TODAK Melancarkan Butik ANC x TODAK dan Mengumumkan Inisiatif Baharu dalam Industri Esukan

TODAK, jenama terkemuka dalam industri esukan dan gaya hidup, telah melancarkan butik baharu hasil kolaborasi dengan ANC.LTD melalui kempen “Wear The Game” di K Commercial, Seksyen 13, Shah Alam pada 18 Januari 2025.

Butik ANC x TODAK yang berkeluasan 6,000 kaki persegi ini menampilkan konsep industri futuristik yang moden. Terletak berhampiran Stadium Shah Alam dan AEON Seksyen 13, butik ini bukan sekadar ruang membeli-belah tetapi turut menawarkan pengalaman unik dengan kemudahan untuk pengunjung bermain permainan video.

Dalam majlis yang sama, TODAK turut mengumumkan penubuhan pasukan baharu untuk ekosistem eFootball yang dianggotai oleh empat pemain elit termasuk Ahmad Muhaimin Abd Razak (Minbappe), johan kejohanan dunia eFootball di FIFAe World Cup dan pemain nombor satu dunia ketika ini. Pemain-pemain lain termasuk Syamsheer Hussain (Tsubasa), Muhamad Najmie Azizi (Tengkumie), dan Farish Luzman Muhammad Farid (Fluzsiuu).

TODAK juga mengumumkan kerjasama dengan CG Esports, pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang diketuai oleh Muhammad Danial Mohamad Fuad (Cikugais), bekas pemain TODAK yang telah memenangi Liga Profesional MLBB Malaysia sebanyak tiga kali.

Perasmian butik ANC x TODAK disempurnakan oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, bersama En Khairul Azlan, Pengasas dan Pengarah Kumpulan TODAK Holdings dan Pn Sharifah Hafiza Syed Ali, Pengarah ANC.LTD.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan hala tuju TODAK untuk tahun 2025 yang merangkumi pelbagai aspek termasuk pembangunan esukan kompetitif, pendidikan industri kreatif, pembangunan permainan video, penganjuran acara, sistem pembayaran digital, dan inovasi fesyen.

TODAK, yang ditubuhkan pada 2017, kini mempunyai enam anak syarikat yang memberi tumpuan kepada pelbagai perkhidmatan dan produk dalam industri esukan, fesyen, media, teknologi digital, pendidikan, dan perkhidmatan.

Check Also

VARISHA MELANCARKAN KOLEKSI RAYA 2025 BERSAMA DUTA JENAMA BAHARU, AMIRA OTHMAN

Varisha Collection Sdn. Bhd. mengambil langkah berani dalam industri fesyen dengan pelancaran koleksi eksklusif “Raya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *