Tiz Zaqyah Ambil Suntikan HPV Virus Di Kempen ‘May Care For You’

Pelakon Tiz Zaqyah telah mengambil suntikan HPV virus iaitu suntikan bagi mencegah dirinya daripada dijangkiti virus kanser khususnya kanser serviks yang sangat berisiko tinggi untuk dihidapi oleh kaum wanita.Beliau yang juga duta May sekarang ini aktif melibatkan diri dalam Kempen Kesedaran Kanser Serviks – May Care For You.

“Kalau dulu pengetahuan saya tentang penyakit kanser servik ni hanya sekadar pengetahuan asas sahaja, ada lah dalam 30%. Lagi pun dalam keluarga, alhamdulillah tak ada ahli keluarga yang ada kanser. Lagipun saya fikir, saya masih muda lagi. Jadi tu yang tak terlalu ambil tahu sangat. Saya fikir, ala nanti bila dah tua lah baru nak fikir pasal penyakit-penyakit ni,” kata Tiq.
“Kempen ni memang kita target untuk pelajar-pelajar. Sebab dalam usia mereka yang masih muda ni lah sebenarnya kita perlu ambil berat tentang kesihatan diri terutamanya mencegah daripada dijangkiti penyakit-penyakit berisiko tinggi seperti ini,” tambahnya lagi.
Setakat ini kempen tersebut telah dijalankan di lima buah universiti iaitu Asia Metropolitan, UK, UPM, UM dan Uitm. Kempen tersebut  telah bermula sejak 1 Mei lalu dan akan berterusan sehingga 31 Julai 2013. Sepanjang berkempen setakat ini, Tiz sudah mengunjungi lima universiti sekitar Kuala Lumpur bagi memberikan introduksi tentang penyakit ini dan kemudian ada doktor pakar yang akan memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar.
The YouTube ID of [nggallery id=154] is invalid.

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *