VITAGEN Perkasakan Transformasi Dalaman Para Peserta Akademi Fantasia 2016

VITAGEN, minuman susu kultur pertama dan No.1 di Malaysia, adalah penaja utama Akademi Fantasia (AF) 2016 dan dijangka merubah para peserta bermula dari menjaga kesihatan sistem penghadaman untuk meningkatkan tahap kesihatan keseluruhan mereka. Pada masa yang sama, membantu mereka menguruskan tekanan yang dihadapi dalam usaha menjadi seorang bintang.

Seperti VITAGEN, rancangan pertandingan realiti nyanyian AF amat digemari dan mendapat penilaian tontonan yang tinggi. Para peserta yang dipilih sebagai pelajar di dalam Akademi itu akan dilatih dan dididik untuk berjaya dalam industri hiburan tanah air. Antara graduan AF yang berjaya mengukir nama dalam dunia hiburan di Malaysia ialah Vince Chong, Mawi, Stacy, Akim, Marsha Londoh, Shahir dan ramai lagi.

Konsert mingguan AF2016 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan siaran serentaknya di saluran Astro Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9.00 malam dari Auditorium Majilis Bandaraya Shah Alam (MBSA), mulai 21 Ogos 2016 yang lalu. Perkembangan para pelajar terkini melalui Diari AF2016 pula disiarkan di kedua-dua saluran tersebut mulai pukul 6.30 malam, hari Isnin hingga Jumaat.

VITAGEN akan terlibat secara langsung untuk mempromosikan kesihatan sistem penghadaman yang lebih baik melalui aktiviti senaman dan nutrisi yang lebih baik. Ia dilakukan menerusi satu segmen kecergasan dan hidup sihat pada setiap Selasa bersama Jurulatih Cem, seorang perunding kecergasan yang terkenal.

Setara AF yang dominan dalam mempromosikan bakat nyanyian baru, VITAGEN telah merintis jalan untuk menggalakkan kesihatan sistem penghadaman dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pendidikan dan aktiviti kesedaran sejak 1977.

Daripada program-program di sekolah, acara tahunan Healthy Digestion Walk dan banyak lagi, VITAGEN telah menjadi sebahagian daripada kesihatan hidupan seharian serta kesejahteraan harian rakyat Malaysia. 

VITAGEN_AF2016

Usaha jangka masa panjang VITAGEN dalam menggalakkan kesihatan sistem penghadaman menerusi kempen Kesedaran Kesihatan Sistem Penghadaman yang Baik dilaksana berdasarkan penyelidikan peranan bakteria baik terhadap kesihatan, di samping faedah susu kultur yang mengandungi bakteria baik untuk menyeimbangi flora di dalam sistem penghadaman manusia.

Kesihatan yang baik bermula daripada sistem penghadaman. Jika bahagian dalaman tubuh kita sihat, ia akan diserlahkan oleh luaran badan kita. Flora usus yang baik menggalakkan fungsi gastrointestinal yang normal. Ia melindungi daripada jangkitan, mengawal metabolisma dan merangkumi 70% sistem imun kita.

Sistem penghadaman manusia mempunyai kira-kira 100,000,000,000,000 (100 trilion) mikroorganisma. Ia mengandungi 10 kali ganda lebih banyak bakteria berbanding semua sel tubuh manusia secara keseluruhannya dengan 400 spesis bakteria telah dikenal pasti.

Kebanyakan penyakit, malah tekanan, yang mungkin kelihatan tidak mempunyai kaitan dengan sistem penghadaman sebenarnya boleh berpunca daripada masalah sistem penghadaman tersebut. Memahami bagaimana sistem penghadaman berfungsi dan bagaimana untuk menjaganya memang penting untuk kesihatan kita.

VITAGEN mengandungi berbilion-bilion bakteria baik yang membantu penyerapan nutrien daripada makanan dan merangsang sistem penghadaman yang lebih kuat.  Ia juga membantu menghalang perkembangan bakteria berbahaya, mengurangkan risiko gangguan sistem penghadaman untuk kesihatan penghadaman yang optimum.

Bagi para peserta AF2016, perjalanan mereka menuju kejayaan akan menjadi refleksi kepada impian rakyat Malaysia. Aksi anak-anak muda ini akan dirakam dan diekori rapat selama dua bulan program itu berlangsung. Tekanan dan halangan yang mereka tempuhi itu sebenarnya menjadi refleksi terhadap cabaran yang dilalui oleh setiap rakyat Malaysia. 

Timbalan Pengurus Besar VITAGEN, Michael Ong memberitahu jenama itu berbesar hati untuk bekerjasama dengan Akademi Fantasia, kerana kedua-duanya mempunyai banyak persamaan. Malah, ini merupakan peluang terbaik untuk menyampaikan mesej positif dan penuh inspirasi kepada lebih ramai pengguna mengenai kesihatan sistem penghadaman yang baik dengan minum VITAGEN, demi nutrisi serta kecergasan yang lebih baik. 

“Penajaan Akademi Fantasia 2016 merupakan satu lagi pengembangan kempen Kesedaran Kesihatan Sistem Penghadaman yang Baik kami. Untuk mengukuhkan lagi nilai jenama kami sebagai pakar sistem penghadaman yang sihat, VITAGEN akan membantu transformasi para peserta bermula dari dalam iaitu menjaga kesihatan sistem penghadaman mereka untuk meningkatkan kesihatan keseluruhan yang lebih baik sepanjang pertandingan. Sekali gus membantu mereka mencapai impian untuk menjadi bintang.”

Kempen Kesedaran Kesihatan Sistem Penghadaman yang Baik VITAGEN mempromosikan kesihatan sistem penghadaman menerusi pendekatan lima langkah gaya hidup aktif seperti pengambilan minuman susu kultur, berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari, mengambil 3 hingga 5 hidangan serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, tidur sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sehari serta strategi mengurangkan tekanan.   

“Kami sedar bahawa para peserta AF2016 perlu melalui tekanan yang hebat, kurang tidur, hilang motivasi dan tabiat diet tidak sihat yang boleh menjejaskan kesihatan sistem penghadaman mereka. Sebab itulah kami memberikan mereka bimbingan profesional mengenai kesihatan sistem penghadaman, kecergasan dan pengambilan nutrisi yang betul oleh jurulatih Cem.

“Dengan melihat bagaimana individu-individu berbakat ini mengendalikan tekanan, pada masa yang sama mengamalkan tabiat menjaga sistem penghadaman yang sihat pasti boleh memberi motivasi kepada lebih ramai penonton supaya membuat perubahan penting dalam gaya hidup mereka. Kesihatan yang baik sememangnya bermula dengan sistem penghadaman yang sihat,” kata Ong.

“Para peserta boleh menikmati kelazatan minuman susu kultur yang mengandungi bakteria baik secara percuma sepanjang masa. Ia dapat membantu mereka menguruskan tahap tekanan dengan sistem penghadaman yang lebih sihat dan menambahkan bakteria baik di dalam sistem penghadaman mereka.”

Sempena siaran program AF2016, VITAGEN akan mengadakan promosi di peruncit yang terpilih di seluruh negara. Ini termasuklah pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang – berjalan di atas karpet merah pada peringkat akhir AF2016 untuk dua orang pemenang bertuah dengan pasangan masing-masing. Pemenang peraduan media sosial ini berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan juara AF2016.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.vitagen.com.my atau jadilah salah seorang peminat VITAGEN Malaysia di laman Facebook  https://www.facebook.com/VITAGENMalaysia. Ikuti juga aksi cergas dan sihat peserta AF2016 kegemaran anda.

Check Also

Kahf Malaysia Ungguli Kategori Pelancaran Produk di Anugerah FMCG Asia 2024

Kahf Malaysia, jenama penjagaan diri lelaki yang sedang berkembang pesat, telah mencapai kejayaan membanggakan apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *