‘1Malaysia Bike Fest 2012’ Bakal Menjadi Festival Bike Terbesar

‘1Malaysia Bike Fest 2012’ bakal menjadi festival bike terbesar yang pernah dianjurkan di Malaysia. Ia bakal diadakan pada 11-13 Mei ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ia bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Mei.

Festival ini dianjurkan oleh Federation Of Superbikers Association Malaysia (S.A.M) yang mana ia adalah sebuah persatuan ‘non-profit’ dan ahli-ahlinya terdiri daripada pemilik bike 500cc dan keatas. Chairman bagi persatuan ini ialah Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Festival ini akan dimulakan dengan ‘Jelajah 1 Malaysia’ yang bakal diketuai oleh Datuk Seri Zahid Hamidi sendiri. Ia akan bermula di Johor pada 1 Mei dengan slogan ‘1 Penyatuan, 1 Haluan’ . Seramai 66 orang ahli SAM akan mengambil bahagian didalam jelajah selama 11 hari ini.

Konvoi ‘Jelajah 1 Malaysia’ bakal tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei pada hari pelancaran festival ‘1Malaysia Bike Fest 2012’.

 

Check Also

INFINIX MEMBERDAYAKAN XFANS DI SELURUH MALAYSIA UNTUK MENGALAMI PERMAINAN TANPA BATAS

Infinix, sebuah jenama teknologi yang bergaya dan direka khas untuk pengguna muda, dengan berbesar hati …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *