Terokai Syurga Berbelanja Bersama Hanis Zalikha Dalam Mad Markets

Siapa yang tak suka melawati tempat menarik dan berbelanja? Apatah lagi kalau barangan yang dicari itu murah, cantik dan berkualiti. Kalau nak tahu tempat menarik atau syurga membeli-belah di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, ikuti perjalanan si cantik manis Hanis Zalikha dalam mencari tempat paling popular dalam Mad Markets, menerusi slot 9X terbitan TV9 (saluran 119) pada setiap Rabu, jam 10.30 malam, bermula 12 September 2012 ini.

Pengembaraan Hanis tidak hanya terhad di Malaysia sahaja, malahan turut merentasi sempadan negara sehingga ke Singapura, Indonesia, Bangkok, Hong Kong dan beberapa lagi negara Asia yang terpilih. Bukan hanya lokasi strategik untuk berbelanja akan dapat anda ketahui, malahan Hanis akan turut membawa anda mengunjungi lokasi popular bagi orang tempatan untuk menjamu selera dengan pelbagai menu menarik yang akan membuatkan anda terliur melihatnya.

Apa yang unik tentang rancangan Mad Markets ini ialah hubungan yang terjalin antara Hanis dan para blogger yang datang dari pelbagai negara.  Antara blogger terkenal yang akan menemani Hanis dalam misinya untuk mencari barangan terbaik dan tawaran harga menarik di setiap lokasi yang akan dilawati ialah Maria Elena dari Malaysia dan Xiaxue dari Singapura.  Jalinan kemesraan antara mereka tidak akan hanya terhenti disitu sahaja.  Pembaca setia laman blog mereka akan turut dapat merasai keseronokkan perjalanan yang menggamit memori antara Hanis dan blogger yang menjadi tetamu Mad Markets.  Setiap daripada mereka akan membuat catatan istimewa di laman blog mereka menceritakan pengalaman mereka bersama Mad Markets.

Buat anda yang inginkan ketenangan dan mahu lari dari kesibukan kota, Hanis akan turut membawa anda mengunjungi tempat istirehat menarik seperti spa, refleksilogi yang tentunya akan disukai anda dengan harga berpatutan. Selain daripada berkongsi pelbagai tip dan panduan untuk berfesyen dan berbelanja, Hanis akan turut berkongsi rahsia kecantikannya dengan kerjasama Clean & Clear.

Jadi anda tidak perlu runsing lagi untuk memilih barangan tertentu atau pening untuk memilih tempat menarik untuk dilawati kerana semuanya akan dikongsikan bersama anda di dalam Mad Markets. Untuk maklumat lanjut layari www.tv9.com.my/madmarkets.

Check Also

ROSSA KEMBALI DENGAN KONSERT “HERE I AM” DI AXIATA ARENA

Penyanyi tersohor Indonesia, Rossa, bakal mengadakan konsert solo bertajuk “Here I Am” di Axiata Arena, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *