TATI SKINCARE Menang Saman Fitnah Terhadap Penulis BLOG

Berikutan kemenangan kes saman fitnah jenama kosmetik Tati Skincare keatas seorang penulis blog  baru-baru ini, kesemua pengasasnya bersama peguam syarikat itu telah mewar-warkan berita tersebut kepada wakil media dalam satu sidang media yang telah diadakan di Flora Terrace semalam.

Menurut salah seorang dari pengasas bersama Tati Skincare, Puan Norasyikin Muhamadtujuan sidang media itu diadakan juga bagi menjelaskan fitnah yang berkait dengan produk Tati Skincare yang tular di media sosial sehingga memberi kesan kepada jenama itu sekaligus menghakis kepercayaan pengguna produk tersebut. Beliau juga berharap agar pengguna lebih yakin untuk menggunakan produk Tati Skincare selepas ini.

Sementara itu, peguam kepada Syarikat Tati Skincare, En. Md Faiez Md Suhaimi turut memaklumkan kepada pihak media yang hadir tindakan saman tersebut diambil oleh pihak anak guamnya setelah mendapati penulis blog berkenaan secara berterusan telah mengeluarkan berbelas artikel berunsurkan fitnah terhadap produk keluaran Tati Skincare.

“Pihak Tati Skincare telah merujuk perkara ini kepada kami bermula pada bulan Januari 2017 setelah mendapati adanya entri penulisan blog negatif di laman blog lekatlekit.com berkenaan produk Tati Skincare.“Penulisan negatif ini berterusan dari bulan Januari 2017 hingga April 2017 dilaman blog serta akaun Facebook penulis tersebut. Terdapat banyak perkara yang tidak benar serta mengadungi unsur fitnah dalam kesemua penulisan serta komen tersebut sehingga pihak Tati Skincare mengambil keputusan untuk  memfailkan saman fitnah kepada penulis blog tersebut (defenden), pada bulan May 2017”, ujar En. Md Faiez Md Suhaimi.

Setelah perbicaraan penuh, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah membuat keputusan pada 22 November 2018 lalu, dengan menyatakan sememangnya terdapat penulisan berunsurkan fitnah yang dibuat terhadap pengasas Tati Skincare, Puan Norhayati Hasyima Muhammad dan Norasyikin Muhammad. Dapatan yang diperolehi dari hasil keputusan tersebut antaranya ialah:

  • Penyataan yang mengatakan bahawa produk Tati Skincare adalah ‘produk timbang kilo’.

  • Pengasas Tati Skincare, Puan Norhayati Hasyima Muhammad (plaintif) pergi menunaikan umrah menggunakan hasil jualan produk kosmetik yang merosakkan muka orang awam.

  • Kesemua produk Tati Skincare adalah beracun

  • Gambar plaintif juga disiar dilaman sosial serta dipautkan dengan penulisan yang mengandungi fitnah.

En. Md Faiez Md Suhaimi dalam kenyataannya turut menekankan bukan semua produk Tati Skincare secara keseluruhannya dimasukkan ke dalam senarai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai produk yang mengandungi bahan berbahaya. Jesteru, tambahnya lagi netizen dan pengguna tidak sepatutnya ‘pukul rata’ dalam membuat justifikasi atau membuat sebarang kenyaataan. Sekiranya terdapat masalah, pengguna harus bijak dengan menggunakan saluran yang telah disediakan dan bukan membabi buta menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan kenyataan yang berbaur fitnah.

Pada sidang media tersebut, Puan Norasyikin Muhammad berserta pengasas yang lain turut menzahirkan rasa lega dan bersyukur atas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Beliau juga berharap agar keputusan ini menjadi pengajaran buat netizen diluar sana agar tidak sama sekali menulis perkara-perkara yang tidak benar. Pihak pengurusan Tati Skincare ada menyediakan saluran untuk pengguna menyalurkan sebarang pertanyaan atau pertanyaan di laman web mereka serta di platform media sosial Facebook dan Instagram.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *