Pada 22 Ogos 2017 yang lepas Atilia telah melancarkan album No.3 beliau di Alexis Great Eastern Mall dan ini adalah album beliau yang ketiga selepas album Sangkar dan Indah. Album ini mengandungi sembilan lagu antaranya Bahagiaku, Sandaranku, No Fruits For Today, Realize dan Segalanya. Masih berkonsepkan Jazz Pop, album ketiga ini adalah hasil terbaik yang pernah di keluarkan oleh Atilia sendiri. Mempunyai tujuh buah lagu bahasa melayu dan dua buah lagu Inggeris. Album No.3 ini mengambil masa hampir 3 tahun untuk disiapkan. Dengan jadual yang padat bagi menyempurnakan jemputan persembahan korporat dan juga sebagai seorang guru yoga di Yoga Want That I Want Studios, tidak mematahkan semangat Atilia untuk terus menyiapkan album ini buat peminat-peminat setia beliau yang dahagakan album baru daripada Atilia.
Kini, Atilia tampil pula dengan ‘No.3 Album Tour’ di mana lokasi pertama album tour ini di KL International Jazz Festival 2017 pada 16 September 2017 yang lalu. Manakala, lokasi kedua yang bakal beliau lakukan adalah di Kuching, Sarawak, pada 14 Oktober 2017 di Haus KCH kolaborasi bersama Air Asia sebagai penaja utama penerbangan Atilia bagi album tour ini. Beliau akan mempersembahkan 18 buah lagu bermula dari album Sangkar, Indah, dan beberapa buah lagu dari album terbarunya “No.3”. Masih mengekalkan konsep
persembahan jazz dan pop. Tiket juga sudah mula di jual dan boleh di beli dengan memhubungi terus nombor ini 014-886 8466 (Aqis). Oleh itu, buat peminat setia Atilia di Kuching, Sarawak jangan lepaskan peluang anda untuk menonton persembahan mantap dari beliau secara ‘LIVE’ dan pastinya tidak mengecewakan.
‘Album Tour NO.3’ oleh Atilia di Malaysia bakal bermula pada :
14 OKTOBER 2017 – HAUS KCH -KUCHING, SARAWAK
23 OKTOBER 2017 – SOULED OUT, KOTA KINABALU
11 NOVEMBER 2017 – IFI, JAKARTA
Teristimewa buat peminat setia Atilia album ‘No.3’ edaran Warner Music (M) ini boleh di muat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX, Yonder Music serta KKBox.
Ini pautan untuk album ‘No.3’ di digital platform: https://WMM.lnk.to/no3
Sejak umur 3 tahun, Didi Astillah sudah memulakan perjalanan seni beliau. Anak kelahiran Sandakan, Sabah, ini kini berusia 19 tahun. Kerjaya Didi bermula dengan sebuah album bertajuk “Adik-Adik Mutiara” bersama kakaknya Bella Astillah dan mereka juga pernah memiliki 10 buah album sejak itu.
Dengan namanya yang kian meningkat naik sejak menyertai program realiti TV, ‘Idola Kecil’ musim pertama anjuran TV9 dan ‘Kamilah Bintang’ terbitan Astro, Didi Astillah kini bersedia untuk melangkah lebih jauh bersama syarikat rakaman Paranormal yang mempunyai artis-artis besar di bawah naungan mereka seperti Elizabeth Tan dan juga Aisyah Aziz.
Didi kini tampil lebih segar dan matang bergabung bersama Ikhwan ataupun nama pentas beliau, Nawhki, di dalam single terbaru mereka, “Percaya”.Nawhki merupakan seorang radio announcer yang sudah lama berkhidmat di stesen radio Hot.fm selama 10 tahun. Beliau juga sudah lama di dalam industri perfileman sebagai seorang pelakon untuk drama-drama dari TV3, TV9 dan juga Astro.Tetapi minat sebenar anak kelahiran Kuala Lumpur ini adalah cinta beliau terhadap seni suara. Beliau pernah berganding bersama RJ, Daly Ahli Fiqr/Filsuf dan juga kumpulan Dynda.
Kini, tahun 2016 merupakan detik permulaan baru buat Nawhki yang akan berkolaborasi bersama Didi di dalam lagu “Percaya” yang bercorakkan Pop Bossa. Lagu ini dikarang oleh Jamiel Said dan Aiyad Sakti dan lirik oleh Jamiel Said dan Nawhki. Jamiel Said juga merupakan Executive Producer untuk lagu “Percaya” dan beliau memilih Nawhki dan Didi untuk menyanyikan lagu ini kerana yakin dan percaya dengan aura, kebolehan dan juga profesionlisme mereka berdua untuk menjayakan “Percaya”.
Lagu “Percaya” ini adalah kisah seseorang yang pernah terluka dalam percintaan tetapi rasa sayang itu masih ada. Masalahnya, dia masih ragu untuk memberi peluang kedua terhadap cinta yang lama kerana takut akan dilukai lagi.
Muzik video “Percaya” diarahkan oleh seorang pengarah muda tempatan iaitu Hazmil yang pernah membuat video shoot untuk Altimet dan DJ Fuzz. Video “Percaya” ini berkonsepkan santai di pantai Cherating bersama sebuah van kombi vintage dan mengambil masa 2 hari untuk selesai. Meskipun lagu ini memaparkan sebuah cinta yang gagal, namun aura MTV ini berteraskan emosi dan mood yang ‘playful’. Ia menunjukkan bahawa kita tidak perlu terlalu serius terhadap cinta yang gagal dan harus bersikap positif dan santai untuk maju ke hadapan.
‘Percaya’ nyanyian Nawhki feat Didi Astillah merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.
Selari dengan arus perjalanan seni yang berkembang dan berevolusi, kini HUJAN tampil dengan sebuah album baru yang berbeza daripada album mereka sebelum ini. Sebagai sebuah kumpulan pemuzik indie yang paling berpengaruh di Malaysia, HUJAN sentiasa memberi kelainan dalam berkarya. Jika sebelum ini SANG ENEMY merupakan sebuah album yang menampilkan lagu-lagu berunsur rock yang agak ‘berat’, JIKA SEMPAT secara keseluruhannya mempunyai irama seperti di awal permulaan kumpulan HUJAN.
Populariti HUJAN tidak dapat disangkal lagi dimana terdapat banyak lagu yang menjadi kegilaan para peminat mereka, diantara lagu lagu yang mendapat tempat di hati peminat adalah seperti lagu ‘Bila Aku Sudah Tiada’, ‘Mencari Konklusi’, ‘Muda’, ‘Kotak Hati’, ‘Lonely Soldier Boy’ dan banyak lagi. Selain terkenal sebagai band yang sering menguasai carta radio dengan lagu hit mereka, HUJAN juga terkenal dengan aksi energetic mereka ketika beraksi di atas pentas dengan gaya persembahan yang tersendiri.
HUJAN merupakan band yang telah banyak memenangi anugerah ini telah melangkah jauh jika dibandingkan dengan peringkat awal permulaan mereka ditubuhkan. Mereka juga dikenali sebagai salah sebuah band tempatan pertama yang menggunakan laman internet dan media sosial sepenuhnya untuk mempromosikan diri dan lagu-lagu mereka.
Hujan 10 tahun, shoot SS15 Subang
Dalam usaha mempromosi album terbaru HUJAN, hasil kerjasama antara HUJAN dan Hotlink untuk memberi para peminat akses kepada album terbaru yang merupakan album studio ke-5 mereka yang berjudul “JIKASEMPAT” telah dijalankan secara eksklusif melalui Spotify bermula 15 April hingga 14 Mei yang lalu. Dan kini, Warner Music Malaysia dengan berbesar hati melancarkan album terbaru HUJAN yang bertajuk JIKASEMPAT.
Single terbaru yang sedang dipromosikan bertajuk JIKA SEMPAT yang juga merupakan tajuk bagi album tersebut. Lagu JIKA SEMPAT ini juga telah dilancarkan di seluruh radio Malaysia dan sering menjadi permintaan oleh peminat mereka untuk dimainkan di radio. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu JIKA SEMPAT ini mempunyai kelainannya yang tersendiri. Kiranya, sekali dengar, pendengar sudah boleh ‘tangkap’ melodinya.
Minat dan kesungguhan terhadap muzik juga menjadikan Konsert Ulangtahun ke-10 pada tahun lalu sebagai penanda aras, maka terhasillah album studio ke-5 kumpulan HUJAN berjudul JIKA SEMPAT.
Menurut Penerbit album ini, AG Coco, sejak single “Pemicu Gila” yang dilancarkan sempena ulangtahun ke-10 HUJAN tahun lalu, mereka terus merancang material untuk menghasilkan album penuh.
“Ini adalah album yang paling cepat dari segi ‘production timeline’ kerana kami hanya menyiapkan rakaman keseluruhan muzik dalam masa seminggu dan vokal dalam masa 3 ke 4 hari.”
Bagi vokalis HUJAN, Noh Salleh yang juga bertanggungjawab sebagai penulis lagu dan lirik bagi kesemua lagu di dalam album ini, mereka menjalani situasi enjoy the moment seperti sebuah pengalaman baru ketika menghasilkan album ini.
“Sebagai vokalis, saya mahukan sesuatu yang berkualiti lebih tinggi dari album-album sebelumnya seperti feel yang lebih dalam dan nyanyian yang betul”.
JIKA SEMPAT merupakan album terbaru HUJAN sejak kali terakhir menghasilkan album pada tahun 2012. Ia merupakan album yang sangat dinanti-nanti kan terutama selepas kejayaan konsert ulangtahun #hujan10tahun pada tahun 2015. Kumpulan ini telah berkembang dan matang dari segi muzik mereka. JIKA SEMPAT ibarat mengimbau ke akar rock & roll tetapi dengan elemen dan pengaruh muzik moden serta trend semasa.
Terdapat 12 trek untuk album JIKA SEMPAT, bermula dengan lagu pembukaan Pemicu Gila, diikuti oleh Biarkan Saja, sebuah lagu yang bersahaja liriknya. Karaktor Tentangan adalah sebuah cerita tentang ketidakserasian di dalam sesebuah hubungan, kemudian diikuti dengan Papa Mama, sebuah lagu tentang kasih kedua ibu bapa terhadap anak. Seterusnya lagu, Jika Sempat diikuti dengan Jangan Lupakan Aku, sebuah lagu yang mengimbau kembali zaman muda remaja. Trek ke 7 pula adalah Sendiri diikuti dengan Kamar Sepi dan kemudian Miri, sebuah lagu yang secara tidak langsung mengisahkan keindahan yang menggamit perasaan penulis terhadap kampung halaman. Aku Janji pula sebuah lagu yang berentakan tempo yang perlahan dan muzik yang ‘mellow’ dan diikuti dengan lagu Berlari Dan Mati, dan lagu terakhir adalah Kau, sebuah lagu tentang rasa kesyukuran dan keinsafan terhadap PenciptaNya.
Hujan 10 tahun, shoot SS15 Subang
Sepanjang kerjaya muzik mereka selama sepuluh tahun, HUJAN bukan sahaja berjaya memenangi hati peminat indie Malaysia tetapi juga mampu bersaing di pasaran arus perdana. Mereka telah berjaya menembusi pasaran muzik tempatan dengan memperkenalkan muzik alternatif rock dengan gaya mereka yang tersendiri. Berbekalkan kepakaran dalam persembahan pentas yang kuat dan bertenaga dan lagu-lagu alternatif rock yang menarik, ia adalah selamat untuk mengatakan bahawa mereka telah mengubah landskap industri muzik rock Malaysia.
Selama sepuluh tahun di dalam bidang muzik, HUJAN juga telah mengeluarkan dua EP dan lima album dan telah membuktikan bahawa band ini telah pergi jauh kerana telah berjaya menguasai dan menarik minat pencinta muzik dari luar negara seperti dari Indonesia, Singapura, Ireland, Britain, Perancis dan juga Australia.
Kumpulan ini juga tidak kurang hebatnya di Eropah terutamanya di United Kingdom. Oleh yang demikian HUJAN bakal menyempurnakan siri jelajah ‘Hujan London Tour’ pada hujung Mei ini untuk meraikan #raingersUK bersempena dengan Ulangtahun ke 10. ‘Hujan London Tour’ ini akan bermula pada
24 May
The Macbecth, Hoxton
25 May
The Workshop, Hoxton
28 May
The Urban Bar, Whitechapel
29 May
The Islington, Angel
30 May
Surya, Shoreditch
31 May
Nambucca, Holloway
1 June
The Dingwalls, Camden
2 June
The Dublin Castle, Camden
Album yang diterbitkan oleh HUJAN adalah di bawah Kamar Seni Enterprise ini sudah mula berada di pasaran tempatan dan juga di dalam semua platform digital mulai 20 Mei ini. Kepada peminat muzik tanahair rebutlah peluang untuk memiliki album JIKA SEMPAT samada dalam bentuk cakera padat mahupun album digital edaran Warner Music Malaysia.
‘Hello’ merupakan sebuah single terbaru dari Hunny Madu hasil kolaborasi bersama Aman Ra yang merupakan seorang rapper yang popular di industri tanah air. ‘Hello’ adalah sebuah lagu yang berirama POP, yang berlainan dari irama hip-hop yang selalu diketengahkan oleh Hunny Madu. Lagu ‘Hello’ ini telah di tulis oleh Hunny Madu sendiri, lirik oleh Hunny Madu dan Aman Ra, dan telah diterbit dan disusun oleh seorang produser yang berbakat besar iaitu, AG Coco. Sekali lagi, Hunny Madu dan Warner Music Malaysia berkerjasama untuk menjayakan single terbaru ini selepas kejayaan dengan single ‘GoHard Or GoStan’ dan ‘Gucci Dowh’.
Untuk muzik video ‘Hello’ pula, Hunny telah merakamkan muzik video ini pada beberapa bulan yang lepas dan telah menampilkan rakan-rakan artisnya seperti Sazzy Falak, Reem Shahwa, Kayda, Amelia Henderson, Amber Chia, Tiz Zaqyah, Mu’daz dan Freeze. Muzik video yang berkonsepkan ceria dan berwarna warni ini telah diarahkan oleh Tech & Ego dari KayaButter House.
Hunny Madu pernah mengeluarkan album pertama beliau bertajuk ‘Pulau Janji’ pada tahun 2011 dan sebuah Mixtape yang bertajuk ‘GoHard Or GoStan’ pada tahun 2014 bersama Kayda dan Mixtape ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penggemar muzik hip-hop tanah air. Dua buah lagu yang dimuatkan di dalam Mixtape tersebut telah mendapat sambutan yang hangat dari peminat mereka iaitu ‘GoHard Or GoStan’ dan ‘Gucci Dowh’.
Hunny Madu adalah seorang penyanyi/rapper terkemuka Malaysia yang telah melibatkan diri dalam industri muzik sejak dari tahun 2004 lagi. Selain daripada itu, beliau juga dikenali sebagai seorang pengacara, pengacara TV dan pernah berkerja sebagai penyampai radio di Fly.fm dari tahun 2008 sehingga 2013 yang merupakan antara sebuah radio Inggeris tempatan yang popular di Malaysia.
Aman Ra pula sebelum ini pernah dikenali sebagai Kraft dan telah mengeluarkan single pertama beliau bertajuk ‘#Pantun100Kerat’ pada tahun 2014 dan juga pernah muncul bersama Altimet dan Salam Musik dalam single bertajuk ‘Belantra Konkrit’ pada tahun 2014.
‘Hello’ nyanyian Hunny Madu bersama Aman Ra ini diedarkan oleh Mtertain Sdn Bhd dengan kerjasama Warner Music (M) Sdn Bhd.
Juzzthin atau nama sebenarnya Mohamad Nazreen Norzali memulakan kariernya sebagai penyanyi rap pada umur 17 tahun apabila bakat beliau telah dilihat oleh rakan-rakannya dan telah mempelawa untuk menyertai kumpulan Hip-Hop yang diberi nama “Tricky Tongue”. Kumpulan ini berakhir menjadi juara untuk rancangan realiti yang besar di Malaysia iaitu “Blast Off Season 3” pada tahun 2007. Dari situ, Juzzthin secara perlahan-lahan mula membuat persembahan dan lakonan secara solo. Single pertama beliau yang bertajuk “Sunset Boulevard” telah mendapat sambutan yang baik dan itu adalah merupakan titik permulaan di mana beliau telah ditemui oleh DJ Fuzz dan ditandatangani oleh Mixology Music pada tahun 2012.
Mula menempah nama sebagai penyanyi rap di industri muzik tempatan selepas popular dengan lagu hasil kolaborasinya bersama W.A.R.I.S dalam lagu ‘Botingkek’. Pasca ‘Botingkek’, Juzzthin terus mendapat perhatian menerusi kolaborasi juga bersama W.A.R.I.S dan Mas Idayu menerusi ‘100% Cintaku’. Namun tidak ramai yang tahu anak muda berusia 25 tahun ini mula terbabit dalam bidang lakonan sejak tahun 2010 menerusi sitkom “Waktu Rehat” di saluran Disney dan kemudian muncul pula di dalam drama bersiri “Oh My English” yang bersiaran melalui Astro TVIQ di mana siri ini berjaya merekodkan lebih lapan juta tontonan sejak musim pertama.
Juzzthin yang dilahirkan dan membesar di Kuala Lumpur merupakan seorang insan seni yang berbakat dalam bidang rap yang juga dikait rapat dengan budaya hip-hop. Hari ini 28 Januari 2016, Warner Music Malaysia dan Mixology Music dengan berbesar hati melancarkan album sulung Juzzthin yang bertajuk ‘Class Is In Session’. Juzzthin yang sudah lama berkecimpung dalam bidang hip-hop ini menggunakan bakat dan kehebatan dirinya dalam menulis lirik lagu yang juga di bantu oleh beberapa rakan hebat beliau di dalam muzik hip-hop tempatan seperti DJ Fuzz, Aziquebeats, W.A.R.I.S, dan ramai lagi. Kerjaya seni Juzzthin kini tampak seiring diantara lakonan dan juga nyanyian.
Album ‘Class Is In Session’ sudah pasti akan memberi kepuasan di hati para pendengar terutama sekali bagi mereka yang meminati lagu berentak hip-hop/rap yang mula bertapak di persada muzik tanah air dari tahun 1990-an. Selain muzik rap, unsur-unsur R&B juga boleh didengari dalam album ini seperti lagu ‘IsiPuisi’dimana Juzzthin berkolaborasi bersama Nabil Zamanhuri dan G. Lagu ‘Bonda’ yang turut berada di dalam album ini pula mempunyai nilai sentimental yang istimewa buat diri Juzzthin, kerana lagu tersebut didedikasikan khas untuk ibunya yang tersayang yang telah banyak membantu Juzzthin bukan sahaja dalam bidang muzik tetapi di dalam kehidupan juga.
Selain daripada itu, ‘SerikDenganCinta’ merupakan single terbaru Juzzthin yang turut dimuatkan di dalam album ini. Lagu ini merupakan hasil kolaborasi bersama pelakon terkemuka tanah air iaitu Maya Karin. Pemilihan Maya Karin untuk digandingkan bersama Juzzthin untuk lagu ini adalah kerana kelunakkan suara yang dimiliki olehnya diklasifikasikan sebagai suara yang mempunyai aura tersendiri yang mampu menarik sesiapa sahaja yang mendengar. Secara keseluruhannya lagu ini berkisarkan tentang kesedihan dan tewas dalam mengharap untuk kembali bercinta. Dengan rap bersahaja dan rentak lagu yang rancak akan pasti menjadi tarikan ramai. Lagu ini bukan sahaja mampu menarik pendengar muda tapi juga dipercayai mampu menarik dan menjadi halwa telinga semua lapisan masyarakat, terutamanya dalam mengembalikan semula kenangan pahit manis semasa bercinta.
Bernaung di bawah naungan Mixology Music dan hasil usahasama bersama Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd, Juzzthin kini tampil dengan album sulung yang diberi judul ‘Class Is In Session’. Album ini merupakan sebuah hadiah kepada mereka yang selama ini menjadi tulang belakang kepada Juzzthin. 12 lagu yang dimuatkan di dalam album ini adalah :
Intro
Day 1 (feat. Muariffah)
Drive (feat. AMPG)
Isi Puisi (feat. Nabil Zamanhuri & G)
Serik Dengan Cinta (feat. Maya Karin)
Sunset Boulevard
Bonda (feat Alabbas)
Off The Hook (feat Mark Adam)
Aku Ada Kelas
Make Me Feel
Poster
Bounce (feat W.A.R.I.S)
Album ‘ClassIsInSession’ ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.
Para pendengar dan peminat juga sudah boleh memuat turun nada dering ‘Serik Dengan Cinta’ dengan kod-kod yang tersedia seperti berikut:
Cara-Cara Muat Turun:
Maxis Caller Ringtones : Dial *131*495780# dan tekan call/send
Celcom Call Me Tones : Dial *888*254590# dan tekan call/send
DiGi Caller Tunes : Dial *233*1803876# dan tekan call/send
Hanie Soraya Taha atau nama pentasnya Hanie Soraya merupakan seorang penyanyi wanita generasi baru yang berbakat besar yang dilihat terus melangkah ke hadapan dengan gaya tersendiri. Dengan kemahirannya bermain gitar dan ukulele, penyanyi kecil molek yang berumur 20 tahun ini telah menerima sambutan yang hangat hingga akhirnya mendapat tumpuan superstar, Faizal Tahir. Dengan adanya panduan dan nasihat daripada Faizal, Hanie Soraya mula mekar didalam industri muzik tanah air sehingga dia berjaya melancarkan single pertamanya “Hujung Dunia” pada Mac tahun lalu, diikuti dengan single keduanya “Rasa Sayang” pada Januari tahun ini.
Setelah berjaya melancarkan 2 buah lagu hit, kini Hanie tampil dengan buah tangan yang baru. Warner Music Malaysia dengan bangganya mempersembahkan single terbarunya yang berjudul ‘Pantas’. Single ‘Pantas’ mengandungi lirik-lirik yang memberi inspirasi kepada pendengar serta memberi mesej tentang kehidupan dan keberanian untuk mengejar cita-cita.
Lagu ‘Pantas’ ini telah dicipta oleh komposer terkenal dan juga mentor Hanie iaitu Faizal Tahir serta Mike Chan, Ezra Kong dan Hanie sendiri. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu ini mempunyai kelainannya yang tersendiri. Kiranya, sekali dengar, pendengar sudah boleh ‘tangkap’ melodinya. Lagu ‘Pantas’ ini merupakan sebuah lagu yang menyeru generasi muda untuk terus beranikan diri untuk mengejar impian dan menjadikannya satu realiti. Lirik yang mengisahkan tentang nasihat itu amat mudah difahami kerana disampaikan secara tersurat serta sulaman melodi yang segar, bersesuaian dengan aliran muzik semasa.
Lagu ‘Pantas’ telah dilancarkan di seluruh stesen radio Malaysia dan sering menjadi permintaan oleh peminat Hanie untuk dimainkan di corong-corong radio. Muzik video untuk lagu ini juga kini sudah berada di YouTube. Muzik video yang berdurasi lebih kurang 3.59 minit itu memaparkan sisi karakter Hanie bersama rakan-rakan yang ceria dan bersahaja dalam menikmati kehidupan diusia remaja. Dalam pada menikmati keindahan hidup, mereka tahu bahawa di usia remaja ini lah masa yang paling tepat untuk mengejar dan menggapai impian. Muzik video bagi lagu ‘Pantas’ ini telah dirakamkan pada September lalu di Pantai Morib, Banting, Selangor.
Pihak Warner Music Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Zalora Malaysia atas tajaan busana Hanie Soraya untuk menjayakan muzik video ‘Pantas’.‘Pantas’ ini merupakan satu lagi edaran digital daripada Warner Music (M) Sdn Bhd dan Faithful Music Sdn Bhd. Lagu ini juga sudah boleh didapati di iTunes, KKBOX, Raku, Joox dan juga Spotify.
Para pendengar dan peminat juga sudah boleh memuat turun nada dering dengan kod-kod yang tersedia seperti berikut:
Cara-Cara Muat Turun:
Maxis Caller Ringtones : Dial *131*479375# dan tekan call/send
Celcom Call Me Tones : Dial *888*248852# dan tekan call/send
DiGi Caller Tunes : Dial *233*1803724# dan tekan call/send
Single Terbaru : “Another Lonely Night” – Adam Lambert | Selepas melancarkan album terbaru ‘The Original High’, Adam Lambert kini tampil dengan single kedua iaitu ‘Another Lonely Night’. Ia ditulis oleh Max Martin,Adam Lambert,Sterling Fox dan Ali Payami.Muzik video untuk lagu ini juga telah berada di YouTube.
Album ‘The Original High’ berada di Top 3 US Billboard,Top 10 UK Top dan Top 3 Worldwide yang mana album ini telah terjual sebanyak 2.5 juta di seluruh dunia.
Radhi OAG kembali dengan #BawahTanahAyer | Secara jujurnya, ‘BawahTanahAyer’ dihasilkan melalui rasa sedih Radhi OAG terhadap dunia. Lagu tersebut merupakan pandangan peribadi beliau terhadap nilai kemanusian yang semakin lemah dan hilang kebaikannya. Radhi merasakan nilai kemanusian tidak perlu lemah kerana apa jua yang berlaku, walau siapa pun kita di dunia, semunya akan ditanam enam kaki di bawah (BawahTanah!).
Radhi mula menulis lagu ‘BawahTanahAyer’ pada tahun 2004 selepas mendapat inspirasi melalui buku “The Malay Dilemma” hasil penulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lagu tersebut telah melalui beberapa fasa perubahan tajuk dan penciptaannya dari masa kesemasa mengikut pandangan Radhi terhadap perkembangan dunia dan tanah airnya sendiri pada ketika itu.
Demo pertama ‘BawahTanahAyer’ telah dirakamkan oleh OAG pada tahun 2005 dengan menggunakan nama “Puitis Bawah Tanah Air”. Pada tahun 2007 pula, lagu tersebut telah digubah dan diberi nama “British D’BawahTanah Ayer”. Sekali lagi lagu ini telah melalui proses penggubahan dan ditukarkan tajuknya tiga tahun kemudian (2010) kepada “Di Bawah 1 Tanah Air”.
Akhirnya pada tahun 2014, ‘BawahTanahAyer’ telah dipilih menjadi tajuk tetap bagi lagu ini. Susunan muziknya juga diperkemaskan untuk dijadikan “single” terbaru OAG.
‘BawahTanahAyer’ telah dirakamkan oleh Radhi bersama generasi pemuzik OAG yang kelima. Mereka adalah Radhi selaku Vokal & Gitar, Nizam diposisi Gitar, Azam diposisi Drum, Nazrin diposisi Bass dan Izmer diposisi Keyboards & Violin.
Melalui BawahTanahAyer, Radhi bertindak selaku produser bersama rakan seperjuangan beliau di dalam industri muzik, Greg Henderson. Buat pengetahuan semua, Greg juga adalah produser dan pemuzik dalam pembikinan album melayu pertama OAG – ‘Radhi-O Friendly’ dan album ‘Satelit Ink’. Pembikinan ‘BawahTanahAyer’ merupakan pengalaman baru buat mereka mengikut peredaran zaman dan perkembangan industri muzik tanah air.
Video muzik ‘BawahTanahAyer’ juga kini sudah boleh disaksikan di laman sesawang YouTube.
‘BawahTanahAyer’ merupakan ‘single’ terbaru OAG selepas lama ‘bertapa’ daripada industri hiburan tanah air. Pelancaran ‘single’ ini juga merupakan sebuah kebangkitan buat OAG untuk mereka meneruskan pembikinan album terbaru yang bertajuk ORANG EP 02 yang mana akan menjadi kesinambungan kepada album ORANG EP 01 yang telah dihasilkan pada 10 tahun yang lalu. Adakah anda sudah bersedia?
Aman kepada dunia! Aman kepada kemanusian! Aman untuk selamanya!
Anda ingin berjumpa dengan Jason Derulo secara live di MTV World Stage Malaysia 2015? Kami ada caranya. Dengan hanya memberi komen dibawah anda mungkin menjadi diantara dua orang pemenang yang bakal berjumpa Jason Derulo secara live.
Cara-cara menyertai contest ini :
Sila like facebook SELEBRITIONLINE
‘Tell us why you want to meet Jason Derulo?”
Sila tinggalkan nama,number telefon,email address dan umur.
Contest ini berlangsung mulai 2.00 petang (waktu Malaysia) 6/9/2015 sehingga 5.00 petang (waktu Malaysia) 7/9/2015. Pemenang akan dihubungi menerusi email dan telefon pada 8/9/2015.Keputusan adalah muktamad.
Single terbaru “Darker Than Blood” ditulis dan direkod oleh DJ terkenal iaitu Steve Aoki.Ini merupakan kali kedua beliau berkolaborasi dengan Linkin Park selepas “A Light That Never Comes”. Lagu ini dimuatkan didalam album ketiga Steve Aoki “Neon Future II”.
Single ini boleh didapati di laman web Amazon.com atau di iTunes. Ia merupakan single kedua bagi album “Neon Future II” dan telah direleasekan pada 14 April 2015. Muzik video rasmi telah pun berada di youtube pada 25 Jun 2015.
Against The Current is female fronted pop-rock band from New York. Formed in 2011 before any member was even old enough to drive, the group quickly gained momentum by posting videos on their YouTube channel (Youtube.com/againstthecurrentny) which currently boasts more than 1 million subscribers. After independently releasing 2 EPs, dozens of singles, and touring the globe without the support of a major label, the band signed to Fueled By Ramen/Atlantic Record during the winter of 2015.
The band is embarking on a headlining world tour summer 2015 in support of their recently released GRAVITY EP with stops in Europe, Asia, Australia, and North America. Against The Current’s major label debut is due out winter 2016.
Digital Idea is the promoter for Against The Current ‘Gravity’ live in Malaysia 2015. The Concert will be held at Galaxy Hall, HGH Convention Centre, Kuala Lumpur on the 28th August 2015. Showtime is at 7.30 pm
Concert tickets will be launched on June 15 (Monday) at 10 am via Ticketing Agent, Ticket Charge. It will be available online as well as at selected stores. For more information please log on to their website at www.ticketcharge.com.my.
You may also contact Ticket Charge Hotline +603-92228811 to purchase the tickets. Outlet sales will also start on the same day and available at Ticket Charge office, Speedy Music Store, Rock Corner Music store, Victoria Music Center and Neway Karaoke outlet.
Band Members
Chrissy Costanza – @chrissycostanza
Dan Gow – @danielgow
Will Ferri – @willferri
Michael Learns To Rock, kumpulan yang telah meraih anugerah multi-platinum, akan datang ke Malaysia untuk menghadiahkan peminat dengan persembahan dari album terbaru mereka, “25”, pada 15 Ogos 2015 di Mega Star Arena.
Selain dua single terbaru, “25” turut menampilkan kesemua lagu hit mereka sepanjang 25 tahun penglibatan dalam industri. Konsert ini akan menjanjikan pengalaman yang istimewa bagi peminat di Malaysia kerana mereka akan disajikan dengan persembahan visual berteknologi tinggi bersertakan susunan muzik khas oleh kumpulan berkenaan. Dalam meraikan tahun ke-25 mereka didalam arena ini, Michael Learn To Rock akan membawakan beberapa lagu hit seperti “The Actor”, “25 Minutes”, “Paint My Love”, “Sleeping Child”, “Take Me To Your Heart” dan banyak lagi.
Dalam keterujaan ini, Kaare menyebut: “Our 25th anniversary as recording artists is a milestone in our career and calls for a something special for our fantastic fans in Malaysia and the rest of Asia. That’s why we are working on a new show with great visual effects and a lot of our fans’ favorite songs. It is our aim to create new visual surroundings of our music, adding new perspectives to the MLTR live experience. We look forward to bringing the show to Malaysia and hope to see a lot of smiling faces and hear the beautiful voices of our fans singing along. See you!”
Sepanjang 25 tahun yang lalu, lagu-lagu hit kumpulan ini seperti “The Actor”, “25 Minutes”, “Paint My Love” & “Sleeping Child”, kerapkali diputarkan dicorong radio hingga melonjakkan nama mereka lantas membuahkan hasil jualan yang tinggi iaitu sebanyak 11,000 album fizikal terjual.
Konsert Micheal Learns To Rock “25 Live: The Anniversary Celebration In Malaysia” dibawakan oleh Mega Ultimate dan Warner Music Malaysia, dibantu oleh GS Realty. Lokasi rasmi, iaitu Mega Star Arena, radio rasmi, LITE FM, dibantu oleh Melody FM dan Sinar FM serta penghargaan khas diberikan kepada MONE untuk Double Tree Hotel sebagai penginapan rasmi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan“Micheal Learns To Rock” di Malaysia. Jualan tiket akan dilancarkan pada 20 Jun 2015 (Sabtu). Kategori harga tiket adalah seperti berikut: VIP – RM469, PS1 – RM289, PS2 – RM169 (Semua harga tiket adalah termasuk yuran pemprosesan RM4 dan GST).
Untuk maklumat lanjut mengenai jualan tiket, sila hubungi:
TicketCharge Hotline : 03-9222 8811 atau lawati www.ticketcharge.com.my (Isnin-Jumaat, 9am-5pm)