Tai Jawab Isu ‘Besar Kepala’, ‘Demand’ & ‘Bermasam Muka’

Baru-baru ini di dalam akhbar Utusan melaporkan tercetusnya pertelingkahan di antara pengarah terkenal Ahmad Idham dan pelakon yang cukup popular dengan tagline ‘apa celop’, Taiyuddin Bakar @ Tai, 29. Perkara tersebut belaku apabila Tai dikatakan tidak berpuas hati dengan bayaran yang ditawarkan oleh Idham dalam menjayakan sebuah filem arahannya berjudul, Gangster Celop.

Berpeluang bertemu Tai baru-baru ini, MD mendapatkan penjelasan daripada pelakon itu berkenaan konflik yang berlaku serta komen balas mengenai dia kini betul-betul sudah ‘besar kepala’ dan dilabelkan ‘demand’.

“Saya tidak terpanggil langsung untuk bagi apa-apa komen sebenarnya. Tapi apabila difikirkan semula, artikel yang bertajuk ‘Idham, Tai Bermasam Muka?’ tertera di akhbar tersebut, yang mana situasi berita itu belum betul-betul dipastikan samada benar atau tidak, kami berdua bergaduh.

“Tapi apa yang saya baca, atikel tersebut secara terus menghentam saya mengatakan Tai ‘besar kepala’ dan ‘banyak bunyi’. Dan saya merasakan ia sebagai satu usaha yang jelas daripada pihak sebelah sana,

“Sebenarnnya harga yang saya minta itu adalah harga pasaran. Harga yang sepatutnya dibayar kepada kebanyakan pelakon di Malaysia. Tapi mungkin pihak di sebelah sana tidak dapat memenuhi permintaan saya. Dan saya tidak diberitahu pula apa sebabnya,’ kata Tai membuka bicara menjelaskan hal berkenaan.

Pemilik nama sebenar Sallehuddin Abu Bakar ni juga berkata, dia merasa ralat dilabelkan sebagai seorang yang demand kerana merasakan harga yang diminta itu cukup munasabah. Malah konflik antara dia dan pengarah drama Apa celop itu tercetus bukanlah semata kerana harga yang diperdebatkan. Tetapi berpunca kerana budi bahasa dan cara pihak Idham meminta khidmatnya disifatkan sebagai sesuatu yang melampau tahap kesabaran.

“Saya agak ralat bila dikatanya saya demand. Saya setuju kalau harga yang saya minta itu tidak masuk akal. Sebetulnya saya tidak kisah permintaan saya itu tidak dipenuhi. Tetapi apa yang saya ingin tekankan di sini, amaun bukanlah punca kepada apa yang berlaku ini. Tapi kerana budi bahasa, bagaimana cara kita berjual beli dan bagaimana cara kita meminta dan memerlukan khidmat seseorang itu, yang mana saya rasakan maruah diri dan air muka saya sebagai seorang manusia dipandang rendah,” tegasnya.

Ditanya adakah dia pernah ‘makan hati’ sepanjang berkerjasama dengan pengarah juga pemilik produksi Excellent Pictures itu, Tai menjawab,

“Saya akui kadang-kadang ada sesuatu perkara yang buat kita tak berapa senang. Ada juga perkara yang menyebabkan kehendak kita sukar dipenuhi tetapi kalau kita dilayan dengan cara sepatutnya, tak mengapa. Tapi kalau sudah mencapai tahap dan ia tidak boleh dibiarkan lagi. Dalam bahasa kasarnya, saya menolak untuk bertuhankan manusia dalam mencari rezeki”,

Mengulas dakwaan bahwa tindakannya seolah-olah dengan begitu senang melupakan jasa pengarah yang membuatkan namanya dikenali menerusi filem Hantu Bonceng dan drama Apa Celop, Tai berkata dia pernah mempersoalkan pada dirinya sendiri tentang apa yang terjadi. Malah sekiranya dia tidak mengenali siapa Taiyuddin Bakar tentu sekali dia setuju dengan label lupa diri.

Bagaimanapun pelakon lulusan Diploma Teater (Lakonan) Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) ni memberitahu dalam hal ini, tahap kesabarannya sudah mencapai limit. Apapun dia cukup berterima kasih kepada Ahmad Idham yang telah menempatkannya diri dalam industri lakonan tanah air hingga membuat ramai sudah mengenali siapa Taiyuddin Bakar, hari ini.

“Idham, sebagai kawan adalah seorang yang cukup saya senangi. Dari sudut profesional kerja, dia seorang yang sangat saya hormati. Tapi sebagai manusia setiap daripada kita ada tahap dan limitnya. Apa yang boleh saya katakan di sini, apa yang berlaku di antara saya dan dia, sudah mencapai tahap limit”,

“Saya pernah berbincang berdua dengan Idham mengenai hal ini. Namun hasil perbincangan itu tidak mencapai satu keputusan yang baik” tambahnya.

Tai juga tidak dapat menolak bahwa konflik yang berlaku ini adalah kerana kesalahan dirinya sendiri yang selama ini terlalu memberi dan kerap mengalah dalam banyak perkara sejak awal lagi.

“Saya rasa mungkin konflik ini tidak akan wujud kalau saya sendiri tidak meletakkan diri saya terlalu rapat dengan Idham. Mungkin juga ini salah saya, Sebenarnya saya mengenali Ahmad Idham selepas tujuh tahun saya dalam dalam dunia lakonan. Mungkin juga salah Idham yang tidak mengenali saya,”

“Daripada awal lagi iaitu dari Hantu Bonceng lagi, saya sudah berterus terang mengenai apa yang saya faham dan tahu tentang industri. Mengenai harga yang sesuai untuk seorang pelakon di Malaysia ini. Tapi pada waktu itu, mungkin saya melihat pada platform. Tapi saya tegaskan lagi sekali, daripada awal saya sudah memberitahu tentang pendirian saya,”

“Saya meletakkan sesuatu harga itu mengikut harga pasaran bukan memandang dari sudut bayaran setimpal dengan watak. Tapi harga yang saya letakkan itu ditolak tanpa sebab kenapa tidak boleh dibayar. Selama ini saya tak pernah berkira tentang bayaran. Malah saya pernah berlakon percuma baik dalam drama, teater juga filem.

“Keutamaan saya adalah mencari rezeki halak untuk adik-adik serta kedua ibu bapa saya. Tapi apabila saya disogokkan dengan populariti, tidak bermakna ia boleh membeli jiwa saya. Kesimpulannya, konflik ini tercetus kerana prinsip sifat kemanusian, tuturnya mengakhiri perbualan.

*sumber mD

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *