“Konsert Gemilang” Kolaborasi Tiga Figura Hiburan

Salah satu konsert mega untuk tahun 2012 dengan judul Konsert Gemilang yang mengandingkan tiga figura gergasi hiburan iaitu Jamal Abdillah, Dato’ Khadijah Ibrahim dan Seniman Negara, Datuk (Dr) Ahmad Nawab.Konsert ini bakal berlangsung di tiga buah lokasi bertempat di Kuantan, Singapura dan KL dari 29 September hingga 13 Oktober 2012. Ia dibawa khas oleh AMG Networks (M) Sdn Bhd.

Dengan pengalaman yang mencangkupi nilai seabad, konsert ini bakal membawa para penonton ke dalam penjelajahan merentasi masa dan pengalaman artis-artis yang selama ini dikenali melalui hasil kerja dan kolaborasi mereka yang melebihi 30 tahun.  

Tiket untuk Konsert Gemilang boleh didapati di Ticket2U dan dijual pada harga berikut :

Kuantan: RM150, RM75, RM50

Kuala Lumpur: RM500 (seksyen VIP termasuk sesi Meet & Greet selepas konsert)

                                RM300 (depan) RM200 (pertengahan ) & RM100 (belakang) 

Sila layari http://www.ticket2u.biz untuk keterangan lanjut.

Konsert akan bermula pada 8.30 malam.

 

Check Also

Gegaran Warisan 2026 himpunkan Punisher FOR Sniperz dan Amir SYJ

GEGARAN WARISAN 2026 HIMPUNKAN LEGENDA ROCK

Gegaran Warisan 2026 bakal menjadi malam penuh adrenalin buat peminat muzik keras tanah air apabila …

Padangs on Wheels tampil dengan konsep cita rasa Padang moden di Malaysia

PADANGS ON WHEELS REVOLUSI CITA RASA PADANG DI MALAYSIA

Padangs on Wheels semakin dikenali sebagai jenama makanan yang membawa pengalaman Padang moden kepada pelanggan …

Leave a Reply