8TV Chinese Carnival Temui Peminat Di Pulau Pinang Pada 29 Sept 2012

Buat pertama kalinya 8TV Chinese Carnival diadakan luar dari Lembah Klang dan karnival ini akan berkunjung ke Pulau Pinang! Penyanyi popular dari Taiwan Jing Zhang dan penyanyi dan pelakon popular Ah Niu akan menghiburkan penonton. Temui personaliti 8TV kegemaran anda antaranya Gary, Chrystina, Cheryl, Jeff, Winson, Natalie, Rickman, Wind , Baki, Mei Sim.

Jangan ketinggalan menyaksikan 8TV Chinese Carnival Showcase jam 6.30 petang yang akan menampilkan juara dan pemenang tempat dan kedua dan ketiga Ultimate Power Star 2 – Catherine, Windy dan Sylvia. Turut menghiburkan anda Athena Beh, Kah Jun, Choo Hou Ren,  Gary Yap , Winson Voon dan Ke Qing.

Antara persembahan lain yang dapat ditonton oleh anda ialah persembahan akrobatik Cina, The Elastic Man, pertandingan fesyen Chang Er serta pertandingan membuat tanglung bersempena dengan Festival Kuih Bulan. Pertandingan ini juga sekaligus membantu untuk memperkenalkan hasil kraftangan dan karya seni kaum Cina. Pelbagai hadiah menarik boleh dimenangi anda antaranya rantai mutiara, hampers dan DVD drama dalam cabutan bertuah.

Pelbagai aktiviti dan gerai-gerai menarik telah diatur. Kami mengalu-alukan anda untuk turut serta memeriahkan karnival yang padat dengan aktiviti yang mengujakan!

Jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk bertemu dengan personaliti 8TV kesayangan anda di  8TV Chinese Carnival pada 29September 2012 (Sabtu) bermula jam 4.00 petang di Auto-City, Pulau Pinang.

“8TV Chinese Carnival kembali berkunjung ke tempat anda! Ini merupakan karnival yang diaturkan pihak 8TV sebagai salah satu tanda terima kasih kepada penonton setia 8TV!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.

Check Also

KOPI SAIGON MEMPERKENALKAN DARK SYSTEM SERIES KOLABORASI BERSAMA SOLOZ DAN XK PENJAHAT

Kopi Saigon dengan bangganya mengumumkan pelancaran Dark System Series, hasil kolaborasi eksklusif bersama dua personaliti …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *