SEOUL, 25 JULAI 2025 – LG Electronics Inc. hari ini mengumumkan keputusan kewangan LG suku kedua 2025 dengan jumlah pendapatan konsolidasi sebanyak KRW 20.74 trilion dan keuntungan operasi USD464.1 juta (KRW 639.4 bilion).
Walaupun prestasi menurun berbanding tahun sebelumnya disebabkan pasaran global yang lembap, peningkatan kos logistik serta tekanan tarif dari dasar perdagangan baharu Amerika Syarikat, beberapa segmen utama menunjukkan prestasi cemerlang. Syarikat Home Appliance Solution (HS), Vehicle Solution (VS) dan Eco Solution (ES) mencatatkan hasil terbaik dalam sejarah suku kedua mereka.

Syarikat Vehicle Solution (VS) merekodkan pendapatan suku kedua tertinggi sebanyak USD 2.07 bilion dengan keuntungan operasi USD 91.47 juta, hasil daripada pertumbuhan pesat komponen kenderaan elektrik dan sistem infotainmen dalam kenderaan.
Sementara itu, Syarikat Media Entertainment Solution (MS) mencatatkan kerugian operasi sebanyak USD 138.8 juta berikutan penurunan jualan TV dan perbelanjaan pemasaran yang tinggi. Namun, segmen platform webOS dan kandungan digital terus memberikan sumbangan positif terhadap keuntungan.
LG kini menumpukan kepada strategi transformasi portfolio, khususnya dalam segmen B2B seperti komponen kenderaan, penyaman udara HVAC, dan perniagaan langganan peralatan rumah. Pendapatan B2B meningkat 3% tahun ke tahun, manakala langganan peralatan rumah meningkat sebanyak 18%.
Saluran D2C melalui LGE.COM, serta model perniagaan langganan dan pendapatan berulang dari webOS, menjadi tunjang kepada strategi pertumbuhan mampan LG.
Dengan landskap pasaran yang dijangka kekal mencabar hingga hujung tahun, LG berhasrat untuk meningkatkan kecekapan operasi, meluaskan pasaran Global Selatan seperti India, dan memperkukuh portfolio produk termasuk sistem penyejukan cecair untuk pusat data AI.
Untuk maklumat lanjut, layari: www.LGnewsroom.com