Tara HD Sambut 25 tahun Shah Rukh Khan and Kajol Dalam Industri Bollywood

Sepanjang bulan November ini, saluran Tara HD (108) akan menyambut 25 tahun Shah Rukh Khan and Kajol dalam industri seni Bollywood dengan membawa filem-filem popular lakonan dua figura hebat ini pada setiap hari Sabut, jam 10 malam bermula 4 November 2017.

  • Pardes – 4 November 2017

Pardes adalah antara empat filem yang mendapat kutipan tertinggi di dunia pada tahun 1997. Atas dasar itu, India Today telah mengiktiraf filem ini sebagai filem Bollywood pertama yang berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat. Filem ini mengisahkan tentang Kishorilal, seorang bapa yang sedang mencarikan pasangan untuk anaknya yang sudah terjebak dengan cara kehidupan barat. Beliau lantas melamar Ganga, anak perempuan kepada kawannya dan membawa bakal menantunya itu berpindah ke Amerika Syarikat. Namun, hati Ganga sebenarnya telah terpaut pada Arjun (Shah Rukh Khan), anak angkat Kishorilal. Filem ini dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Amrish Puri, Alok Nath, Mahima Chaudhry dan Apurva Agnihotri.

  • Baazigar – 11 November 2017

Baazigar memperoleh kejayaan komersil ketika ia ditayangkan di pawagam dan merupakan antara empat filem Hindi yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun 1993. Menerusi filem ini, Shahrukh Khan telah berjaya merangkul anugerah pelakon lelaki Terbaik di 39th Film Fare Awards. Filem ini mengisahkan Ajay Sharma yang ingin membalas dendam terhadap pengkhianat perniagaan ayahnya sehingga mereka sekeluarga terpaksa hidup dalam kemiskinan. Shah Rukh Khan dan Kajol memegang watak utama dalam filem ini.

  • Ishq – 18 November 2017

Ishq merupakan satu-satunya filem yang berjaya menggandingkan Juhi Chawla dan Kajol dalam satu layar yang sama. Filem ini mengisahkan tentang empat orang remaja daripada kelas sosial berlainan bertemu dengan kekasih hati yang tidak direstui oleh ibu bapa masing-masing. Filem ini dibintangi oleh Aamir Khan, Kajol, Ajay Devgan dan Juhi Chawla.

  • Hum Aapke Dil Mein Rehte Hain – 25 November 2017

Filem ini merupakan antara lima filem dari India yang mendapat kutipan tertinggi pada tahun 1999, lantas diiktiraf sebagai “Super Hit” oleh Box Office India. Menerusi filem ini, Kajol berjaya merangkul sebuah pencalonan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam Filmfare Awards. Kisah yang dipaparkan dalam filem ini sebenarnya berasaskan daripada sebuah filem Telugu yang berjudul Pavithra Bandham. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki (Anil Kapoor) yang berusaha untuk memenangi semula hati isterinya (Kajol) setelah bercerai selepas setahun berkahwin secara paksa.

 

Check Also

The Rock Emperor Penang Chapter Sukses Hiburkan 8,000 Penonton, Wings Bakal Bawa Konsert Ke Pantai Timur

Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang menjadi saksi 8,000 peminat rock pulang dengan senyuman selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *