RM1,000 000 Money Drop kembali!

Kemenangan pasangan bapa dan anak, Encik Izhar Mohd Idris dan Mas Syahmi Izzah Izhar membawa pulang wang tunai sebanyak RM240,000 pada musim lalu pastinya menimbulkan iri hati ramai penonton. Hanya dengan menjawab beberapa soalan, mereka berjaya bergelar ‘orang kaya baru’ dengan sekelip mata. Berdasarkan sambutan dan permintaan yang ditunjukkan, Astro dengan berbesar hati mempelawa para penonton untuk menyertai ujibakat RM1,000,000 Money Drop untuk musim kedua yang akan diadakan bermula 1 September ini di beberapa lokasi terpilih sekitar negara.

Memasuki musim kedua, RM1,000,000 Money Drop masih mengekalkan konsep fikir, labur dan menang. Uniknya, para peserta harus pandai untuk berfikir dan melabur bagi lapan soalan sebelum menang kesemua wang. Para peserta diberikan 60 saat untuk melaburkan wang yang mereka miliki di petak jawapan yang betul. Sekiranya mereka tidak pasti, mereka boleh mengagihkannya di beberapa buah petak jawapan. Jika jawapan mereka betul, pelaburan mereka boleh diteruskan pada soalan seterusnya atau pulang dengan tangan kosong.

Pengurus Saluran Astro RIA, Encik Raqim Ahmad berkata, “Astro Ria amat berbangga dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada para penonton terhadap program ini pada musim lalu. Ternyata eskperimen kami dalam menyiarkan program hiburan berbentuk permainan yang menguji kepintaran peserta dan kebijaksanaan melabur mendapat tempat yang baik di kalangan penonton.

Selain memberikan variasi pilihan rancangan hiburan, rancangan ini memberi peluang kepada seisi keluarga berkumpul dan berkongsi pengetahuan am dengan suasana santai dan mendidik para peserta dan penonton daripada aspek pengurusan risiko dan pelaburan. Kami menjangkakan program ini mengulangi fenomena serupa untuk musim kedua dan menerima sambutan luar biasa pada sesi ujibakat yang akan datang.

Pihak produksi akan berkunjung ke empat buah lokasi seperti berikut:

NO. NEGERI TEMPAT TARIKH
1. Pulau Pinang Ixora Hotel, Penang 1 & 2 September 2012
2. Terengganu Permai Hotel, Kuala Terengganu 7 & 8 September 2012
2. Johor The Zon Regency Hotel, Johor Bahru 8 & 9 September 2012

 

3. Kuala Lumpur Gardens Hotel, Mid Valley 15 & 16 September 2012

** Kaunter pendaftaran bagi setiap sesi ujibakat dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakkan.

Peserta mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan perlu membawa salinan kad pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang). Hadirkan diri di lokasi ujibakat secara berpasangan seperti suami isteri, kawan dan sebagainya. Mereka yang berminat untuk menyertai rancangan ini perlu mempunyai pengetahuan am yang luas serta berpewatakan ceria.

RM1,000,000 Money Drop ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro RIA (saluran 104) bermula 20 Oktober ini. Butir-butir lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak

Check Also

Astro Persembahkan Drama ‘Berbahagi Suami’ – Menyingkap Realiti Poligami Dari Kaca Mata Isteri Kedua

Astro, peneraju utama hiburan di Malaysia, kembali dengan drama terbaharu berkisarkan konflik rumahtangga bertajuk ‘Berbahagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *