TikTok Jalin Kerjasama Dengan iflix, Perkhidmatan Hiburan Video Atas Permintaan (VOD) Terkemuka Asia Tenggara

Sebagai pembuka tirai 2020, platform utama video atas permintaan (Video-On-Demand,VOD), TikTok, hari ini mengumumkan kerjasama mereka dengan iflix, iaitu perkhidmatan TV hiburan dalam talian yang terkemuka di Asia Tenggara. Kerjasama ini dapat membawa pelbagai konten video menarik dan secara tidak langsung merentasi 13 negara -negara Asia.

Menerusi saluran baharu iflix, iaitu TikTok (TikTok Channel), pengguna iflix boleh menonton  pelbagai koleksi terkini TikTok  yang merangkumi video-video pendek  viral dari dalam dan luar negara secara percuma. Jika sebelum ini, pelanggan  iflix hanya mendapat akses menyaksikan pelbagai genre filem, drama siri, dan terbitan drama siri terbitan iflix (iflix Original). Kini, pelanggan lebih ada banyak pilihan termasuklah travel, komedi, gaya hidup, sukan, haiwan kesayangan dan banyak lagi kandungan hiburan yang lebih santai.

Menurut Pengurus Operasi Kandungan & Pengguna TikTok Malaysia, Cheah Sheau Mei, “Pengisian kandungan berbentuk hiburan yang lebih santai dan pendek menjadi satu permintaan yang tinggi di kalangan pelanggan kami. Pihak kami percaya, dengan adanya perkongsian kandungan bersama iflix, dapat memperluaskan lagi pasaran pengguna di seluruh dunia. Kini, semakin banyak syarikat mula memanfaatkan inisiatif kerjasama strategik sebagai sebahagian daripada strategi kreatif mereka untuk lebih berkembang maju.”

Sebagai permulaan, TikTok selaku platform utama video mudah alih ringkas, berhasrat untuk meningkatkan lagi kesedaran serta pendedahan tawaran aplikasinya melalui koleksi video-video popularnya, yang akan di dipaparkan di saluran TikTok di iflix.Jalinan kerjasama iflix dengan perkhidmatan video pendek utama terkenal di dunia, TikTok, adalah satu lagi langkah ke hadapan untuk strategi pemasaran kandungan syarikat yang bertujuan untuk melonjakkan lagi misi dan pencapaian syarikat yang lebih memuaskan.

Kata Mark Francis, selaku Ketua Pegawai Konten iflix pula, “Tidak dinafikan, populariti TikTok adalah disebabkan adanya pembikin dan pengguna yang kreatif terutamanya dari golongan millenial dan Gen Z. Mereka lebih meminati aplikasi ini kerana pengguna lebih terhibur dengan video yang dihasilkan pengguna lain mahupun video yang dihasilkan sendiri dan menghiburkan. Dengan adanya penambahan koleksi video pendek, padat dan kelakar dalam simpanan Tik ok, kini iflix juga komited untuk penyediaan platform terbaharu dan lebih bermanfaat buat pelanggan kami.”

Ingin menonton video-video terbaik TikTok 2020? Muat turun dan gunakan aplikasi TikTok sekarang, untuk menikmati pelbagai video menarik yang akan menghiburkan anda.TikTok boleh diakses di lebih 150 negara dan wilayah merangkumi 75 bahasa. Muat turun aplikasi TikTok melalui iOS atau Google Play.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *