Tag Archives: Usahawan Malaysia

HARI USAHAWAN NEGARA 2025 BUKIT JALIL ANJUR PAMERAN ANTARABANGSA

Kuala Lumpur, 13 September 2025Hari Usahawan Negara 2025 (HUN 2025) yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil bermula 12 hingga 16 September telah mencatatkan sambutan luar biasa. Acara ini menghimpunkan usahawan tempatan dan antarabangsa dengan menampilkan produk inovatif serta pameran ready-to-eat dan ready-to-export.

Hari Usahawan Negara 2025 Bukit Jalil

Dengan tema “Usahawan Nadi Negara”, HUN 2025 menjadi platform utama memperkukuh jaringan strategik antara usahawan, agensi kerajaan, pelabur dan pihak swasta.


PERASMIAN & SOKONGAN ANTARABANGSA

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Raja Saidatul Mardiah binti Almarhum Sultan Idris Afifullah Shah. Baginda menekankan bahawa usahawan adalah nadi penggerak ekonomi negara yang mencipta peluang pekerjaan dan menjana pertumbuhan.

Hari Usahawan Negara 2025 Bukit Jalil

Turut hadir memberi sokongan ialah YM Tengku Hishamuddin Azzie, Mdm Chan selaku Presiden Persahabatan Vietnam–Malaysia, YBhg Datuk Seri Fatah Abdullah (Presiden ANGKASA), Datin Seri Norliah Che Mohammad (SU DPUM), Dato’ Chong Chong Teik (Presiden PROMAS) serta Pn Sri Susan Cheah (Presiden MACHITA), bersama delegasi luar negara dari Hong Kong, China, Taiwan dan Vietnam. Kehadiran mereka membuktikan kedudukan Hari Usahawan Negara 2025 sebagai acara bertaraf global.


PAMERAN PRODUK & JENAMA SELEBRITI

Acara ini turut menampilkan selebriti tempatan yang memperkenalkan jenama masing-masing. Pameran yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam memberi peluang kepada pengunjung menikmati produk makanan, fesyen, teknologi serta perkhidmatan kreatif tempatan.

Hari Usahawan Negara 2025 Bukit Jalil

Menurut Presiden DPUM, Dato’ Seri Haji Awang Sana bin Mohamad Nor, usahawan memerlukan ketahanan mental dan inovasi berterusan. DPUM komited menyediakan program serta seminar bagi membantu usahawan mara ke peringkat antarabangsa.


MASA DEPAN USAHAWAN MALAYSIA

Hari Usahawan Negara 2025 turut memberi tumpuan kepada transformasi digital. E-dagang, automasi dan kecerdasan buatan kini menjadi keperluan, bukan lagi pilihan.

Hari Usahawan Negara 2025 Bukit Jalil

Selain itu, acara ini menekankan peranan belia dan wanita sebagai pelapis utama pembangunan ekonomi negara. Usahawan muda dan wanita membuktikan kemampuan mereka dalam pelbagai bidang, sekali gus memperkukuh ekosistem perniagaan negara.


📌 Butiran Acara

📍 Lokasi: Parking A & B, Stadium Bukit Jalil

📅 Tarikh: 12 – 16 September 2025

🕘 Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah malam

💵 Masuk Percuma

PROGRAM RESET DIRI UBAH REZEKI 2025 PERKASA USAHAWAN DENGAN NLP & GROWTH MINDSET

KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER 2025 – EcoTwin Step Sdn Bhd telah menganjurkan Program Reset Diri Ubah Rezeki 2025 di Dewan Parameswara 2, The Mines Resort & Golf Club, menghimpunkan lebih 100 usahawan kecil dan sederhana bagi memperkukuh sistem perniagaan, minda serta strategi keusahawanan.

Peserta Program Reset Diri Ubah Rezeki 2025 bersama Dr Hisham, Coach Temizi & Ayu Damit di The Mines Resort & Golf Club

Bengkel sehari ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dengan pengisian praktikal berasaskan pendekatan Neuro-Linguistic Programming (NLP). Objektif utama program adalah memberi bimbingan bagaimana usahawan boleh mengurus perniagaan dengan lebih teratur sambil meningkatkan daya tahan mental dalam mendepani cabaran.

Peserta Program Reset Diri Ubah Rezeki 2025 bersama Dr Hisham, Coach Temizi & Ayu Damit di The Mines Resort & Golf Club

Antara penceramah utama termasuk Dr Hisham Dzakiria atau lebih dikenali sebagai Dr Healing, Pengasas dan CEO EcoTwin Step, bersama Coach Temizi Ab Aziz. Antara modul diketengahkan ialah Kenal Pasti Punca Cabaran Usahawan, Latihan Relaksasi & Mind Reset serta Bangunkan Sistem & Mindset Usahawan.

Lebih menarik, penyanyi dan usahawan Ayu Damit turut memeriahkan acara dengan persembahan lagu “Hanya Di Mercu”, memberi suntikan motivasi kepada peserta.

Peserta Program Reset Diri Ubah Rezeki 2025 bersama Dr Hisham, Coach Temizi & Ayu Damit di The Mines Resort & Golf Club

Program Minda Ubah Rezeki 2025 melabuhkan tirainya dengan impak besar apabila peserta dibimbing menguasai kekuatan minda, emosi dan strategi keusahawanan. Program ini menekankan pentingnya growth mindset, melihat kegagalan bukan sebagai penamat tetapi maklum balas untuk tindakan seterusnya.

Menurut Dr Hisham, ramai usahawan berhenti separuh jalan kerana mudah berputus asa. “Tiada istilah gagal dalam dunia bisnes. Yang ada hanyalah maklum balas. Jika minda dikuasai dengan betul, insya-Allah kejayaan akan menyusul,” jelasnya.

Peserta Program Reset Diri Ubah Rezeki 2025 bersama Dr Hisham, Coach Temizi & Ayu Damit di The Mines Resort & Golf Club

Antara modul menarik lain termasuk teknik komunikasi berkesan, pengurusan emosi, profiling otak kiri dan kanan serta strategi membina perniagaan berasaskan minat dan passion.

Dalam sesi sama, EcoTwin Step turut mengumumkan pembukaan Healing & Wellness Centre hujung bulan ini yang memberi tumpuan kepada rawatan burnout, kemurungan serta healing retreat. Pusat ini dijangka menjadi destinasi penting untuk memperbaiki kesihatan mental dan keseimbangan hidup.

Peserta Program Reset Diri Ubah Rezeki 2025 bersama Dr Hisham, Coach Temizi & Ayu Damit di The Mines Resort & Golf Club

Dengan mesej utama bahawa minda yang kuat mampu mengubah rezeki, program ini diyakini menjadi platform berterusan untuk melahirkan usahawan lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran perniagaan moden.