Friday , August 12 2022

vivo Mentakrifkan Semula Estetika Swafoto Moden dengan V23 5G, Menampilkan Reka Bentuk Berubah Warna yang tersendiri

vivo telah melancarkan telefon pintar V23 5G secara rasminya di Malaysia, sebuah telefon perdana swafoto dengan ciri-ciri fotografi fenomenal untuk menangkap potret dan swafoto yang memukau mata dalam reka bentuk penetapan trend dan pengalaman 5G berprestasi tinggi.

Kamera hadapan AF 50MP termaju V23 5G dan kamera hadapan sudut super lebar 8MP menetapkan standard baharu dalam prestasi kamera dan keanggunan reka bentuk. Ciri-ciri luarannya menampilkan rupa-dan-rasa semula jadi namun luar biasa yang menggabungkan reka bentuk bingkai rata vivo dengan permukaan badan yang unik menggunakan teknologi Fluorite AG untuk pegangan yang lebih selesa. V23 5G juga memaparkan luaran bertukar warna istimewa yang menukar warna di bawah cahaya matahari.

“Di vivo, kami berusaha untuk mencipta pengalaman telefon bimbit terbaik yang menggabungkan teknologi inovatif, keupayaan canggih dan gaya untuk mereka yang mencari cara baharu tetapi berani untuk meluahkan keperibadian masing-masing. V23 5G memberikan keupayaan kamera yang luar biasa dalam pelbagai aspek untuk menangkap swafoto dan potret berkualiti yang menakjubkan, sambil dibalut dengan reka bentuk ringan dan elegan yang bergaya namun pelbagai daya tarikannya dengan permukaan unik yang berubah warna,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.

Penentu-penentu trend yang mementingkan gaya dan juga pengguna serta jurugambar yang mementingkan kualiti akan mendapati bahawa V23 5G adalah gabungan ideal dari segi keanggunan reka bentuk, ciri fotografi premium dan prestasi 5G untuk permainan serta aplikasi-aplikasi misi kritikal dan juga sumber intensif.

Meningkatkan swafoto, potret dan tangkapan sudut lebar

Gabungan kamera hadapan 50MP AF dan kamera hadapan sudut super lebar 8MP memberikan pelbagai ciri baharu untuk memenuhi keperluan individu yang menuntut kedua-dua gaya dan fungsi.

Kamera hadapan 50MP AF serba baharu yang ditambah baik oleh Sensor JNV dan autofokus tersuai, di mana pengguna boleh mengekalkan potret yang menakjubkan dan sangat jelas walaupun dalam pencahayaan gelap, terima kasih kepada mod Lampu Sorot Dwi-Ton dan mod AI Ekstrem Malam yang eksklusif. Potret yang digayakan juga dimaksimumkan dengan ciri Potret Pesta baharu untuk menangkap pemandangan pesta yang menawan dan ciri Potret Pelbagai Gaya untuk cara yang lebih menyeronokkan untuk merakam detik-detik istimewa.

Berlalulah sudah hari-hari yang tidak dapat memuatkan semua orang dalam swafoto kumpulan. V23 5G membolehkan pengguna menangkap gambar super lebar, walaupun dengan kamera hadapan. Selain itu, ciri Potret Semulajadi baharu memenuhi pelbagai keperluan swafoto dengan pilihan ciri mencantikkan gambar. Algoritma AI boleh mempertingkatkan perincian muka, serta elemen Lampu Sorot Dwi-Ton, potret malam cahaya rendah dibawa ke peringkat seterusnya melalui Swafoto Sudut Super Lebar Malam yang merakamkan atmosfera detik-detik pesta malam itu dengan sempurna.

Faktor keseronokan: Video swafoto 4K dan ciri-ciri mod malam

V23 5G juga datang bersama dengan mod AI Face Beauty iaitu sebahagian daripada ciri Video Swafoto 4K, dengan keupayaan pasca penyuntingan yang dipertingkatkan untuk kelihatan wajah dan visual yang lebih baik. Ia membolehkan pengguna lebih kemudahan dan fleksibiliti semasa merakam dan mengedit video.

Modul tiga kamera belakang – terdiri daripada kamera malam AF 64MP, kamera sudut lebar 8MP dan kamera makro super 2MP – menyokong Mod Malam Super, yang memberikan prestasi yang tiada tandingan dalam tetapan dalam gelap. Kualiti gambar yang sangat jelas dipertingkatkan lagi melalui ciri Potret Suar Bokeh Dwi-Kamera untuk mencapai ‘kabur latar belakang’ profesional yang amat diingini dalam imej pegun. Ciri unik ini berbeza daripada kebanyakan teknologi kamera tunggal hari ini.

Sesuai untuk guru gaya

Tersedia dalam dua warna, Sunshine Gold dan Stardust Black, V23 5G direka untuk memberikan rupa dan rasa yang unik dengan pelbagai daya tarikan yang sesuai untuk pelbagai jenis gaya, semuanya dalam badan ultra-nipis 7.39mm dan sekeping bingkai rata logam yang mencipta kesesuaian yang sempurna di tangan. Reka bentuk ini dilengkapi dengan Fluorite AG untuk memberikan rasa yang sangat halus dan tekstur yang lembut untuk disentuh namun tahan terhadap cap jari. Penampilan anggun dipertingkatkan oleh permukaan yang berubah warna untuk mencerminkan individu-individu yang pelbagai jenis dan ekspresif dalam penampilan dan mood, daripada warna hangat yang selesa kepada warna sejuk dan tajam.

Pengalaman pengguna yang lancar

Akhir sekali, V23 5G menampilkan peningskatan perkakasan baharu untuk menyampaikan prestasi peneraju industri dari segi semua senario penggunaan. Telefon pintar ini menyampaikan prestasi tahap perdana melalui pemproses MediaTek Dimensity 920, membolehkan vivo meneruskan rekod prestasinya dalam menyampaikan pengalaman premium, permulaan aplikasi pantas dan kelajuan pemasangan, serta 5G dwi-mod siap sedia.

Tersedia dalam 12GB RAM, vivo V23 5G menawarkan ruang RAM tambahan dengan Extended RAM 2.0, yang membolehkan memori dalaman sebanyak 4GB digunakan sebagai RAM apabila diperlukan. Pengguna juga boleh menikmati prestasi permainan yang sangat lancar dengan kadar penyegaran paparan 90Hz, Sistem Penyejukkan Cecair dan Mod Permainan Ultra. V23 5G baharu juga menampilkan keupayaan FlashCharge 44W yang boleh menghidupkan bateri 4200mAh (TYP) super-nipis dengan cepat dan cekap.

Maklumat Harga dan Ketersediaan

Dengan harga RM2,099, vivo V23 5G kini tersedia boleh didapati di kedai konsep vivo, peniaga sah dan saluran dalam talian seperti E-store rasmi vivo dan rakan kongsi E-dagang termasuk Shopee dan Lazada, vivo Malaysia juga akan menganjurkan Jualan Pertama selama sebulan bermula dari 14 Januari 2022 hingga 14 Februari 2022.

Dari 14 Januari 2022 hingga 16 Januari 2022, pelanggan yang membeli vivo V23 5G layak menerima hadiah berjumlah RM668, termasuk vivo TWS 2e, Perlindungan Retak Skrin 1 Tahun dan Waranti Lanjutan 1 Tahun.

Fasa kedua Jualan Pertama yang akan diadakan pada 17 Januari 2022 hingga 14 Februari 2022 akan datang dengan pembersih vakum tanpa wayar, Perlindungan Retak Skrin 1 Tahun dan Waranti Lanjutan 1 Tahun bernilai RM558 bagi pelanggan yang membeli peranti V23 5G.

Check Also

The Lightest 11-inch Tablet and Powerful Laptop is Coming Your Way

What does innovation mean to you? To Huawei, Innovation is not just about new ideas …

Leave a Reply

Your email address will not be published.