TV3 Kekal Pilihan N0.1 Minggu Raya

Sekali lagi stesen televisyen no.1 Negara, TV3 mencatatkan prestasi cemerlang apabila berjaya mengekalkan kedudukan kukuh dengan catatan rating tertinggi mengatasi saluran tempatan lain sepanjang sambutan Syawal bermula 18hb hingga 26hb Ogos 2012.

TV3 meneruskan tradisinya membawakan koleksi program menarik sepanjang sambutan Hari Raya merangkumi filem-filem blockbuster, telefilem, hiburan, variasi dan dramedi terbaik untuk tontonan semua yang menampilkan tagline “Terbaik Raya”. Ternyata TV3 terus menjadi saluran pilihan utama rakyat Malaysia malah berjaya menambat hati penonton apabila menguasai 98 program daripada 100 program teratas carta.

Pertama kali ditayangkan secara eksklusif di kaca televisyen pada malam Raya ke-2, filem terbitan Excellent Pictures arahan Ahmad Idham, “Mael Lambong” berada di tangga teratas senarai program popular Raya apabila berjaya mendominasi 47% syer yang merangkumi sebanyak 2.8 juta jumlah penonton. Manakala 4 filem yang turut disiarkan di TV3 pada minggu pertama Raya seperti Jangan Pandang-Pandang (siaran eksklusif di TV3), RA One (filem Hindi), Vanila Coklat Raya dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2 juga mendapat sambutan yang hangat apabila lebih 2 juta penonton tidak melepaskan peluang mengikutinya.

Telemovie istimewa “Apa Celop Raya” yang menghiasi slot prime time malam menjelang Raya turut meninggalkan impak yang hebat apabila berjaya meraih lebih 1.8 juta kadar penontonan. Tidak ketinggalan, beberapa program terbitan dalaman (Primeworks Studios Sdn. Bhd.) seperti program muzikal Raya “Ziana, Amy & Erra” termasuklah rancangan variasi seperti Bola Pun Raya, Senario Sayang Ayah, dramedi 48 Jam dan Melodi Raya juga mencatat kadar tontonan melebihi 1 juta penonton. Malah, kemeriahan “Terbaik Raya” TV3 sudah mula dirasakan dengan pencapaian hebat drama bersiri istimewa bulan puasa, “7 Ramadan” yang menampilkan lakonan mantap Ellie Suriati, Fir Affandi, Ana Dahlia, Mustapha Kamal dan Tania Zainal yang disiarkan di slot Samarinda apabila episod kemuncak (episod 13) yang bersiaran pada 16 Ogos 2012, 2 hari menjelang Hari Raya berjaya mencatat kadar tontonan sebanyak 2.5 juta jumlah penonton (sumber: Nielsen Media Research).

Menurut Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), “Selain daripada merebut peluang mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama keluarga dan teman, sambutan Syawal pastinya tidak lengkap tanpa ‘juadah’ istimewa di kaca televisyen. Justeru, saban tahun, TV3 terus berusaha menyajikan yang ‘terbaik’ untuk tidak menghampakan jutaan penonton setianya. Kami bersyukur kerana terbukti TV3 tetap menjadi pilihan utama rakyat malaysia walaupun kini terdapat lebih 100 saluran lain yang turut menyiarkan pelbagai program istimewa sepanjang sambutan Aidilfitri. Secara keseluruhan, TV3 terus unggul apabila mendapat sebanyak 46% syer penonton Melayu pada Hari Raya. Kami berbesar hati di atas sokongan padu yang diterima daripada jutaan penonton setia, dan berharap agar ia berterusan.”

Check Also

ROSSA KEMBALI DENGAN KONSERT “HERE I AM” DI AXIATA ARENA

Penyanyi tersohor Indonesia, Rossa, bakal mengadakan konsert solo bertajuk “Here I Am” di Axiata Arena, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *