Takziah Buat Hans Isaac

Ibu kepada pelakon-pengarah Hans Isaac, Carmina Anciano Isaac, 74, telah meninggal dunia kira-kira jam 8.35 pagi tadi, di rumahnya yang terletak di Taman Tun Abdul Razak, Ampang.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh Pengarah Urusan Tall Order Production Sdn Bhd itu, di laman Twitternya sebentar tadi. Rakan baiknya Awie, yang juga dihubungi sebentar tadi, memberitahu dia menerima berita tersebut 8.40 pagi tadi setelah diberitahu oleh Datuk Yasmin Yusof.

Menurut wakil Tall Order Production Sdn Bhd, jenazah mendiang akan dibawa ke gereja St. John, Bukit Nenas pada hari Rabu, jam 10.30 pagi bagi penghormatan terakhir.

Kemudian upacara pembakaran jenazah akan dibuat di krematirium dan upacara menabur abu akan dilaksanakan pada hari Khamis ini.

Ibu Hans sudah dua tahun menderita akibat penyakit barah di tahap empat. Hans merupakan anak tunggal dan sangat rapat dengan ibunya. Takziah daripada kami untuk Hans sekeluarga.

Check Also

Keadaan jerebu di Sarawak menyebabkan lima kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.

JEREBU SARAWAK KEMBALI BURUK, LIMA KAWASAN CATAT IPU TIDAK SIHAT

SARAWAK – Jerebu Sarawak kembali menjadi perhatian apabila lima kawasan di negeri itu merekodkan bacaan …

Majlis pelancaran Jelajah Malaysia Digital 2026 di Damansara Damai.

JELAJAH MALAYSIA DIGITAL 2026 PERKASA RAKYAT KE ARAH NEGARA AI

DAMANSARA DAMAI – Jelajah Malaysia Digital 2026 dilancarkan sebagai inisiatif nasional bagi memperkasa rakyat dengan …

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *