2Morrow Fashion Blast Fiesta 2015

11013309_10153157268737505_5070844244566019772_n2Morrow Fashion Blast Fiesta 2015 merupakan satu acara fesyen yang bakal diadakan di Avenue K pada 9 dan 10 Mei 2015. Ia dianjurkan buat pertama kali oleh Roistz Labels yang berkolaborasi dengan ML Models dan ATIYA.my.

Acara ini turut mendapat sokongan dari Malaysia Book Of Records dan Tourism Malaysia.Runway sepanjang 405m pada acara ini bakal mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records sebagai runway terpanjang di Malaysia.

Objektif acara ini adalah untuk menyokong pereka tempatan dan usahawan dalam talian untuk berani mempamerkan koleksi mereka kepada orang ramai serta menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjadi lebih berani dan tidak takut untuk melibatkan diri di dalam bidang fesyen ini.

Selain menjalankan aktiviti komersial,acara ini juga akan menjalankan aktiviti CSR dengan MAKNA. Sebahagian daripada wang hasil jualan booth bakal diserahkan kepada MAKNA.Sebanyak 70 booth boleh disewa selama dua hari ketika acara ini berlangsung.

Details untuk sewaan adalah seperti dibawah :

1. Slot Pertunjukan Fesyen RTW (Sabtu 9 Mei)/Muslimah (Ahad 10 Mei) untuk 10 persalinan ke bawah dan 2 Hari Booth Perniagaan “Konsep Terbuka” (Sabtu 9 & Ahad 10 Mei)

    YURAN: RM2500 (termasuk 10 peragawati dan servis solekan wajah)

2. Slot Pertunjukan Fesyen RTW (Sabtu 9 Mei) ATAU Pertunjukan Fesyen Muslimah (Ahad 10 Mei) untuk 10 persalinan ke bawah

    YURAN: RM1500

3. 2 Hari Booth Perniagaan “Konsep Terbuka” (Sabtu 9 & Ahad 10 Mei)

    YURAN: RM1500

2Morrow juga sedang menjalankan pertandingan model search iaitu Faces Of 2morrow. Bagi sesiapa yang berminat boleh layari http://www.2morrow.com.my/facesof2morrow/ untuk keterangan lebih lanjut.Ia terbahagi kepada 3 kategori iaitu Male,Female (Freehair) dan Female (Muslimah).

10 finalist akan dipilih oleh ke peringkat akhir.Casting bakal diadakan pada 19 April ini di Avenue K. Juara setiap kategori bakal membawa pulang hadiah bernilai RM5K berserta kontrak modelling dengan ML Models.Screen Shot 2015-04-01 at 9.35.40 AM

 

 

Check Also

TCL DAN LAZADA MEMPERKENALKAN TV QLED T7B DANTV GOOGLE V6B YANG CANGGIH SECARA EKSKLUSIF DALAM TALIAN

TCL, pemimpin global dalam elektronik pengguna dan jenama TV kedua terbesar di dunia, telah mengumumkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *