realme X2 Pro paling ‘HYPE’ dengan Ciri-ciri Quad Cameranya

Salah satu ciri terbaik untuk peranti kuasa terbaru realme X2 Pro adalah quad kamera Hawk Eye Zoom. Selain menggunakan sensor Samsung ISOCELL GW1 64MP f/1.8 aperture. Kameranya terdiri daripada lensa utama 64MP f/1.8, lensa 115° ultra-lebar 8MP f/2.2, lensa telefoto 13MP f/2.5 bermula 5x sehingga 20x zoom hibrid serta lensa potret 2MP f/2.4.

Contoh 5x Zoom dan 20x Zoom

realme juga sekali lagi bekerjasama dengan jurugambar terkenal dunia iaitu Aaron Huey. Kali ini, Aaron Huey menekankan prinsip tona warna bagi memastikan output dari kamera realme X2 Pro adalah lebih baik daripada model yang lain.

realme X2 Pro juga mempunyai ciri Super Nightscape 2.0 supaya gambar yang di ambil pada waktu malam atau di tempat yang gelap lebih baik dari sebelumnya. Dengan Super Nightscape 2.0 juga, gambar low light akan lebih cerah, kurang ‘noise’ serta mempunyai dynamic range yang lebih baik.

Lebih menarik bagi mereka yang suka merakam video, realme X2 Pro mempunyai fungsi Ultra Video Stabilization. Fungsi ini akan membuatkan video anda lebih stabil dan kurang goyang. Menarik bukan?

Anda dah nampak kan betapa power model realme kali ini. Apa tunggu lagi, nantikan kemunculannya 2 Disember 2019 ini tau!

 

 

 

 

 

 

Check Also

Nikon ZR Malaysia kamera sinematik kompak 6K

NIKON ZR DILANCARKAN DI MALAYSIA: REVOLUSI KAMERA SINEMATIK KOMPAK

Petaling Jaya, 29 September 2025 – Futuromic Photo AV Sdn. Bhd., pengedar rasmi Nikon di …

Zfix Mobile Fest diiktiraf MBOR penukaran bateri iPhone

ZFIX MOBILE FEST CATAT SEJARAH DENGAN REKOD MBOR PENUKARAN BATERI IPHONE

Kuala Lumpur, 7 September 2025 – Suasana di Zfix Mobile Fest di Shah Alam semalam …

Leave a Reply