proses produksinya juga tidak memakan waktu lama. Semuanya baik dari pemilihan lagu hingga proses rakamana lagu berjalan dengan cukup cepat. “Dari perjumpaan untuk pemilihan lagunya sampai sesi rakaman sebenarnya tidak lama. Walaupun rakaman pernah tertunda dua bulan, kerana saya sakit, tapi setelah itu kami teruskan dengan cepat, dan selesai,” kata Keisya.

Hal menarik lainnya, semenjak perjumpaan sesi pemilihan lagu hingga lagu ini dikeluarkan, Keisya sama sekali belum sempat bertemu dengan sang pencipta lagu, Mario G Klau. “Selepas saya dengar lagu ini, saya terus jatuh cinta, dan ternyata Mario yang ciptakan. Sejujurnya, kami belum pernah berjumpa sampai sekarang, saya ingin bertemu dengannya, saya pengemar dengan lagu lagunya,” tambah Keisya.

Sedangkan dari segi suara, susunan pada lagu ini seperti yang sudah dikatakan sebelumnya mengambil warna musik pop ballad. Genre lagunya ialah sendu, sangat indah untuk didengari, dengan alunan alat alat musik seperti gitar akustik yang dominan di setiap bahagian.

Kalau untuk kualiti vokal Keisya sudah tidak perlu dipertanyakan lagi. Karakter suara dan olah vokal yang unik dan kuat dari Keisya menjadi senjata utama di dalam lagunya. Sempurna!

Dikeluarkan juga dalam bentuk musik video

Tidak hanya dalam bentuk audio, single ini juga akan diriliskan dalam bentuk musik video yang juga dikeluarkan dalam waktu yang sama. Untuk audio, semua pendengar boleh mendengarkannya di semua platform musik digital. Sedangkan musik video tayang di akaun YouTube/Vevo Keisya Levronka.

Untuk konsep musik videonya Keisya mengatakan bahwa sangat estetik dan mencabar serta mampu mengambarkan keseluruhan cerita di lagunya.

“Konsep videonya bagus dan sangat estetik. Tidak tahu bagaimana, saya merasakan konsepnya berkait rapat dengan diri saya. Jadi seharian dari pagi sampai petang kita shooting di pantai kota Banten, Pengalaman yang sangat seronok. cabarannya kerana ada yang naik tebing tinggi sangat, berendam di pantai sambil lip sync, apa apa pun sangat seronok dan mesti tengok,” tegas Keisya.

Melalui lagu ini, Keisya tidak lupa untuk berharap kalau single “Tak Ingin Usai” mewakili perasan apa yang ingin para pendengarnya sampaikan. Selain itu, semoga dapat memperluas dan memperlebar jalannya untuk berkarier di industri musik Tanah Air.

“Harapan saya, semoga apa yang saya sayangi boleh anda semua sayangi juga nantinya, boleh menjadi peneman untuk anda nangis. It’s okay not to be okay guys, jangan memaksa diri sendiri untuk tahan nangis, tahan diri untuk menjadi kuat di depan orang, anda semua tidak akan boleh melawan perasaan diri sendiri. Jadi, kalau sedih mesti dirasakan, sambil ditemankan “Tak Ingin Usai” ini,” harapnya.

Profil ringkas Keisya Levronka

Perempuan berparas cantik ini merupakan peserta dari rancangan pencarian bakat Indonesian Idol 2019. Lahir di Malang pada 2 Februari 2003. Bermaksud, Keisya masih berusia 16 tahun Ketika mengikuti program realiti tersebut.

Bakat dan kesukaan menyanyi Keisya memang telah terlihat sejak kecil. Namun, walaupun memiliki bakat menyanyi, ia tidak pernah mengikuti kursus atau bernyanyi secara khusus. Ia belajar menyanyi secara belajar sendirian.

Bahkan, sifatnya yang pemalu dan tidak terlalu percaya dengan bakat yang ia miliki membuatnya tidak berani untuk mendaftar di program reality untuk menyanyi. Ibunya lah yang memiliki inisiatif untuk mendaftarkan Keisya di sesi uji bakat Indonesian Idol secara online.

Walaupun sempat kesal dengan ibunya, namun akhirnya Keisya Levronka berhasil mengambil hati kelima juri dengan memberikan Golden Tiket padanya dengan membawakan lagu yang berjudul “Celengan Rindu” dari Fiersa Besari.

Sejak saat itu nama Keisya yang punya cita-cita sebagai duta besar itu mulai dikenal banyak orang. Sayangnya perjalanan Keisya di Indonesian Idol 2019 harus berhenti di pada episod 12. Namun begitu, kariernya tidak hilangg begitu saja, justru Keisya semakin hebat untuk meneruskan bakatnya di dunia hiburan Tanah Air.

Hal itu boleh dilihat dari kewujudan Keisya dalam menyediakan isi isi konten yang unik dan menarik di YouTube-nya: Keisya Levronka Channel. Bermula dari vlog, prank hingga gaming ada di YouTube miliknya. Keisya sentiasa dan makin mengasah bakatnya, tidak hanya sebagai penyanyi tapi juga sebagai seorang penghibur dalam industri hiburan.

Instagram: https://www.instagram.com/keisyalevro

Youtube: https://lnk.to/KeisyaLevronka/youtube

Twitter: https://twitter.com/keisyalevronkaa

Facebook: https://www.facebook.com/KeisyaIdol10

Razzuan Rosli Lancar Single ‘Akur’

Dalam industri hiburan tanah air, Razzuan Rosli bukanlah orang baharu. Langkahnya bermula sebagai pelakon dan pernah menyertai program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2019.

Di pentas lakonan juga dia berjaya membuktikan bakat dimiliki selain berjaya mengumpul peminat tersendiri.

Namun, cabaran baharu buat Razzuan Rosli apabila dia berjinak-jinak pula dalam bidang nyanyian. Maka, lahirlah single berjudul AKUR terbitan Universal Music Malaysia yang mana hasil ciptaan Shah, Tam Cobain, Sin Syim dan lirik oleh Sulu Sarawak.

Menurut Razzuan, lagu AKUR sudah siap dirakamkan pada 2020. Pun begitu pelancarannya ditunda tiga kali ekoran situasi semasa dalam negara membabitkan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebenarnya lagu ini sudah siap dirakam pada 2020. Jadi perancangannya enam bulan selepas rakam, nak dilancarkan. Tapi tiba-tiba PKP 2.0, jadi tunda dulu. Kiranya, sampai tiga kali juga ditunda untuk dilancarkan.

“Pada masa itu saya fikir mungkin ada sebab dan hikmah semua ini berlaku. Mungkin kalau lancar pada masa itu, saya sendiri tak yakin boleh menyanyi secara langsung pada masa itu sebab saya bukannya penyanyi yang bagus sangat, jadi perlukan banyak latihan.

“Jadi sepanjang dua tahun ini saya teruskan berlatih dan sekarang ini sudah ada keyakinan untuk menyanyikan lagu ini secara langsung,” katanya.

Dalam masa sama, Razzuan berkata merakamkan single sulung itu adalah pengalaman yang cukup berharga dalam hidupnya.

“Menjalani proses rakaman antara salah satu pengalaman yang menarik dalam hidup saya. Sebab tak pernah tengok orang buat rakaman lagu, malah jauh sekali nak lalui situasi merakamkan lagu sendiri. Jadi, masa nak rakam lagu ini ia pertama kali masuk studio.

Saya macam jakun sikit, dan baru tahu macam ni keadaan dalam studio.

“Selalu menyanyi di karaoke kita dengar suara kita. Tapi dalam studio bila nyanyi, dengar dalam telinga saja. Kalau salah sebut, atau salah ‘key’, dengar dengan jelas kesalahan itu. Pelik lah juga sebab tak biasa.

“Proses rakaman mengambil masa satu hari. Susahlah juga untuk saya, sebab saya bukan penyanyi. Malah menyanyi pun untuk suka-suka. Pendek kata, ‘a bit struggle’ untuk saya siapkan lagu ini, tapi saya seronok dengan perjalanan ini,” katanya.

Begitu juga ketika proses rakaman video muzik (MV) lagu AKUR, menurut Razzuan ia berbeza dengan penggambaran drama yang selalu dia buat.

“Proses rakaman MV, berbeza kalau kita terbabit dengan penggambaran drama atau projek berkaitan lakonan. Untuk MV ini saya kena ‘miming’ pula dan bagi ekspresi. Pengalaman paling tak boleh lupa adalah ‘shoot’ dari pagi sampai jam 6 pagi keesokan harinya, memang satu hari.

“Sampai semua orang penat, tapi tetap bagi komitmen tinggi, terima kasih pada semua pasukan produksi,” katanya.

Pun begitu, setiap cabaran dilalui Razzuan sepanjang menyiapkan lagu AKUR ini memberikannya ilmu baharu terutama dalam bidang muzik kerana.

“Pengalaman bekerja dengan indivdu terbabit dalam penghasilan lagu Aku ini, ia pun satu pengalaman baru untuk saya. Sebab tak pernah terbabit dengan mana-mana individu dalam bidang muzik.

“Saya mengikuti kelas vokal, bila orang terangkan, saya lambat sikit nak faham dan buat. Selepas tu kena tanya balik. Macam bekerja dengan Taja pula, dia berikan banyak ilmu baru sebab saya pertama kali rakamkan lagu dan melalui bidang muzik ini, ia benda baru,” katanya.

Berkongsi mengenai lagu AKUR, Razzuan berkata lagu itu menceritakan bagaimana pasangan kekasih terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat dalam perhubungan mereka.

“Pada saya, memandangkan ini adalah single pertama saya, ia menarik dan ada tarikan tersendiri. Lirik lagu juga memainkan peranan yang mana penggunaan perkataan yang digunakan bukan sering digunakan di luar.

“Lagu ini mengisahkan mengenai kisah cinta dan perhubungan yang putus di tengah jalan. Jika mengikut jalan cerita lagu ini, si wanita meninggalkan kekasihnya kerana nak sambung belajar. Lelaki itu terpaksa terima dan akur keputusan dibuat. Wanita itu juga akur terpaksa tinggalkan kekasih demi sambung belajar dan masa depan. Lagu ini kena pada sesiapa saja yang melalui situasi di mana terpaksa akur dengan apa yang berlaku.

“Harapan saya besar yang mana orang boleh terima lagu ini dengan baik. Apatah lagi ini ‘baby’ pertama saya dalam muzik. Jadi saya harap orang boleh mendengar dan menyanyi bersama sekali lagu ini. Sebab lagu ini ada korus yang ‘catchy’ dan mudah didendar. Orang kata lagu ini ‘easy listening’ dan boleh diterima baik,” katanya.

AKUR sudah tersedia di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Razzuan Rosli bermula 28 Mei 2022.

HUMMINGBIRD the latest collaboration by Charlie Lim X Linying

Homegrown singer-songwriters Charlie Lim and Linying are set to release their new single, Hummingbird. Hummingbird is the first project that involves both artists in a co-writing capacity. “I was working on CHECK-HOOK and had a sketch that didn’t seem to fit that album, but felt it had potential to be an interesting duet,” Charlie explains. “I’ve always loved Lin’s writing and thought her voice would be great for this tune, so I reached out to her for help.”

Clinching ‘Best Song of the Year’ by Apple Music & ‘Fresh Vibes of the Year’ at the National Youth Awards 2019, Charlie Lim’s latest album CHECK-HOOK has accumulated more than 1.5 million streams on Spotify. Charlie Lim is at the prime of his career, covering festival circuits and extensive touring in the region, namely ShoutOut Festival in Taiwan, a double bill with Japanese artist TENDRE in Tokyo, Nakasu Jazz Festival in Fukuoka, Urbanscapes in Kuala Lumpur, BigSound in Brisbane, OzAsia Festival in Adelaide, Summer Sonic in Japan, Wanderland in Manila, Jarsum International Jazz Festival in Korea – and packed the iconic Star Theatre in Singapore for his album launch.

Likewise, Linying has an international following beyond her home country of Singapore, glowing praise from Billboard, NPR Music, BBC Radio 1 and even internationally acclaimed artist Troye Sivan. “I was able to be unusually free and intuitive with this one,” says Linying regarding the collaboration. “There’s a sort of freedom that comes with writing on a song that wasn’t birthed by you, that has its parameters established…because we’re both so obsessive, I think we flourish when we do our initial halves of the work separately before coming together and synthesising all of it.”

According to Charlie, the song is about “trying to muster the courage to believe in something new, despite our tendencies to repeat past mistakes”.

 

Lim Wen Suen, Winner of The Voice Singapore & Malaysia, joins Universal Music Group

Lim Wen Suen, champion of The Voice Singapore & Malaysia 2017, has officially joined Universal Music Group. In conjunction with the signing, Wen Suen has released her highly anticipated brand new single, The World Will Remember My Name《這世界終會記得我的名字》on available on all digital music platforms on 24 August 2018.

Following the inaugural season of The Voice Singapore & Malaysia last year, Wen Suen and the rest of the top 8 finalists recorded a compilation album. Appreciative of all the support they’ve gotten throughout the competition, the top 8 finalists did an extensive promotional tour in Malaysia. Since then, Wen Suen’s been focusing on producing this new single. She hopes to share a different and lesser known side of herself as compared to what her fans already know her for.

Lim Wen Suen

Widely known for her powerhouse vocals, The World Will Remember My Name is a mixture of pop and traditional folk genre. The song is written and produced by renowned Malaysian producer, Guan Qiyuan (管启源). During recording, Guan guided and challenged Wen Suen to deviate from her usual singing style in order to present herself in her rawest form. With that in mind, Wen Suen managed to finish recording her vocals in just an hour.

Wen Suen joked, “Guan wanted me to steer away from the singing techniques that I’m used to, and suddenly I felt like I didn’t know how to sing at all.”

While it is not Wen Suen’s first time collaborating with Guan, it is through the production of this single that Wen Suen made a lasting impression on him. Despite being known for her vocal prowess, Guan intentionally made Wen Suen sing in low notes for the song. Wen Suen’s real challenge was to hit the low notes at the start of the song. Instead of letting Wen Suen do her vocal warmups before recording, Guan specifically reminded her not to warm up her vocals so that she would not start the song on a perfect high note.

After emerging as the champion of The Voice, Wen Suen’s popularity soared. She has since received many performing opportunities too. While there is some pressure on her for this single following her win, Wen Suen is still thankful for all the support she has been receiving.  and will strive to work towards creating more great music for all to enjoy.

With a major record slated to be released in Q4 of 2018 and coupled with a strong vocal prowess that belies her petite stature, this is one name that you will remember – Lim Wen Suen.

JELAJAH PEACE.LOVE.RINDU ELLA Dikuasai Peminat

Pada 22 September 2017 Ella telah kembali dengan karya terbaru beliau setelah 10 tahun semenjak album terakhir beliau pada 2007. Album Peace.Love.Rindu telah dilancarkan dengan kerjasama pihak Universal Music Malaysia dan kini tiba masanya untuk jelajah promosi album ini dimana Ella akan turun padang sendiri ke tujuh lokasi di seluruh Malaysia.

Ella menghadiahkan album Peace.Love.Rindu kepada peminat-peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang kariernya sebagai penyanyi, sehubungan dengan itu, Ella mahu meletakkan kuasa ditangan peminat beliau untuk memilih sendiri lokasi jelajah kali ini melalui undian atas talian. 30 pengundi bertuah juga berpeluang untuk sesi beramah mesra bersama Ella sendiri di lokasi-lokasi jelajah itu nanti.

Ella yang terkenal dengan persembahan beliau yang bertenaga, begitulah sesi jelajah ini kerana Ella akan mempersembahkan sendiri lagu-lagu baru dan juga lama. Antara lokasi-lokasi yang mungkin dilawati ELLA :

SACC Mall Shah Alam , Selangor                                           Waterfront Kuching , Sarawak

Teluk Cempedak Kuantan , Pahang                                       Danga Bay Johor Bharu , Johor

Tesco Ampang , Kuala Lumpur                                              Alor Setar Mall , Kedah

Penang Autocity , Pulau Pinang                                              Padang Besar , Perlis

Penang Time Square , Pulau Pinang                                      Sutera Mall , Johor

Pantai Batu Buruk , Terengganu                                            Setia Alam Mall , Selangor

Payu Bunga Square , Terengganu

Undian boleh dilakukan melalui laman sesawang : http://player.lemonadebox.com/peaceloverindutour .

Ella yg terkenal dgn persembahan bertenaga akan membuat persembahan diatas trak sambil mendendangkan rangkaian lagu lagu lama dan baru.Siri jelajah Ella ini akan bermula dari 24/10/2017 ini di Teluk Cempedak Kuantan.

DNCE LIVE IN KUALA LUMPUR

DNCE akan muncul buat pertama kalinya di Malaysia pada Ogos depan dan dibawakan kepada anda oleh Universal Music Malaysia dan Wilbros yang merupakan  kolaborasi kali pertama kedua pihak ini   untuk merealisasikan impian peminat-peminat DNCE di Malaysia.

Universal Music Malaysia telah melancarkan aktiviti yang dinamakan ‘stream to unlock’ sebagai salah satu cara mendapatkan perhatian dan respon peminat di Malaysia. Para peminat harus men’stream’kan album DNCE seberapa banyak yang boleh sebagai tanda keinginan mereka untuk DNCE muncul di Malaysia. Para peminat malah telah membuktikan kesungguhan mereka kerana kempen ini mendapat sambutan di luar dugaan hanya dalam masa dua minggu dilancarkan.

Kumpulan pop rock kuartet ini telah membawakan irama muzik mereka dengan campuran lagu-lagu yang menarik beserta dengan persembahan yang hebat.

Dianggotai oleh  Joe Jonas (dahulunya dari kumpulan Jonas Brothers) dan ditubuhkan pada musim panas 2015, DNCE menampilkan pemain gitar JinJoo Lee, pemain bass / keyboardist Cole Whittle dan pemain drum, Jack Lawless, yang dilahirkan dari perancangan lama Jonas untuk melancarkan projek yang diilhamkan oleh Earth, Wind & Fire serta Hall & Oates.

Kumpulan DNCE mula memperkenalkan diri mereka kepada penonton dunia melalui single debut mereka yang bertajuk Cake By The Ocean yang telah meraih platinum berkembar dan menjadikan mereka salah satu kumpulan terbaik pada tahun 2016. Single perdana tersebut telah berjaya menjadi hits di corong-corong radio dan menjadi salah sebuah lagu yang paling banyak dimainkan. Hingga kini, penggunaan lagu ini telah mencapai lebih enam juta.

Lagu-lagu seperti Tootbrush dan Body Moves juga merupakan kombinasi tenaga remaja dengan bass yang groove dan vokal yang sangat meyakinkan dalam album yang bertajuk DNCE yang telah pun dilancarkan pada bulan November 2016.

Album ini telah meraih penjualan melebihi 8700 unit di Malaysia!

Nama yang diberikan kepada grup ini iaitu DNCE mempunyai maksud yang mendalam dan memberi refleksi kepada kesedaran diri. “Ia tidak sempurna, tidak lengkap tetapi tepat,” ujar Lee tentang nama DNCE.

“Seseorang itu tidak perlu menjadi penari yang hebat. Mereka boleh menari semahunya dan dalam masa yang sama berseronok dengan tarian tersebut.Itu sebenarnya kecantikan di dalamnya,” sambung Lee secara filosofi tentang nama grup ini.

Kita tidak boleh menolak kenyataan bahawa DNCE membawakan satu ikatan kimia yang boleh dirasai dengan kuat dan ini yang dirasakan kelebihan untuk mereka berada dalam industri seni ini.

“Kami benar-benar ingin berasa seperti dalam sebuah parti,” kata Jonas.

Dengan kemunculan DNCE buat kali pertama di Malaysia pada 8 Ogos ini, tiket-tiket konsert boleh dibeli di www.myticket.asia.  Tiket berharga RM288 (PS2), RM388 (PS1) dan RM538 (VIP). Pemegang tiket VIP akan diberikan laluan masuk khas dan barangan istimewa.

Fazura Bakal Lancar Single Berkembar iaitu Bisa Apa dan Bangun

Sebaik mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia yang diberi kepercayaan untuk mengurus karier beliau sejak beberapa bulan lalu, nampaknya Fazura tidak mempersiakan ruang dan ‘rezeki’ yang diberikan.Hal ini kerana pada saat khalayak masih lagi menikmati lagu-lagu kolaborasinya bersama Estranged (Hancur Aku), Jason Dy (Nothing Like Pag Ibig / Nothing Like Cinta), Dan terbaru bersama Fattah Amin untuk lagu “Cinderella”, Fazura kini bersedia melancarkan  koleksi singlenya sendiri.

Bukan satu, tetapi beliau memilih untuk melancarkan dua single secara serentak yang akan dapat dinikmati khalayak pada 16 Jun ini.Dua single tersebut adalah Bisa Apa dan Bangun. Menariknya, kedua-dua hit tersebut memiliki keistimewaan dan kisah tersendiri.Bisa Apa merupakan hasil penuh karyawan terkenal Indonesia iaitu Tantra Numata dan Mhala Numata dan diproduksi sepenuhnya di Indonesia termasuk proses mastering yang dihasilkan di Bandung.

Menjadi salah sebuah runut bunyi dalam drama rantaian fenomena Hero Seorang Cinderella, Bisa Apa dibikin khusus buat Fazura yang terkesan boleh didengar pada penyampaian dan lenggok vokalnya.Dibalut dalam ritma balada yang cukup indah dengan permainan banyak instrumen termasuk gesekan cello dan biola, Fazura mendendangkan lagu ini dengan cukup baik dan Bisa Apa dapat ‘dirasa’ menusuk ke dalam hati.

“Pertama kali mendengar material ‘raw’ yang dihantar, saya terus jatuh cinta dengan lagu ini.

“Bisa Apa seperti mempunyai satu tarikan yang tersendiri dari segi susunan muzik dan liriknya,” ujar Fazura teruja.

Berbeza dengan Bangun yang dihasilkan sepenuhnya oleh karyawan Malaysia, single ini berentak ‘catchy’ dan berbaur inspirasi.Dihasilkan oleh Ilyahida selaku komposer, Ruviyamin sebagai arranger dan Ahmad Kemat Khair pada posisi produser, Bangun begitu mudah dikaitkan dengan kehidupan Fazura yang begitu positif.

“Bangun merupakan sebuah lagu yang melambangkan kekuatan. Sebuah kejayaan itu boleh dikecapi jika kita sentiasa pilih untuk bangun dari setiap kajatuhan. Kajatuhan itu pada saya ada tersembunyi hikmah istimewa.”

“Jadi saya harap, semua yang mendengar lagu ini juga akan terus bangun biarpun berhadapan dengan banyak hal yang buruk dalam kehidupan,” ujar Fazura.

Untuk melengkapkan ‘kelahiran’ Bangun, sebuah klip video akan dihasilkan selepas sambutan Aidilfitri nanti. Merupakan duta kepada telefon pintar Neffos, tentulah jenama terkenal ini turut serta bertanggungjawab menjadikan klip video yang dihasilkan Fazura menjadi lebih menarik; di mana pemenang-pemenang dipilih akan membuat penampilan istimewa dalam klip video tersebut bersama Fazura.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia dan Singapura, Kenny Ong melahirkan rasa teruja dengan perkembangan positif dalam pengurusan karier nyanyian Fazura  yang disifatkan sebagai agak ‘laju’.

“Kita baru menjalinkan kerjasama, namun pihak Universal bersama Fazura tidak hanya mengikat kontrak di atas kertas tanpa memberi sebarang hasil. “Malah dalam tempoh tersebut, Fazura telah menjalin kolarasi dengan Jason dari Filipina dan kini muncul dengan sebuah single yang dibikin karyawan Indonesia iaitu Bisa Apa dan Bangun dari Malaysia.

“Sesungguhnya saya melihat ini sebagai satu perkembangan yang sangat positif kerana dia sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja tidak kira dari dalam atau luar negara juga orang baharu atau lama, asalkan ia membuahkan hasil yang baik,” jelas Kenny Ong.

 

NIDJI Tampil Dengan Album Terbaru LOVE, FAKE & FRIENDSHIP

Tempoh lima tahun adalah waktu yang cukup lama untuk sebuah band melancarkan album. Dalam tempoh tersebut, pastinya peminat adalah  kelompok yang paling terseksa kerana menanti buah tangan baharu daripada band kegemaran mereka.Hal itulah yang terjadi kepada Nidjiholic apabila Nidji tidak terbit dengan album studio sepanjang lima tahun lalu. Jika adapun, mereka mengisi dahaga peminat dengan lagu-lagu runut bunyi untuk beberapa naskhah hebat Indonesia yang meminjam kepakaran muzik mereka.

Kini akhirnya, segala persoalan yang dilontarkan kepada Nidji terjawab. Tidak pernah tampil tanpa perancangan rapi, Nidji menerusi album kelimanya memilih satu konsep pembawaan dan muzik yang cukup menarik sekali gus mampu mengisi kekosongan peminat sehari-hari. Meminjam semangat anak muda seperti berusia 15 tahun, tetapi cukup matang dan penuh ilmu kehidupan, Nidji muncul dengan album yang diberi judul Love, Fake & Friendship.

Menurut Giring, sengaja Nidji memilih judul Love, Fake & Friendship kerana menyifatkan tiga kata keramat ini sebagai satu fasa yang pernah dialami oleh semua generasi.

“Ada kalanya manusia saling mencintai satu sama lain, ada kalanya manusia bersikap palsu agar seolah terlihat baik-baik saja. Dan persahabatanlah yang akan menjadi kunci untuk menjaga hubungan harmoni antara sesama manusia. Tetapi ini bukan ditujukan hanya kepada generasi masa kini, but this also fit for us who feels young. Maka Nidji mempersembahkan album kelima ini,” ujar Giring penuh antusias.

Love, Fake & Friendship juga menyaksikan Nidji mengisinya bersama sahabat-sahabat dan idola yang dikagumi mereka, sekali gus menjadikan album ini sebagai album wajib berada dalam koleksi penggemar.

Ada banyak kolaborasi terjadi dalam album ini, antaranya gabungan mereka bersama pemuzik senior Guruh Soekarno Putra yang karya-karyanya selama ini menjadi kekaguman Nidji. Bersama Guruh, mereka menciptakan Energi Cinta, sebuah lagu yang grande, eksotik dan deep. Selain Guruh yang sudah berada dalam papan atas muzik Indonesia, Nidji mengait pemuzik muda berbakat besar seperti Bemby Noor yang merupakan penulis lirik di sebalik banyaknya hit solo di republik tersebut. Rian D’Masiv yang juga tercatat sebagai salah seorang rakan kolaborasi mereka bersama Pongky Barata, Tulus, Petra Sihombing, serta tidak ketinggalan pendatang baharu di Musica Studios, Dea juga yang ikut memberi sentuhan dalam menciptakan nuansa baharu dalam album ini.

Memilih Dea sebagai rakan kolaborasi merupakan keputusan breakthrough yang dilakukan oleh Nidji.

“Kami mendapati suaranya begitu menarik,” sebut Giring saat mendengar Dea bernyanyi.

Untuk itulah Dea dan Giring melengkapi lagu ini dengan hasil kolaborasi lirik mereka. Lagu Hancur Aku adalah hit milik band alternatif rock yang berasal dari Malaysia, Estranged yang sudah memiliki nama cukup besar. Nidji memilih untuk merakamkan semula hit ini dan berhadapan bagaimana untuk menjadikan ia lebih unik serta masuk dengan senario masa kini.

Lantas, Hancur Aku menggunakan khidmat tiga produser musik yang luar biasa iaitu salah seorangnya ialah Irwan Opung untuk mengemas ulang lagu tersebut. “Cabaran buat kami adalah bagaimana untuk mengulang main sebuah karya yang sudah bagus dan hit supaya masuk dengan Nidji pula. Ia merupakan satu cabaran yang besar dan satu penghormatan buat kami kerana diberi peluang mengulang rakam Hancur Aku dalam versi Nidji,” ujar Giring.

Ari Aru (Tulus) serta The Rising Star Marco Steffiano (Barasuara dan Raisa), turut menjadi nilai tambah kepada kekuatan album ini untuk dinikmati oleh seluruh peminat muzik.Seiring dengan kelahiran album kelima ini dan Nidji yang meraikan ulang tahun ke-15 mereka, Nidji hadir ke Malaysia dalam rangka promosi dan bertemu peminat pada 7 sehingga 11 Mei ini.

Sebuah konsert mini Joox Live With Nidji juga dirancang di Kilang Bateri, Johor Bahru yang akan menjadi medan pertemuan Nidji bersama Nidjiholic pada 11 Mei ini bermula pukul 9 malam.Tiket berharga RM80 boleh dibeli dengan melayari jooxlivenidji.peatix.com atau membeli di Bateri Merchandise Store (Red Contena) di Kilang Bateri, Johor serta di kedai CD Rama yang terpilih iaitu di Sunway Putra, KL, Harris, Aeon Tebrau City Shopping Center,

Johor Bahru City Square, dan Aeon Bukit Indah Shopping Center, Johor.

Lagu-lagu di dalam album Love, Fake & Friendship:

  1. Bila Bersamamu
  2. Hancur Aku
  3. Terlahir Beda
  4. Gantungi Aku
  5. Musnah
  6. Jalani Hidup dengan Cinta
  7. Terserah
  8. Sabar
  9. Energi Cinta
  10. Cinta yang Hilang
  11. Trying To Find You
  12. Hara Tanah