TENTANG DHIA Episod Akhir Cecah 3 Juta Penonton

Heboh satu Malaysia memperkatakan tentang kehebatan lakonan Nora Danish, Adi Putra, Liza Abdullah, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah yang berjaya mencetuskan satu fenomena baru menerusi drama bersiri di slot Akasia TV3, TENTANG DHIA, apabila episod terakhir yang ditayangkan pada petang Khamis lalu telah mencatat kadar penonton tinggi hampir 3 juta (Sumber: Nielsen Media Research).

TENTANG DHIA, sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd mengisahkan dilema si gadis bernama Dhia (Nora Danish) yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang merasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Namun kebahagiaan yang diidam Dhia tidak datang dengan mudah apabila terpaksa berhadapan dengan komplot dan rancangan jahat ibu mertuanya sendiri. Walaupun diuji pelbagai rintangan, cinta Dhia dan Zikir (Adi Putra) tetap utuh sehingga nafas terakhir.

Menurut Pengurus bagi Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita TV3, Puan Hadzelynda Khairuddin, “Sejak mula bersiaran pada 9 November 2011 hinggalah ke episod terakhir pada hari Khamis lalu, drama bersiri 30-episod ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja di kaca televisyen dengan purata 2.5 juta setiap episod, malah, pengaruh TENTANG DHIA terus hangat diperkatakan saban hari rata-rata menerusi media komunikasi alam maya seperti Facebook, laman twitter (worldwide trending top 3) dan juga blog-blog tempatan. Pihak TV3 dengan kerjasama Alt Media juga telah menganjurkan satu sesi live chat bersama dua pelakon tunjang drama ini, Nora Danish dan Adi Putra pada petang Khamis bertempat di studio Sri Pentas sempena dengan tayangan episod terkahir TENTANG DHIA. Sesi yang berlarutan selama  sejam tersebut telah berjaya meraih sebanyak 11,695 page views.”

“Bagi semua peminat drama TV3 jangan lupa temujanji anda untuk menonton drama penuh romantis, GEMERSIK KALBU di slot Akasia yang membariskan lakonan mantap Aqasha, Ayu Raudhah, Fazreen Rafi, Zain Saidin, Anzalna Nasir, Dian P Ramlee dan ramai lagi bermula 2 Januari 2012. Mengorak langkah ke tahun baru, kami akan terus menyajikan rancangan-rancangan yang terbaik dan bersesuaian dengan citarasa penonton tidak kira usia ataupun bangsa,” ujar Puan Hadzelynda lagi.

 

Check Also

Ahli Termuda Backstreet Boys Nick Carter Bakal Menghiburkan Peminat Malaysia Selepas Sedekad Dengan Konsert Solo

Hitman Solutions dan Happymoon dengan sukacitanya mengumumkan konsert pertama tahun 2025 dengan kemasukan Malaysia dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *