Baru-baru ini, Tune Talk dan QPR telah memeterai perjanjian selama 3 tahun yang mana Tune Talk adalah penaja rasmi syarikat telekomunikasi untuk QPR di Asia. Pelan juga telah dirangka untuk membentuk Kelab Penyokong Rasmi QPR Malaysia.
Kerjasama antara kedua-dua jenama yang teguh, Tune Talk dan QPR menjanjikan pelbagai faedah yang menarik bagi kedua-dua asas pelanggan Tune Talk dan peminat QPR di Asia.Peminat QPR bakal mendapat kandungan QPR eksklusif seperti sorotan perlawanan, update pemain, QPR pemanggil nada (CRBT) dan diskaun ke atas barangan eksklusif.