Tuesday , March 19 2024

Penafian produk Nasty Juice mengandungi bahan terlarang

NSTY Holdings menafikan sekeras-kerasnya fitnah dan maklumat palsu berniat jahat mengaitkan produk Nasty Juice dengan kandungan bahan narkotik ‘morfin’ yang tular di media sosial baru-baru ini. Pihak syarikat telah membuat dua laporan polis di IPD Tampin pada 8 September 2019 untuk menjelaskan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali. Pihak NSTY kini sedang berkerjasama dengan PDRM untuk membantu siasatan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.
NSTY Holdings adalah pengeluar jenama global Nasty Juice, produk ‘e-liquid’ yang kini dipasarkan di lebih 80 buah negara. Kualiti dan keselamatan produk-produk Nasty Juice terjamin dengan piawaian OSHA, GMP dan ISO, serta piawaian antarabangsa dari Indonesia, TPD di UK, FDA di Amerika Syarikat, dan CCSPA dari Kanada.
Antara proses dan piawaian yang dipatuhi oleh NSTY Holdings dalam penghasilan semua produk-produk Nasty Juice untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa adalah:
OSHA (Occupational Health & Safety Administration)
Kilang pembuatan Nasty Juice mengamalkan cara-cara kerja yang selamat dan terkawal mengikut undang-undang yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja.
GMP (Good Manufacturing Practices) 
Nasty Juice menerima sijil pengiktirafan GMP, di mana kesemua produk dikeluarkan menggunakan pemprosesan dan pembungkusan yang berkualiti dan selamat.
ISO 9001:2015
NSTY Holdings mengamalkan Sistem Pengurusan Berkualiti ISO 9001:2015 (QMS) di semua peringkat bagi memastikan sistem pengurusan dan pengeluaran menepati piawaian dan speksifikasi yang telah ditetapkan.
TPD (Tobacco Products Directive)
Nasty Juice menerima kelulusan regulasi TPD daripada United Kingdom, di mana setiap produk yang dikeluarkan dan dijual telah melepasi kawalan keselamatan dan kualiti pembuatan. Kesemua produk akan melalui ujian makmal sebelum di benarkan untuk memasuki pasaran baru. Piawaian ini diguna pakai di kesemua negara Kesatuan Eropah.
FDA (Food & Drugs Administration) 
Nasty Juice menerima kelulusan daripada Food & Drugs Administration Amerika Syarikat. Sijil kelulusan ini membenarkan kesemua produk Nasty Juice untuk dijual dan dipasarkan di negara itu. Setiap keluaran produk akan melalui ujian makmal sebelum di luluskan untuk dijual.
CCPSA (Canadian Consumer Product Safety Act) 
Nasty Juice menerima kelulusan berdaftar dari Kanada dimana setiap produk yang dikeluarkan melepasi kelulusan keselamatan dari segi pembungkusan dan pengeluaran.
– CCCR ( Consumer Chemicals and Container Regulations ) 
Kesemua produk Nasty Juice yang di jual di pasaran mendapat kelulusan CCCR Canada. Sijil ini adalah pengiktirafan bahawa produk-produk Nasty. Juice dibuat dan diproses dengan kawalan keselamatan dan kualiti yang ketat.
– Kawalan Produk Tiruan 
Setiap produk Nasty Juice menggunakan botol dan pembungkusan khas yang direka dan dihasilkan dengan kos premium untuk memastikan pengguna tidak tertipu dengan produk-produk tiruan yang menggunakan nama Nasty Juice. Tujuan kami menitik beratkan penggunaan produk asli bukan kerana faktor perniagaan semata-mata. Sebaliknya NSTY Holdings mengutamakan keselamatan pengguna supaya hanya menggunakan produk-produk asli yang terjamin berkualiti dan selamat.
Butiran lengkap dan bukti pensijilan sedia kami kongsikan untuk penelitian pihak media yang berminat, tertakluk kepada persetujuan perjanjian kerahsiaan (NDA). Langkah ini terpaksa diambil kerana dokumen-dokumen dan sijil-sijil tersebut mengandungi Harta Intelek (1P) syarikat yang amat sensitif.
Penting untuk kami tekankan bahawa di semua pasaran antarabangsa di mana Nasty Juice dijual sepanjang lima tahun lalu, tidak pernah ada sebarang laporan kes mengenai bahan larangan atau narkotik dikesan dalam kandungan produk-produk Nasty Juice.

Check Also

Malaysia International Machinery Fair 2024 Bakal Diadakan Pada 11 hingga 13 Julai 2024 Di MITEC

Malaysia International Machinery Fair (MIMF) 2024 akan diadakan dari 11 hingga 13 Julai 2024 di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *