XPDC Teruskan Konsert Demi Peminat Walaupun Penganjur Bermasalah

DSC_2317-1

Konsert ‘XPDC Live In Concert’  sempena 25 tahun XPDC malam semalam sepatutnya menjadi satu kenangan manis buat para peminat tegar mereka namun ia bertukar menjadi pahit.Ini gara-gara pihak penganjur gagal melunaskan bayaran terakhir kepada XPDC.

XPDC kini diterajui oleh Mael (vocal), Izo (Gitar) dan Amy (Drum). Manakal Eddie pula bertindak sebagai pemain bass undangan sempena konsert ini. Konsert ini dibawa khas oleh ‘Return Of Rock’ dan dijayakan bersama ‘SNF racing’ dan Life Records.

Konsert yang sepatutnya bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam terpaksa ditangguhkan gara-gara masalah penganjur.Konsert hanya bermula sekitar jam 11 malam walaupun pihak XPDC tidak mendapat bayaran terakhir dari pihak penganjur.XPDC teruskan juga konsert ini demi para peminat mereka yang telah mula berada di Litar Antarabangsa Sepang seawal jam 4 petang.

Ketika ditemui selepas konsert, Izo menjelaskan “Ini merupakan insiden yang pertama mereka tidak mendapat keseluruhan bayaran sepanjang 25 tahun berkecimpung didalam industri muzik di Malaysia.Sepatutnya bayaran terakhir dijelaskan sebelum kami memulakan persembahan,”.

“Kami juga berharap agar para peminat diluar sana tidak menyalahkan XPDC dengan insiden yang berlaku tadi. Ini kerana segala persiapan serta sound check telah pun dibuat. Konsert bermula agak lewat kerana masalah bayaran yang belum dilunaskan oleh pihak penganjur. Kami tetapkan teruskan konsert ini demi para peminat walaupun tidak mendapat bayaran penuh.Sepatutnya kami menyampaikan 18 buah lagu termasuk beberapa medley namun kerana permit untuk konsert ini hanya sehingga jam 12 tengah malam maka kami hanya sempat menyampaikan hanya 10 buah lagu sahaja,” tambah Amy.

“Kami berharap agar insiden ini tidak berlaku lagi kepada XPDC serta artis lain di Malaysia. Jika ada penganjur di luar sana yang mahu bekerjasama dengan XPDC untuk konsert akan datang kami sedia berbincang,” tambah Izo lagi. Pihak SelebritiOnline cuba mendapatkan komen dari pihak penganjur namun gagal kerana mereka sudah tiada di tapak konsert.

XPDC memulakan konsert dengan lagu Ntahapahantah dan diikuti dengan Bahalol dan Hidup Bersama. Dek kerana kesuntukan masa, pihak XPDC hanya dapat menyampaikan beberapa lagi lagu seperti Hentian Ini,Titian Perjalanan,Hairan Bin Ajaib,Senapang Patah dan Semangat Yang Hilang. Konsert ini berakhir sekitar jam 12.15 tengah malam dengan lagu Apa Nak Dikata menjadi lagu penutupnya.

Walaupun konsert ini selama satu jam lebih sahaja, namun ia dapat mengubat sedikit kekewaaan para peminat tegar XPDC.Sempena 25 tahun XPDC di persada seni tanahair, pihak Life Records turut menerbitkan album kompilasi yang mengandungi 25 buah lagu terbaik dan popular termasuk sebuah lagu terbaru XPDC iaitu Khilaf.

*credit photo : Harris Daniel

 

 

 

 

 

 

Check Also

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!

Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *