UNKY FRESH STUDIO JEMPUT ANAK-ANAK SERTAI WOKSHOP HIP HOP ‘JUNIOR DANCE CAMP 2019’

Funky Fresh Studio (FFS) mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan ‘Junior Dance Camp 2019’ buat pertama kali seumpamanya di Malaysia pada cuti sekolah hujung tahun ini. Kem tarian yang bakal berlangsung selama 2 hari ini akan diadakan pada 30 November dan 1 Disember 2019 di Rever, Life Centre, Kuala Lumpur.
JDC 2019 adalah permulaan kepada kerjasama antara FFS dan JD Sports Malaysia (JDS), yang bertujuan untuk mengasah bakat kanak-kanak dan remaja yang berminat dengan tarian dan koreografi Hip Hop. Kedua-dua organisasi ini bekerja rapat untuk menyediakan program pembangunan sosial khas sempena cuti sekolah hujung tahun ini untuk kanak-kanak berumur 7 – 17 tahun, yang menggemari muzik dan menari. Program ini menyediakan saluran interaktif untuk menyemai potensi dan bakat kanak-kanak di samping meningkatkan perkembangan koreografi tarian bersama-sama dengan pakar tarian yang berpengalaman dalam persekitaran yang menyeronokkan, kondusif dan selamat.
Aktiviti JDC 2019 menampilkan seorang kanak-kanak yang berumur 10 tahun, Armani Kowachee, yang merupakan duta JDS Malaysia yang paling muda. Dilahirkan dengan persona bintang semulajadi, Armani, atau dikenali sebagai ‘Kowachee’ adalah bintang muda berbakat yang meningkat naik di Malaysia dan semakin meraih perhatian ramai, tidak kira muda mahupun dewasa, melalui laman media sosialnya Instagram dan YouTube. Sejak kebelakangan ini, kerjaya seni Armani berkembang dengan sungguh membanggakan apabila dia ditampilkan sebagai salah seorang bintang dalam video muzik, persembahan bagi majlis-majlis anugerah berprestij dan acara pentas di samping artis-artis ternama tanahair. Di kalangan kanak-kanak sebaya, Armani  menjadi idola ramai dan dianggap selebriti muda yang menjadi inspirasi dan model kepada kanak-kanak lain yang mempunyai minat dan semangat yang sama dalam aktiviti tarian, kecergasan dan kesejahteraan.
“JDC datang kepada kami dengan semangat dan ketabahan yang kental. Sebagai jenama yang mempunyai semangat yang sama, kami berbesar hati menyokong usaha FFS terutamanya dalam pembangunan dan pertumbuhan belia di Malaysia, “kata Jaclyn Tan, Ketua Jenama dan Pemasaran JD Sports Asia Tenggara. “Adalah penting bagi belia kita untuk memahami ‘ketabahan’ dan apa yang diperlukan untuk mengeluarkan versi terbaik bagi diri mereka sendiri,” kata Jac. “Kami gembira berada di langkah pertama yang mereka ambil untuk berkembang menjadi penari yang lebih baik”.
Program JDC mensasarkan untuk meletakkan penanda aras dan berinspirasi untuk menaiktaraf komuniti penari ke tahap yang lebih tinggi dan menyebarkan pengaruh yang positif dan sihat kepada belia-belia di Malaysia dan Asia Tenggara bagi mereka membangunkan dan mengekspresikan diri mereka. Struktur program JDC direka khas daripada asas tarian sehingga ke pendedahan tarian Hip Hop akan dikongsi oleh enam orang tenaga pengajar yang juga koreografer terkenal tanahair seperti Faruq Suhaimi, Racheal Law, Nasty Aus, Peot Walawei, Beat My Bois, Danial Hisham dan termasuk Armani Kowachee sendiri, yang akan bersama para peserta di kem nanti. Sepanjang 2 hari kem berlangsung, peserta-peserta akan mengikuti 6 buah kelas bersama dengan 6 orang koreografer menerima pendedahan tentang teknik asas elemen Hip Hop, cypher, dan lain-lain lagi. Di Akhir kem nanti, para peserta akan dinilai berdasarkan apa yang telah mereka pelajari dan anugerah khas disediakan bagi 5 orang peserta terbaik termasuk sebuah anugerah “Gaya Swag Terbaik”. Sepanjang kem berlangsung, peserta-peserta akan dihidangkan dengan makan tengahari dan minuman petang dan setiap peserta akan menerima sijil penyertaan daripada JDC serta paspot khas yang melayakkan peserta-peserta menyertai program JDC di masa akan datang.
“Kami berharap program JDC 2019 akan mejadi platform sedia ada bagi bintang kecil seperti Armani dan anak-anak lain yang mempunyai minat dan semangat untuk menari kerana kami percaya dengan ruang dan peluang yang betul, impian dapat dicapai dengan dorongan untuk mereka berjaya dalam bidang yang mereka minati,” ujar Pengarah Urusan Funky Fresh Entertainment Network, Siti Hadzrah Abdul Rahim. 
Selaras dengan agenda negara untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat dan seimbang, Program JDC menggalakkan aktiviti yang sihat di kalangan kanak-kanak dan memerangi isu seperti stres, kemurungan dan penyakit mental serta menggalakkan hubungan yang mesra dan semangat berpasukan yang baik, untuk memupuk rasa hormat kepada rakan-rakan dan orang dewasa, bagi meningkatkan kebahagiaan, fokus, dan keyakinan diri melalui aktiviti interaktif yang menyeronokkan dan menghindari tingkah laku negatif dan perlakuan tidak bermoral. Kanak-kanak yang terlibat dalam program ini dapat memanfaatkan kemahiran, penguasaan dan fokus mereka dalam koreografi tari, kecergasan dan kesejahteraan dengan bantuan yang konsisten dan sokongan berterusan daripada kumpulan rakan sebaya mereka yang lain dan juga orang dewasa yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam koreografi tarian. Untuk maklumat lanjut mengenai Junior Dance Camp 2019 atau mendaftarkan penyertaan, layari laman web www.juniordancecamp.com atau ikuti akaun Instagram @junior.dance.camp.

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *