Saturday , October 1 2022

ZAF V.E. Dan PG Adam Tersingkir Di Minggu Ketujuh HIJRAHKAN LAGUKU

Minggu ketujuh Hijrahkan Laguku menampilkan, Episod separuh akhir, yang berlangsung pada 1hb Januari 2022 yang lalu. Seramai enam orang artis bintang Hijrahkan Laguku telah menjayakan program tersebut. Lima orang terdiri daripada bintang Hijrahkan Laguku, manakala tempat Mark Adam digantikan oleh Adeep Nahar, menerusi lagu Cahaya Mata nukilan Mark Adam dan isterinya. Lagu asal tersebut bertajuk Anak nyanyian Freddie Aguilar.

ZAF V.E & PG Adam

Tema minggu ketujuh adalah cabaran dalam isiqamah. Mereka menceritakan bagaimana cabaran yang mereka hadapi sepanjang penghijarahan mereka ke arah yang lebih baik. Tema untuk lagu yang dipersembahkan adalah enta pilih ana nyanyi. Barisan bintang Hijrahkan Laguku akan memilih lagu untuk barisan bintang yang lain.

Empat bintang program Hijrahkan Laguku layak keperingkat akhir nanti adalah Datuk Nash, Shahir Zawawi, Mark Adam dan Iwan Syahman, dan sekaligus menyingkirkan dua peserta yang berada di kedudukan terbawah iaitu ZAF V.E. dan PG Adam.

Empat bintang tersebut melontarkan rasa syukur akan keputusan juri dan meluahkan rasa sedih mereka akan kehilangan rakan seperjuangan mereka.

Bagi pemarkahan minggu ketujuh (separuh akhir), Shahir Zawawi mendapat 73 markah. Adeep Nahar yang menggantikan Mark Adam mendapat tempat kedua dengan 71 markah. Manakala Iwan Shahman ditempat ketiga dengan 70 markah.

Kesemua bintang Hijrahkan Laguku lahirkan rasa syukur kerana di beri peluang menyertai program ini dan turut memuji akan insiatif TV AlHijrah dalam memberi mereka ruang untuk mereka berdakwah kepada orang ramai melalui bidang nyanyian dan menghiburkan penonton.

Manakala barisan juri diketuai juri tetap, Fauzi Marzuki, dibantu oleh Isman Hijaz dan ditemani penceramah jemputan Ust Zul Ramli. Program yang dihoskan oleh Faizal Ismail dan Bell Ngasri turut menggunakan format 80 % juri tetap dan 20% undian penonton.

Minggu ke tujuh turut menampilkan persembahan pembukaan istimewa oleh Ali XPDC dengan lagu Allah Yang Esa dan Semangat Yang Hilang. Lagu asal Allah Yang Esa adalah Bunga Angkasa. Apa yang menarik keenam- enam barisan bintang Hijrahkan Laguku membuat persembahan bersama sama dengan memuji baginda Nabi Muhammad S.A.W Dengan selawat Burdah Maulaya Solli.

Episod kelapan(final) program Hijrahkan Laguku yang akan berlangsung pada minggu ini 8hb Jan 2022, pada pukul 9 malam di saluran TV AlHijrah bakal memperlihatkan empat orang bintang berdakwah di pentas akhir.

Menerusi program Hijrahkan Laguku telah mula mendapat sambutan ramai dan di harap akan menjadi sebuah program tahunan buat TV AlHijrah, sekalung tahniah buat TV AlHijrah.

Semoga penonton yang mengikuti program ini mendapat manfaat dari segi lirik dan dapat menberikan pengajaran yang baik berlandaskan syariat Islam.

SENARAI LAGU MINGGU KE TUJUH

  1. PG ADAM –  Kekasih Abadiku

Lagu Asal : Untuk Selamanya , Penyanyi asal : Visa

  1. IWAN SHAHMAN – Siapa Benar Siapa Salah

Lagu Asal : Siapa Benar Siapa Salah,  Penyanyi asal : Iwan Syahman

  1. ADEEP NAHAR – Cahaya Mata

Lagu Asal : Anak, Penyanyi Freddie Aguilar

  1. ZAF VE –  Kerna kasihnya

Lagu Asal : Cina Luar Biasa , Penyanyi asal : Andmesh Kamaleng

  1. DATO NASH –  Mentari Syurga

Lagu asal : Puisi Cinta , Penyanyi asal : llusi

  1. SHAHIR ZAWAWI – Salam Terakhir

Lagu asal : Dato’ Sudirman Hj Arshad

 

Check Also

‘RAISA: LIVE IN MALAYSIA’

Hitman Solutions, penganjur acara terkemuka di Malaysia, bakal menpersembahkan satu lagi konsert mempesonakan. ‘Raisa: Live …

Leave a Reply

Your email address will not be published.