Tag Archives: Usanita

PESONA NORA DANISH DALAM AMBER OASIS 2.0: MIRAGE CIPTA DEFINISI BAHARU FESYEN BERHIJAB

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Nora Danish terus mencuri tumpuan apabila tampil berhijab dengan penuh anggun dan keyakinan sejak Julai 2024. Penampilan terbarunya bersama Amber Oasis 2.0: Mirage membuktikan bahawa wanita berhijab juga boleh menonjolkan gaya moden tanpa mengorbankan nilai kesopanan.

Nora Danish berhijab bergaya moden dalam koleksi Amber Oasis 2.0 Mirage berinspirasikan padang pasir.

Sentuhan Padang Pasir Dalam Gaya Moden

Koleksi baharu daripada jenama Amber ini diilhamkan daripada kelembutan pasir dan misteri miraj, menampilkan rekaan yang menyeimbangkan elemen klasik dan kontemporari. Setiap helaian dicipta untuk menyerlahkan feminin yang lembut, kuat dan elegan.

Menurut Pemilik Amber merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan, koleksi ini bukan sekadar memperkenalkan rekaan baharu, tetapi membawa mesej yang lebih mendalam tentang keyakinan dan keindahan wanita moden.

Nora Danish berhijab bergaya moden dalam koleksi Amber Oasis 2.0 Mirage berinspirasikan padang pasir.

“Amber Oasis 2.0: Mirage adalah lambang wanita moden yang berani, lembut dan penuh karakter. Kami mahu wanita berasa selesa tanpa berkompromi dengan nilai kesopanan,” katanya.

Koleksi Eksklusif Dengan 3 Gaya Utama

Tiga siri utama diperkenalkan di bawah Amber Oasis 2.0: Mirage iaitu:

BELLA – RM389 (Shimmering Voile)
Gaya dua helai yang ringkas namun mewah, hadir dalam tona bumi seperti Oud Brown, Rose Gold dan Tilbury Teal.

LAILA – RM269 (Armane Satin)
Potongan moden ringan dengan warna Magenta, Grey dan Pale Blue untuk gaya yang segar dan elegan.

MEDINA – RM329 (Shimmering Voile)
Potongan flowy dengan lengan reben romantik, tampil dalam Blush Peach, Purplish Gold, Olive Gold dan Burnt Orange.

Nora Danish berhijab bergaya moden dalam koleksi Amber Oasis 2.0 Mirage berinspirasikan padang pasir.

Rekaan ini menggunakan fabrik ringan dan mudah digosok bagi memberi keselesaan maksimum serta kesempurnaan gaya sepanjang hari.

Nora Danish: “Fesyen Berhijab Itu Kebebasan Diri”

Sebagai wajah utama kempen ini, Nora Danish meluahkan rasa bangga dapat mewakili jenama yang meraikan keindahan wanita berhijab tanpa meninggalkan elemen fesyen.

Nora Danish berhijab bergaya moden dalam koleksi Amber Oasis 2.0 Mirage berinspirasikan padang pasir.

“Berhijab bukan penghalang untuk bergaya. Apa yang penting ialah keselesaan dan keaslian diri. Koleksi Mirage ini sangat dekat dengan jiwa saya kerana ia padukan kesederhanaan dengan keanggunan moden,” katanya.

Pelancaran Amber Oasis 2.0: Mirage – A Secret by The Desert mengukuhkan kedudukan Amber sebagai jenama fesyen tempatan yang berjaya membawa rekaan elegan dan bermakna ke peringkat antarabangsa — meraikan keanggunan, kekuatan dan misteri wanita moden.

USANITA SDN BHD DAN PERKEP MALAYSIA BERGABUNG UNTUKMENINGKATKAN MARTABAT WANITA MALAYSIA

Usanita Sdn Bhd berbesar hati menerima jemputan kolaborasibersama Persatuan Keluarga Polis Malaysia (PERKEP). Matlamat dan misi yang dijalankan oleh keduaorganisasi ini hampir serupa iaitu dengan mengangkat kehebatan wanita secara umum. WalaupunUsanita sering dikaitkan dengan program yang berbentuk keusahawanan, Usanita kali ini mahumelebarkan sayap dengan lebih lagi dengan perkongsian tentang kesihatan mental dan menjagakebajikan para wanita.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih pada Puan Sri Zainah binti Othman selaku Pengerusi PERKEPMalaysia kerana percaya pada Usanita Sdn Bhd untuk bersama-sama menjalin usahasama dibawahpayung PERKEP dalam mengejar misi dan visi yang sama iaitu membantu wanita membina keyakinandan saling memberi sokongan antara satu sama lain bagi mencapai kesejahteraan hidup kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan ketika di Majlis HiTea PERKEP Malaysia X Usanita yang berlangsung di Four Season, Kuala Lumpur.Majlis ini juga turut dihadiri seramai 200 ahli PERKEP Malaysia dan Usanita Sdn Bhd menampilkanjuga rakan strategik mereka iaitu Datuk Rosyam Nor, Awal Ashaari & Zoey Rahman sebagaipengacara majlis dan badan-badan korporat yang terlibat rapat dengan Usanita Sdn Bhd.

Turut serta pada program ini ialah usahawan Perintis Usanita yang membuka booth jualan produk mereka.Bercakap mengenai kolaborasi ini Datuk Adzliana berkata “Saya percaya gabungan ini akan menjadiinspirasi pada ramai kaum wanita di Malaysia bukan sahaja dikalangan ahli PERKEP bahkan jugaoleh lain-lain gabungan dan individu-individu secara keseluruhannya.

Saya melihat Puan Sri Zainahsebagai Iron Lady kerana tanggungjawab yang digalas oleh beliau amat besar.”Menurut pengerusi PERKEP Malaysia Puan Sri Zainah Bt Othman dia melihat pelbagai liku danrintangan yang sering dihadapi oleh para wanita terutama oleh isteri pegawai dan anggota Polisdan beliau terpanggil untuk membantu mereka untuk bangkit dan menjadi wanita yang hebat.Kerana pada pandangan beliau wanita merupakan insan yang kuat dan bersemangat kental, merekaini hanya perlukan sedikit suntikan kesedaran untuk mereka terus maju.

Wanita para isteri anggota dan pegawai PDRM ini adalah tulang belakang kepada keluarga yangakan mendidik anak-anak dan membentuk keluarga, selaras dengan slogan PERKEP iaitu KeluargaBahagia Pasukan Sejahtera.“Saya percaya dengan adanya kepakaran dan pengalaman daripada Datuk Adzliana sebagaipemain industri pasti akan memeriahkan lagi pelbagai aktiviti yang akan dirangka bersama Usanitaselepas ini.

Aktiviti selepas ini akan lebih dekat dengan semua wanita yang ingin menceburi bidangkeusahawanan dan menjana ekonomi keluarga.” kata Pengerusi PERKEP, Puan Sri Zainah. Kolaborasiini akan menjadi satu penanda aras yang baru buat Usanita Sdn Bhd untuk sentiasa berikan yangterbaik dalam semua program yang dijalankan dan memastikan objektif yang dirancang akandicapai dengan jayanya.

USANITA Edar 10,000 Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan 2023

Usanita Sdn Bhd mengedarkan 10,000 Jalur Gemilang kepada pengunjung Starhill Bukit Bintang, hari ini, dalam program Kita Merdeka bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2023. Program yang berlangsung di perkarangan Starhill itu dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Prof. Dato Sri Dr. Hasan dan Timbalan Pengarah Rangkaian Kumpulan (Hot FM, Kool 101 dan Digital), Shah Hayatudin yang bertindak sebagai rakan strategik.

Majlis yang bermula sekitar 9 pagi itu turut dimeriahkan oleh Perintis Usanita yang merupakan usahawan hebat di bawah kelolaan Usanita. Menurut Adzliana, tujuan utama program Kita Merdeka dibuat adalah untuk meningkatkan kesedaran dan semangat cintakan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang. “Pertama sekali Usanita amat berterima kasih pada pihak Starhill kerana telah menaja lokasi program ini.

“Cadangan program ini tercetus sebaik tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 diumumkan iaitu Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. “Jadi kami tampil dengan inisiatif mengedarkan 10,000 Jalur Gemilang kepada pengunjung di sekitar Starhill tanpa mengira kaum, agama atau bangsa sebagai langkah kecil untuk menanam rasa kecintaan kepada negara tercinta,” katanya.

Menurut Adzliana, inisiatif yang dibuat antara lain bertujuan untuk menyatupadukan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. “Selain mengedarkan 10,000 Jalur Gemilang, pelbagai aktiviti lain turut diadakan seperti cabutan bertuah, pemberian aiskrim Malaysia secara percuma serta program santai bersama rakyat Malaysia yang berada di perkarangan Starhill ini sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 esok,”katanya.

Menyentuh mengenai kolaborasi bersama stesen radio Kool 101, Adzliana berkata Kool 101 bertindak sebagai medium penting dalam menyampaikan peranan, inisiatif, misi dan visi Usanita kepada masyarakat. “Kerjasama bersama Kool 101 sudah berlangsung sepanjang tahun ini. Pihak kami begitu teruja dengan kolaborasi ini kerana Kool 101 bukan saja membantu dalam bidang keusahawanan tetapi bertindak dalam menyampaikan dasar atau inisiatif pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia,”katanya.

Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 tahun ini, Adzliana melihat golongan wanita semakin berani dan mampu berdiri sendiri dengan bekerja serta membina pendapatan dalam membantu ekonomi keluarga. “Kemerdekaan bermaksud satu kebebasan yang mana negara sudah mencapai kemerdekaan dari aspek pembangunan, ekonomi dan perpaduan.

Malah golongan wanita hari ini juga sudah ‘merdeka’ apabila mampu berdiri di atas kaki sendiri. “Bagi saya, itu adalah satu kemerdekaan buat wanita apabila dapat membantu membangunkan ekonomi negara selain mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Hari ini wanita juga mampu berjaya, berdikari, berdedikasi dan gemilang,”katanya.