Tourism Malaysia dan AirAsia bekerjasama untuk mempromosi sektor pelancongan

Tourism Malaysia (TM) dan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) hari ini di mana kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk mempromosikan pelancongan di Malaysia.

Majlis menandatangani perjanjian telah diadakan hari ini diantara Dato ‘Sri Abdul Khani Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi), Tourism Malaysia dan Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad, disaksikan oleh Dato ‘Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Dato’ Seri Nazri berada di Shanghai bagi mengetuai penyertaan Malaysia di acara ITB China di Pusat Konvensyen dan Pameran Ekspo Dunia Shanghai.

Dato’ Sri Abdul Khani Daud, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi), Tourism Malaysia berkata,”Hubungan laluan adalah nadi kepada industri pelancongan, dan melalui kerjasama antara Tourism Malaysia dan AirAsia dalam menggabungkan usaha pemasaran kami akan mengukuhkan lagi tahap kesedaran dan penjenamaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Melalui kerjasama ini, kami berharap untuk lihat lebih banyak pelancong menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian ideal bagi mereka.”

Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Kami amat gembira dengan perjalinan kerjasama ini untuk membangunkan industri pelancongan di Malaysia, dan kami amat berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi syarikat penerbangan bagi Tourism Malaysia. Kami akan bekerja dengan lebih rapat bersama TM bagi menyediakan hubungan laluan lebih baik ke dan dalam Malaysia dan membolehkan pelancong untuk terbang dari satu destinasi ke destinasi lain dengan lancar.”

“Melalui kerjasama ini, matlamat kami adalah untuk meningkatkan kesedaran dan publisiti yang luas mengenai Malaysia sebagai destinasi pilihan percutian dan perniagaan; dan meningkatkan kedatangan pelancong ke dalam negara ini. Usaha ini adalah selaras dengan matlamat negara, seperti yang dilihat melalui pelaksanaan e-visa bagi pelancong dari China dan India yang baru dilancarkan, membuatkan kemasukan pelancong ke Malaysia lebih mudah dan selesa.”

Perjanjian selama dua tahun diantara Tourism Malaysia dan AirAsia itu termasuk usaha dari segi pengiklanan jenama, aktiviti promosi dan kempen; lawatan suai kenal untuk pengguna, perdagangan, media, agensi pelancongan ke Malaysia; sinergi dalam perancangan antara pembangunan sektor pelancongan dan pengangkutan udara untuk menyediakan hubungan laluan yang lebih baik; perkongsian teknik pemasaran dan bantuan untuk membangunkan sektor pelancongan; jerayawara diantara kedua-dua pihak untuk memasarkan Malaysia kepada rakan kongsi; dan banyak lagi.

Tourism Malaysia dan AirAsia akan menjalankan aktiviti-aktiviti promosi untuk Malaysia ke semua 10 negara Asean, China, Taiwan, Hong Kong, Macau, Jepun, Korea, India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal, Maldives, Arab Saudi, Iran, Australia dan New Zealand.

Bersempena dengan kerjasama ini, AirAsia menawarkan 5% diskaun istimewa di atas semua promosi sedia ada bagi pemegang kad UnionPay. Diskaun ini boleh didapati untuk tempahan bermula dari sekarang Siaran Akhbar

sehingga 4 Julai 2017 untuk tempoh perjalanan dari 5 Mei 2017 sehingga 5 Jun 2018. Layari airasia.com atau menggunakan aplikasi mudah alih AirAsia pada iPhone atau peranti Android untuk menempah diskaun istimewa ini.

Dapatkan maklumat terkini berkenaan aktiviti, berita, dan promosi melalui Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).

Check Also

Pertunjukan Cahaya dan Bunyi di JBL Rewind Revolution

JBL®, jenama audio gaya hidup terkenal di bawah Harman International, memperkenalkan “JBL Rewind Revolution Roadshow” …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *