Tasha Shila Jadi Bibik Dalam Cintaku Bibikku

pelakon Cintaku Bibikku

Membuktikan dirinya bukan sahaja bergantung kepada watak gadis cantik dan berpenampilan menarik sentiasa, pelakon Tasha Shila bakal muncul membintangi drama menarik “Cintaku Bibikku” yang menemui penonton  pada 20 Oktober, jam 10.00 pagi mengisi slot Panggung Ahad di TV1. Tampil dengan watak sebagai pembantu rumah atau digelar bibik, kemunculan Tasha Shila yang ‘menghidupkan’ peranan sebagai Nina pastinya dinantikan peminat pelakon cantik ini yang sentiasa inginkan kelainan dalam watak dibawakan baik dalam filem mahupun drama lakonannya.

Bergandingan dengan pelakon Hairi Safwan, Ridzuan Hashim, Kuna dan Qazem Nor, Cintaku Bibikku mengisahkan Nina, gadis yang latar belakang keluarganya dari golongan berada dan sangat terkenal dengan harta kekayaannya. Keluarganya mempunyai empayar perniagaan hotel dan resort di seluruh Malaysia dan negara-negara di Asia Tenggara. Bapanya, Tan Sri Datuk Zulkifli dan ibunya Datin Sri Zulina Saidi telah mewarisi hampir kesemua perniagaan daripada keluarganya iaitu Tan Sri Saidi. Pewarisan ini telah menimbulkan beberapa konflik dalaman antara ahli keluarga mereka sendiri kerana Tan Sri Datuk Zulkifli bukanlah berasal daripada keluarga berada. Pertemuan Tan Sri Zulkifli dan Datin Sri Zulina telah banyak membawa banyak asam garam ke dalam keluarga kedua-dua belah pihak.

Tasha Shila pegang watak Nina

Keluarga mereka di kelilingi oleh mereka yang mempunyai hasad dengki dan beberapa percubaan untuk menjatuhkan Tan Sri Zulkifli. Datin Sri Zulina menerima keadaan ini dan menjadikan ia sebagai satu cabaran kerana empayar hotel dan resort bukanlah miliknya dan suami tetapi segala urusan banyak di berikan kepada adik-beradik dan juga sepupu-sepupunya. Kehidupan keluarga mereka juga menjadi tajuk media-media tempatan.

Tan Sri Zulkifli dan Datin Sri Zulina mempunyai seramai 5 orang anak. Anak-anaknya sudah pun memasuki empayar perniagaan dan masing-masing mempunyai urusan sendiri kecuali Zulqarnain dan Zukrina. Zulqarnain pula tidak berminat dalam perniagaan keluarganya kerana lebih berminat dalam dunia lakonan. Dia berjaya menempatkan diri sebagai pelakon hebat dan popular. Zukrina atau Nina pula baru sahaja menamatkan program Ijazah dari luar negara. Nina banyak menghabiskan masa di luar negara kerana berlaku satu insiden rancangan penculikan terhadap Nina semasa kecil. Oleh yang demikian, Nina dihantar belajar ke luar negara bagi memudahkan pembelajarannya. Walaupun berada lama di luar negara, Nina tidak sabar untuk kembali ke Malaysia kerana dia mahu mengenali budaya bapa dan ibunya secara lebih dekat.

Sekembalinya ke Malaysia, Nina telah diberi jawatan di Hotel Saidi tetapi Nina menolak tawaran itu dengan alasan mahu mengenali budaya asal-usul keluarganya. Segalanya bermula apabila Nina balik ke kampung bapanya di Kelantan. Nina tidak begitu dikenali oleh saudara maranya kecuali atuk dan neneknya sahaja. Sampainya Nina di Kelantan, Nina terpikat melihat budaya keislaman dan suasana kampung yang begitu menyenangkan. Pada masa kedatangan Nina, atuk dan neneknya tiada di rumah dan kedatangan Nina telah disalahertikan oleh pembantu rumah, Che Yah yang ingatkan Nina adalah pembantu rumah yang baru. Nina agak nakal dan meneruskan permainan tersebut dan berlakon menjadi pembantu rumah.

Qazem Noor pegang watak jahat

Che Yah yang periang begitu beria-ria mengajar Nina tentang cara-cara menjaga rumah dan masalah terbesar berlaku ialah Nina tidak faham dialek yang digunakan oleh Che Yah. Apabila Atuk dan neneknya pulang ke rumah, mereka terkejut melihat Nina menjadi pembantu rumah tetapi Nina telah memberi signal supaya lakonannya diteruskan. Nina mulai belajar mengenai budaya ayahnya dengan pergi ke pasar, memasak, mengemas rumah, melayan tetamu, dan tugas paling mencabar ialah mencuci semua tandas di rumah tesebut. Atuk dan neneknya yang jarang berada di rumah memberikan Nina kebebasan untuk meneruskan lakonannya.

Dengan menjadi seorang pembantu rumah, Nina berkenalan dengan keluarga Che Yah dan anak Che Yah, Amir terpikat dengan Nina namun Nina hanya melayan karenah Amir yang cuba memikatnya dan Nina hanya berlagak biasa saja.Tanpa Nina sedari, dia telah diekori oleh beberapa orang penjahat untuk menculiknya. Lakonan Nina sebagai pembantu rumah telah banyak memberikan beliau kesedaran tentang kehidupan. Nina menyaksikan bagaimana kehidupan petani dan pekerja kampung bagaimana mereka bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi. Hati Nina juga tersentuh apabila melawat ke satu kawasan pedalaman untuk melihat kebun atuknya. Keluarga itu begitu daif kerana terpinggir dari bekalan elektrik, dan air termasuklah kemudahan-kemudahan lain.

Pelbagai kisah lucu berlaku dirumah tersebut ditambah pula apabila abang Nina, Zulqarnain datang ke rumah tersebut untuk menjalani penggambaran. Bertambah lagi kejadian-kejadian lucu. Zulqarnain yang agak terkejut melihat Nina apabila tiba dirumah tersebut hanya berlagak biasa dengan membuli adiknya. Nina terpaksa menjadi orang suruhan abangnya. Tanpa sengaja, Amir ternampak Zulqarnain mencium Nina sehingga timbul perasaan cemburu dan marah.

Amir yang tidak tahu hubungan mereka terus menyimpan perasaan marah dan kecewa terhadap Nina. Dia merasakan dirinya dipermainkan. Kemudian, datanglah pula sepupu Nina, Akmal anak kepada Datuk Hadi untuk berjumpa denganya. Oleh kerana berada terlalu lama di luar negara, Nina dan Akmal tidak mengenali antara satu dengan lain kecuali melalui gambar. Oleh kerana lakonan Nina sebagai pembantu rumah, Akmal tidak mengesyaki yang pembantu rumah itu adalah Nina. Akmal datang ke rumah tersebut adalah untuk mencari dan mengenali Nina untuk menjadikan Nina isterinya. Ini adalah satu perancangan bapanya untuk merampas harta keluarga Nina. Namun begitu rahsia Nina terbongkar apabila Akmal menerima MMS daripada penyiasat peribadinya. Lalu apakah yang terjadi kemudiannya bila Akmal berjaya menculik Nina?

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *